Followers

Friday, May 23, 2014

Travel - KUNMING PART 2 ( Lijiang )

Sambung dari SINI

10 Mei 2014 (Sabtu)

(entry panjang. sile sediakan pop corn dan Coke. diet coke)

Good morning. pagi ni semua bangun pagi sebab kene bersiap nak ronda lijiang. lijiang ni trip die aku atur  sehari jer. hahaha. terbaek kan perancangan. hahaha. ini gila punya perancangan. jalan seharian lepas tu kami akan balik naek train pukul 10 malam ke Kunming. kedengaran macam penat. tp takde la penat sangat sebab dlm train tido atas katil jugak kan. so anggap je mcm tido dlm hotel. hehe.

sebenarnya plan asal lijiang ni memang tak termasuk dalam list trip kunming aku ni. sebab tu aku ambik 5 hari je nak ke kunming. faktor cuti jugak tak boleh nak lama2 sangat sebab kesayangan masing2 kat opis. so 5 hari just nice aku rasa.

tapi masa aku buat2 research pasal Kunming banyak betul entry yg mengaitkan kunming dengan Lijiang. kalau banyak masa korang boleh pergi skali ke Dali dan Shang ri la. kali ni aku pilih Lijiang je sebab aku teringin nak tengok tapak warisan Unesco tu. 

Selain tu memang kawan- kawan aku teringin nak travel by train dr kl ke hatyai tp tak lepas2 nak perginye. So aku realisasikan impian diorang kat sini la. baikkan aku. diorg je tak nampak aku baik. yg nampak aku garang jer. hmmm. haha

kami keluar dari Lijiang railway station sekitar jam 645 pagi. yang mengejutkan cuaca sejuk gila dan dah cerah mcm pukul 7.30 pagi malaysia. aku tau cuaca akan sejuk tp tak sangka sesejuk itu. cakap keluar asap wei pagi tu haha. aku dah nasihat kwn aku bwk sweater tp degil ! rasakan. menusuk smpi ke tulang sejuknya.



Pemandangan luar stesen Lijiang dan Mini Van yang akan membawa kami berjalan2 nanti. time ni hujan renyai. nampak tak jalan tu basah2 sikit.







Lokasi pertama kami adalah :

BLACK DRAGON POOL 

disebabkan kami hanya seharian disini maka aku susun aktiviti yang tidak lah terlalu jauh untuk sampai. keluar je dari railway terus kami cari teksi. naek bus pun boleh. tp aku bukan peminat bus yg tegar so aku cari teksi =P sbb aku sorg je buat itinery ni yang lain tak tau ape so aku malas nak serabut semua aku nak pikir. haha. lagi pun kami ber 4 so just nice nak naek teksi .kukuh tak alasan. lgipun budget buat mmg kira harga naek teksi . gunakan. haha

so awal2 tu blur jugak. mana nak mula langkah nie. ermmm. lepas tu hujan turun renyai2. aku terus down sikit sbb alamak. takkan trip kali ni dalam hujan. hmmm. tp ok la renyai sikit je tak hujan lebat. kami jalan sedikit keluar dan nampk mini van warna biru berderet. yeay ! 

pastu berderet la org datang ajak naek. tapi ! cakap cina pom pang pom pang. muka aku yg gelap ni nmpk mcm china ke bang? haha. aku x puas hati . aku balas cakap melayu.  puas hati aku. haha. 

nak senang cerita aku tunjuk gamba dan bukak kalkulator hphone. 70 yuen. terus aku deal. adeh ! lpe plak nak mintak discount haha. maklumla baru second day duit byk. Perjalanan mengambil masa 30 minit . so lets go .

untuk masuk ke sini kene bayar yer. 80 yuen/person. tp bagi aku yang suka tangkap gamba nie memang berbaloi masuk sini. pemandangan cantik ! setiap sudut menenangkan. tak henti2 petik  kmaera sebab nak lawan gambar kat google yg sangat ohsem tu. tp time aku pergi mendung sikit! kalau tak memang 20K la gamba aku boleh jual. =P

dari apa yang aku study seeloknya pergi ke sini seawal pagi untuk mengelakkan orang ramai. sbb tu aku pergi sini dulu. mmg masa kami sampai takda org. amik gamba pemandangan line clear xde orang. masa kami nak keluar dari tempat nie baru penuh pelancong luar masuk tp semua warga china dr tempat2 lain.  

mula2 nak sekejap je kat sini tapi terlama jugak sebab kawasan die besar jugak boleh tahan. cuaca sejuk so tak kisah nak jalan lama2 sebab tak berpeluh ! kalau panas dah2 jom gerak cr mall haha. dekat pukul 10 lebih kamikeluar dari sini dan hendak pergi cari teksi untuk next destinasi.

