Followers

Wednesday, January 9, 2013

Tips & Travel ll KL - Hatyai Thailand Part 1

Sementara Cerita nie masih Berada dalam otak, Marilah kita sama - sama mencurahkan Idea memulakan Pengembaraan KL - HATYAI - KRABI - KL yang berlintas lansung dari 27 Disember 2012 - 1 Januari 2013

Pembelian Tiket Train [ KL - HATYAI ]


Terdapat dua cara (yang aku tau) untuk beli tiket ni. Samada secara online atau beli di kaunter. disebabkan aku kali pertama so aku prefer beli di kaunter sebab macam - macam aku nak tanya. so lepas berdiskusi bersama member - member yang nak pergi so kami memilih Katil berbanding kerusi untuk ke hatyai sebab mengambil masa 13 - 14 Jam untuk smpi ke Hatyai. 

Tiket dibeli sebulan lebih awal sebab Katil merupakan Tiket panas yang semua orang - rebut - rebut. so untuk mengelakkan sakit pinggang duduk di kerusi. maka belilah kami tiket awal. RM 60 untuk pergi dan RM 60 untuk balik. perjalanan dari KL Sentral pada pukul 9.20 Malam. terdapat satu pilihan masa sahaja.

Total Tiket RM120 

Khamis 27 Disember 2012

Disebabkan tiket pukul 9.20 malam. maka kami bekerjalah seperti biasa dengan cemerlang. mandi dan bersiap di opis . Dinner di KL sentral dan terus naik keretapi di sana.

Disebabkan terlampau excited. rupanya aku orang pertama yang masuk di gerabak bilik itu. super cool yooo. Selesa. sejuk. dan tidak berbau. jgn risau tiada lipas. kebesaran ruang tidor besar sikit dari keranda. hahaha...amacam perumpamaan aku ..haha..

Pemeriksaan passport Malaysia & Thailand akan di lakukan di Padang besar. proses die cepat. ku ingatkan leceh. selepas selesai bhgn Malaysia. isi form masuk ke Thailand dan pergi ke bahagian Imigresen Thailand. Cop - cop siap.
Selepas selesai cop kitorang breakfast kat stesen tu sbb train akan bawa kitrg ke Hatyai sejam kemudian. so sempat la nak sarapan dulu. kedai makan tiada pilihan. hanya ada satu je kat stesen tu. Redho.

Korang kene selesaikan cop passport dlu baru pergi makan . Jangan makan dulu baru cop passport sbb diorg tak lama pun kat situ. bila dah takda orang diorg akan beredar dan tutup kaunter. Kata penjaga kedai makan tu.

















Selepas menjalani hari yang panjang di dalam Train akhirnya kami sampai uga di Hatyai. Tak terasa penat sebab dapat tido yang selesa dan cukup. Cuma tak mandi je. tapi muka buat yakin ensem time jalan. Yakin.





Misi pertama bila kami sampai ke Hatyai ialah untuk membook Van yang akan membawa kami ke Krabi besok. Keluar dr Stesen tu dah banyak ejen tapi malas nak serabut kami berjalan ke hadapan bahagian kedai - kedai untuk membuat servey. selepas beberapa serveyy dilakukan kami book van di kedai berhampiran LEE GARDEN PLAZA. 500TBH (pergi dan balik ke krabi) & 700 TBH (pergi dan balik ke Aonang krabi). kami memilih Aonang sbb yg happeningnye di Aonang. Hotel yg kami book pun disana. 

Van = RM 70 seorang (Pergi dan Balik)

Disebabkan masih awal lagi untuk Check In Hotel maka kami berjalan - jalan dahulu sekitar Lee Garden Plaza dan Lunch di  Hamid Restoran Hatyai.sebelum tu singgah beli Pulut Mangga yang begitu femes di Hatyai ini. 

Pulut mangga = 50 TBH satu bungkus



HAMID RESTORAN HATYAI

Total makan : 360 TBH (Dua orang) / 2 = 180Tbh (RM18)





SAKURA HOTEL 

1 MALAM = 900 TBH (RM 90) 

Perjalanan lebih kurang 250 meter dari Lee Garden Plaza . kira boleh jalan kaki je kalau nak ke Hotel ni. so dekat untuk kami menghala ke Night Market di Area Lee Garden Plaza. Kalau naik tuk - tuk dalam 40 THB (RM4) sahaja.





Pandangan Dari Bilik Hotel.

