Followers

Wednesday, May 21, 2014

Travel - KUNMING PART 1 ( Lijiang )

Assalamualaikum,

Buat kesekian kalinya aku berjaya meng Oversea kan diri aku pada bulan mei setiap tahun.  Tahun ni merupakan tahun ke empat aku ke oversea pada bulan mei. bermula dari Bandung (Mei 2011), Perth (Mei 2012)  dan tahun lepas Hong Kong (Mei 2013). Maklum lah !  KPI travel katanye. KPI kerja ko tak kejar pun kan haha. kenapa Mei nnt kite cerita lain =)


Disebabkan trip Korea aku cancel disebabkan Denggi  awal tahun  haritu. (masih tak boleh lupa) . Maka tetibe aku banyak duit. ape nak buat nie? dari aku habiskan kat bende2 merepek. siap terpikir nak beli Iphone 5s lagi haha. maka aku telah menyeru beberapa kawan utk ajak travel bersama mei ini. antara tempat yg dipetik Jogja . Cambodia dan Kunming. selepas beberapa pertengkaran maka Kunming dipilih disebabkan scenery yang dijanjikan begitu ohsem bile Google Image. Tiket dapat harga RM415 return. boleh dapat lagi murah tp sebab kaya kan masa tu. smua aku bayarkan dulu ! haha. beli je pejam mata sebab no ticket no talk back kata john ! (nak jugak petik nama john mcm org tu ! =p)

Disebabkan jarang lagi kawan2 bloggers aku kesini. maka proses membuat itinery tu mmg ya ampun ! seluruh google aku cari info ! kekadang satu tempat yang sama ada banyak nama! mane satu nama nak aku catat nie. last2 aku catit semua. siap nama dalam cina aku salin siap paste gamba print color. senang kan ! tunjuk je kalau dah confius. sbb kalau save dlm phone gamba nak tunjuk2 bahaya pulak kan. 

Trip Kunming ni antara yang paling menyeramkan apabila dipikirkan sebelum sampai kaki kesana sebab  selepas kes MH370 dan kes bunuh secara beramai2 di stesen keretapi Kunming beberapa minggu sebelum kami terbang kesana. dah la aku nak beli tiket keretapi nnt. Psycho betul.

Ok cukup intro ! jom masuk first day .

9 Mei 2014 (Jumaat)

Disebabkan 9 Mei merupakan hari pertama AirAsia beroperasi di KLIA2 so excited abis. Shahrul siap cakap aku anak angkat pak tony sbb rasmikan pada hari pertama. haha siot. so aku ema dan ijan menaiki Train KLIA Express  ke KLIA2 dari Kl  Sentral berharga RM35 dengan perjalanan sejauh 33 minit sahaja. Roy pergi kemudian sebab nak pergi lambat sikit katanya. Pkl 9 kami dah gerak walaupun flight pkl 1 ptg. nmpk tak ke excitedan tu. 

Jom aku tunjuk skit gambaran KLIA2. tapi tak byk sgt gamba sbb beg berat tak check in lagi masa merayau2 tu. so nak ambik gamba malas. nnt korg pergi jugakkan. so kasi suprise sikit ler. lepas dah penat merayap Roy tak sampai2 lagi. haish mane la kawan aku sorg nie. aku dah tak sedap hati sehinggalah tetibe ada  panggilan terakhir untuk cek in beg ke Kunming keluar dari corong - corong speaker . aku dah tak sedap hati sebab aku fobia sikit dengar panggilan2 terakhir ni sbb hampir pernah kene tinggal flight ke bali dan semarang dulu. Tapi nasib baik sempat checkin beg. kalau tak bersedialah untuk tinggalkan semua liquid dalam beg itu dan beli baru. #Drama1







#Drama2 

ok disebabkan mungkin hari pertama. so flight delay hampir sejam. slalu aku kisah sikit je  kalau flight delay nie. Tapi kali ni aku kene kisah banyak sbb aku nak kejar train Malam ke Lijiang dan best part is tiket train tak beli lagi. Thorbaek. 