Tapi toilet kat area ni kotor. Ngeri toiletnye ! 





masuk je dalam dah cantik ! terus duduk posing. haha bile nak habis jalannye kan. 









Kat dalam ni macam2 jenis temple ade. layan kan aja. tapi apa2 pun sarapan dulu sebab lapar tak breakfast lagi. roti tu aku yg sapu serunding smalam sbb aku je yg rajin ! (saja nak mention. manatau calon2 bakal mak mertua baca . rajin budak nie). yg lain tau makan jer =p



Nak suh amik gamba pun gelak ! parah 











dalam asyik - asyik ambik gamba pemandangan tetibe macam ternampak sekumpulan makcik pakcik tengah buat taichi. tetibe pakcik tua baju cklat pun nak join haha ! elok la tu untuk kesihatan ko . ko kan tak slalu sakit perut haha



Ok ni nak masuk Wing lain. sini ada jambatan klasik. 




Lepas tu jalan depan sikit aku nmpk satu lorong yang aku rasa macam korea walaupun kat china ! hahaha bongok sangat! tapi kat sini pun amik gamba lama jugak hahaha. sebanarnya aku beli baju hitam putih tu sbbnak g korea. last2 pakai kat sini ! sbb tu asyik feel negara lain je.





Lepas tu ade dua orang ahjumma. eh silap negara. lalu. mintak izin amik gamba skali ! hehe  . lepas tu diorg nak tengok hasil gamba tu lepas tu gelak gembira. haha. makcik ! saya amik gamba cantikkan =p














Yang gambar atas serius tengah fokus nak pergi mana lepas nie. yg bawah ni poyo je bergaya ! tengok perbezaan raut wajah ijan pun tau haha. atas cuak bawah ada senyum !


LIJIANG ANCIENT CITY 

Tempat ini juga dikenali sebagai Dayan ancient city dan juga Lijiang world heritage park. 
masa aku baca kat google diorg tulis tempat nie 15 minit dari Black dragon pool. so aku noted 15 minit by Car la kan. tp dok tahan teksi dgn mini van semua dok suruh jalan terus - jalan terus. aku serius confius. eeee paneh  hati aku ! haha. tapi bile diorg tunjuk arah aku ikut je la. bile confius je aku tunjuk gamba kat org kedai dan diorg terus bg direction. tak yah ckp ape2 pun . oh senangnye hidup.  rupanya jalan kaki je boleh sampai. yahoo jimat duit. nak kata dekat xde la tapi sebab jalan tu lalu area kedai2 so cuci mata skali jalan la. jalan die umpama jalan dalam pekan kecil perasaannya.

Kalau korg tak jumpa landmark kat bawah nie otw pergi. sesat le tu ! 









selepas puas jalan akhirnya sampai jugak akhirnya. perasaan die macam jalan kat Melaka. maksudnya kawasan tinggalan sejarah. aku suka gile kawasan nie cantik . sejuk . bersih . rasa mcm pergi kawasan kunfu china lama. ramai org sini meriah. mgkn ramai tak suka sini sebab terlampau tumpuan pelancong. tp aku ok jer. pergi tempat meriah best sikit. kalau pergi tempat mcm ni tp xde org boring jer. lgpn pelancong diorg pun china mcm penduduk jer. 

Ok jom aku kenalkan travel Buddys aku. yg dua orang perempuan ni Ijan & Elma membe opis lama aku masa dekat putrajaya. Dlu geng ni ramai. lepas dah ramai pecah2 buat haluan masing2 last kami je tinggal. jadi la. 



