Followers

Friday, August 23, 2019

TIPS & TRICK TRIP [ HANOI VIETNAM ]

TRIP HANOI - SAPA - NINH BINH (6 HARI)

1-6 Ogos 2019

Assalamualaikum,

Ramai jugak rupanya berminat dengan trip Hanoi aku ni. Ingat tak pandang dah maklumla Vietnam je pun haha. So untuk memudahkan korang plan trip korang nanti aku sharekan sikit cara pembuatan bajet dan tips 2 lain yang korang boleh gunakan masa di sana nanti.

Bajet Awal :

Trip ni 2 Orang.  Bajet yang dinyatakan adalah untuk seorang.
  1. Tiket Airasia : RM 486 (Return + 25kg Luggage (share) + Inflight Meal )
  2. Wifi : Roamingmanmy (Rm52/2 = RM 26 seorang)
  3. Insuran Travel : AIG Insuran (Rm 55)
  4. Makanan Malaysia : Rm 75
PLAN ITINERARY

Day 1 :
  • Old Quarter Hanoi
  • Beer Street
  • Dong Xuan Market
  • Hanoi Train Street
Day 2 :
Halong bay (Cancel)

Backup plan :
  • St Joseph Chatederal
  • Long Bien Railway Station
  • Long Bien Bridge
  • Masjid Al Noor
  • Hanoi Night Market
Day 3 :
  • Sapa town
  • Cat Cat Village
  • Sapa Night Market
Day 4 :
  • Fansipan Peak
  • Overnite Train to Hanoi
Day 5 :
  • Ninh Binh
  • Tamcoc
  • Bich Dong
  • Mua Cave
  • Bai Dinh Pagoda
Day 6 :
  • Hanoi – Kuala lumpur
Tips Makanan : 

Makanan Halal tak banyak choice di Vietnam. nak dapat tomyam tiba2 memang mustahil la. hahhaha tapi yang aku perasan. Grab Food ada beberapa pilihan makanan Halal yang korang boleh try kalau terasa nak makan makanan lain selain instant food yang korang bawa tu.

Di sebelah Masjid Al Noor Hanoi juga ada satu kedai Halal (Zaynab) buka sehingga jam 8 malam. aku dah try skali. Boleh diterima jugak  makanan dia. 

Pilihan lain ( Cadangan en Azhar. Pekerja Malaysia yang aku jumpa di Masjid Al Noor)

1. Little India (India food)
2. Pk Spice ( Pakistan)
3. Batavia ( Indonesia)
4. Al Sultan (Mesir)
5. Grill & Gravy (India)
6. Nan & Kebab (India)

Korang boleh Google Maps kalau nak try kedai2 ni. semua di Hanoi mengikut en Azhar.

Bajet Hotel : (Booking.com)

Day 1 & 2 : Hotel Hanoi ( King Ly Hotel) Rm 226/2 = RM 113 seorang
Day 3 : Hotel Sapa ( Cosiana Sapa Hotel) 1 Malam Rm 100 = Rm 50 seorang
Day 4 : Overnite Train ( King Express Train) Rm 104
Day 5 : Hotel Hanoi (Hanoi Charm Hotel & Spa) Rm 109 = Rm 54.50 seorang 

Klook (online) : 

Day 1 : Airport transfer from Airport - Hotel hanoi (RM 55 per car)/2 = Rm 27.50
Day 2 : Halong Bay Cruise Day Tour = RM 135 
Day 3 : Bus Sapa Express Sleeper bus to Sapa = RM 49
Day 4 : Monorail + Cable Car Fansipan = RM 132
Day 6 : Airport Transfer from Hotel Hanoi to Airport (Rm 35 percar) = RM 17.50

Aku ni jenis mana yang boleh setelkan booking dekat Malaysia aku setelkan terus. aku kebiasaannya 60-70 % persediaan dah tersedia sebelum aku terbang lagi. Maksudnya bila ko dah decide aktiviti nak buat ikut hari dah boleh la booking apa yang patut sebab senang aku nak kira bajet anggaran keseluruhan dan bestnya pasal Klook ni kadang - kadang dia buat promo harga lebih murah dari ko beli direct dan ada satu website yang slalu bagi Promo Code untuk diskaun dekat Klook. nak tau PM dekat FB @ Ig aku (hangdhamin). Saja nak tau siapa yang baca dan bersungguh nak tau haha.

Day 1 : (KHAMIS)

Pemilihan Waktu Flight : 

Untuk ke Hanoi menggunakan AirAsia hanya ada 2 pilihan waktu :

0610 - 0825 am (Pilihan aku)
1240 - 1500 am

disebabkan aku seorang yang morning person aku ambil flight pagi. Aku akan sampai Hanoi pagi dan boleh terus cover mana yang patut tanpa perlu lagi membuang masa. 

