Followers

Wednesday, October 16, 2013

Travel ll Pulau Mabul - Sabah Part 1

Setelah hampir setahun menunggu akhirnya impian untuk ke Pulau Mabul tercapai. Antara pulau tercantik di Malaysia dan Dunia. takkan tak mau jengah kot. Orang cakap membazir utk travel2 nie.tapi tidakkah mereka tahu berjalan melihat keindahan ciptaan Allah pun dapat pahala? sungguh sempitkan pemikiran mereka - mereka ini. abaikan.


Tiket dibeli dengan harga RM133 return selama 5 hari. 26 sept 2013 - 1 okt 2013. murah tak murah sangat la. just nice.  tiket dibeli untuk 4 orang tapi apakan daya hari kejadian hanya 3 sahaja yang muncul satu hilang dalam ramai. semoga dia bahagia disana. haha. biasela kan. kalau xde yg buat masalah bukan travel namanya.

Antara isu2 yang harus difikirkan awal ialah ejen mana yang harus diambil apabila stay Di pulau Mabul nanti. akan kuceritakan nanti ejen mana yg ku ambil.

so untuk pembahagian masa 5 hari itu diputuskan bahawa hari pertama kami akan tidur di semporna 3 hari di Pulau mabul dan hari terakhir di Tawau. JOm masuk hari pertama....Bringgggggg !

26 Sept 2013 ( Khamis)

Penerbangan dijadualkan pada 10.05 minit pagi dan dijangka 12.55 tgh dan kami berjanji untuk jumpa di LCCT pada jam 8.30 pagi paling lewat. pkl 8 pagi diorang dah terpacak sbb takut kene marah katanya kalau lambat! adoi. aku x garang (sambil jeling).

Selesai check in bagasi kami bersarapan di Taste of Malaysia. ke tawau je kan so x risau kalau lapar. senang dpt makanan so x perlu la nak mkn dlm flight lagi. tapi bile lori bawak makanan lalu fuhh macam memanggil2 suruh beli. nasib baek mampu kawal nafsu lagi.

Selepas berjaya masuk kedalam pesawat flight still delay ! dlm 40 minit so kami sampai di Tawau sekitar jam 2 petang ! utk ke sini memang serius aku tak study banyak. sbb dalam Malaysia. haha. lagipun aku dah ade startegi jahat ! aku dah Print entry Blog Tawau Chawana untuk aku rujuk nanti terutama mcm mana dr Tawau nak ke semporna ! hahaha. serius keji. dlm flight baru aku baca. nebes aku nak naek bus xde tingkap.






tapi hajat nak naek bus tu tak kesampaian sbb kami sampai pkl 2 ptg dan bas berikutnya ke tawau adalah jam 3.30 ptg dan merupakan bus terakhir ke tawau yer. terpaksa guna plan B.

sedang sibuk kami bertanya pasal bus. tetiba ade satu brader tu offer naek van die RM 20  sekepala ke Semporna. kira murah macam harga bus. sebab kalau tak silap aku bus ke tawau RM 10 dan bus dari tawau ke Semporna RM 10. so yg ni direct. murah rezeki kami. sbb die nak penuhkan van die yg ade 2 je penumpang dari negara china. kire nak lepas duit minyak die la.

Kalau korang nak naek teksi dari airport ke semporna pun boleh. boleh dapat harga rm95 - rm 100 tak lebih dari itu. so kalau berempat jimat la sikitkan. takde direct bus ke sempurna dari airport yer.

Perjalanan kurang lebih dua jam. feel die sama macam dari medan nak ke lake toba cuma dekat sikit. dengan keadaan yg super selesa dalam van tu. maka tidorlah mereka2 itu dengan jayanya. aku snap pic sikit2 dan sadakallah. jom tido.





wow KFC..terliur.... hahah



nmpk tak betapa selesanya...weehuu !



kenapa kami tido di semporna?

sebabnya adalah jika hendak pulau mabul jetinya di semporna. maka seharusnya kami tido disana sebab boat dijadualkan pukul 10 pagi. kalau nak gerak pagi2 dari tawau pun boleh tp teringin nak tido kat satu tempat di semporna yg diceritakan ramai itu. dimana? jom...


Dragon Inn Floating Resort sabah 

Klik sini (website)

pasal penginapan ni thanks to wanie sebab cadangkan. memang sangat best. tahap keterujaan begitu tinggi tatkala melangkah masuk ke laluan masuk. rasa nak melompat sebab teruja. haha. over gile. 

Turun je dari van ramai penduduk tempatan yg volunteer nak angkat beg kami. so saharusnya katakan tidak sebab nanti kene bayar tips pulak. so ikut atas pilihan anda la. tp brader van tu tak galakkan sebab ade kes bawak lari beg orang juga. so sila ambil langkah jaga2.

untuk urusan booking. kami booking direct dengan resort nie. tidak melalui booking on9 atau ape sahaja jenis booking on9. dan yang seronoknya bilik berharga RM 80 sebilik tapi siap ade aircond. sangat selesa.















