Followers

Thursday, October 24, 2013

Travel ll Pulau Mabul - Sabah Part 2

Setelah hampir seminggu di ganggu hantu korea. moh kite sambung entry nie !

sambungan dari SINI (Part 1)

Good morning from semporna . selepas semuanya mandi maka kami pun pergilah menuntut breakfast percuma yang dijanjikan oleh pihak resort. maka dapatlah kami telur  SEPENUH masak sebanyak dua biji beserta roti bakar dan tea o setiap seorang. disebabkan kami yang kelaparan sebab malam tadi tak makan byk sangat maka kami pun ronda sekitar pekan semporna utk mencari makan ! roti canai menjadi pilihan ! yUm Yum dua keping masuk dlm perut tanpa rasa bersalah. tapi tetibe macam takut pulak sebab banyak makan sangat ! ok ke nak naek boat yg bergelora itu ! demm.

Sebelum aku cerita lebih lanjut ! moh aku cerita pemilihan agen yang kami buat sebelum kami tiba ditawau lagi untuk ke Pulau Mabul.

sebulan setengah sebelum kesini barulah kami terhegeh2 nak book mana yg patut. rupanya Pulau mabul nie pun macam Pulau Karimunjawa. tempat2 tido yg murah tu memang macam goreng pisang panas la kene book awal2. demm. tp nasib agak menyebelahi ade satu tempat tu kami dapat book walaupun die book n sub kami ke tempat penginapan laen tanpa pengetahuan. Complicated cerita nie. kat bawah la aku cerita. haha. kami book di ScubaJeff tapi di sub ke Spehedivers.

so untuk package 3 hari 2 malam kos beharga RM500 termasuk tempat tido + makan +  dua kali snorkling di Pulau Mabul +  Guide bawak ronda jalan kaki di mabul.

Antara Pilihan yang boleh dipilih :

1. Uncle Chang (Klik)
2. SeaHorse (klik)
3. Spheredivers (Klik)
4. ScubaJeff (Klik) 

Jika anda menginap di Dragon inn ini diorang akan jemput di jeti di depan resort ini (rujuk dimana aku berdiri dibawah). rasa mcm vvip sangat.hahaha . kalau duduk di kawasan pekan semporna diorang ambik di Jeti Umum semporna. tp dekat je dengan area resort nie. dont worry bleh jalan kaki.



Inilah jeti itu.


Sebelum makan ambik dulu kupon breakfast di Kaunter .






kelas tempat basuh tangan
Selesai breakfast ! Check out dan tunggu boat ambik pukul 10. Sebenarnya pengurusan scubajeff nie sangatlah lemah. serba serbi slow. pening kepala aku nak layan orang2 yang lembab nie. so kalau korg boleh elak ambik diorg nie elak la. kalau no choice. redho je lah. boat yang dijanjikan pkl 10 sampai sudah tapi jam 10.30. 



Perjalanan dari Semporna ke Pulau Mabul mengambil masa hampir 40 minit - 1 jam. bergantung kepala kepala gila pemandu boat. tp memang melambungla diorg bawak. layan jugak dalam cuak kalau boat terbalik. air merecik sampai muka beb ! abis speck aku yg sangat mahal itu. pui




Boat dr Scubajeff dari semporna begerak sebanyak dua bijik ! tp tengah perjalanan boat satu lagi ade enjin problem pulak so kami boat satu lagi atas dasar setia kawan menunggula di tengah lautan itu. tp tak perlu nak complain banyak sangat pasal tu sbb kami dapat ambik gamba cantik di tengah lautan itu. 



Dapat tengok rumpai laut. tapi driver boat cakap rumpai laut tu tak berapa nak menjadi. kalau tak lagi panjang.




Tada boat dah elok ! jom rempit. 


Setelah boat itu dipandu serius laju sebab lama sgt berhenti kat tengah laut. Maka sampai lah kami ke destinasi yang dituju iaitu Pulau Mabul. tahap keterujaan memang agak tinggi.serius aku cakap cantik gile. perasaan yang sama masa aku pergi ke perhentian & karimunjawa dulu. air bapak jernihnye. kenape la laut kat PD dan bagan lalang tak secantik ni. hahah. memang tak la.

Kami semua di turunkan di Scubajeff chalet utk makan tengah hari sebelum kami di tempatkan di chalet yg laen iaitu sekitar 300 meter jalan kaki dr scuba jeff iaitu spheredivers. hamper jam 3 petang baru dapat check in. berbulu gak la hati nie. tp tak nak hilangkan mood masing2. kitrg lepak je la tengok laut dan borak2 bende yg menggembirakan hati. buat ape nak stress2 rileks sudah.

tapi ade hikmah utk orang2 yg sabarkan. chalet yg kami ditempatkan itu lebih damai dan tidak serabut seperti scubajeff yg penuh gile dengan orang. serius aku serabut. tempat kami rilek je. nak gelak besar pun x de org jeling. serius best.


gambar dibawah dari pandangan depan beranda scuba jeff ! cantikkan.








