Ramai jugak yg rindu ketiadaan aku nie rupenye (perasan tahap teruk) . Haha
Aku mcm ingat mls sgt nk cerita secara detail pasal Langkawi ni since ramai yg dah pernah pergikn. Lgpn bkn mat saleh paham pn aku tulis melayu ni klu kata nak buat rujukan pn haha.
So kat sini aku nk share video simple je ni yg sempat aku rakamkn selama aku berada di langkawi 4 malam 3 hari dan sedikit senarai mana2 tempat yg aku sempat lawati . Manatau ada tempat korg terlepas pandang .
So mcm biase trip nie dgn 2 org kawan aku yg paling sempoi & senang nak deal. Senang kata senang kerja dan tak sakit otak.
So kali ni aku buat photosharing & Videosharing je la. nak info boleh PM kat fb atau Insta.
Day 1.
Terbang ke langkawi di mlm hari. Firsttime naik flight mlm. Teruja? Biasa je. Mengantuk ade. Nasib baek sejam je perjalanan.
Day 2.
Island Hoping -
Tasik dayang bunting
Pantai beras basah
Eagle feeding
Cable car
Rebak marina
Dataran helang
Day 3.
Mangrove -
Crocodile cave
Monkey feeding
Gua kelawar
Sangkar ikan
Eagle feeding
Lunch at kilim geopark
Pantai tanjung rhu
Pantai cenang
Day 4.
Idaman suri
Haji ismail group
Langkawi saga
Rumah api pantai kok
Return back to kuala lumpur
Pergh banyak jugak tempat boleh lawat kat langkawi ni. Ade few tempat aku dah pernah pergi yg aku malas nak repeat lg.
Tapi kalau next time aku g sini aku nk pergi Pulau payar & main parasailing. Tunggu ade gopro haha. Baru syok sikit selfie ye dak.
Panjang pulak ceritanya. Moh layan video Tak seberapa ni cukup untuk buat kenangan dihari tua.
kene update cerita nie segera sebab ada misi besar lagi esok ! harap dipermudahkan. InsyaAllah. till Then. See ya.
Pergh lama gila tak singgah sini semenjak aku kene denggi Jan lalu yang menyebabkan aku telah memburn tiket ke Korea yang diidam2kan sangat tu. ! =(
Disebabkan lebihan duit yang banyak =p. maka projek adhoc terpaksa dibuat demi mengelakkan kemurungan tahap teruk terhadap AirAsia. haha
Maka terjadilah projek pulau ini. Kalau terel teke la kat mana? haha. nanti kite cerita kasi penuh ok. tp skang busy. kasi post teaser je la dulu buat bukti kewujudan.
satu hari lagi akan melangkah ke tahun 2014. sebagai seorang yg selalu mem-Positifkan diri sendiri aku merasakan banyak kisah suka dari duka pada 2013 nie. hahaah Poyo abis.
So entry kali ni aku nak tribute kepada mereka - mereka yang sudi meluangkan sedikit masa untuk melengkapkan perjalanan 2013 dengan #Havoc sekali. terima kasih smua. tanpa korang 2013 ini kurang serinya. seindah seri menanti.
Cekidout.
JANUARI 2013
HATYAI - KRABI (THAILAND)
Thank to Tun Helmi kerana masih ingin menjayakan misi menyambut tahun baru di disini walaupun Bob out of league last minute yg membuatkan hati bikin gusar ! haha. pengalaman pertama travel by train yg sesungguhnya semua orang kene cuba! tahun depan nak buat skali lagi untuk destinasi yang lain. sape berminat sila drop your name here =)
Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013 (MITBCA)
Pada bulan ini telah dicalonkan untuk pertandingan MITBCA tapi malangnya kalah kepada #Biqque from #Travelholicawesome . memang tau dah tak menang. tapi terima kasih kepada semua sahabat2 FB & Bloggers yang sudi undi ! haha. dan thanks tu #KakiJalan sebab sudi invite ke majlis penganugerahan ini. Tahniah korang semua. Ohsem abis.
Untuk projek ni thank to Najib sebab sudi menjayakannya. trip ini merupakan trip ketiga itenery nye aku buat sendiri selepas singapore tahun lepas dan hatyai. maklumla selama ni follow orang ja haha. nasib baik sampai ke semua dstinasi yang di cita2 kan. cuak jugak kalau sesat barat.
travel tak ramai nie senang buat keputusan. lagi2 yg sekepala. segala perubahan last minit boleh diterima dengan akal terbuka.