Selesai urusan check in pada jam 2.30 ptg. Kami rehat dan bersiap untuk keluar pada jam 4.00 petang untuk ke Floating Market

FLOATING MARKET HATYAI

Misi utama aku ke Hatyai ialah untuk kesini. sebenarnya aku teringin nak ke Floating Market Di Pattaya Thailand. tp sampai sini dulu. nie rezeki namanya.

Untuk kesini mengambil masa lebih kurang 10 ke 15 minit dari hotel menaiki Tuk Tuk

Total Tuk Tuk = 600TBH (RM60)  untuk satu tuk tuk pergi dan balik.

Dari KL Berharap supaya tidak hujan arini sbb byk blog yg aku review yg pergi ke Hatyai pd bulan 12 bermain dengan hujan. sebab kalau Hujan lebat pasar ini tidak akan dibuka.

Tapi pasar terapung ini tidak buka hari - hari hanya pada hari Jumaat sehingga Ahad sahaja bermuka jam 3.00 ptg sehingga Malam. sila rancang perjalanan anda.

Selepas perjanjian dibuat dengan driver tuk tuk maka kami diberi masa 2 jam untuk meneroka tempat ini. aku rasa cukup untuk cover area ini. Jam 6.30 kami berangkat ke Lee Garden Plaza Semula.



























Antara makanan Fear Factor yang etrdapapt disini..Berani?






Kuil - kuil yang terdapat di sekitar Floating Market








NITE MARKET / LEE GARDEN PLAZA

Kawasan ini merupakan tarikan utama pada waktu malam. banyak jualan di buat sepanjang jalan di area ini.so boleh la cuci - cuci mata. tapi tak ada apa pun yang menarik perhatian untuk dibeli kali ini. flus pun tak banyak. so kite tgk2 je la.

Untuk Dinner kami memilih untuk makan nasi lemak di tepi jalan berdekatan Lee Garden. Nasi lemak siap ade rendang ayam. sedap jugak. rasa macam kat Malaysia. so xde la homesick ! haha #tetibe

Dinner = 140 TBH (RM14)/2 = RM7














Bersambung ............... Hatyai - Krabi . see Ya. PART 2 

17 comments:

Farikica said...

tngh2 syiok baca, bersambung plak.. cptla sambong.. makanan fear factor tu x try ke?

Hang Dhamin said...

Farikica....habis day 1..nnt sambung day 2...soooonnn.

Makanan fear factor tu hanya dilihat dari jauh ! haha

Mie said...

Cantik tempat baru floating market tu dan sungainya pun nampak agak bersih banding dengan dulu, macam longkang je...

Hang Dhamin said...

MIe..yup betul...bile dtg pun rasa mcm byk yang baru siap..makin terartur tempat nie...

tp still byk anjing..sik baek bkn jenis meleser...

~RuRa~ said...

besyooonye udanggggg

zette said...

dulu penah ga ktry nak book tempat tido dalam train.. tapi cepat betul da habis, esp time perayaan... =)
nway, nice pic~

Hang Dhamin said...

Rura....mmg besar..x try pun..elergik katenye..... Zetty...mmg asyik abis...kene plan awal jugak le...klu last minit duduk le gamaknye....

Cik-Anne said...

bestnyeee...Cik-anne pun try explore Thai plak lah lepas nie...btw, cantik photos yang u amik...

Hang Dhamin said...

Cik anne - saya pun nak istihar kan tahun nie tahun meng explore thailand...

cik sophia kirai said...

yay nak tiru nak tiru..nak nek train gak!!

zila@akulovetravel said...

ulat tu siap goreng boh daun kari..hahaha

Unknown said...

agent mahal ke activity bebas mahak....budget nih...hehehehe

Hang Dhamin said...

Cik Kirai bile nak pegi. nak ikut boleh>? hahaha

Zila... kasi hilang hanyir kot...(cakap mcm ade pengalaman makan)

Dyabella...tak tau la nak kata..semuanya bergantung dengan siapa anda pergi..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. wahh bestnya. nak g juga !~~~

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Cadang nak ke krabi bulan ini.

Unknown said...

Bestnya naik keretapi... thanks for info sebab saya masih survey teringin gak naik keretapi pergi jalan2 :)

Kembara Cikgu Feesya said...

salam..bestnya ke krabi. sy pun bakal travel backpack by train jugak ke krabi 21hb disember ni. just asking masa kt pdg besar tu kna utk cop pasport kna bawak skali beg ker?ke letak jer ataih ketapi tu?xde tukar koc kan?harap mmbantu travel bdua jer ngn kawan ni. dia plak serah bulat2 plan kt sana pd sy...fuh..sib baik blog awak mmbantu.