Followers

Monday, October 29, 2012

[ HD VIDEO] Medan l Danau Toba l Pulau Samosir l Berastagi INDONESIA




Another Quick Update :

Medan antara Travel paling berjaya sebab aku berjaya meracun dan berjaya melarikan separuh staff dr Bahagian aku untuk bercuti. Nasib baek Boss luluskan cuti selepas berlaku banyak rombakan kat Opis itu. Pening kepala masing2.

Banyak Cerita akan dikongsikan untuk trip kalini tapi aku siapkan Video ini dulu untuk tatapan Kalian. sebab internet problem masa cuti aritu. so MOod nak update tidak muncul2. haha

So Enjoy. Video biase - biase jer. nak mencuba.


HOras...HOras.....

Tuesday, October 23, 2012

Teaser l Medan + Danau Toba + Pulau Samosir + Brastagi


Coming Up next : 

Will be Update Soon... Doakan aku rajin..Pitam !



Wednesday, October 17, 2012

Travel l Semarang + Pulau Karimunjawa PART 5 (Finale)


Travel 5 Hari 4 Malam Semarang + Pulau Karimunjawa telah sampai ke hari terakhir ! Akhirnya sampai juga penutup untuk edisi travel kali ini :

Hari Pertama (Jumaat)  : Part 1 ( KL - Semarang)
Hari Kedua (Sabtu)        : Part 2 ( Semarang - Jepara - Pulau Karimunjawa)
Hari Ketiga (Ahad)         : Part 3 ( Pulau Manjangan - Pulau Geliang - Pulau Tanjung                                 
                                     Gelam)
Hari Keempat (Isnin)      : Part 4 (Pulau Karimunjawa - Semarang)


2 Oktober 2012 (Selasa) 

Perjalanan pulang ke Kuala lumpur di jadualkan pada pukul 5 ptg. maka kami ada seharian hari lagi untuk meneruskan pengembaraan ! Niat hati nak melihat Borobudur di Jogja tidak kesampaian walaupun hanya mengambil masa 2 jam 30 minit dr semarang mahu kesana. So terpaksa la aku beli tiket laen tuk melawat sana yer... see you soon Jogja.

 Seawal jam 3.30 pagi kami bergerak dari semarang ke lokasi pertama :

Candi Gedong Songo 

Perjalanan kesini mengambil masa 1 jam 30 minit. pukul 3.30 pagi dah gerak. maknanya pkl 3 semua dah bangun tuk bersiap.  sik baek dpt geng yang senang nak bgn tido. kalau tak nie mmg last la korg join ! haha walaupun smalam pkl dekat pkl 1 baru nak tido. Gigih betul.

Kemengantukan tak dapat dibendung lagi ! aku decide untuk tido berbanding dari melihat keindahan alam. Ain & erry x payah suruh tido ! masuk kete terus tido. Cemerlang.

Dalam sedar tak sedar..tup2 dah smpi. dlm lebih kurang pkl 5. Sejuk gile wei. Menggigil aku kejap. Sweater dah la x bawak. Drebar tu dah pesan suh bwk. tp apakan daya. Sweternye di Malaysia. hahaha. 

kaunter tiket pun x bukak lagi ! tp penjaga kuda dah dtg ! so kitorg bayar duit kuda dulu. fee masuk bayar kemudian. Kuda dikenakan caj RP 50,000 Per/Kuda ! fee masuk kalau yg tertulis di kaunter RP 50,000 untuk tourist. tp mungkin nasib kitrog baek kene RP 6,000 je ikut harga warga tempatan.

Korang boleh pilih samada mau berjalan kaki atau berkuda. tapi kene mendaki sikit la. mcm naek broga. tapi tinggi sikit lagi kot. cume takde la kene lalu hutan banat tu.

Kat sini terdapat 5 Candi berbeza ! semua dengan bentuk yang berbeza. kire terubat la hati x dpt gi Borobudur tu. dapat naek kuda lgi. mmg terbaek la. yg menariknya kuda tu walaupun di pegang oleh ownernye. tp pengalamannye x sama mcm pusing kuda keliling padang sbb kuda tu kene mendaki bukit dan menurun bukit jugak ! Kalau buat hal kuda tu ! terjun jeram jugak la! tp Alhamdulillah..smua under control ....fiu fiu fiu...

disebabkan ingin mengejar Sunrise. kami dibawa laju melalui 4 candi tanpa berhenti dan terus ke Candi ke 5. tepat smpi candi ke 5 matahari pun naek. seronoknya..

