Salam Namaste,
Feeling India sudah mari haha, tapi aritu aku
namaste dekat orang Kashmir kena marah sebab dia cakap kita muslim, guna
Assalamualaikum haha “Burn” . Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan Travel
aku sebelum ni confirm tau aku pergi Kashmir ini atas tiket kemenangan Contest
anjuran ProjectVacation yang korang tolong undi tu. Hihi. Terima kasih kamu
kamu dan kamu. Memang recommended travel dengan diorang ni. Happening habis.
Awek cun plak tu yg jaga kami. eh ! haa tepuk.
Detail package
ProjectVacation (ada dalam gambar) atau boleh follow IG : Projectvacation @
ThePVstuff untuk promo2 trip selepas ini. Sebenarnya ni first time dalam hidup
aku travel dengan orang tak kenal. Mungkin rezeki aku dapat pergi dengan geng
sehappening ini dan tak serabut otak sebab ada orang uruskan haha. Kerja aku
jalan dan ambik gamba. First time rasa travel setenang ini. Slalu pening sikit
sebab aku ketua haha. Banyak nak pikio.
Cut story short.
Aku cerita sikit cara – cara nak merancang perjalanan anda ke Kashmir dan to be
Honest aku yang tak suka India ni pun boleh jatuh cinta dengan Kashmir haha,
nasib tak beli baju Proud to Be Kashmiri je yang ada jual kat kedai Souvenir haritu.
Flight :
*KL – New Delhi (Return) 7 kg Hand Carry : RM
589 (Pergi 20.07.2018- 1905 PM – 2200PM)
* New Delhi –
Srinagar (Airasia) Free 15Kg Luggage :
RM 88 ( 0605 AM) 21.07.2018
* Srinagar – New
Delhi (IndiGO) Free 15Kg Luggage : RM
193 (1705PM) 25.07.2018
*New Delhi – KL
7 kg Hand carry : (2310 PM) 25.07.2018
Info : Tiada direct flight ke Kashmir dari Kuala
Lumpur (sepahaman aku) . So untuk trip ni kami turun di New Delhi dan ke
Kashmir pada esoknya menaiki flight lain. Ada pelbagai Airlines ke Srinagar
tapi cuba elakkan menaiki AirIndia kerana mempunyai Rekod delay paling selalu
berlaku mengikut Tour Guide disana. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam dan
perbezaan masa 2 jam 30 minit ke belakang apabila anda sampai di india.
Disebabkan sampai di india jam 11 malam sebab ada delay sekejap haritu dari KL
dan flight ke Srinagar jam 6 pagi keesokan harinya maka kami lepak di Airport
sahaja. AirAsia adasediakan Lounge . kalau pre book lebih murah untuk tempoh 3
Jam. Jam 3 pagi dah boleh Check in untuk ke Srinagar.
Tips & Trick :
- . Selepas selesai urusan di Imigresen dan keluar di ruang legar Arrival tu korang jangan keluar dari ruang legar ke kwsn luar tunggu teksi tu kalau nak lepak dalam tu. Skali dah keluar memang tak boleh masuk balik walaupun hanya ke ruang legar jemput orang tu. LOL. Aku dah terkena aritu terpisah dari group yang masih stay kat dalam sementara menunggu jam 3 pagi. Korang merayu macam mana pun memang diorang tak bagi masuk. Kalau dah jadi macam tu korang pergi la tunggu di ruang legar Departure tapi once korang dah masuk ruang legar Departure tu pun korang tak boleh keluar dah. Complicated betul airport ni. Nasib ada geng gak masa terkeluar dr Arrival tu haha.
- . Imigresen ke Srinagar agak ketat sikit. Setiap airlines pun dah memang sediakan 15KG beg untuk semua penumpang. Aku cadangkan korang checkin semua beg yang boleh cekin tu sbb imigresen dia cek laen macam punya detail. Dah bagi free tu guna je ok. Less Drama .
- . Toilet Airport antara yang terbersih ! maka nikmatilah sementara boleh hahaha.
WIFI & SIMCARD
Acces untuk data
dan internet dekat india ni lain sikit. Portable wifi yg aku dapat free dari
Roamingmanmy hanya berfungsi di Delhi sahaja dan tidak di Kashmir. Simcard yang
diBeli Di Delhi juga tidak akan berfungsi di Kashmir. Diorang punya coverage
lain – lain dan tak semudah ABC utk dapatkan simcard di Kashmir. Kebanyakannya
postpaid dan agak mustahil untuk diaktifkan dlm masa sehari. Makan hari jugak
nak aktifkan. (betulkan kalau saya salah)
Tips : korang kena deal awal2 dengan
tour guide di Kashmir untuk sediakan Simcard disana. Macam kami. Kami diberi
Pinjam 2 simcard oleh tour guide kami. Cume topup untuk dapatkan Data. 500
rupee untuk 2GB sehari selama sbln. So share2 la. Ok la dari takda. Pisang oi.