Sesampai di Airport terus cari Airport transfer yang dah di book di Klook dan dibawa terus ke hotel. Alhamdulillah Imi Vietnam tak sibuk dan senang je nak masuk. Masa book airport transfer  tu inform diorang korang boleh dihubungi melalui aplikasi Whatapps so diorang akan whatapps korang kebiasaanya sehari sebelum untuk inform tempat bertemu di airport nanti. Perjalanan mengambil masa sekitar 35-45 minit untuk sampai ke hotel.

kebanyakan pelancong akan stay di area Old Quarter Hanoi (Hoan Kiem area) kerana lebih meriah. Hotel yang aku duduk tu tersangat la strategik kebanyakan  attraction boleh jalan kaki ja. Antara sebab lain aku pilih hotel tu sebab bus yang aku nak naik ke Sapa akan park betul2 depan hotel tu sbb Office Sapa Express betul2 sebelah Hotel tu dan Rezeki kami sampai hotel dalam pukul 10 pagi terus diberi checkin tanpa perlu bayar apa -apa sebab bilik dah tersedia. Yahoooo. Staf dia pun sangat mesra alam. Recommended.

Destinasi Hari 1 (Khamis)

(Walking Distance bagi yang fit. boleh camtu? hahaha) hari pertama kami jalan kaki ja. tu yang 20K step lol. tapi yang aku perasan Grab Car sangat senang di Hanoi dan antara destinasi berdekatan rate dalam 25.000 dong ( Rm5). google maps dlu berapa jauh ke destinasi yang korang nak. kalau rasa jauh grab ja. tak mahal dan mudah.

Old Quarter Hanoi

Seronok betul jalan kawasan Old Quarter ni. selain suasana yang tenang macam - macam barang jualan ada. rambang mata. macam2 beg dan barang North Face ada dijual. Tapi di Sapa North face lagi murah berbanding Hanoi.

Tips melintas di Vietnam :

Macam yang korang sedia maklum Vietnam penuh dengan motor kan dan diorang tak berhenti pun kalau ada trafic lite kebiasaannya.So cara melintas adalah korang jalan seiringan dengan kelajuan biasa korang berjalan. Jangan berlari sebab diorg tak boleh agak kalau korang berlari. Kalau berjalan secara normal diorang akan automatik elak korang secara smooth je. Aku seram gak mula2.












Beer Street

Kawasan ni meriah malam. nama pun Beer Street kan. tapi kami lalu area petang masa OTW nak ke Dong Xuan Market tu. nice tempat ni. Instaworthy orang cakap. boleh la kalau nak lalu2 ambik gambar seround dua.


Dong Xuan Market

Benda2 jualan dalam ni semua kebanyakannya korang  boleh beli dekat Area Old Quarter cuma dia terletak dalam mall dan lebih mudah nak cari barang sebab dalam satu bangunan, redup sikit la kalau nak shopping tu. Dia tutup pukul 6 petang so korang kena bajet masa korang kalau nak melawat kesini. Bangunan dia dalam 2 tingkat tapi aku round bawah ja. so aku tak sure apa yang ada jual2 dekat atas tu. tapi boleh masukkan dalam list korang.








Train Street Hanoi

Selesai melontar duit di Dong Xuan Market kami jalan kaki ke Train Street. meriah betul tempat ni. Teruja bila sampai haha. dah nama pun train street. maka tujuannya adalah melihat train melintas .

Train dijadualkan lalu sekitar jam 3.30 ptg dan 7.30 malam setiap hari. tapi kadang - kadang ada jugak tak muncul. ikut rezeki masing-masing. so kalau korang nak tgk boleh lah tunggu sebelum waktu tu. Banyak cafe cantik - cantik sambil nak menunggu tu. boleh la layan coffee vietnam dlu. Aku try Egg Coffee. nice jugak. femes di Vietnam. tapi dukacita kami takda rezeki. train 330 ptg tak lalu haritu. hahaha











Hoan Kiem Lake 

Lake ni merupakan center of attraction dekat hanoi sebab dia kat tengah - tengah.








Destinasi Hari Ke 2 (Jumaat)

Plan asal kami akan ke Halong Bay Day Tour yang dah di beli dari KLook. tapi disebabkan cuaca yang tak mengizinkan. tour itu dibatalkan. nasib dapat full Refund. so Plan B.