Lama jugak kami lepak kat Candi kelima tu smpi kene jerit ! pakkkk ! sudah lama masa diambil ! hahhaa...begambar sakan mereka2 itu !


Kat sini jugak terdapat Kolam Rendam Air Hangat kalau korg nak cuba sebab sini sebenarnya merupakan kawasan Gunung berapi. tapi kitorg tak cuba pun sebab kesuntukan masa dan memang tak plan buat aktiviti - aktiviti air dah lepas keluar pulau.



 Masing - masing memilih kuda yang hendak di tunggangi ! RP 50000 satu kuda.





Candi 1 


Candi 2


 Candi 3



Candi 4

Candi 5 dalam bentuk Sunrise ! sangat NICE !



Dan bermulalah sesi Click Click !







Bile dah banyak sangat Posing dari hari pertama lagi ! maka tetibe wujud lah Posing Beratur Bus skolah nie ! dan tibe2...........


Wei !! aku pun nak join jugak !!! hahahahahah......


Pastu kita Play With Shadow la pulak !! 







Dan gambar ini menjadi kesukaan aku untuk sesi disini!  Berkuda dan Bercandi sekali !!! tq penjaga kuda tetibe kene jd kemereman aku ! terima Kasih !



Nak Jugak Ala2 posing gambar Saiful Nang ! adus...nie candi buatan sendiri di Alaf baru ! kat pintu masuk ! hehe


Selesai berkuda kami dibawa untuk bersarapan ! masa OTW turun dari kwsn candi  baru aku perasan sepanjang perjalan kwsn dia mcm area cameron highland. sepanjang perjalanan jual Bunga Segar dan buah buahan segar ! x sempat pulak nak snap2 sbb dah lapar n kerete laju pulak die bawak. ok la aku jujur ! MALAS nak amik...hahahahah

NIe breakfest kitorg ! KJ makan Nasi Goreng Kambing ! mana mau caikkkk !


Buddhagaya Watugong

Selesai Sarapan Pagi ! kite melawat Temple Watugong . takda apa yang menarik sangat disini. cuma saja nak abiskan masa sebelum menunggu waktu pulang. dah abis bergambar disini. kami balik hotel dan pack semua barang ! letak dlm kereta.....Tapi..bln nak balik lg ! cume check out ! hahaha...








Selesai check out kami request nak shopping ! perabih smua duit yang ada. tempat paling terbaek untuk membeli barang2 untuk dibawa puang ke Malaysia ialah di kawasan yang bernama PANDANARAN. banyak TSHIRT semarang dijual disana dengan design yang Cantik2 berbanding di tempat2 lain yg hanya dengan lukisan basic. maka tersebat lah beberapa helai untuk diri sendiri..tp maaf ler..dah ujung2 nie kemere dlm beg je..sbb fokus satu bende...melaburkan duit...

selesai untuk TSHIRT...diorg request nak bwk balik Helmet sbb designnye cantik2...maka terbelilah mereka sorg satu dan diusung naek keatas flight! sik baek tak buat kepala gila pki helmet dlm flight ! haha...


Kos Kereta sewa utk semalam + hari ini = RP 500,000 sahaja/kereta. berbaloi dengan semua tempat yang dibawa ! 

Tax Di AIRPORT wajib untuk semua orang bernilai RP100,000/person

Dan maka itu selesailah  semua urusan kami di SEMARANG....Pulang yokkkk !


Sedang aku menulis entry nie. aku tengah tengok Johan berbulan madu di Surat Thani & KOh sa Mui...dalam rancangan destinasi Cinta di Astro. Mak ai..apakah petandanya...kite Tunggu !

Till Then...........Assalamualaikum, Doakan Journey aku esok selamat. Amin

Monday, October 15, 2012

Travel l Semarang + Pulau Karimunjawa PART 4

Sambung dari sini Part 1 , Part 2, Part 3

Quick Update : Terpaksa dengan pantas mengupdate semua cerita Karimunjawa minggu nie jugak sbb ade satu lagi Misi besar nak diselesaikan ujung minggu nie. Misi Terakhir tuk 2012 harapnye. 

1 Oktober 2012 ( Isnin )

kami dijadualkan akan keluar dari Pulau Pukul 1 Ptg. Maka Program hari Isnin dimulakan seawal 5.00 pagi utk memenuhi semua itenery yg telah disediakan.