Ni Roy membe photographer aku. motif utama aku ajak die supaya gamba aku untuk trip kali ni cantik2 haha.  takde lah. saja nak meramaikan rakan travel. so meriah la sikit kan.


Ok korang kene jalan sikit sampai lah korang nampak kincir air. aku rasa tu titik tengah kawasan ni haha . tp sblm smpi sini die macam ada kene turun laluan bawah. pandai2 la korang tanya k. 






Ok ni kincir airnye. tangkap gamba dulu ! pandang depanterus confius mana nak mula. kiri boleh kanan boleh terus pun boleh. tapi memang kene perti tiga - tiga arah pun. so jom jalan !




Cantik - cantik kan fastfood die punye kedai . buat terasa lapar. padahal memang dah lapar ! uii sedapnye spicy chicken Mc Deluxe haha









Sekitar pemandangan Kota lama Lijiang. memang cantik.

















WANGU PAVILION /   

Ok lokasi terakhir yang sepatutnya aku lawat adalah disini. tempat nie kene jalan kaki dari lijiang ancient city sejauh 15 minit. mendaki ok tp jalan die proper la ! tapi tempat ni sadis sikit. dah nak smpi kat penghujung pendakian dekat tangga yg sempit ada banyak gila anjing. anjing yang aktif pulak tu. bukan yang duduk diam tepi pokok. adoi macam mana nak teruskan perjalanan ni. ok fine. kami give up. jom turun balik . tapi serius hampa sikit sbb view kat google mmg cantik. tengok kat google je la.

Admission:RMB 60 Operation Hours:8:30am-5:30pm daily (yang aku kaji. kalau salah ampun sbb tak sempat naekkan).

disebabkan tak dapat naek so aku tak dapat sah kan yang MU RESIDENCE (Mu Fu) adalah ditempat yg sama ataupun tak.  part nie mmg aku stress.



Mendaki die macam ni lah rupanya. tinggi lagi nie.ni baru halfway. ade orang dah penat tu. berasap kepala nak naek hahaha



Disebabkan aku tak dapat naek kat atas tu. dapat view macam ni je. adoi gile tak best



Kalau dapat naek macam nie view die. jauh kan beze view die haha. mcm panggang ayam takda api yg atas nie.

Kredit : google


Kredit google
 Ok Selesai .

satu yang mengejutkan aku tempat2 nie semua berdekatan. aku ingatkan nak pergi satu tempat ke satu tempat yang laen kene la naik transport ke ape so memang memerlukan masa seharian la kan nak cover tempat2 nie. nie tak semua dekat2. pukul 2.30 petang kami dah cover seluruh tempat nie. haha. abis tu nak tunggu pkl 10 malam nak buat ape? melangok ? Blur kejap. eh..lama jugak blurnye.

Ok langkah drastik diambil. jom pergi kaunter agensi pelancongan yg ada . tanya tempat2 yg boleh cover dlm masa 5 jam. 

so dia bagi 2 choice sama ada berkuda atau lake. adoi berkuda terus kwn2 aku reject sebab kesian kat kuda tu nk angkat diorg yg comel itu haha. aku teringin jugak sebenarnya tp ikut majoriti. so lake lagi? aku tak ingat nama tempat tu secara jujurnya haha main pergi jer.

Jom usha ape yang menarik dekat situ. 

TEMPAT TAK TAU NAMA =P

Perjalanan pergi sejauh 30 minit jugak so pergi balik 1 jam. yes dah buang sejam kat situ. nmpk tak aku sedang cuba memanjangkan trip ini sepanjang mungkin. haha. aku penat so aku tido sepanjang perjalanan tau2 dah sampi. 

sampai2 tengok. wow menarik jugak tempat ni sbb tetibe ade cruise kecik jalan tengah tasik tu. jalan sikit lagi ada nmpk car railway kat lereng bukit. wow ! ini sangat bagus. terus excited haha. idaman wei sbb teringin nak naek kat korea. dapat naek kat cini pun jadi lah.

kos kesini termasuk transport dan semua yang ada didalam tu berharga RMB150 sekepala. 



