Followers

Tuesday, December 31, 2013

SAYONARA 2013 ll The Best Of The Year


Dan ....akhirnya tiba dipenghujung 2013.

satu hari lagi akan melangkah ke tahun 2014. sebagai seorang yg selalu mem-Positifkan diri sendiri aku merasakan banyak kisah suka dari duka pada 2013 nie. hahaah Poyo abis.

So entry kali ni aku nak tribute kepada mereka - mereka yang sudi meluangkan sedikit masa untuk melengkapkan perjalanan 2013 dengan #Havoc sekali. terima kasih smua. tanpa korang 2013 ini kurang serinya. seindah seri menanti.

Cekidout.  


JANUARI 2013

HATYAI - KRABI (THAILAND)

Thank to Tun Helmi kerana masih ingin menjayakan misi menyambut tahun baru di disini walaupun Bob out of league last minute yg membuatkan hati bikin gusar ! haha. pengalaman pertama travel by train yg sesungguhnya semua orang kene cuba! tahun depan nak buat skali lagi untuk destinasi yang lain. sape berminat sila drop your name here =)

Cerita penuh - SINI




FEBRUARI 2013

Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013 (MITBCA)

Pada bulan ini telah dicalonkan untuk pertandingan MITBCA tapi malangnya kalah kepada #Biqque from #Travelholicawesome . memang tau dah tak menang. tapi terima kasih kepada semua sahabat2 FB & Bloggers yang sudi undi ! haha. dan thanks tu #KakiJalan sebab sudi invite ke majlis penganugerahan ini. Tahniah korang semua. Ohsem abis.

Cerita Penuh - SINI



MAC 2013 

PATTAYA & BANGKOK THAILAND 

Untuk projek ni thank to Najib sebab sudi menjayakannya. trip ini merupakan trip ketiga itenery nye aku buat sendiri selepas singapore tahun lepas dan hatyai. maklumla selama ni follow orang ja haha. nasib baik sampai ke semua dstinasi yang di cita2 kan. cuak jugak kalau sesat barat.

travel tak ramai nie senang buat keputusan. lagi2 yg sekepala. segala perubahan last minit boleh diterima dengan akal terbuka.

Cerita Penuh - SINI

PATTAYA - THAILAND

BANGKOK - THAILAND


APRIL 2013

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)
Ni merupakan pengalam kedua aku kesini. tapi kali ni bersama #gengssm. kalau tahun lepas kitorg buat aktiviti di medan. tahun ni kesini pulak ! sebenarnya best gila bile dapat lepak kat luar dengan budak2 opis ni. hilang segala tension bekerja. tapi nak cuti lama2 la susah. so short trip macam ni pun dah ok. tahun depan kemana pula? ramai sangat yg pregnant la nie. reunion kat Hospital je lah ! haha. 


MEI 2013

GUANGZHOU - SHENZHEN - HONGKONG - MACAU 

Setiap tahun bulan mei merupakan bulan paling penting. maklumla birthday boy kan haha. setiap tahun aku cuba utk menghadiahkan percutian untuk diri sendiri. haha. nak tunggu orang bagi macam takda ja..

Tuk trip overland kali nie thank to Ayu & Shaz sbb sudi bergabong meletop pecah lemak untuk xpdc padat ini. trip paling best 2013. dan ini merupakan trip pertama yang aku pergi secara solo pada hari pertama. pengalaman yg tak boleh dilupakan. 

Tahun depan kemana? hmmm. mcm tak beli tiket je lagi ! jom teman ...

Cerita Penuh - SINI

HONG KONG
MACAU
SHENZHEN - GUANGZHOU


JUN 2013

RUNNINGMAN SPARTA - KIM JONG KOOK LIVE IN MALAYSIA

Sebagai peminat tegar Runningman aku tak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri KJK live di Malaysia. haha. thank to Ijan & Ayu sebab datang walaupun semua pergi masing2 haha. sesekali buat jakun apa salahnyakan. bile nak smpi korea nie !!! 

Cerita Penuh - SINI 


OGOS 2013

LEKIR - IPOH (PERAK) 

Mini reunion dengan #gengungu. setelah lama tak jumpa akhirnya berjumpa juga di ipoh. tujuan utama perjumpaan untuk ambik gambo pengantin. tujuan lain berjimba la sambil jalan raya! thank to #kakijalan & #janggeltrecker sudi menerima kunjungan.  dapat la tengok ICT kat ipoh.

cerita penuh : SINI


SEPTEMBER 2013

PULAU MABUL - SABAH

Kalau tahun lepas ke Pulau Karimunjawa pada bulan ini. macam tradisi pulak tahun ni ke Pulau mabul . tak lengkap rasanya kalau tak terjah pulau dalam masa satu tahun. ini antara senarai pulau2 yg ohsem yg aku pernah pergi. tangkap la gamba dekat mana2 pun. confirm cantik. thank to elma n Ijan yg bila mana aku ajak confirm ON. jom travel lagi next year.

Cerita penuh : SINI




OKTOBER 2013 

CAMERON HIGHLAND PAHANG

Nie trip paling banyak kenangan. first time pergi cameron rasa tak nak balik. best wei lepak dengan diorg ni. harap tahun depan ade lagi projek dari #gengmasjid nie ! thank wei. dengar cerita nak gi Legoland ! ezarul muat ke naek rollercoster? haha

Cerita Penuh : SINI


NOVEMBER 2013

Bulan ni tah mana datang seru rajin pulak mencuba aktiviti baru. ni semua gara2 #genghiking nak panjat kinabalu. terus aku pun terjebak dalam aktiviti latihan mereka. frust gile tak dapat join diorg naik. tapi lain kali ada lagi kan. so be positif. antara tempat yg berjaya kami terjah adalah :

BUKIT LARUT - PERAK 

Dulu asyik bukit broga je sampai jemu broga tengok muka kitorang. tukar angin skit panjat kat sini. ni smua sebab ain bertunang kat area nie. so alang2 kitrg pun plan la bende laen skali. peluangkan. Thank to bard . erry . ain. tahun depan moh aktif lagi !

Cerita penuh : SINI 


BUKIT TABUR - TAMAN MELAWATI

Selesai di bukit larut. plan pulak tempat lain untuk dipanjat. hasil roger member berpengalaman. dia sudi nak bawak explore bukit tabur. apa lagi ! moh la kite. sini best wei. tak tipu. thanks to  Roy . bard & erry. korg best ! jom wei gunung dato. kawan aku ckp pemandangan ohsem.

Cerita Penuh : SINI




DISEMBER 2013

PULAU PANGKOR - PERAK

Dalam pada aku rasa percutian aku dah berakhir untuk tahun 2013. tetibe aku dapat offer jaga kursus di Pulau Pangkor ! maka dengan rasminya aku menutup Travel Blog aku dengan PULAU PANGKOR. yahoo. kali ni lepak dengan #gengssm ler. best wei sini!

Cerita Penuh - SINI 


Sebenarnya dalam sedar tak sedar aku dah isi setiap bulan dengan satu aktiviti yang aku boleh ingat pada masa akan datang kecuali bln 7. Puasa kan. malas pulak nak berjalan2. so macam tercapai ja KPI berjimba aku iaitu berjalan setiap bulan sama ada pakai duit yang banyak ataupun sikit!

Maka dengan harapan yang sama aku berharap 2014 akan sama meriah seperti tahun ini! In Sha Allah. Terima kasih smua. salah dan silap harap dimaafkan. kita jumpa tahun dengan. 

Regards,

Hangdhamin
(YourFriend)