Pukul 4.00 pagi semua dah mamai bangun untuk mandi ! yang perempuan aku x tau la mandi ke tak. tp yang lelaki smua gagah mandi sejuk2 tu. Grrr. Pagi2 bangun Misi untuk mencari Sunrise.

Sunrise pagi nie di Nirvana Resort. Hotel Paling mewah kalau korang nak stay dekat Pulau Karimunjawa nie. kami tido yg biase2 sudah. bkn nak honeymoon pun. Caol & Bard ja dlm bilik tu ! 

sebenarnye pukul 5 pagi tu dah agak cerah jugak ! aku sedikit konfius kalau dah cerah mcm mane ak tgk sunrisenye. Rupenye boleh jugak ! haha.  tetibe matahari keluar di celah2 awan2. Nice . dah la kawasan resort tu mmg cantik. 








Tadaaa...! si Matahari dah memunculkan diri ! Untungla  erry dpt gambar kat pokok mcm tu ! rugi plak x pegi kat situ ! aku bg can la kat ko...




Selesai bersunrise sekitar jam 7 kami dihantar pulang ke Chalet untuk Sarapan pagi dan seperti biasa pukul 8 kami akan dijemput kembali untuk Kelaut semula. Aktiviti arini paling menarik sebab nak berenang dengan ikan Yu ! Yuhu....Berani ke?



Ini merupakan Chalet Wisma Apung...atas air...chalet nie juga korg boleh pilih untuk dijadikan tempat penginapan dikala disana ! awat ayat cam haram nie...aritu nak tido sini! tp fully book pulak...tp yg kitrg dapat nie pun best jugak ! senang nak merayap malam2.


Tempat Ikan Yu tu terletak di sebelah Wisma Apung ini. Ianya diternak didalam Sangkar Batu. dan lokasi Pulau ialah Pulau Karimunjawa. bkn di pulau2 yg kitrg pergi hari sblmnya. 

Sesampai di kawasan ikan. Teruja abis ! skali tgk Wow....Dua kali wowowwwww...Nak kata seram x de la seram sangat ! tp kalau dah jenis karnivor tu seram jugak la.

Masa sampai tu x da org pun ! kami ja ada. so kami2 smua disuruh turun sorg2. Ain turun dulu diikuti Caol . aku. okid . erry & bard. tangan tak boleh masuk dlm air. tak boleh berhayun2 nnt dikatakan umpan. tp yang bengangnye. ikan2 kecik kat dlm tu suke menggigit. sakit plak tu ! mcm tutttt ! dah terkejut2 kitrog kat dlm tu tahan x nak bergerak...hahaha.



Mule2 dengan gaya Cuak masing - masing....


Dah yakin skit mule ber Gangnam Style Ikan YU ! Daebak.


Cube tengak gambar atas dan bawah ! ikan bergerak ! tapi kami? kaku dengan Posisi sama ! haha


Ikan dah jauh baru tukar Posisi ! hahaha




Dah yakin kite maen amik Gambar sorang2 pulak ! Weehuuu..dah bestfrend! x pe...



Yang nie pulak pemandangan di belakang Sangkar Ikan Yu tersebut! ClearView. Sejuk Mata memandang.......Seluas mata Melihat !





Selepas selesai bermaen dengan ikan Yu. kami dibawa Snorkling sekali lagi ! lokasi tak ingat. so sepanjang kami disini. kami dapat snorkling di 3 termpat berbeza dan dpt pergi beberapa pulau berdekatan ! berbaloi2..sekitar jam 1 kami dihantar ke jeti untuk pulang ! 

Tapi proses nak naek boat tu lama. nak tgg org turun pun lama. inikan nak naek. baek korg bawak topi ! panas oi. mmg hitam aku g sana. bkn hitam. tp legam. budak opis pun x kenal bile aku start keje. Choi..




Bertolak dari Karimunjawa ke Jepara sekali lagi. dan tahap kepeningan kepala masa pulang lebih hebat dari masa dtg. Boat dibawa aku rasa laju gila. arus kuat kot. sapa yg mabuk laut better bwk ubat ape yg patut ! gula2 dan segala peralatan pencegah hamil  mabuk. Orang kat belakang aku berapa kali muntah pun aku tak sanggup nak kira. kembang tekak aku dgr! ok la stop cerite bende discusting nie. kami tiba di Jepara jam 4 ptg.

dari jepara kami dijemput oleh Van yang sama kami datang dan di hantar ke hotel sama. iaitu Hotel Olympic. Rujuk Part 1 & 2 untuk tau kos hotel dan kos transport. Kami decide duduk hotel yg sama sebab mau hired driver yg sama untuk bawa kami sambung jalan disemarang ! 