Sile teke ape nama tempat nie? kat tiket pun tulis china jer. hmmm







Masuk - masuk kami dihidangkan dengan pertunjukan nie. warisan katanya. semua yang maen ni satu keluarga. suami isteri anak . adik suami isteri adik dan anak mereka. kagum kejap !


Best sangat ke sampai rakam tu ! haha





Ok habis show jom pergi Car Railway. Adoi panjat tangga lagi. ini memang mencabar lijiang ni semua tangga. best wei. dalam gambar tak tergambar bestnye. dalam video best. dlm 5 - 10 minit lebih jugak la bende nie. laju jugak. mula2 dari jauh aku ingatkan kene kayuh. rupanya elektrik. ok cara!





hahaha aku beli gamba nie. first time dalam hidup aku beli gamba2 yg kameramen luar jual sbb murah wei. RMB 10 je dlm RM5 . slalu paling murah RM30


Tapi naek bende tu die hantar kite smpi atas jer. lepas tu nak turun kene jalan kaki. masa jalan tu kene la lalu air terjun. titi gantung . tangga. tangga. dan tangga lagi dan last skali kene naek mini cruise tu untuk smpi ke tempat mula tadi.








boleh naek rakit jugak kalau nak. ok jom naek cruise. tp bende nie sekejap jer. takde la pusing pulau pun. buat cuckup syarat byk aktiviti kat sini jer. 







selesai semua dlm pkl 6 ptg lebih dan kami dihantar pulang ke lijiang Ancient city. pkl 7 malam dah waktu tu tapi tak gelap2. pelik aku. rupanya pukul 8 malam baru nak gelap sikit. style wo. 

Perut lapar gile dan masing2 punye bekalan makanan dah habis. tp serius lapar gile.  pastu kitrg decide pergi MCD. yum2. haha. makan fries dan fish burger. ade satu kedai china muslim kat situ . tp aku tengok tak lalu je kedai tu. Yakin lagi aku makan MCD dari kedai tu.  kene makan sebab ade orang dah nak gastrik. sapelah tu. haha

selesai mkn lebih kurang jam 8 lebih kami terus gerak ke Railway station dan menunggu train ke Kunming. serius tak sbr nak masuk train sebab masing2 dah penat dan nak tido.

sebenanrnya banyak lagi tempat menarik yg korang boleh pergi kat Lijiang nie. serius byk gile tempat cantik. tapi sebab masa x mengizinkan. pergi mana yang mampu je lah. next time maybe. 



Ok aku kagum kalau korang baca semua yang aku tulis sbb panjang kot. aku kadang2 pun scroll gamba je kalau tulis panjang2. kalau aku betul2 nak pergi je aku baca semua haha.

next entry masuk kunming........ape yg menarik? tangga lagi ker? bertabahla...

nak lebih real..layan video Lijiang aku buat nie. mesti boleh relate cerita diatas...to be continue...













Wednesday, May 21, 2014

Travel - KUNMING PART 1 ( Lijiang )

Assalamualaikum,

Buat kesekian kalinya aku berjaya meng Oversea kan diri aku pada bulan mei setiap tahun.  Tahun ni merupakan tahun ke empat aku ke oversea pada bulan mei. bermula dari Bandung (Mei 2011), Perth (Mei 2012)  dan tahun lepas Hong Kong (Mei 2013). Maklum lah !  KPI travel katanye. KPI kerja ko tak kejar pun kan haha. kenapa Mei nnt kite cerita lain =)


Disebabkan trip Korea aku cancel disebabkan Denggi  awal tahun  haritu. (masih tak boleh lupa) . Maka tetibe aku banyak duit. ape nak buat nie? dari aku habiskan kat bende2 merepek. siap terpikir nak beli Iphone 5s lagi haha. maka aku telah menyeru beberapa kawan utk ajak travel bersama mei ini. antara tempat yg dipetik Jogja . Cambodia dan Kunming. selepas beberapa pertengkaran maka Kunming dipilih disebabkan scenery yang dijanjikan begitu ohsem bile Google Image. Tiket dapat harga RM415 return. boleh dapat lagi murah tp sebab kaya kan masa tu. smua aku bayarkan dulu ! haha. beli je pejam mata sebab no ticket no talk back kata john ! (nak jugak petik nama john mcm org tu ! =p)

Disebabkan jarang lagi kawan2 bloggers aku kesini. maka proses membuat itinery tu mmg ya ampun ! seluruh google aku cari info ! kekadang satu tempat yang sama ada banyak nama! mane satu nama nak aku catat nie. last2 aku catit semua. siap nama dalam cina aku salin siap paste gamba print color. senang kan ! tunjuk je kalau dah confius. sbb kalau save dlm phone gamba nak tunjuk2 bahaya pulak kan. 