Flight dijangka mengambil masa 4 jam. dan kami tiba di airport Kunming pada jam 6 lebih dimana sepatutnya kami smpi pkl 5. 

sekitar pemandangan di airport baru KLIA2. cantikkan. teruja!





Ni lah cara aku buat itinery selalu. macam majalah siap gamba. tp percayalah gamba lebih mudah paham dari tulisan dan sebutan haha. 



Cantikkan rumah ni tersusun jer.


#Drama3

Ok selesai keluar flight debaran bermula. Orang Malaysia nak masuk china wei. neves pulak lepas dengar mcm2 versi apa  yg terjadi kat orang2 yg melawat negara beijing selepas kes MH tu mcm passport kene lempar . luggage kene campak. aku takut bende yang sama jd kat sini. so aku pesan kat kawan2 aku be cool ok walau apa pun terjadi. Tapi Alhamdullialh niat betul kut masa nak gi sini so semua berjalan lancar . tak ada drama tambahan berlaku. 

Keluar terus cari teksi counter. sebenarnya ada beberapa cara nak pergi Kunming Railway station samada by bus, taxi or by train. tp sebab nak cepat dan terus smpi ke pintu maka teksi pilhan pertama. lagipun dah lmbt masa tu. nak kejar train pkl 9 mlm. 

Part paling best aku tanya  information Counter ,tp siap ckp teksi counter takde. kene tahan sendiri teksi kat luar haha. adoi malasnye. skali ade prebet sapu sapa aku offer nak hantar dengan harga 110 yuen (RM55 lebih kurang). tapi masa nak berbincang tu memang macam ayam dengan itik la. so cara mudah aku tunjuk gambar. keluar handphone bukak kalkulator dan tulis harga sampai deal. Senang ! perjalanan sejauh 30 minit. boleh la bahagi 4 org baru berape je sorg. yang penting smpi cepat sbb kalau tiket train abis memang tak tau la nak tido kat mana haha. aku ada baca kalau ambik teksi dlm 80 yuen jer. so ikut korg la. ni untung travel tak lebih 4 orang. nak naek teksi senang.#TIPS

Pemandangan sekitar airport Kunming. airport baru jugak nie. 




Ni lah kereta prebet sapu kami. bersungguh driver nak berborak dengan kami. tapi ! wa pu che tau je yg kami tau selain ayat basic2 yg lain. haha.




#Drama4

Ok dekat pkl 7 kami smpi ke stesen keretapi kunming. Ramai gile polis ! cuak wei. teringat2 gambar2 kes bunuh yang aku tengok kat internet haritu. kes ni masuk paper Malaysia tau. bkn sebarangan kes terpencil. haha. kalau mak2 overprotected nie mmg tak lepas la korg kesini walaupun merayu peluk kaki. 

Ok smua jalan laju2 pls sambil tengok kiri kanan (pesan aku). dengan beg gabak depan blakang. amazing race bermula. Misi mencari tiket ke Lijiang. Untung jd foreigner. diorg ada kaunter khas. kaunter no 1.kaunter tu je yg pandai speaking sikit sikit. tp mula2 blur gak masa nak cari kaunter. tanye guard terus die tunjuk no 1. ok lege tak panjang sebab masa tu ramai gile orang.

aku rasa style diorg mmg macam ni lah. masa aku nak pergi shenzhen dari guangzhou by train kaunter tiket die pun no satu. so senang nak cari.   

