🌴 10 TARIKAN DI SETIU WETLANDS TERENGGANU
Minggu lepas
berkesempatan melawat Kawasan Setiu Bersama rakan – rakan blogger untuk melihat
sendiri tarikan – tarikan yang menarik di Setiu Terengganu. Disini aku list down
tarikan yang sempat diterjah untuk trip 3 Hari 2 Malam ini.
🌴DESTINASI 1
TERRAPURI HERITAGE VILLAGE
Kami menginap
disini. Penginapan yang menerapkan Konsep yang cukup unik iaitu konsep traditional
lama. Setiap detail pembuatan ada cerita unik tersendiri. Mendengar sendiri
Pemilik resort itu bercerita membuatkan kami kagum dengan niat murni untuk
mengekalkan khazanah dan tradisi lama di zaman moden ini. One in a lifetime
experience. Kena cuba.
Layari : www.terrapuri.com untuk Maklumat lanjut.
🌴DESTINASI 2
PANTAI/KAMPUNG MANGKUK
Kampung ini
lah terletaknya Terrapuri. Kawasan sini dan pantainya diliputi pokok Kelapa
yang merimbun dan pantai yang sangat bersih. Instaworthy sangat
🌴DESTINASI 3
RUMAH BOTOL
Sejak 2005 Pemilik
rumah botol Tengku Mohd Ali telah mengumpul botol botol di persisiran
pantai . Bermula dari rasa untuk menjaga kebersihan pantai sehingga
menjadi Hobi untuk mengumpul botol – botol yang ada. Yang menariknya pelbagai
jenis botol dari pelbagai negara yang hanyut ke pantai terdapat dalam lokasi
beliau.
🌴DESTINASI 4
PANTAI PENARIK - RHU SEPULUH
Selain Pantai
Mangkuk pantai penarik juga tak tergambar cantiknya. Dipersekiran pantai ini juga terdapat pelbagai jenis restoran celup tepung yang korang boleh cuba mengikut
selera masing - masing
🌴DESTINASI 5
RIVER BOAT AT LAGUNA SETIU
Inginkan
kelainan, korang boleh cuba menyusuri laguna setiu dan korang boleh pergi
melihat Kawasan – Kawasan seperti dibawah ini.
🐜MELIHAT BUAH
SARANG SEMUT
🐊MELIHAT BERUS
MATA BUAYA
🐚CLAM DIGGING
(KEPAH)
🐟SANGKAR IKAN
(OYSTER,FISHING)
🌴DESTINASI 6
SETIU BOARDWALK
Korang boleh
datang kesini dan menyusuri Boardwalk sepanjang 500 meter menuju ke sungai. Sepanjang
lalu akan dihidangkan keindahan paya bakau yg terjaga kebersihannya. Di hujungnya
ada Kawasan rehat yang dilengkapi meja. Boleh makan – makan disitu.
🌴DESTINASI 7
IKAN CELOP TEPONG (ICT) at MR CELUP TEPUNG
STATION
Berkesempatan
merasai sendiri ICT di sini yang terletak di Pantai Penarik. Disini boleh
mencuba pelbagai masakan celup tepung termasuk ikan,sotong,ketam dan juga Udang
Viral. Boleh juga mencuba sata dan nasi Air yang bapak sedap rasa dia. I like. Keropok
lekor dan ABC Aiskrim pun ada. Bestnya ianya terletak di tepi pantai dan ada meja2 ditepi
pantai. View cantik.
🌴DESTINASI 8
SETIU WETLANDS SAVANNAH -PENGKALAN GELAP
SETIU
Teringin nak
bergamba ala – ala di Afrika? Korang boleh kesini kerana landskap dan rumputnya
seaakan – akan berada di Afrika. Ianya terletak ditepi jalan besar dari Penarik
ke Kuala besut. Boleh singgah ke Bazaar hasil laut dan Kraf Pengkalan Gelap
sekali. Hasil kraf bermula dari RM 5 – Rm 10 sahaja. Memang murah.
🌴DESTINASI 9
PEMBUATAN BOAT TRADITIONAL – PANTAI TELAGA
PAPAN SETIU
Kalau korang berminat untuk melihat bagaimana boat2 besar di
Setiu dibuat. Korang boleh melawat Kawasan ni.
🌴DESTINASI 10
KAMPUNG FIKRI
Suasa kampung Nelayan yang sangat ohsem. Rasa macam Remy Ishak dalam Filem Pulang haha
So apa tunggu lagi. Boleh dah start plan Road To Setiu. Setiu menanti anda. Aku pun tak sabar nak repeat lagi.
Thanks semua yang terlibat #travelerensem