Followers

Thursday, November 7, 2013

Bukit Larut ll Maxwell Hill - Perak

Sungguh teruja aku nak bercerita pasal tempat nie. haha

Nak dijadikan cerita sabtu lepas aku bersama kawan - kawan opis bad dan erry ke Batu kurau untuk menghadiri majlis pertunangan kawan kami. Dah plan lama dah sebab akulah photographer untuk majlis itu. haha. 

So plan punya plan maka decide untuk semua orang ambil cuti pada hari isnin memandangkan hari selasa cuti maal hijrah. so dapat la kami cuti direct 4 hari. gile nak lepaskan peluang cuti direct lama2 haha.

Kami bertolak ke Batu kurau pada hari sabtu. sempat la singgah dekat Taman Tasik Taiping layan perasaan dulu.Majlis pertunangan pada hari ahad berjalan dengan lancar dan agenda kedua terbesar kedatangan kami kesini adalah untuk mendaki bukit larut.

feeling Mr Arrogant =p



ISNIN - 4 NOVEMBER 2013

BUKIT LARUT 

Perjalanan dari batu kurau ke bukit larut mengambil masa kurang lebih 1 jam. maka selepas sarapan pagi kami meneruskan pendakian pada jam 8.50 pagi. agak lambat jugak sebenarnya sebab biasa orang naik lagi awal. ramai dah otw turun masa kami dlm pertengahan perjalanan. untuk aktiviti pendakian tidak perlu pembayaran apa2. 

Nama je bukit tapi kwn aku sampai rasa mcm nak merangkak nak naek ke puNcak tu. haha. perjalanan naik sejauh  10 KM dan turun 10 KM dan setinggi 1036m dari paras laut. track jalan TAR.

ada dua pilihan untuk korang sampai di puncak bukit larut. sama ada mendaki atau menaiki JEEP yang boleh disewa di kaunter pendaftaran. tapi aku lupa la nak tengok berapa ratenye sebab memang berhajat untuk mendaki.

untuk expedisi kali ini kami berlima. 

Knape beria sangat nak mendaki nie? sebenarnya mereka2 itu sedang dlm mood training untuk pendakian sebenar pada hujung bulan ni. lokasi mana biarlah mereka umumkan nanti. aku tak dapat nak follow sebab cuti takde. duit pun sipi2. Sadis. jeles wei. tulis nama aku atas batu nnt.

kami dengan hanya berbekalkan satu botol air setiap seorang dan roti memulakan perjalanan. cuaca redup je dan tak ramai orang. mungkin sebab hari isnin kot.

tapi sebelum panjat ambik gambar dulu ! wajib. haha. sebab tu track yg sepatutnya sampai sebelum 3 jam kami ambil masa 3 jam 20 minit. nak buat macam manakan. pergi skali seumur hidup. kene la ada kenangan.













Banyak pondok2 dibina sepanjang jalan untuk berehat. so keep calm & relaks.





perjalanan tidaklah semudah yang disangka. 10 km tidak rasa seperti 10 km. rasa mcm azab ! haha. mencanak jugak bukit2 nie. aku igtkan mcm broga je cuma hebat sikit. haha. yelah ! bukit kan. tapi azab die rasa mcm aku panjat Gunung Tampin dulu. 

Tapi dengan keazaman yang cekal dan support dari kawan2 semua berjaya. macam ni lah bagus. susah senang bersama.










Kami baru nak naik diorg dah turun dah ! bertabahla







Kami pun nak feeling autumn jugak ! kasi can la. bergambar dengan kasut tajaan.




Selain dapat melihat keindahan pokok2. sepanjang perjalanan akan bertembung dengan air terjun kecik2. sejuk wei. tp hati2 sebab licin. ade orang jatuh aritu. sapelah tu yer. haha. gelak sampai guling ! 


Eh penat ker? hahha...lenjun wei.










Aku suggestkan kalau korang nak daki bawaklah air lebih sikit. tak cukup wei sebotol ! adoi. haus nak mampuih. air siap kene catu setiap kali nak minum sbb takut habis.

aku ade bukti kenapa korang kene bawak air lebih. cuba tengok pic dibawah ! haha. bengong betul diorang nie.

A : Tak larat dah. !!!!!! 


B Reply : Kata LEGEND !


C Sambung Reply : Haus teroooook !


D bagi Nasihat : Jangan lupa bawak air nanti haus .... ;)


E Reply : Dah bawak dah tapi tak cukup ! haha

Penat maka kami pun berehatlah di tembok besar china ini.


Nie lah jeep yang bawak org turun naek yg aku cakap tu.