Lain mmg harap wifi hotel je la. Ikut nasib kadang wifi hotel pun sendu. Kalau
takda jugak korang minta share wifi dgn tour guide sana. Slalu diorg on hotspot
phone diorang. Kalau urgent la hehe
E- Visa : ( https://indianvisaonline.gov.in/visa/index.html
)
1.
Masa aku nak pergi ni la tetiba Visa india naik
harga. Adoi stress haha. 80 USD ok. Pasrah jela. Nak buat evisa ni pun ada
cabaran dia. Tak boleh salah time isi online tu. Kalau permohonan di Reject dan
tidak Granted maka permohonan baru perlu bayar lain ye. Maka isilah dengan
berhemah. Aku 3 kali baca oi takut salah isi haha. Jangan tanya aku macam mana
nak isi ye aku Fobia haha bkn sebab kena reject tp sebab Nervous lain macam nak
tunggu emel Granted tu. Ciss ! macam tunggu result SPM.
2.
Di Airport urusan Evisa ni tak lah sesusah yang
disangka atas cerita – cerita orang yg bercerita. Senang je. Di Imigresen
kaunter eVisa hujung skali . so hadapi dengan senyuman bila dia suruh scan jari
jemari korang tu .
Sajalah nak
bercerita . Masa dalam flight dari KL ke New delhi ada sekumpulan perempuan
melayu bukan dari group kami duduk kat depan aku berbisik . “ eh aku kenal
mamat kat belakang ni” lol. Terasa macam retis plak ada orang kenal. Haha. Ok
dah abis cerita poyo ni jom ke Srinagar.
21.07.2108 (SABTU)
S R I N A G A R – (KASHMIR)
Setiba di
Srinagar Tour Guide kami dah tunggu dah dengan Mini Bus (Van) stylo tu yang memang just nice untuk
memuatkan kami 13 orang. Selesa . dan yang paling penting diorang pasang lagu
Hindustan all the time kami kat sana. Haha. Sampai naik hafal wei lagu2 diorang.
Sedap plak tu haha. Bayangkan kami boleh sing along ramai2 start hari ketiga
sebab masing – masing dah hafal dalam kepala haha. Kenangan.
Sesampai kami
check in dulu di Holiday Villa Hotel. Boleh early check in . So kami mandi –
mandi dulu dan Breakfast dekat hotel dulu sebelum keluar menerokai Kashmir.
Hotel ni biasa bisas je. Tapi masakan diorang memang boleh buat terbayang –
bayang. Sumpah best. Aku yang takut – takut nak makan makanan India pun boleh
tambah nasi wei ! kadang – kadang teringat gak takut Cirit birit. Tapi tengok
lauk sedap – sedap kadang boleh buat hilang ingatan. Package dengan
Projectvacation ni memang include Breakfast dan Dinner di Hotel. Makan lunch je
diluar bayar sendiri. Yg lain semua masuk package.
Tips
: kalau korang macam takut keracunan makanan kalau boleh elakkan minum
air kosong yang disediakan. Pilihla minum air Mineral. Tp so far aku makan
dekat hotel dan restoran yang dibawa Nampak meyakinkan. Aku just kurangkan
minum air yg diorg sediakan. Tp kalau perut korang sado bedal la haha . bukan
apa takut spoil mood awal2 perut dah meragamkan. Tp Kashmir much more better dr
Delhi diorang cakap. So enjoy while you in Kashmir.
Lokasi 1 :
L U N C H at Boulevard Road – Kashmir Restaurant
Masa firsttime makan
kat sini la aku terus jatuh cinta dengan makanan Kashmir. Sedap wei hahaha.
Briani chicken dia sedap. Butter chicken dia sedap even Chicken Fried rice die
lagi sedap dari Malaysia. Korang memang kena datang sini makan. Ni restoran
baru. Interial dalam mewah gila. Masa masuk cuak takut mahal. Skali harga
reasonable. Dalam rm 12 sorang makan.
Tips
: portion besar boleh makan dua orang. So bincang dulu share – share
sebelum order. Tak habis makan oi sorang portion dia.
