Followers

Sunday, November 17, 2013

Bukit Tabur ll Taman Melawati - Kuala Lumpur




IM BACK.

Tak tahu la kenape tapi lately ni semangat nak memanjat2 nie agak membuak2. pergh macam la panjat tinggi sangat. tp mungkin sebab faktor dah jumpa rakan sekepala yang bile mana kalau ajak asyik ON jer tanpa banyak alasan. senang kerja.

selepas Berjaya edisi memanjat bukit Larut pada dua minggu lepas. Training diteruskan di Bukit Tabur. Lokasi dipilih disebabkan factor kepopularitiannya didalam carta senarai bukit2 yang harus dipanjat. Jom Terjah. BUkit ini juga menjanjikan pemandangan yang super Ohsem. moh le kite try.



Untuk ekspidisi kali ini mengekalkan ahli yang sama iaitu bard & Erry. ain tak dapat sebab ade group study. Ain ! ko memang terlepas satu tempat yg best gile oi ! rasa nak repeat. tapi bukanla dlm masa terdekat (urut2 betis !)

disebabkan kami firsttime nak kesini. so aku pun menghantar jemputan khas dekat sorg member aku yang dah banyak kali pergi  untuk menjadi penunjuk jalan supaya tiada perkara tak diingini berlaku. maklumla tempat ni banyak juga kisah silam buruknya. ! tq roy .   

Moh aku bagi sedikit info yg aku curi dari Wikipedia.

Info dari Wikipedia :

Bukit Tabur adalah bukit yang terletak di Taman Melawati, Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Bukit ini amat menonjol dan boleh dilihat dari Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2).
Bukit ini yang setinggi 396 meter (1,300 kaki), merupakan genting quartz. Bukit Tabur mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan.

Pendaki masuk melalui denai Kampung Klang Gates, 50 meter dari pintu Empangan Klang Gates, di belakang Taman Melawati bagi pendakian cepat 3-4 jam. Hutan Simpanan Gombak dan Empangan Klang Gates terletak di sisi bukit. Puncaknya memberikan pemandangan empangan yang mengagumkan. Bukit ini mempunyai beberapa puncak yang boleh disusuri. Namun begitu apabila sudah melalui beberapa puncak, pendaki akan menuju ke satu jalan mati. Disitulah puncak terakhir dimana pendaki dapat melihat keseluruhan pemandangan disekelilingnya.

Bagi pendaki yang masih baru, bukit tabur ini mempunyai jalan "trek" yang agak merbahaya. Dengan batuan-batuan granit yang keras serta dakian dan penurunan sehingga 90 darjah pasti membuat pendaki merasa gayat. Adalah dinasihatkan kepada sesiapa yang ingin mendaki bukit ini supaya memastikan tahap kecergasan dalam keadaan baik disamping peralatan yang lengkap. Menggunakan peralatan terutama pakaian dan kasut yang sesuai. "Trek" perjalanan di Bukit Tabur amat berbeza sekali dengan laluan gunung-gunung di malaysia kerana walaupun laluan ia agak pendek sekitar 1.30 Jam. Namun oleh kerana laluan yang mencabar dan tebing-tebing yang merbahaya membuatkan perjalanan ke puncak terasa amat perit sekali.

Ada dua laluan dimana pendaki perlu menuruni curam menggunkan tali dimana dibawah adalah jurang setinggi 100 kaki. Dikawasan tebing inilah sering berlaku kemalangan kepada pendaki terutama pada pendaki yang tidak berpengalaman. Namun keperitan pendakian terasa hilang sedikit demi sedikit apabila tiba di puncak gunung di mana disitu pendaki dapat merehatkan badan di atas "grass carpet" yang lembut dan sejuk.

Dinasihatkan kepada pendaki yang ingin cuba menawan bukit ini agar membuat persiapan rapi. Dikatakan, walaupun pendaki adalah seorang profesional, jika tidak mementingkan aspek keselamatan, maka pendakian boleh menjadi malapetaka buat mereka.

Seperti biasa orang yg kenal aku. aku morning person. setiap aktiviti nak buat kalau boleh seawall yang mungkin. aku keluar rumah pukul 5.40 pagi untuk ambik bard & erry di lokasi yang telah dijanjikan. maklumla rumah aku jauh. haha.

gerak dari rumah erry pukul 6.45 pagi dan singgah kejap di Shell untuk membeli air & Nasi lemak (melayu sangat nak makan nasi lemak jugak atas bukit!)

kami sampai di parking Bukit tabur sekitar jam 7.40pagi dan memulakan pendakian jam 8 pagi sebab ade org lambat smpi ! eh ! haha. nasib baek datang bawak goreng pisang. dimaafkan.

satu je problem bukit tabur nie. Parking die limited dan jalan die sempit. kalau bertembung memang parahlah. datang lambat sikit memang korang parking la jauh skit. kalau masuk dalam tak da harapan dah. nasib baik kami datang cepat sikit.


Ok jom mulakan pendakian. starting point pun dah mencabar =p. terkejut jugak la kaki ini haaa. dah jalan beberapa checkpoint kaki dah boleh terima tekanan tekanan yang bakal dihadapi. so perjalanan mulai lancar. mula2 tu mengah la jugak ! fiuuuu.

setiap checkpoint amik gamba. haha. kasi can la first time. =))


Bagi sesiapa yang tak sampai checkpoint terakhir pun dah boleh nampak view yang ohsem ini. check point ke 4 kalau tak silap.



Selain kene mendaki dalam hutan banat itu. kami juga dikehendaki untuk memanjat batu batuan ini. seeloknya bagi yg ada glove tu pakai la sebab permukaan agak tajam. selain kekuatan kaki. kat sini kekuatan tangan juga diperlukan. cabaran baru bagi kami yang amatur2 ini.


Nampak tak korang kene panjat itu??? hahaha. fuhh nasib baik tak gayat.


Dah separuh perjalanan. walau apa pun yang berlaku kene teruskan jugak. Chayok ! moh la layan gamba. gamba dari phone je. tu je yang senang nak pegang kat tempat2 macam nie. DSLR to big for me. leceh !

Untung bawak photographer. ade la orang sudi nak amikkan gamba ! haha tq der.




Macam penat jer ! macam haus jer ! haha












Ok ! kami dah lapar ! haha. inilah masanya kami makan nasi lemak yang dibeli di shell td. jom bismillah !




Cantikkan tempat nie? panas jangan cakap. memang terbakar. tapi serius berbaloi.



Inilah penunjuk arah kami.Penunggu bukit tabur pun dah kenal die. haha











Perjalanan mendaki + turun + bergambar + makan mengambil masa 4 jam. perjalanan naik dan turun menguunakan jalan yang lain. so takdalah terasa kesengsaraan nak patah balik itu. perjalanan turun adalah lebih mudah cuma kene tahan sakit ibu jari kaki la macam biasa. 

Maka pukul 12 tgh hari kami sampai dibawah ! maka tamatlah edisi untuk kali ini......terima kasih bard + erry + roy..korang best ! kemana selepas ini ?? nantikan....