Followers

Wednesday, December 18, 2013

PANGKOR ISLAND BEACH RESORT - PULAU PANGKOR

Tenenet...tenenet (telephone office berbunyi ! )

A : Amin hensem (penambah perisa).......ko nak jadi urusetia tak?
Aku : Mana lokasi? (tanya lokasi teruih ! tak tanya pun program apa? ) haha
A : Pulau Pangkor ! 
Aku : wo wo wooooo ! terus teruja (panggilan pulau)  pastu baru tanya sapakah calon2 pesertanya? haha

hasil dari melihat senarai peserta . ok ON sebab ramai kawan aku ade kat situ ! takde la mati kutu nanti jaga kursus . Walaupun aku telah merisikokan diri untuk hitam 3 hari sebelum wedding akak aku ! walaupun bukan aku yg kawen. tp abis la gelap semua gambar2 aku nanti ! haha. terpaksa photoshop lebih sikit. pui. 

kursus dari hari ahad sehingga rabu. disebabkan akak aku nikah hari jumaat. maka aku telah mencutikan diri khamis dan jumaat ! maka lengkaplah jadual seminggu tak payah masuk office ! terbaek rasanya. (lompat bintang). bakar line skit kat FB cakap cuti seminggu teruih semua ingat aku nak g oversea. demm. aku tak sekaya itu nak g oversea setiap bulan haha. nasib la ade "percutian" tajaan nie. 

Pagi ahad seawal jam 6 pagi dah bertolak ke lumut sebab nak mengejar ferry jam 11 pagi. sampai ke lumut sekitar jam 9.30 dan breakfast dulu.

lokasi kami pada kali ini adalah :

PANGKOR ISLAND BEACH RESORT

Disebabkan kawasan resort ini adalah persendirian. maka ferry yang dinaiki memang khas terus ke area ini. tidak sama dengan ferry yang ingin ke pulau pangkor. kaunter nak beli tiket ferry ada di dalam. kaunter khas.

beg juga di angkat dan diurus dari jeti lumut terus ke lobi resort. so tak perlu bersusah payah mengusung ke hulu ke hilir. I LIKE. maklumla beg smua macam nak pindah sebulan ! tak nak keje dah ke? haha. perjalanan ke resort mengambil masa 30 minit menaiki ferry.

Cuaca menyebelahi kami. awan nano sentiasa. kalau tak hari2 hujan. fuh lega.









Teringat tawau bile nmpk view rumah atas air mcm nie. repeat? haha


Ok ni la rupa bentuk jeti yang menyambut kami.  not bad. 


Untuk ke kawasan resort dari jeti memerlukan korang untuk naek bus mini dibawah. kalau korang turun dari pekan pulau pangkor tu boleh naek teksi pink tu. 



Beg korang akan diangkut menggunakan lori ini. melalui pengalaman semua beg selamat sampai tanpa ada yg hilang sebab diorg dah letak tag nama dan group mana siap2.





Sesampai di beranda Lobi ! terus tengok kawasan pantai. OMG cantik wei. Pool pun cantik ! siap ade dua pool.  tahap keterujaan memuncak. dah nmpk mcm travel walaupun terpaksa bekerja dalam masa yang sama. orang hotel tu ckp kitrg LUCK sebab hari kitrg sampai tak hujan. dua hari lepas berturut2 hujan. rezeki2. walaupun keadaan air pantai tidaklah secantik mabul atau perhentian. tp much better dari port dickson haha.


disebabkan ini travel blog so aku takkan la bercerita pasal kursus - kursus ini kan. nak pulak korang baca. aku akan lebih specific tentang apa yg menarik kat sini dan aktiviti yg boleh korg lakukan.

untuk yg pertama2. jom usha ape yang menarik disekeliling resort ini. 






disini selain boleh berkayak. korang juga boleh berbasikal dan juga berbanana boat.


Jom usha bilik ! aku tak tau la bentuk2 bilik yg lain sebab kat sini byk gile wing yg berlainan. so aku tunjuk bilik aku je lah. 




Yang style nye pasal tempat nie. diorg bela burung enggang secara bebas. gile banyak wei . terija pulak aku tengok ! haha. slalu burung gagak kat tong sampah. nie burung enggang. kelainan! mcm kat sarawak dah rasa. eh betul ke sarawak? ke sabah? confius..



Ok jom layan muka keterujaan ! teruja sgt.




View dikala malam hari. 










Ok Good morning ! hari yg paling excited yang ditunggu telah tiba. pagi tu semua bersenam tepi pantai sesudah subuh ok. nyaman gile. matahari tak muncul lg dah aerobik! fresh.





Harini excited lebih bukan ape. kitorg nak pergi Island tour arini. best wei. smua lompat bintang ! weehuu.


kat sini korang boleh ambik package . so dalam package tu diorang akan bawak korang ronda kawasan perkampungan nelayan. akan bagi masa dekat korang ronda pekan pulau pangkor dan akan bawa korang snorkling dan usha pangkor laut resort ! yg 5 start itu. harga aku tak tau bape. lupe tanya. sbb kami dah siap bayar.

ok semua dah bertukar ! bertukar baju untuk aktiviti seterusnya. abaikan banner itu. bukan kami punya. ahaha



baguih mendengar arahan. aku suh lompat. lompat. senang kerja.