Lokasi 2 :
P A R I
M A H A L, SRINAGAR
Lokasi pertama
kami dibawa ke Pari Mahal Srinagar (fee 24 rupee) . Perjalanan mengambil masa
sekitar 30 – 40 minit dari hotel mengikut keadaan traffic. Traffic di India
sangat mengerikan. Nasib driver kami cekap mencilok tapi korang akan dengar
bunyi hon nonstop dari setiap penjuru jalan haha. Hari pertama tu macam kaget
jugak la. Dah lama – lama tu alah bisa tegal biasa. Rasa macam pelik pulak
kalau tak dengar hon selang 10 saat. Kat sini yang menariknya korang akan
dibentangkan dengan view dari pandangan tanah tinggi. Memang cantik. Masing –
masing pun baru nak kenal each other so semua tengah warm up dulu skill
photography masing – masing lol. Kalau korang terel memang boleh dapat shot
menarik dekat bangun ni berlatarkan view tasik yang tesergam indah.
Tips : korang
boleh sewa baju dekat area ni kalau nak posing2. Siap boleh beli hard copy
gambar dr photographer sana. Kos 150 rupee satu gambar. 250 rupee 2 keping
gambar.
Lokasi 3 :
B H A T M O H A L L A, DAL LAKE
Kami dibawa ke
Kawasan perkampungan yang dikelilingi oleh air tasik Dal lake. Setiap rumah tu
di hubungkan dengan jambatan kayu yang menyusuri pinggiran tasik yang dipenuhi
dengan lumut – lumut hijau. Nice wei. Aku macam terkagum kejap tengok Kawasan
perkampungan tu. Tour guide kami memang duduk situ maka kami dibawa kerumahnya
dan dapatla minum petang Chai panas- panas bersama biskut Kashmir. Tempat di
difemeskan oleh wawa zainal dan Ariel zafril sebab diorang pernah shooting
video clip kat sini sampai orang kat sana pun kenal wawa zainal tu siapa.
Dahsyatkan penangan orang Malaysia. Malaysia boleh.
Lokasi 4 :
Balik hotel,
Dinner & Rest #Rabak
Tips : kalau korang nak cari hotel aku
memang recommend sangat korang tido di Area Dal lake. Malam korang boleh naik
shikara ride tu pusing – pusing dal lake. Dekat area hotel aku ni mati. Malam
je bosan tak ada aktiviti.
22.07.2017 (AHAD)
P A H A L G A M
Hari yang
ditunggu telah tiba.masa untuk explore Kashmir dengan lebih detail. Di Pahalgam
tarikan utama dia adalah Pony Ride. Tp bkn pony sangat pun kuda betul kot haha.
Dari hotel ke pahalgam mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit . kene gerak awal
skit dlm pkl 730 utk elak traffic yg teruk. Perjalanan turun dan naik kuda tu mengambil
masa 1 jam 45 minit lebih kurang. Bukan biasa – biasa ok. Dan bukan macam naik
kuda di zoo melaka haha. Satu guide akan jaga 2 -3 kuda serentak. So memang
memerlukan skil korang sikit untuk control kuda tu utk ke kiri dan kanan kalau
tetiba die buat hal nak tukar arah haha. Tapi jangan cuak sangat. Kuda tum mg
dah hafal jalan Cuma kadang2 ja dia nak tukar angin ikut jalan lain, yang tu
seram so cepat – cepat la ko Tarik dia kembali kejalan yang benar.
View sepanjang
perjalanan naik kuda itu sendiri dah ohsem. Lalu lereng2 bukit dan gaung
berviewkan Kashmir Valley dank orang akan berhenti di beberapa checkpoint dan
checkpoint terakhir di Mini Switzerland diorang panggil. Kat situ akan berhenti
lama untuk korang feeling – feeling Hindustan nak golek – golek atas rumput.
SILAKANN.
Tips & Trick
:
- . Nak naik kuda ni kena bayar sendiri. Kena tawar menawar masa nak sewa kuda tu. Bakat anda amat diperlukan masa ini. Kitrg dapat seorang 2300 Rupee. Masa ni aku tak pikir sangat sebab orang lain yang deal. Aku just nahhh take my money dan terus naek kuda ! haha.