Tiket ke lijiang memang banyak sbb die ada beberapa jenis coach. Hard seat , Hard sleeper dan soft sleeper. disebabkan kitrg nak cepat sangat smpi ke railway ni sbb kami nak beli soft sleeper tu. yang tu limited sikit berbanding yang lain. kalau habis yang tu frustnye sbb perjalanan ke lijiang mengambil masa 9 jam ok. kalau dua jam aku duduk pun x per. nasib menyebelahi tiket available. so kami beli sekali gus pergi dan balik. lebih selamat kan.

kelebihan cabin softsleeper ni adalah satu cabin 4 orang. katil selesa dan kabin tu berpintu. so xde la risau nak jaga beg masa tido dan ngam2 untuk kami 4 org. kire keselamatan barang tu terjamin la masa tido. boleh berdengkor tanpa ragu orang kata. kalau hard sleeper style dorm 6 orang tapi katil 3 tingkat. sila bayangkan dan xde pintu.  malas la campur dengan orang. haha. bukan di china kalau nak bercampur pun.

kami posing tak sampai 1 minit kat depan railway ni sbb perasaan tak selesa itu ada. snap gamba dan terus masuk building. kenangan kene ade walaupun berisiko haha. 



Dekat setengah jam tunggu mat saleh ni beli tiket sebab die beli byk route. tp kami ok je sbb excited ade pelancong lain skali kat sini. haha. tp ade gak kaum china yg sebok nak beli kat kaunter khas tu. lantak ko la tunggu lama. kaunter sendiri ade taknak gune. kita tak boleh beli sebarangan kaunter sbb kaunter ni je yg boleh scan pasport rasanya. lepas tu tiket train sama mcm tiket flight ade no passport. so tak boleh tukar2 sama sendiri. lupe plak nak snap tiket train hehe.



so selesai beli tiket misi mencari tempat penyimpanan Luggage sebab kami tak bercita2 nak mengusung anak gajah kemerata tempat . bawak apa yg per sahaja. nasib baek ada tempat simpan beg. lepas satu beban mmg lege habis. harga penyimpanan beg 20 yuen untuk 4 beg dan masa kami ambik balik kene tambah 40 yuen. die ikut hari kot. entah aku tak tau die kire macam mana sbb nak tanya pun diorg tak paham. bertabahla. tp ok la tu murah dr kene usung beg kan. 

kat area tu jugak tempat simpan beg nye. 

Tapi kat railway ni beberapa kali jugak kene tahan dekat polis sebab nak kene cek passport. kawasan panas kan. paham demi keselamatan tp rimas ok! stress haha. tp tak de ape pun berlaku lepas kene cek passport. tak nmpk kelibat melayu pun dekat situ. kami je. mmg jadi perhatian la. siap kwn aku ckp kami bkn artis. jgn nak pandang lebih sgt ! haha. lepas ni aku taknak lagi usha pelik pelancong datang Malaysia nie sbb aku dah paham perasaan diorang. 

train dijadualkan pukul 9 lebih dan kami dijangka tiba pukul 6.30 pagi. kire malam pertama tido dalam train. jimat kos dan masa.  masing2 pun dah penat so pergi toilet buat apa yang patut dan makan bekalan makanan yang kami bawa sambil borak2 menanti waktu tido.toilet dalam kondisi bersih cuma tau la kan kat china ni takda paip. tisu pun kene bawak sendiri masuk toilet. so standby la apa yang patut yer. tapi diorg ada sinki kat luar berasingan untuk bersiap dan gosk gigi.

line internet xde. time ni kawan2 sebelah adalah penting yer. haha. kalau ade internet kawan sebelah jatuh pun tak perasan kan. tapi elok gak takde line internet nie. lebih menghayati dan lebih friendship.

Besar tau tempat menunggu. sile pastikan tunggutempat yg benar !



Pemandangan sekitar dalam train. bagi aku lagi selesa dr KL ke Hatyai. tempat charge pun ade so dun worry. tp charger kamera gambar melengkong aku tertinggal . nasib baek bwk dua kamera. oh gigihnya. so ade la backup. kalau x pakai handphone je la snap. haha





smua dah tak larat so jom tidooooooo ! zzz . To be Continue .......... (misi jelajah Lijiang dalam masa 1 hari ? Mampukah? )