St Joseph's Cathedral 

Tempat- tempat instaworthy kalau nak ambil gamba. boleh la ready ootd masing2 haha. Jalan kaki ke sini. kejap je lepak sini. ambil2 gamba dan book grab car ke Long Bien Railway Station. Grab 35,000 dong kalau tak silap.








Long Bien Railway Station

Perjalanan dari Cathedral tak la jauh sangat tapi jem sikit sebab orang pergi kerja.
8.40 pagi kami dah smpi station tu. Sebenarnya tak sangka pun akan ada train pagi tu. ingat nak ambil gambar dekat Railway je. skali rezeki pulak siap ada train skali.pukul  915 pagi train tu gerak.








Long Bien Bridge

Long Bien bridge ni sama je area dengan Long Bien railway tu. 




Masjid Al Noor

Dari hotel kami naik grab ke Masjid untuk merasai pengalaman Solat Jumaat di negara orang. khutbah Vietnam ko. segar biji mata sebab tak paham. haha. lepas tu kami lunch dekat kedai Halal betul2 sebelah masjid tu. dia kena masuk dalam pagar besi tu. dari tepi jalan tak nampak.








Hanoi Nite Market

Tidak dibuka setiap hari. cuma pada hari Jumaat - Ahad sahaja. meriah nite market dia. panjang dia dari Lake Hoan Kiem sehinggalah Dong Xuan Market. puas jalan ! Korang kena plan hari supaya atleast ada sehari merasa ke nite market ni sebelum ke Sapa dan Ninh Binh.










Destinasi Hari ke 3 (Sabtu) 

Sapa

King Ly Hotel yang kami duduk tu betul2 sebelah Sapa Express office dan bus dia memang akan park depan hotel kitorng. so tak payah la susah payah nak pergi kene naik grab bagai ke station bus. check out 645 pagi dan bus bergerak jam 730 pagi. bus kami beli online di Klook juga dan kami memilih Sapa Express Sleeper bus. perjalanan mengambil masa 5 jam dan akan berhenti dia 2 perhentian untuk urusan toilet dan breakfast. R&R dia takda makanan Halal. 

Ada beberapa pilihan masa dan pilihan bus yang korang boleh padankan dengan masa korang. malam pun ada. ikut la korang plan macam mana. tapi kalau bus brand lain lain tempat meet upnya.  semua tu boleh book dari Klook dan cek dekat website Klook. Eh macamm duta Klook aku ni dah kenapa. haha. aku sebagai Morning person haruslah bus paling awal haha. nasib partner pun kaki bangun awal. kalau tak last la ikut trip aku haha.

Link Bus ( Sapa Express (KLOOK)



Cosiana Hotel Sapa

Just nice sampai pukul 1 lebih dah boleh check in. Makan dulu then Sewa motor separuh hari untuk jalan-jalan di area Sapa. Satu motor share 80,000 dong dan isi minyak full 50,000 tp tak habis pun pki minyak tu. sedekah ja. Best pasal hotel ni dia ada jual makanan halal dan breakfast pun halal. so memang pilihan yang bijak duduk kat sini.






Cat Cat Village 

Fee : 70 000 Dong

Cat Cat Village ni besar ye. lebih kurang 5000 step nak abiskan. haha. entrance masuk dan keluar adalah berbeza. kalau korang parking motor dekat entrance masuk. dari entrance keluar nak ke entrance masuk jalan kaki lebih kurang1km lebih tapi naik bukit haha. haritu kitrg naik motor 3 orang termasuk driver satu motor 50,000 dong. Tak larat dah nak jalan kaki. banyak ja teksi and motor tunggu dekat entrance keluar tu.













Sapa Town (Nite Market)

Hujan haritu so tak dan la nak ronda lebih2 naik motor. Pulang motor dan rest dlu. malam ronda2 sapa town area Sun Plaza dan layan Nite Market diorg. hujan so tak meriah la banyak kedai tak buka. Sesiapa nak cari baju-baju north Face banyak dekat sapa ni dan harga lebih  murah berbanding Hanoi.

banyak lagi aktiviti kalau korang google boleh buat dekat Sapa ni kalau tak hujan.




Destinasi Hari Ke 4 ( Ahad )

Fansipan Peak

Tiket boleh dibeli on the spot di kaunter atau macam kami beli di Klook. RM 132 seorang. untuk ke peak korang akan menaiki 2 monorail dan 1 cable car. 

kalau beli di Klook akan dapat :

  • Tiket monorail ke cable car (return) 
  • Tiket cable car ke fansipan Station (return)
  • Tiket monorail ke Fansipan Peak (sehala naik) - sebab kebiasaan orang akan turun menyusuri tangga 600 step untuk turun ke fansipan station sambil ditemani view. tapi korang kalau tak larat boleh beli tiket monorail turun asing. tak masuk dlm package klook.