Lokasi pertama lawatan island tour ni adalah perkampungan nelayan. disini kami dibawa sekitar kawasan 2 boat nelayan dan kawasan2 membuat boat. tapi tak ade lah turun. atas air ja. tp menarik jugak. yang perempuan siap terjerit2. cube teke sebab ape? haha sebab nmpk orang mandi pakai seluar kicik aje ! hahaha.. ade free show la pulak ! cuci mata la diorg.








Lokasi kedua kami adalah kawasan pekan pulau pangkor ! disini kami dibenarkan turun sekitar 1 jam lebih untuk membeli belah ape yang patut. macam biasa lah kawasan2 mcm nie tarikan die ape kan. ikan bilis. sotong kering. dan seangkatan dengannya. selain tu byk la kedai cenderamata untuk kenangan. terembat la jugak tshirt pangkor dua helai. orang slalu datang sini akan beli ikan bilis mata biru ! kire femes la sini. kawan aku merata pergi setiap kedai buat perbandingan harga ! last2 beli ke tidak? pui hampeh tak beli haha. kat lumut baru beli.











sekiranya korang ke pangkor ini antara tarikannya. Teksi pink. smua teksi color pink ! gugurl sgt. tp kelainan yang menjadi la kan. haha.


Sempat aku snap juga untuk rujukan bersama !



selesai di pecan kami di bawa menyusuri kawasan pangkor laut beach resort. satu2 nya resort 5 star kat pangkor ni kalau tak silap. cantik. teringin nak pergi satu hari nanti.






Nampak tak batu tu. Nampak macam ape? macam APPLE kan? haha style.



Dan masa yang ditunggu telah tiba. snorkling. walaupun aku dah pernah snorkling disini dan tau tahap kepuasan yang mcm mana korang boleh dapat kalau snorkling kat sini. tp ade aku kesah janji nmpk ikan walaupun yang hado. haha. janji dpt snorkeling dengan kawan2. bile lagi kan nak buat aktiviti ni ramai2. payah kot nak plan. so peluang yang ada hargai sepenuhnya.

memang terpancar perasaan gembira semua orang walaupun ramai yg firsttime dan terkapai2. haha.








ni je ikan yang ada. jangan mimpi nak tengok nemo kat pangkor ok ! hahaahahahah



ikan bilis pun ade. cer cek biru tak mata.



Tak puas snorkeling sambung mandi kat laut pulak esoknya ! layan. siyes lama gile tak mandi laut.







Dan akhirnya rabu ! masa untuk pulanggggggggggggg! yehaaa. walaupun masing2 dah rindu rumah. tp nak tinggal pangkor ni sayang la jugak. harap pasni buat kursus kat London pulak ! hahaahah nak mampuih!



Till we meet again. BFF. Aku ada buat video . simple video. kalau rajin nnt aku share ok. see ya.

15 comments:

agip roslan said...

haha. lame ilang. ingat pegi honeymoon ka. aku 2012, 2 kali pet buat TB kat sini.

ptg2..sunset kat beach PIBR neh memang terbaek.

Hang Dhamin said...

agip : hahah takda isu nak diceritakan. jadisilent reader je la blog kwn2.

sunset mmg cantik. tp tak berkesempatan nak ambik gambo ! adoi. my bad

Time Traveller said...

Ohooo... keseronokan bercuti itu nampak lebih dari menghandle peserta kurusus hahaha :P

Cantik pulau pangkor nie.. silap2 boleh buat last trip untuk 2013.. :D

Besar sangat ke Pekan di Pulau Pangkor smpai kene naik teksi pink gurl tu?

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Wah......terbaik..cantik

Nanatron said...

alamak..aku macam kesian kat ikan buntal tu diperlakukan sebegituh ropahh...

Jari Manis said...

best aaa percutian di taja..untung badan ma..alah...gelap sikit baru nampak lebih kejantanan tu..matilah lepas ni

Best lah pegi kursus tempat mcm ni baru tak stress sbb ada aktiviti luar

Hang Dhamin said...

TT : Pergil asbeleum die tutup dua tahun start julai 2014 untuk full renovation. teksi tu bkn untuk jalan dlm pekan tu je. kan banyak tinggalan sejarah dekat dlm kawasan pangkor tu untuk dilawati. jauh2 jugak

MKHAI : tq

Nana : aku mcm confius mcm mana die awet boleh jd besar mcm tu.

JM : yup betui tu. byk aktiviti baru syok. kelas ja boring.

Hafiz Yusof said...

wahhhh...syok giler ada kursus kat situ....macam ner hang buat pic gerak tu..mcm best jer..mcm best jer....

Hang Dhamin said...

hafiz. guna photoshop. animation.

Dan Arif said...

awal tahun hari tu aku pegi jgak pangkor.. beratur panjang sungguh nk naik ferry.. mana datang pulak enggang.. rare tu nk bole bela enggang secara bebas

Hang Dhamin said...

Dan : uik sejak kawin lama menyepi. rindu hasil kerje ko.

Kalau pergi area pangkor mmg ramai gile org naek ferry tu. enggang siap boleh masuk bilik kalau lupa tutp pintu haha..haru oi

Unknown said...

lagi nak reunion kat sepital...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. wahh best gila kursus ni! teruja tengok keindahan sana. sebab tak pernah pergi. wakakaaaa sadis dengor ~~~

Unknown said...

Tak singgah teluk segadas ker? Pasir nye putih lg bersih dr pangkor island..huhu

Susan said...

Your article is extremely helpful exceptionally fascinating subject i am looking that sort of post thank for imparting to us keep it up. Save yourself the hassle and use this Instagram online viewer instead. ... Deskgram is a desktop app which allows you to post, comment, like, and browse your photos ...