Trip Kunming ni antara yang paling menyeramkan apabila dipikirkan sebelum sampai kaki kesana sebab  selepas kes MH370 dan kes bunuh secara beramai2 di stesen keretapi Kunming beberapa minggu sebelum kami terbang kesana. dah la aku nak beli tiket keretapi nnt. Psycho betul.

Ok cukup intro ! jom masuk first day .

9 Mei 2014 (Jumaat)

Disebabkan 9 Mei merupakan hari pertama AirAsia beroperasi di KLIA2 so excited abis. Shahrul siap cakap aku anak angkat pak tony sbb rasmikan pada hari pertama. haha siot. so aku ema dan ijan menaiki Train KLIA Express  ke KLIA2 dari Kl  Sentral berharga RM35 dengan perjalanan sejauh 33 minit sahaja. Roy pergi kemudian sebab nak pergi lambat sikit katanya. Pkl 9 kami dah gerak walaupun flight pkl 1 ptg. nmpk tak ke excitedan tu. 

Jom aku tunjuk skit gambaran KLIA2. tapi tak byk sgt gamba sbb beg berat tak check in lagi masa merayau2 tu. so nak ambik gamba malas. nnt korg pergi jugakkan. so kasi suprise sikit ler. lepas dah penat merayap Roy tak sampai2 lagi. haish mane la kawan aku sorg nie. aku dah tak sedap hati sehinggalah tetibe ada  panggilan terakhir untuk cek in beg ke Kunming keluar dari corong - corong speaker . aku dah tak sedap hati sebab aku fobia sikit dengar panggilan2 terakhir ni sbb hampir pernah kene tinggal flight ke bali dan semarang dulu. Tapi nasib baik sempat checkin beg. kalau tak bersedialah untuk tinggalkan semua liquid dalam beg itu dan beli baru. #Drama1







#Drama2 

ok disebabkan mungkin hari pertama. so flight delay hampir sejam. slalu aku kisah sikit je  kalau flight delay nie. Tapi kali ni aku kene kisah banyak sbb aku nak kejar train Malam ke Lijiang dan best part is tiket train tak beli lagi. Thorbaek. 

Flight dijangka mengambil masa 4 jam. dan kami tiba di airport Kunming pada jam 6 lebih dimana sepatutnya kami smpi pkl 5. 

sekitar pemandangan di airport baru KLIA2. cantikkan. teruja!





Ni lah cara aku buat itinery selalu. macam majalah siap gamba. tp percayalah gamba lebih mudah paham dari tulisan dan sebutan haha. 



Cantikkan rumah ni tersusun jer.


#Drama3

Ok selesai keluar flight debaran bermula. Orang Malaysia nak masuk china wei. neves pulak lepas dengar mcm2 versi apa  yg terjadi kat orang2 yg melawat negara beijing selepas kes MH tu mcm passport kene lempar . luggage kene campak. aku takut bende yang sama jd kat sini. so aku pesan kat kawan2 aku be cool ok walau apa pun terjadi. Tapi Alhamdullialh niat betul kut masa nak gi sini so semua berjalan lancar . tak ada drama tambahan berlaku. 

Keluar terus cari teksi counter. sebenarnya ada beberapa cara nak pergi Kunming Railway station samada by bus, taxi or by train. tp sebab nak cepat dan terus smpi ke pintu maka teksi pilhan pertama. lagipun dah lmbt masa tu. nak kejar train pkl 9 mlm. 

