Followers

Wednesday, November 17, 2010

MELENCONG DI PENANG EPISODE 1

Fuhhh……….Akhirnya Berjaya jugak misi berfo0ooya – F0oooya di Penang! Setelah lama menanti akhirnya misi yang dah lama dirancang ini menjadi kenyataan…..Alhamdulillah..percutian bermula pada hari jumaat sampai hari isnin (12 Nov – 15 November 2010 )

Flashback :

Plan Percutian Penang nie wujud rentetan sambungan daripada Percutian Geng Ungu ke Pulau Pangkor tempoh hari…di sebabkan terlampau seronok maka plan nie pun diwujudkan….! Ditambah dengan dua ahli baru yang rasa tertarik mahu bercuti bersama – sama kami…hahahah (budget artis). Peserta kali nie disertai oleh ll  Aku a.k.a Hang Dhamin ll JanggelTrakker ll kaki Jalan ll Kenon Mikhail ll Shaziana ll ………..Plan punye plan kami decide ke Ipoh menaiki Train (harga tiket Rm 24 pergi balik) & Kaki Jalan yang memang menetap disana akan mengambil kami disana…! Dan ke Penang bersama kereta beliau! Jom masuk hari pertama punya kisah… ::

Jumaat ll 12 November 2010 ll

Hari Jumaat kami bekerja seperti biase…….tapi mood keje masing – masing smua dah takde lah nmpknye bile dah nak bercuti nie..hahaha….Keretapi kami dijadualkan pada pukul 9.45 malam..dan telah diputuskan untuk beramai- ramai berkumpul di KL Sentral..seperti mana – mana percutian…..kalau nak berseronok tu memang la banyak halangan…aku telah dihujani kerja yang banyak pada hari itu sehingga melebihi waktu bekerja….hahaha..adoi…dugaan2…aku redho…tu baru dugaan pertama….dugaan yang lainnya adalah salah seorg peserta rombongan telah menghadapi masalah meminta kebenaran ibu bapa untuk pergi kesana…hahaha…Syarat kalau mau pergi adalah ibu bapanya mahu berjumpa bersama kami dulu..sebab beliau merupakan anak kesayangan keluarga dan parent beliau tidak mengenali kami! Hahaha….ala2 interview mau cari menantu la nmpknye..Garang oi bapak die…tp disebabkan muke kami tak pecah rumah! Kebenaran diberikan..Yahoo0o0o….sik baek lepas ujian temuduga..kalau tak ade yang nangis tak dapat ikut!

Lepas sesi temuduga..kami terus mendapatkan train ke ipoh….Naik KTM…bkn ETS yang baru itu..amik feel zaman dulu – dulu..! tu first time aku naek KTM..perak skit la…..budak2 nie pun ade yang macam aku first time..syo0ook la ramai – ramai test bende baru…huhu…tapi gambar dlm train tidak begitu memuaskan…susah betul nak bergambar dlm gelap nie….perjalanan dijangka selama 3 jam lebih……..maka pada pkl 1 kami sampai di Ipoh dalam keadaan mamai! Haha…dan Kaki Jalan amik kami dan membawa ke Rumah Perhentian sponsor tuk berehat dan menanti Hari esok tuk meneruskan Perjalanan ke Penang! ZzzzZzzzz ……………….(bersambung)

Sumber Gambar : JanggelTrakker...hehehehe

 

To Be Continue.....................

6 comments:

DanieL AdiE said...

wah...bestnye!!!
sgt cemburu tau..

latest entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/dh-siap.html

Hang Dhamin said...

hahahah..nie baru intro pemanas badan adie oi!

Ren said...

Wah wajahku terpampang di mana-mana!!! I like 1000D x!

Hang Dhamin said...

Namapun kawan aku....hahahahha

Pencacai Alim said...

best2..best..

Hang Dhamin said...

mmg best alim oi.........