Followers

Wednesday, August 28, 2013

Janggeltrekker + KakiJalan + HangDhamin at PERAK (Reunion?)

Assalamualaikum,

Fuhhh...Dah lama Rasanya tak lepak dengan Janggel & KJ. Tetiba rasa mcm Awkward org putih kata. sebab masing2 (aku dan mereka) dah bawa haluan sendiri mengikut minat , pilihan dan kemampuan masing2. nak tanya macam2 pun takut ianya rahsia besar yang harus dirahsiakan. Jalan terbaek adalah bertanya perkara2 basic sahaja. haha.

Trip kali nie bukan lah semata2 berjalan meneroka negara. tp kami ada misi untuk menangkap gambar Pengantin di Lekir Perak. So sape2 berangan nak 2 orang blogger tersohor nie amik gambar korang kawen boleh lah cari kami di FACEBOOK : TheStyliss Photography INSTAGRAM @thestylissphotography Twitter @thestyliss  untuk mendapatkan info dari kami (oi sempat iklan)

tp disebabkan ini blog peribadi aku malas la nak cerita pasal kerja2 kawen nie. kite cerita pasal KAMI je ok. haha

KEJUTAN PERTAMA : 

Semua dah berisi dari sebelum ini termasuk aku! hahahaha..Plz do something. Happy agaknye yer. ok le janji bahagia (ayat selamat)

KEJUTAN KEDUA :

Fuyoooooo KJ dah beli kete baru ! WAHYU diberi nama ! untungla dapat kami ronda2 perak naek kete pakai letrik tu ! merasa la aku bawak walaupun KJ jeling dari belakang sbb bawak laju sangat ! sambil tu jerit dari blakang..bumper...bumper...

APA YANG BEST KALI NIE?

  1. 3 hari aku kat ipoh ! tiga2 hari aku dapat makan satay walaupun ade 1 kedai tu jual satay 1 cucuk 70 sen ! woi gile nak cepat naek Haji.
  2. I love perak. tempat semua cantik2. rasa nak berenti semua tempat nak amik gambo.
  3. lepak dgn 2 blogger tersohor nie gamba confirm cun - cun. LIKE
  4. IPOH ade I- City ??

Keadaan didalam Wahyu yang sungguh bau Pandan ! Nature sgt pemiliknye..... sambil buat Peace sebut I Love Pandan.


Aku bersama speck adi putra ! dengan harapan ade iras2...tp hampe . sebelum ke rumah pengantin menjalankan tugas. kami semua ronda2 dulu kawasan berdekatan Lekir untuk mencari tempat yang sesuai untuk sesi Outdoor petang nanti. Moh kite tengok anta tempat menjadi pilihan kami.


Aku test dulu kawasan nie. Cantik ! tp bapak panas pokok pun x da. Tp Private area. so NEXT ! kami pergi area Pantai ape tah siyes aku lupe.  tp mcm tak cantik sgt. so kami je la ambik gamba kat sini. Rindu plak nak naek boat tgk boat2 tu. sikit je masa lagi. sabo sabo...




Dan kawasan yang dipilih ialah kawasan pokok nan sebatang ini. sangat nice ! We LIKE so WE Pilih here. Gambar dibawah adalah selepas tugasan berakhir. pengantin dah balik kami take over ! ok mmg over.




Gituuuu gaya model profesional sangat ! 


Nie mmg budget Tiz zakiah dr dulu walaupun zaman nurkasih dah lama berakhir !







Sweetnye korang nie...KIKIIKIK okbye


And penutup untuk hari nie. Golden Moment sunset di LEKIR.

untuk hari kedua . OTW ke lekir dengan langit yang biru. rasa mcm nak berenti je ambik gamba. tp masa tak mengizinkan. kalau tak mau sejam amik gamba kat tepi jalan je nie.


Ok. sesedang pengantin bersiap untuk persalinan kedua. kami pulak bersanding kat atas tu ! Adoi layankan je la. nie la akibat kalau kameramen pun gila gamba ! tapi kami tak buat kacau majlis orang yer. hehe.


Ooo nie la gaya janggel bersanding nnt ! tak sabar nak amik gamba.


Nie pulak puteri Bukit larut !


Nie pengantin sesat dari Tokyo !

Selesai job untuk hari kedua malam tu KJ nak bwk satu tempat lepak baru katanya kat IPOH ! Ala - ala I City konsepnye. Tang lampu la. tang maen2 tu x da.Jom tengok ape yang ada.

RIVERWALK @ KINTA RIVERFRONT HOTEL IPOH











TIN MUSEUM

Dalam kawasan nie korang akan dapat melihat satu kawasan diorg buat mcm mini museum berkenaan tin nie. tak ade ape sgt pun dalam die. tp ok la untuk buat tarikan kat tempat nie.






menelaah sgt ! nak apply keje museum ke? 














selesai disini kami ronda2 kat luar pulak ! ade org jual air jus strawbery. diorg rasa tester katanye sedap ! iakan aje.






Kat sepanjang sungai tu banyak kedai2 makan yg korang boleh pilih untuk chill2.




























untuk hari terakhir kami di IPOH. kami telah berbincang kononnya nak buat photoshoot raya. so mengangkut la baju raya dari KL.sebabnya kebetulan semua baju raya tahun nie warna KELABU. maka seharusnya dirakamkan kenangan bersama.

Bergamba?? serahkan pada yang pakar.




Macam dato bandar IPOH tak? sila undi





Penat bergaya kat dinding kayu. moh kita bergaya di dinding batu !




OK lah sekian saja saya melaporkan cerita yang tak seberapa ini. Kalau panjang umur kita jumpa lagi. PEACE dari kami.