- . Sepanjang perjalanan tu korang akan difollow oleh annoying photographer yang akan paksa korang beli gambar – gambar yang diorang ambil. So sila pesan dekat kawan – kawan kalau diorang suruh posing – posing tu jangan la layan kalau mmg tak da niat nak beli sbb end up di akan push korang beli jugak kalau tak hardcopy soft copy. diorang akan push jugak sampai korang beli. Just inform kat photographer tu korang memang taknak dan terpulang kalau diorang nak follow tapi korang memang takkan bayar. Diorang akan follow sepanjang naik sehingga turun termasuklah dekat mini Switzerland tu. Deng ! siap masuk dlm van kami sepanjang 2-3 km sehingga kami beli jugak softcopy . end up 1300 rupee utk smua all softcopy share 13 org haha. Rasakan ! harga paling murah kami nak bayar. YES or No je. Malas layan.
- . Kencing siap – siap sebelum naik kuda tu. Kalau tak rasa nak terkencing sebab cuak naek kuda haha. Kat bwh tu tandas proper sikit berbanding atas. Tak usha plak tandas mini swiss mcm mana. Better berhajat sblm naik kuda.
- . Bawak la roti ke. Jajan2 . air sepanjang ke sini sebab lunch lambat sikit lepas turun kuda tu baru cari lunch di pekan lama pahalgam tu. Makan bfst banyak sikit kalau takut kelaparan haha.
Turun dari pahalgam singgah sekejap di Kashmir Valley. Tapi masa ni nak start hujan dah singgah sekejap ja. lagipun masing - masing dah penat berkuda. takda nafsu sangat dah nak posing - posing kat sini.
23.07.2018 9 (ISNIN)
S O N A M A R G
Road attraction
dekat Kashmir ni jauh2 yer. Untuk ke Sonamarg ni pun memakan masa hampir 3 jam.
Dekat sini pun korang boleh naik kuda jugak kalau nak tengok view. Atau korang
ada pilihan lain iaitu ke Zero Point. Tapi korang kene sewa kereta lain untuk
ke sini. Van kitorang tidak dibenarkan naik untuk support business
transportation kat sonamarg pula. Ok Paham.
Mula mula macam
terpikir jugak berbaloi ke nak ke zero point tu sebab kene bayar lain kan. Tapi
disebabkan masing2 malas nak sighseeing berkuda lagi maka semua sepakat ke zero
point.
Fee : 1100 rupee
(termasuk kasut pua chu kang) mmg kene ambil sebab Kawasan zero point tu lembab
dan tak sesuai untuk kasut2 bertaraf LV korang tu. Mula2 rasa macam kelakar
pakai. Lama2 macam stylo pulak. Haha.
Z E R O
P O I N T, SONAMARG
Perjalanan dari
sonamarg ke zero point mengambil masa hampir 1 jam. Tapi sumpah cantic view
sepanjang perjalanan tu dan sangat adventure. Memang tak menyesal la ke Zero
Point ni Dan sebenarnya aku nak jatuhkan hukum WAJIB pergi kalau dah sampai ke
sonamarg ni. Korang boleh suruh driver berhenti dimana2 korang rasa nak ambik
gambar.
Sesampai di Zero
Point sejuk gila beb haha. Masing – masing salah OOTD ade yang pakai tshirt
nipis je. Summer kot tak sangka sesejuk tu siap ade salji oi hasil dari air
terjun yang beku dekat situ. Masing masing excited lain macam termasuk la aku.
Kat sini la
masing2 memborong pashmina bukan disebabkan murah tapi sebab sejuk dan nak
feeling buat video klip Hindustan kain terbang2 haha. Harga 500 rupee. Tak
murah tp reasonable.
Tips :
1.
kencing dulu di tandas yang diorang berhenti
sebelum ke Zero Point sbb tandas di zero pint hanya berdindingkan kain haha.
Scary oi ! ade yang kencing jauhhhh dibalik tiang letrik! Anak sape lah tu
haha. What happen in sonamarg stay in sonamarg.
2.
Bawak Sweater or Jacket sebab cuaca boleh turun
serendah 0 dc walaupun dimusim panas. Apatah lagi dimusim lain kan.
3.
Masa turun tu diorang akan berhenti di fishing
point. Ada orang jual jagung kat tepi2 tu. Tolong la jangan beli . tak sedap
haha. Tp kalau niat nak membantu peniaga kat situ dipersilakan.
M A S J I D
D A R G A H S H A R I F,
HAZRATBAL
Balik tu kami
singgah di Masjid untuk solat. Kat depan masjid tu banyak gila burung kalau
korang nak buat video slomo memang cantic . dekat Depan masjid tu banya dijual
street food kalau korang nak try. Budak – budak ni try. Aku macam tak confident
sikit dengan perut aku haha. Sakit perut risiko sendiri ok.