Ni merupakan pengalam kedua aku kesini. tapi kali ni bersama #gengssm. kalau tahun lepas kitorg buat aktiviti di medan. tahun ni kesini pulak ! sebenarnya best gila bile dapat lepak kat luar dengan budak2 opis ni. hilang segala tension bekerja. tapi nak cuti lama2 la susah. so short trip macam ni pun dah ok. tahun depan kemana pula? ramai sangat yg pregnant la nie. reunion kat Hospital je lah ! haha.
MEI 2013
GUANGZHOU - SHENZHEN - HONGKONG - MACAU
Setiap tahun bulan mei merupakan bulan paling penting. maklumla birthday boy kan haha. setiap tahun aku cuba utk menghadiahkan percutian untuk diri sendiri. haha. nak tunggu orang bagi macam takda ja..
Tuk trip overland kali nie thank to Ayu & Shaz sbb sudi bergabong meletop pecah lemak untuk xpdc padat ini. trip paling best 2013. dan ini merupakan trip pertama yang aku pergi secara solo pada hari pertama. pengalaman yg tak boleh dilupakan.
Tahun depan kemana? hmmm. mcm tak beli tiket je lagi ! jom teman ...
RUNNINGMAN SPARTA - KIM JONG KOOK LIVE IN MALAYSIA
Sebagai peminat tegar Runningman aku tak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri KJK live di Malaysia. haha. thank to Ijan & Ayu sebab datang walaupun semua pergi masing2 haha. sesekali buat jakun apa salahnyakan. bile nak smpi korea nie !!!
OGOS 2013 LEKIR - IPOH (PERAK) Mini reunion dengan #gengungu. setelah lama tak jumpa akhirnya berjumpa juga di ipoh. tujuan utama perjumpaan untuk ambik gambo pengantin. tujuan lain berjimba la sambil jalan raya! thank to #kakijalan & #janggeltrecker sudi menerima kunjungan. dapat la tengok ICT kat ipoh. cerita penuh : SINI
SEPTEMBER 2013 PULAU MABUL - SABAH Kalau tahun lepas ke Pulau Karimunjawa pada bulan ini. macam tradisi pulak tahun ni ke Pulau mabul . tak lengkap rasanya kalau tak terjah pulau dalam masa satu tahun. ini antara senarai pulau2 yg ohsem yg aku pernah pergi. tangkap la gamba dekat mana2 pun. confirm cantik. thank to elma n Ijan yg bila mana aku ajak confirm ON. jom travel lagi next year. Cerita penuh : SINI
OKTOBER 2013 CAMERON HIGHLAND PAHANG Nie trip paling banyak kenangan. first time pergi cameron rasa tak nak balik. best wei lepak dengan diorg ni. harap tahun depan ade lagi projek dari #gengmasjid nie ! thank wei. dengar cerita nak gi Legoland ! ezarul muat ke naek rollercoster? haha Cerita Penuh : SINI
NOVEMBER 2013
Bulan ni tah mana datang seru rajin pulak mencuba aktiviti baru. ni semua gara2 #genghiking nak panjat kinabalu. terus aku pun terjebak dalam aktiviti latihan mereka. frust gile tak dapat join diorg naik. tapi lain kali ada lagi kan. so be positif. antara tempat yg berjaya kami terjah adalah :
BUKIT LARUT - PERAK
Dulu asyik bukit broga je sampai jemu broga tengok muka kitorang. tukar angin skit panjat kat sini. ni smua sebab ain bertunang kat area nie. so alang2 kitrg pun plan la bende laen skali. peluangkan. Thank to bard . erry . ain. tahun depan moh aktif lagi !
Selesai di bukit larut. plan pulak tempat lain untuk dipanjat. hasil roger member berpengalaman. dia sudi nak bawak explore bukit tabur. apa lagi ! moh la kite. sini best wei. tak tipu. thanks to Roy . bard & erry. korg best ! jom wei gunung dato. kawan aku ckp pemandangan ohsem.
Dalam pada aku rasa percutian aku dah berakhir untuk tahun 2013. tetibe aku dapat offer jaga kursus di Pulau Pangkor ! maka dengan rasminya aku menutup Travel Blog aku dengan PULAU PANGKOR. yahoo. kali ni lepak dengan #gengssm ler. best wei sini!
Sebenarnya dalam sedar tak sedar aku dah isi setiap bulan dengan satu aktiviti yang aku boleh ingat pada masa akan datang kecuali bln 7. Puasa kan. malas pulak nak berjalan2. so macam tercapai ja KPI berjimba aku iaitu berjalan setiap bulan sama ada pakai duit yang banyak ataupun sikit!
Maka dengan harapan yang sama aku berharap 2014 akan sama meriah seperti tahun ini! In Sha Allah. Terima kasih smua. salah dan silap harap dimaafkan. kita jumpa tahun dengan.