Pemandangan didalam bilik. Not bad ! tapi ade tips untuk mandi. kalau pagi sila mandi sebelum waktu puncak ! kalau tak air slow. hehe. maklumla....





rehat sebentar dua dan masing2 kebulur. so jom jalan2 kat pekan semporna. sejujurnya tidak ada apa sangat dekat sini. antara pasaraya yg paling hebat dekat sini adalah GIANT. yang laen2 kedai biase2 jer.

dalam pening2 nak cari kedai mana nak makan. kami pun makanlah di Restoran bIsmillah. kami bukan food hunter so makan je ape yg teringin dekat tekak. tapi aku pun try la nasi goreng bismillah special. tp rasanya biase jer. haha. sbb tak pedas kot. so x feel sgt.

selesai makan kami berjalan sekitar area pasar yg femes dikawasan itu. tapi tak masuk pun dalam pasar sebab tiada tujuan. lagipun lecah. malas ler. 

lepas tu masuk la giant nak beli kudapan dan terus pulang ke resort. tak banyak aktiviti sangat untuk hari pertama nie. Just Keep Calm & Relax dlm bilik. 






nie lah nasi yg special sgt tu !







View waktu malam. 










dan akhirnya...tengok tv dan tv tengok aku...ZZzzzzzzzzzzz...

Bersambung ! esok yang sungguh menerujakan. 






15 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

bulat-bulat semua...nice entri.

Jari Manis said...

JM pun tak suka dgn cara pemikiran org yg mengatakan travel itu membazir..

Lori bawak mnana..confius sekejap hee

Tgk sign Lahad Datu..teringat peristiwa yg pernah berlaku kat sana

3 org...sorang jejaka dan 2 dara rupanya yer...

Semua gambar nampak tak rata atau mata JM yg tertipu...


BIBIE KARIM said...

Sebagai Sabahan adalah sungguh untuk buat statement...saya xpernah jejak ke Mabul lagi. Walaupun adik keje kat sana. Wah gambar kali ni memang fish eye sungguh ye.

Xboleh jadi, saya pun kena rasa tidur kat floating tu. Dulu gi situ untuk pekena seafood je, xpenah tau ada chalet. Boohoo sangat.

Hang Dhamin said...

khai ; Kami pun bulat2 juga seperti gambar ! hahha

JM : lori ape pulak nie? hahaha sepatutnya dua jejaka. satu missing in action.... gamba mmg tak rata...dari pandangan mata ikan..

bibie : hahaha biase la tu..tempat sendiri la paling susah nak pergi sbb asyik nak pergi tempat org.. tp tak pergi mabul memang kerugian besar la jawabnye...bole la wat family day kat floating tu nnt. hehe..tp aku x try pun seafood kat situ...hmmmm

Time Traveller said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha Hang Dhanim.. RM133 untuk return murah la sesangat tu :D untung la.. pi mabul kot.. lawa giler rumah2 atas air tu.. mmg terbaik..

( dah tak ada pengganas ke kat sana hehehee... :P )

Hang Dhamin said...

TT : kak anash pun slalu panggil aku hang Dhanim..hahah..hang dhamin la..haha..

mane ade pengganas da..sblm pilihan raya je ade !

Z@inur said...

min..cepat la update..nak tau hari kedua dan bajet rege...huhuhu...hahahha..

Hang Dhamin said...

zainur : ok malam nie aku start karang ok..sabo2....

i'm shin... i'm inesen said...

sambungannya pak!! #teringinakpegik

LeeZ said...

Baru book AA ke Tawau untuk ke Mabul bulan June 2014 nanti...huhuhu lambat lagi... Dapat RM175 return...

Hopefully will use this blog sebagai reference nanti nak book mana etc.

mirna risa said...

haaiii...nak tanya mcm mana nak cr ticket fligt murah mcm tu?ada x apa2 website tuk survey ticket murah?? :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum .. first time sheila singgah sini.. hehee follow kamu, sheila suka baca travelogue. Terasa nak sangat ke Pulau Mabul ni. hehehe ~~~

Siti Salamah Zamri said...

Nak tye.. Apa nama resort tu ye?? 80 hinggit termsuk alat snorkeling ker??

esvlia said...

Boleh juga tgk pakej mabul yang murah di sini
http://www.facebook.com/cutimabul

IBU.SUMIASIH said...

Saya mau mengucapkan terima ksih g tidak terhingga, serta penghargaan & rasa kagum yg setinggi-tingginya kepada AKI JEYAPATI , saya sudah kerja sebagai TKI selama 5 tahun di singapore, dengan gaji lebih kurang 2.5jt/bln, tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari, apalagi setiap bulan harus mengirim ortu di jawa, sudah lama saya mengetahui roomnya AKI ini, juga sudah lama mendengar nama besar aki, tapi saya termasuk orang yg tidak terlalu percaya dengan hal ghoib, jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng Saja.
tetapi kemarin waktu pengeluaran 8924 , saya benar2 tidak percaya & hampir pingsan, angka yg diberi aki 8924 ternyata tembus, awalnya saya coba2 menelpon, saya bilang saya terlantar di singapore, tidak ada ongkos pulang, terus beliau bantu kasih angka 8924 setelah saya bantu mahar 8 juta.mulanya saya tdk percaya,mana mungkin angka ini keluar, tapidengan penuh pengharapan saya pasangin kali 100 lembar, sisa gaji bulan januari, ternyata meledak….!!!
dapat BLT 750jt, sekali lagi terima kasih banyak AKI JEYAPATI, saya sudah kapok kerja jadi TKI, rencana minggu depan mau pulang aja ke sukabumi.buat aki,saya tidak akan lupa bantuan& budi baik aki.HUBUNGI AKI JEYAPTI DI NO INI 0852-4228-0055 KLIK TOGEL DISINI