Dan meh aku tunjukkan area tempat tinggal kami yang aman dan tiada gangguan itu. untuk pengetahuan konsep kat sini sama juga macam pulau perhentian iaitu letrik 6 petang - 6 pagi. tp jangan risau nk tido petang tak panas pun. angina laut kuat.











disebabkan aku bujang . so bilikpun bujang la. simple je bilik die tapi selesa dan tanpa "gangguan" .


bilik air pun air die kuat. cuma air die rasa pelik sikit. maklumla pulau kan. sila paham situasi.




nie bilik besar. just nice. like !


so untuk hari pertama tiada aktiviti di laut. Kami dipahamkan yg kami akan dibawa berjalan2 sekitar kawasan di pulau mabul. tapi tgg orang yg nak bawak kami tu lambat sangat. dah  bosan menunggu dari pagi so kami jalan sendiri. dah biase jalan sendiri di mana2 tp skang kene tunggu orang memang sedikit tidak biase. so kami redah kasi pecah. jom redah je la. xkan sesat pulakkan.

disebabkan kami duduk diatas lautan. kami harus berjalan di titi seperti dibawah. seram jugak mula2 tengok conditionnye. tapi kamikan kurus so ok je la. hahaha . tetibe macam kagum pulak tengok dunia yg dicipta untuk mereka ini.




Hasil mengikut gerak hati. sampai lah kami di area ini. dalam hati.....adoiiii...kenape cantik sangat. geram je kamera amik gamba. 




kat sini ade jugak resort2 mahal yang korang boleh try antaranya Bornea Divers Mabul Resort. abaikan model extra dibawah !







untuk ke Sipadan Water Village korang kene menempuhi perkampungan orang bajau laut nie dulu. mula2 macam takut jugak nak lalu. so kami decide utk tidak melintas . tgg pakcik guide tu bawak kitrog. sebab kes lahad datu masih dlm ingatan. mcm2 dlm kepala otak piker. hahah. tah ape2 tah. padahal kat sini tak kene pun.






Setelah beberapa lama kami berjalan maka berjumpalah kami dengan pemandu pelancong kami. haha. kat sini kami dapat kawan baru Yarnte & Dila. org Shah alam cuti berdua je. mangsa keadaan jugak patut berempat tp dua je sampai.




selepas melepasi kawasan perumahan bajau laut itu maka sampailah kami ke kawasan shooting film duyung. ingat? sini la tempatnye. siot sini memang best. tempat paling best di pulau mabul katanya. kalau ada - ada boleh la try tido sini. yang bestnye pasal tempat nie kalau x stay sini pun masih boleh melawat sekitar kawasan ini. so jom terjah !










bagi yang stay disini. boleh la snorkeling kat kawasan sini. memang khas utk mereka2 sahaja. kelas ko maria !













untuk percutian kali nie aku Berjaya dapatkan semula lens Fisheye ku yg tak terambik2 itu dan aku amat puas dengan hasilnya. tak sia2 ikat perut nak beli dlu.




OTW keluar dari tempat nie adoiii pakcik nie bakar satay pulak. nasib baek die baru start bakar. kalau dah siap bakar mau aku buat senyum manis kat sebelah die. haha





Selesai ronda maka kami pun berpecah. kami pun sambung pencarian ape lagi yang menarik disini sehinggalah kami jumpa kedai goring pisang nie. nak try ke tak...nak try ke tak..last2 kami beli. yang bestnye satu seposen ok ! gila murah. terus beli nak membantu industry orang2 sini. mengikut fahaman aku lah kan. kebanyakan orang disini beragama islam danyang bestnya kawasan mabul ini tiada Anjing. so kami terasa sedikit selesa untuk berjalan kemana2.






Selain gorang pisang. kami juga singgah membeli jajanan untuk buat bekalan dimalam hari dan nak makan petang ni sambil layan sunset dari beranda chalet.


Untuk hari pertama nie aku tak beria sangat ambik gamba sebab macam dah lowbat badan aku nie. so aku fokus makan goring pisang tadi.





Habis sunset semua pakat mandi dan berehat dalam bilik masing - masing sambil menunggu makan malam. tapi sejujurnya makanan di mabul ini tak semeriah semasa kami di perhentian. kat sini hari2 ayam makanan utama walaupun duduk dilaut. mana seafoodnya? hmm. tapi hari keesokkannya kami beli seafood specel. nak tau ape tgg. memang terbaek.......



Selesai makan diorg pasang Movie The Steel. layan sampai habis dan ZZZZzzzzzzz....




Part 3 : pengalaman kami snorkeling di Mabul dan pergi resort mewah kene lalu kubur?? nantikan.....to be continue