Part paling best aku tanya  information Counter ,tp siap ckp teksi counter takde. kene tahan sendiri teksi kat luar haha. adoi malasnye. skali ade prebet sapu sapa aku offer nak hantar dengan harga 110 yuen (RM55 lebih kurang). tapi masa nak berbincang tu memang macam ayam dengan itik la. so cara mudah aku tunjuk gambar. keluar handphone bukak kalkulator dan tulis harga sampai deal. Senang ! perjalanan sejauh 30 minit. boleh la bahagi 4 org baru berape je sorg. yang penting smpi cepat sbb kalau tiket train abis memang tak tau la nak tido kat mana haha. aku ada baca kalau ambik teksi dlm 80 yuen jer. so ikut korg la. ni untung travel tak lebih 4 orang. nak naek teksi senang.#TIPS

Pemandangan sekitar airport Kunming. airport baru jugak nie. 




Ni lah kereta prebet sapu kami. bersungguh driver nak berborak dengan kami. tapi ! wa pu che tau je yg kami tau selain ayat basic2 yg lain. haha.




#Drama4

Ok dekat pkl 7 kami smpi ke stesen keretapi kunming. Ramai gile polis ! cuak wei. teringat2 gambar2 kes bunuh yang aku tengok kat internet haritu. kes ni masuk paper Malaysia tau. bkn sebarangan kes terpencil. haha. kalau mak2 overprotected nie mmg tak lepas la korg kesini walaupun merayu peluk kaki. 

Ok smua jalan laju2 pls sambil tengok kiri kanan (pesan aku). dengan beg gabak depan blakang. amazing race bermula. Misi mencari tiket ke Lijiang. Untung jd foreigner. diorg ada kaunter khas. kaunter no 1.kaunter tu je yg pandai speaking sikit sikit. tp mula2 blur gak masa nak cari kaunter. tanye guard terus die tunjuk no 1. ok lege tak panjang sebab masa tu ramai gile orang.

aku rasa style diorg mmg macam ni lah. masa aku nak pergi shenzhen dari guangzhou by train kaunter tiket die pun no satu. so senang nak cari.   

Tiket ke lijiang memang banyak sbb die ada beberapa jenis coach. Hard seat , Hard sleeper dan soft sleeper. disebabkan kitrg nak cepat sangat smpi ke railway ni sbb kami nak beli soft sleeper tu. yang tu limited sikit berbanding yang lain. kalau habis yang tu frustnye sbb perjalanan ke lijiang mengambil masa 9 jam ok. kalau dua jam aku duduk pun x per. nasib menyebelahi tiket available. so kami beli sekali gus pergi dan balik. lebih selamat kan.

kelebihan cabin softsleeper ni adalah satu cabin 4 orang. katil selesa dan kabin tu berpintu. so xde la risau nak jaga beg masa tido dan ngam2 untuk kami 4 org. kire keselamatan barang tu terjamin la masa tido. boleh berdengkor tanpa ragu orang kata. kalau hard sleeper style dorm 6 orang tapi katil 3 tingkat. sila bayangkan dan xde pintu.  malas la campur dengan orang. haha. bukan di china kalau nak bercampur pun.

kami posing tak sampai 1 minit kat depan railway ni sbb perasaan tak selesa itu ada. snap gamba dan terus masuk building. kenangan kene ade walaupun berisiko haha. 



Dekat setengah jam tunggu mat saleh ni beli tiket sebab die beli byk route. tp kami ok je sbb excited ade pelancong lain skali kat sini. haha. tp ade gak kaum china yg sebok nak beli kat kaunter khas tu. lantak ko la tunggu lama. kaunter sendiri ade taknak gune. kita tak boleh beli sebarangan kaunter sbb kaunter ni je yg boleh scan pasport rasanya. lepas tu tiket train sama mcm tiket flight ade no passport. so tak boleh tukar2 sama sendiri. lupe plak nak snap tiket train hehe.



so selesai beli tiket misi mencari tempat penyimpanan Luggage sebab kami tak bercita2 nak mengusung anak gajah kemerata tempat . bawak apa yg per sahaja. nasib baek ada tempat simpan beg. lepas satu beban mmg lege habis. harga penyimpanan beg 20 yuen untuk 4 beg dan masa kami ambik balik kene tambah 40 yuen. die ikut hari kot. entah aku tak tau die kire macam mana sbb nak tanya pun diorg tak paham. bertabahla. tp ok la tu murah dr kene usung beg kan. 

kat area tu jugak tempat simpan beg nye. 