Niat dihati mau lajak ke Jogjakarta pada hari terakhir. tp disebabkan kekangan masa dan beberapa hal yg x dapat dielakkan maka sambung misi jelajah semarang.

Kami sampai di Hotel sekitar jam 6 petang. Berehat sebentar dan meneruskan Misi jelajah ke Lokasi Pertama ;

Lokasi Pertama : Lawang Sewu 

Dibuka Jam : 7.00 Pagi - 9.00 Malam
Fee : RP 10,000

Sejarah dari wikipedia :
Lawang Sewu merupakan sebuah gedung di Semarang, Jawa Tengah yang merupakan kantor dari Nederlands-Indische Spoorweg Maatschappij atau NIS. Dibangun pada tahun 1904 dan selesai pada tahun 1907. Terletak di bundaran Tugu Muda yang dahulu disebut Wilhelminaplein.
Masyarakat setempat menyebutnya Lawang Sewu (Seribu Pintu) dikarenakan bangunan tersebut memiliki pintu yang sangat banyak. Kenyataannya, pintu yang ada tidak sampai seribu. Bangunan ini memiliki banyak jendela yang tinggi dan lebar, sehingga masyarakat sering menganggapnya sebagai pintu (lawang).

Menariknya pasal tempat ini :

  1. Tempat Shooting cerita Kuntilanak ! hahaha..amacam? berani tak nak pergi waktu malam sorg2?
  2. Senibina yang Unik dan sgt cantik
  3. Antara tarikan utama di semarang ! Wajib pergi.




Nie replika yang terdapat dalam bangunan ini. ni muka depan dia. Cantik kan. aku takut skit nak amik gambar dlm bangunan2 lama memalam buta nie ! Maklum la. sile paham sendiri.








Dipahamkan disini bahawa kawasan Lawang sewu ini merupakan kawasan banggunan Stesen keretapi ! disebabkan itu wujudnya Keretapi sebagai replika dibangunan ini.





Lokasi Kedua : Masjid Agung

Sejarah Dr Google: 
Masjid Agung Jawa Tengah merupakan salah satu masjid termegah di Indonesia. Masjid dengan arsitektur indah ini mulai dibangun pada tahun 2001 dan selesai pada tahun 2006. Kompleks masjid terdiri dari bangunan utama seluas 7.669 m2 dan halaman seluas 7.500 m2.  Masjid Agung Jawa Tengah terletak di jalan Gajah Raya, tepatnya di Desa Sambirejo, Kecamatan Gayamsari, Kota Semarang.
dari Google

Selepas berjalan2 di Lawang Sewu Kami memohon untuk melawat ke masjid Agung. Kagum dengan senibinanya yang dibuat ala - ala masjid di Madinah. memang hebat.  







Selesai melawat Masjid Agung. Kami lapar weiiiiii ! hahaaha..perut mintak makan !..erry smpi dah gastrik x makan dah dekat pukul 10 malam. haha...kesian.

So kami dibawak ke satu tempat yg Ekskusif mcm LOOK OUT POINT kalau kat KL. tempat makan yang boleh nmpk view semarang pada waktu malam. Tercapai jugak nak makan mewah hari2 akhir disemarang ini. nak mkn kat KG laut tak kesampaian.

Lokasi ketiga : DJarum Black Classic Coffe House

Makanan disini agak sedikit mahal. tp boleh la. macam harga Malaysia. Makan 7 orang kene RP 500,000 ++ untuk 7 org makan.

Tapi ordernye pun mewah. Ikan+ Ayam + sotong + udang + ketam + sayur + tomyam smua ade. lengkap segala jenis lauk ! kire berbaloi dengan harga. namapun tempat eksklusif kan.





Nie la View die....Menarikkan....! bwh tu view lampu2 pembangunan Semarang ! mane nak caik....


Sekitar jam 11 lebih kami berangkat Pulang ke Hotel...kene rehat awal kerana esok hari terakhir sebelum pulang jam 5 Petang waktu semarang.....Berkuda mengadap SONGO !

To Be Continue.......Last episode dah pasni ! Promise....