Hahahhaha...siot je soalan !




















kami sampai diatas pada jam 12.10 tengah hari. niat dihati nak memborong air. air kitrog memang dah habis langsung waktu tu. tp malangnya kedai dekat area tu semua tutup. pergh azab gila rasa waktu tu. mcm manalah nasib kami2 ini. hasil dari pertanyaan dengan pekerja di sebuah resort yang tak ada jual air. die suruh kami daki lagi 5 minit perjalanan ke atas ada cafe buka ! walaupun kedengaran 5 minit tu dekat. tapi bagaikan 5 KM perjalanan. ade siap dah baring tepi jalan nak charge energy ! time ni la kemuncak kesengalan di mana timbul idea dr ain die nak merangkak naek atas. haha. gilo ! 
























Akhirnya selepas gigih teruskan perjalanan. maka sampailah kami ke cafe yang disebutkan itu ! makanan xde jual yer. air je ade. tak ke sadis. nasib baek ade jual kentang goreng. boleh la alas perut. 

2km terakhir yg pergh ! nikmat terasa kat kaki








hampir satu jam berehat diatas. bergambar dan charge badan masing2. kami turun kebawah. turun seperti biasa tak segetir masa nak naik. tp kaki sakit pulak nak menahan kelajuan turun. tapi yng penting kami berlari ok masa turun. huhu. syok habis. tapi tak la sepanjang perjalanan. perjalanan turun hanya mengambil masa 2 jam 15 minit sahaja.

Cabaran 10 KM turun ke kAKI BUKIT BERMULA. cHAYOK !











And we made it ! weehuuu ! rasa macam menang marathon. 


selesai turun terus pulang ke chalet untuk berehat ! sebab malam nie nak makan mee udang kat changkat jering. yum yum.

Sebenarnya terdapat banyak lokasi boleh try mee udang dekat area berdekatan taiping nie. dan yang femes aku pernah dengar adalah di kuala sepetang. Haritu Biqque ade offer try kedai satay ayah die. tp masa tak de pulak !. sorry yer biqque. serius aku teringin nak pergi tp x dan. SATAY tu. argh (Lap air liur). kami ke changkat jering sebab lebih dekat dalam 40 minit perjalanan dari batu kurau. kalau kuala sepetang ambik masa 1 jam lebih. kami tak larat nak pergi jauh2 wei. kaki kejang ! haha. sampai sekarang terasa kejangnye.

mlm tu kami makan bersama dengan keluarga ain. one big happy family.

RESTORAN NUR ZETTY CHANGKAT JERING

*Sumber gambar Apeq Lee

mee udang die best jugak. 7.50 satu mangkuk. kalau mee udang specel cer teke bape RM? RM9? . oh salah.. mee udang specel RM 12.50 ok. Glup ! tapi puas hati tengok udang penuh dalam mangkuk. 




Dan yang paling penting terima kasih sape yang belanja malam tu. terima kasih banyak. next time kami nak datang batu kurau lagi makan durian pulak. hehe

Sekian saja percutian singkat kami ini.singkat tapi memang best gila. Wassalam. bukit larut dalam kenangan. 

11 comments:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Syoknya jalan kaki 10 KM. Dulu aku terasa nak mampus...naik landrover pulak terasa pening....Bertabahlah...kalau ada masa singgah ke Tanjung Malim....Bertabahlah.

i'm shin... i'm inesen said...

ceria memasing walo penat.. yeah sehat dan kuat #besh

Jari Manis said...

View kat tasik taiping tu mmg ohsem..byk betul gambo nya..scroll downtak habis2...heee

JM tahu selalu kalau g training mendaki ni preparation nk ke mount kinabalu betul tak..ok lagi track ber TAR..JM daki dulu Gunung Ledang ngan Gunung Datuk..sampai ke bwh habis longlai..longgar semua scru kaki..Thaniah kerana berjaya tawan Bukit Larut tu

Biqque said...

lama gile kot aku tak naik, tunggu siap cable car je la kalo jadi hahahaha!

rugi tak mai mkn sate pak ein! pfft!

Hang Dhamin said...

khai : landrover pun aku tgk bawak laju jer. mau tak pening haha

Shin : memang kami dilahirkan suke senyum depan kamera haha

JM : sik baek scroll abis jugak kan....kalau x mau meleltop komputer

Biqque : terkilan sikit disitu pasal satay !

kalau jadi cable car tu mmg ohsem. dpt buat mcm fraser hill pun cara.

Time Traveller said...

agak best.. eh silap best betul nie.. jalan jer.. tak yah nak redah pape.. :D

Ramai lak yg perhatin suh bawa air bagai.. :D

Anonymous said...

OMG! You guys did it!

* The 1st and 2nd pix tue is exactly where I slipped off my phone from my pocket. Sedih gile! Pusing balik and call the number, mmg dah off dah. Takder rezeki.

Hang Dhamin said...

TT : jalan je smpi atas..x yah redah...air xde mmg cari nahas jawabnye...

Zaraab : klu phone saya yg hilang terus x semangat dah nak daki ke atas tu. tp skang mesti dah pakai enpon canggih kan . nmpk x hikmah die hehe

Rojak Campur said...

info menarik

Blog Saya

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Bila nak tulis entri untuk tahun 2017.

Unknown said...

Kalau naik hiking... Turun dgn land rover boleh x?