Tapi kat railway ni beberapa kali jugak kene tahan dekat polis sebab nak kene cek passport. kawasan panas kan. paham demi keselamatan tp rimas ok! stress haha. tp tak de ape pun berlaku lepas kene cek passport. tak nmpk kelibat melayu pun dekat situ. kami je. mmg jadi perhatian la. siap kwn aku ckp kami bkn artis. jgn nak pandang lebih sgt ! haha. lepas ni aku taknak lagi usha pelik pelancong datang Malaysia nie sbb aku dah paham perasaan diorang. 

train dijadualkan pukul 9 lebih dan kami dijangka tiba pukul 6.30 pagi. kire malam pertama tido dalam train. jimat kos dan masa.  masing2 pun dah penat so pergi toilet buat apa yang patut dan makan bekalan makanan yang kami bawa sambil borak2 menanti waktu tido.toilet dalam kondisi bersih cuma tau la kan kat china ni takda paip. tisu pun kene bawak sendiri masuk toilet. so standby la apa yang patut yer. tapi diorg ada sinki kat luar berasingan untuk bersiap dan gosk gigi.

line internet xde. time ni kawan2 sebelah adalah penting yer. haha. kalau ade internet kawan sebelah jatuh pun tak perasan kan. tapi elok gak takde line internet nie. lebih menghayati dan lebih friendship.

Besar tau tempat menunggu. sile pastikan tunggutempat yg benar !



Pemandangan sekitar dalam train. bagi aku lagi selesa dr KL ke Hatyai. tempat charge pun ade so dun worry. tp charger kamera gambar melengkong aku tertinggal . nasib baek bwk dua kamera. oh gigihnya. so ade la backup. kalau x pakai handphone je la snap. haha





smua dah tak larat so jom tidooooooo ! zzz . To be Continue .......... (misi jelajah Lijiang dalam masa 1 hari ? Mampukah? )



Monday, May 19, 2014

Eksklusif - Travel Video Episod 1 Lijiang & Episod 2 Kunming

Assalamualaikum,

Eksklusif untuk semua pembaca setia blog nie (Terbatuk tulis) . ada ke yang baca . aku share 2 video yang aku buat khas untuk travel kali nie. Eksited nak share ! walaupun  hasil tak sehebat video gopro yang aku share kat FB yg boleh bikin nangis tu ! tp jadi la dari takde kan.

Sila tukar setting youtube to HD video untuk melihat gambaran yang lebih jelas.

Sunrise di Kunming 

Episod 1 : KLIA2 & Lijiang

aku share sikit pengalaman di KLIA2 , naik train dari kunming ke Lijiang dan sekitar tempat2 yang aku melawat di Lijiang (detail sooon ! very soon aku rasa ! ) haha

Video nia aku dah share kat FB semalam dan alhamdulillah feedback tak menjatuhkan semangat aku untuk berkarya lagi !



Eksklusif !

Episod 2 : Kunming 

Dan yang eksklusifnye aku share video episod 2 ni kat Blog dulu ! haha. Malam skit baru share kat FB. kire korg orang2 pertama yang dapat tengok video ni dlu. untunglaa? untungke? haha

kat episod 2 fokus memang banyak dekat Kunming ! mana kami pergi dan apa kami buat. korang tengok je lah. malas nak cerita. layan. abaikan pengacara yang tak style tu. aku rasa nak delete je part2 aku tu. tp nnt xde plak muka aku dlm video nie. sadis.



Dan buat kesekalian kalinya #Groupootd diperkenalkan. mmg style abis . Overall Kunming & Lijiang  memang best kalau korg suka tangkap gambar . shopping takde ape sangat ! tapi smua tempat cantik kene naek tangga. bukan tangga biasa. tangga kejayaan.hahahhah. kalau tak naek tak sampai la tempat2 itu ! hahah. bertabahlah !



Komen la sikit yang dah tengok tu. cume jangan komen pengacaraan aku ! akan diperbaiki lagi haha To Be Continue . ...