Masuk hari
ketiga ni ada dah yang start problem perut. Kejutan makanan mungkin. Aku pun
dah mula tak sedap perut. So aku makan ubat siap2 untuk elakkan lebih worst.
24.07.2018 (SELASA)
D O O D H P A T H R I
Perjalanan
kesini mengambil masa 2 jam. Kami di bawa di Kawasan sungai yang cantik gila. Harini
misi mencari kambing biri – biri haha. Maklumlam asyik berkuda je. Kat sini pun korang akan di follow oleh budak2
yang nak guide korang untuk jalan2. Buat tak layan jela. Tapi nak ambik gamba
dengan kambing ni memerlukan beberapa skill yang hebat sebab dia lalu je kat Kawasan
tu. Bukan memang tetap kat situ. Masa kami haritu dua kali pengembala kambing bawak
kambing kembali ke pangkal jalan. Tapi macam kelakar gile macam jakun tgk
kambing. Haha
D A L L A K E
Lepas ke
doodhpatri kami terus check in di HouseBoat Dal Lake. 3 hari tido di Srinagar 1
hari di Houseboat . Semua telah diaturkan oleh Projectvacation. This place is
one of my favorite. Seronok rupanya tido dalam houseboat tu. Hahaha.
Dan part paling
best adalah Shikara ride tu. Diorang akan bawak korang tour around sejam jalan2
di area floating market dia tu. Disebabkan kami naik tu dah nak malam maka tak Nampak
la orang berniaga atas boat pagi2 tu. Tp pagi2 pun korang still bolehnaek
shikara ride tu.
Tips :
Shikara ride
kami termasuk dlm package so its free. Tapi kalau korang nak naik lagi haritu
ada yang offer 50 Rupee je sorang kalau korang ramai. Mungkin sebab terlampau
ramai persaingan so korang boleh tawar skit untuk dapatkan harga yang murah.
Akan ada orang
datang meniaga souvinier dr boat ke boat mcm biasa. Ayat dia watching is free. Tp
skali korang melayan memang tak berganjak la haha. So kalau nak beli baru tanya
k. kalau tak mmg tak selesa nak lepak kat depan houseboat tu. Ada satu kedai
kraf kat Dal lake ni murah gila jual pashmina. Kalau nak memborong boleh la. Shikara
ride mmg akan berenti kedai kraf tu biasanya.
25.07.2018 (RABU)
BALIK KL.
Flight dari
Srinagar ke New Delhi jam 5 Petang maka kami checkout dari houseboat tu jam 1
petang. Anggaran teksi untuk bagi yang pergi sendiri 700 rupee ke airport dr
Dal Lake. Perjalanan ke Airport hampir sejam juga sbb traffic. Sebab tu plan
gerak awal untuk kelewatan. Kawalan keselamatan di Airport pun agak ketat. Ada 4
stage pemeriksaan beg sebelum dapat masuk ke depart area.
Bagi yang
menaiki indigo pulak kene verified Credit Card korang yang beli tiket tu di
Kaunter. Kalau kawan korang belikan kene ambik gamba CC tu dan tunjuk di
Kaunter. Tak tau la tujuan apa tapi layankan aja.
Bagi yang
menaiki Indigo flight akan touchdown di terminal 2. So kene jalan kaki dalam 5
minit untuk ke Terminal 3 bagi pelepasan Antarabangsa. Masa ni ya Allah rasa
macam tak sabra gila nak balik Malaysia. Rabak dah badan haha. Mental nak koyak
dah hahaha. So kami lepak airpor je untuk menanti flight pulang ke Malaysia jam
11 malam hari yang sama.
Tips :
1.
Bagi yang ada cuti banyak tu korang boleh la
sambung sehari lagi di Kashmir dan pergi ke Gulmarg. Masa aku pergi ni Phase 1
cable car tutup untuk renovation. So x berkesempatan nak pergi. Boleh pergi
tapi kene naik kuda untuk ambil cable car di Phase 2. View ohsem tapi takda
rezeki kan.
2.
Korang jugak boleh lajak terus ke Agra dan
melawat Taj Mahal. Aku haritu tak berkempatan atas sebab kekangan masa dan
cuti. Maka pergi mana yang sempat aja.
Maka tamatlah
pengembaraan #13Idiots ke Kashmir Bersama PROJECTVACATION. Sehingga bertemu
lagi di lain cerita. Terima kasih sudi membaca. Sekali dah pergi kasmir teringat
sampai Bila – bila. #Travelerensem #Projectvacaction
#13idiots