King Express Train

website : ( http://www.kingexpresstrain.vn/en/sapa-trains/King-Express-Train-Hanoi-Laocai-Sapa-Route-2017.html )

Kami dah book dan bayar siap2. Stesen keretapi ni lebih kurang 40 minit dari Sapa iaitu di kawasan lao cai. dari Sapa ke Lao Cai ada free shuttle yang akan pickup kita di Sapa kalau kita ambil train dengan King Express ni. Diorang akan inform tempat berkumpul nanti di dalam emel.

kami dijemput oleh shuttle pada jam 530 petang dan Train bertolak pada jam 940 malam. perjalanan 8 jam dan tiba sekitar jam 6 Pagi di Hanoi. Kami ambil 4 bed sharing. 

















Overnite Train from Lao Cai Station - Hanoi Station










Destinasi Hari ke 5

Ninh Binh

Dari Lao cai sebenarnya ada direct train terus ke Ninh Binh. tapi disebabkan kami dah nak balik KL esok kami decide untuk tidur di Hanoi dan buat day tour sahaja ke Ninh Binh. Kalau korang banyak masa boleh stay semalam di Ninh Binh. hanoi - ninh binh lebih kurang 2 jam perjalanan.

kami sampai di Station Hanoi jam 6 pagi dan berjalanan kaki untuk ke Hotel di hanoi. boleh naik grab tapi rajin pulak jalan kaki walaupun sebenarnya takdela dekat sangat haha. Takda bilik available maka kami just drop bag di Hotel dan pinjam public toilet diorg untuk mandi dan bersiap. dalam train tak boleh mandi haha. nasib kami baik sebab public toilet dia siap ada shower. just nice utk kami bersiap.

Untuk ke Ninh binh aku dah book private Driver one day tour. 1500 000 dong untuk satu hari (RM 270 sekereta) . mula2 plan nak naik bus je ke ninh binh dan sewa motor dekat sana. tapi sebab lately ni asyik hujan maka malas la nak ambil risiko stuck dalam hujan. lagipun serius mudah untuk ke semua destinasi yang kami plan bila naik kereta ni sebab attraction dia berlainan tempat.

Destinasi Pilihan :

Tam Coc
Fee Entry (120 000 perperson) & Fee Boat 150 000 (perboat) 

Scam alert :

Biasala akan ada photographer akan ambil gamba korang atas boat tu. kalau memang tak berminat nak beli tak payah la beria nak posing haha. tapi gamba diorang cantik jugak. haritu kitorang beli dapat 10 keping gambar rm 30 . bayar pakai duit malaysia sebab duit dah nak abis. haha. so kalau korang berminat nak beli . posing la sepuas hati bila diorang sua kamera tu.

Makcik yang meniaga jajan atas boat tu harga cekik darah. yang tu tak yah tanya langsung bila dia sua suruh beli. mintak satu barang nanti dua tiga barang die bagi korang dan suruh bayar. 

















Bich Dong

Bich dong ni Pintu masuk dia yang slalu menjadi perhatian. dalam dia takda apa sangat. tapi nasib kitorang tak baik sebab masa pergi tu ada orang buat penggambaran depat gate tu. tak dapat la nak ber ootd depan tu.









Mua Cave

ni kene hiking sikit yer. lebih kurang 500 anak tangga lol. mencurah jugakla peluh haha. so makesure aktiviti ni korang buat last2 kalau taknak muka jadi belacan awal2. haha
tapi view kat anak tu tersangat la nice. rasa berslah plak kalau tak hiking.









Bai Dinh Pagoda

Sepatutnya ada tapi kami cancelkan sebab penat sangat hiking dan muka dah macam belacan hahaha. korang pergi la kalau rajin . Google sendiri cantik ek tak hahaha

Destinasi Hari ke 6 

Hanoi - KL.

Ada dua pilihan flight untuk pulang bersama Airasia. samada pagi atau petang. Flight kami jam 3.30 petang. Airport transfer kami dah deal pada jam 1130 pagi. kene keluar awal jugak yer sebab trafic kat Hanoi ni boleh tahan jem die. sebelum balik shopping dulu sebab kebanyakan kedai diorang dah buka jam 730 pagi. 








The End. Terima kasih sudi membaca #Travelerensem






1 comment:

bibie karim said...

Thanks for sharing. X teragak makcik posing atas perahu sambil pegang camera. Caghe sangat posing kaki dia.