Followers

Wednesday, October 27, 2021

MELAKA ll THE RUBBER ESCAPE

THE RUBBER ESCAPE

Alor Gajah, Melaka

Haritu sempat tido semalam kat sini, kawasan dia agak jauh dr bandar. Memang saja cari tempat yang tak crowded dan tak perlu redah jem bandar Melaka. Tau2 la kan Melaka musim cuti meriah dia mcm mana. Haha

Tempat ni sangat instagramable untuk yang suka bergambar n OOTD.

Kalau nak staycation santai2 bermalas malas an sesuai kat sini.

Kat sini best.

~Tak ramai sangat orang

~Pool boleh mandi sampai malam

~Karaoke free and lagu banyak kat lobi

~Bicycle ride free

~Netflix dalam bilik

~GrabFood sampai

~Indoor game ada

~Ekon bilik sejuk. Nice

~Hot shower ada.

Kalau korang nak try tempat baru boleh la cube . Sekian review jujur tak berbayar dari saya. 


















Tuesday, October 26, 2021

KEINDAHAN KEPULAUAN MERSING

Kepulauan Mersing
๐Ÿ“Mersing Johor ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sebut pasal Mersing mesti orang tau pasal Pulau Rawa. Antara pulau terkenal mewakili Johor bagai Pulau Redang dan Pulau Perhentian Mewakili Terengganu, bagai Pulau Tioman Mewakili Pahang dan Bagaikan Pulau Mabul mewakili Sabah.




Untuk kes aku, ni first time aku menerjah pulau pulau di Mersing. Dulu bila nak pergi selalu dengar orang cakap mahal pulau Rawa  tu pasal pulau private. Setiap kali tu terbantut nak kesana. Rupanya banyak lagi pulau pulau di sekeliling pulau Rawa tu yg boleh di lewati tanpa perlu menginap pun. Wow aku baru tau hahhaa.

Selain Pulau Rawa. Terdapat juga pulau lain yang korang boleh menginap antaranya Pulau Besar dan Pulau Tengah. Kalau nak day trip pun boleh. Tu pun dah sangat puas hati.

Haritu aku sempat daytrip dengan pakej dari @nourahtravel berharga Rm180.00 sekepala. Include Breakfast dan lunch.

Perbelanjaan :
๐Ÿ Island Hoping (Day trip) : Rm 180.00
๐ŸŽซ Marine Park Fee : Rm 5.00
๐Ÿ…ฟ Parking kereta di Jeti : Rm 15 (Sehari) 

Tentatif Program :
09:00 : berkumpul di jeti mersing untuk sesi taklimat.

Tips : Sila breakfast dlu sebelun bertolak walaupun bfst disediakan sebab bfst di beri selepas hiking Pulau Seri Buat. Agak lama nak tunggu kalau jenis tak tahan lapar macam aku ๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ. Tp dapat cekedis sebelum tu tuk alas perut. 








09:30 : bertolak untuk memulakan perjalanan ke *pulau seri buat* untuk sesi hiking dan snorkeling dan buat aktiviti cliff jump di belakang pulau seri buat.

Tips : Tak tinggi sangat dalam 15 minit - 20 Minit hiking. Sila pakai kasut dan sandal yang sesuai. Rujuk video untuk realiti Sebenar hiking











10:30 : singgah bergambar di *sandbank pulau raja*.

Tips : Haritu breakfast kat sini. Bawak alas kain utk feeling2 makan bersila ditengah pulau dikelilingi air

 



11:00 : Island-hopping ke *pulau harimau, mensirip, gual dan rawa*.







12:00 : bersantai di salah satu pantai di *pulau hujung* (terdapat air yang kehijauan aka kebiruan, pasir yang memutih dan pemandangan yang menarik di sini) dan sesi snorkeling.







14:30 : snorkeling di *pulau tengah*.

Tips : Sila allout Snorkeling kat sini sebab cantik ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜






16:00 : snorkeling di *pulau besar* dan bersantai di pantai pulau besar.



17:30 : bertolak pulang ke jeti mersing.

Dan paling aku tak sangka Snorkeling dekat Pulau Tengah tu sangat la cantik. Aku ingat akan dpt View View sendu Snorkeling di Pulau Pangkor je ๐Ÿ˜‚. Tak sangka setanding Snorkeling di Redang dan Perhentian.

Memang confirm aku akan repeat dan teringin nak stay dekat Pulau Besar nanti. 

Antara resort yg korang boleh stay dekat Kepulauan Mersing ni aku share sikit mana yang aku tau :

    1.Pulau Besar 
๐Ÿ️ Aseania Resort
๐Ÿ️ Bayu Lestari Island Resort
๐Ÿ️ D'Coconut Resort

    2.Pulau Tengah
๐Ÿ️ Batu Batu Resort

    3.Pulau Rawa
๐Ÿ️ Rawa Island Resort
๐Ÿ️ Alang's Rawa

  4. Bandar Mersing
⛱️Hotel Seri Malaysia (Paling mewah dekat bandar Mersing tp conditions biasa2 dan old Vibes. Tp boleh laaaaa #ytjt #iykyk) 
⛱️Hotel Rumah kedai. 
⛱️ Homestay

Lama tak share Info2 menarik kan. Hope kita tak kena kurung lagi. Banyak lagi tempat nak explore nie ๐Ÿ˜˜ 

#mersing #pulaubesar #pulautengah #pulaurawa #pulauraja #johor #malaysia