Followers

Tuesday, August 14, 2018

K A S H M I R – Tips & Trick


Salam Namaste, Feeling India sudah mari haha, tapi aritu aku  namaste dekat orang Kashmir kena marah sebab dia cakap kita muslim, guna Assalamualaikum haha “Burn” . Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan Travel aku sebelum ni confirm tau aku pergi Kashmir ini atas tiket kemenangan Contest anjuran ProjectVacation yang korang tolong undi tu. Hihi. Terima kasih kamu kamu dan kamu. Memang recommended travel dengan diorang ni. Happening habis. Awek cun plak tu yg jaga kami. eh ! haa tepuk.


Detail package ProjectVacation (ada dalam gambar) atau boleh follow IG : Projectvacation @ ThePVstuff untuk promo2 trip selepas ini. Sebenarnya ni first time dalam hidup aku travel dengan orang tak kenal. Mungkin rezeki aku dapat pergi dengan geng sehappening ini dan tak serabut otak sebab ada orang uruskan haha. Kerja aku jalan dan ambik gamba. First time rasa travel setenang ini. Slalu pening sikit sebab aku ketua haha. Banyak nak pikio.



Cut story short. Aku cerita sikit cara – cara nak merancang perjalanan anda ke Kashmir dan to be Honest aku yang tak suka India ni pun boleh jatuh cinta dengan Kashmir haha, nasib tak beli baju Proud to Be Kashmiri je yang ada jual kat kedai Souvenir haritu.

Flight :

*KL –  New Delhi (Return) 7 kg Hand Carry  :  RM 589 (Pergi 20.07.2018- 1905 PM – 2200PM)

* New Delhi – Srinagar (Airasia)  Free 15Kg Luggage : RM 88 ( 0605 AM) 21.07.2018

* Srinagar – New Delhi (IndiGO) Free 15Kg Luggage  : RM 193 (1705PM) 25.07.2018

*New Delhi – KL 7 kg Hand carry : (2310 PM) 25.07.2018




Info  : Tiada direct flight ke Kashmir dari Kuala Lumpur (sepahaman aku) . So untuk trip ni kami turun di New Delhi dan ke Kashmir pada esoknya menaiki flight lain. Ada pelbagai Airlines ke Srinagar tapi cuba elakkan menaiki AirIndia kerana mempunyai Rekod delay paling selalu berlaku mengikut Tour Guide disana. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam dan perbezaan masa 2 jam 30 minit ke belakang apabila anda sampai di india. Disebabkan sampai di india jam 11 malam sebab ada delay sekejap haritu dari KL dan flight ke Srinagar jam 6 pagi keesokan harinya maka kami lepak di Airport sahaja. AirAsia adasediakan Lounge . kalau pre book lebih murah untuk tempoh 3 Jam. Jam 3 pagi dah boleh Check in untuk ke Srinagar.


Tips & Trick :

  • .     Selepas selesai urusan di Imigresen dan keluar di ruang legar Arrival tu korang jangan keluar dari ruang legar ke kwsn luar tunggu teksi tu kalau nak lepak dalam tu. Skali dah keluar memang tak boleh masuk balik walaupun hanya ke ruang legar jemput orang tu. LOL. Aku dah terkena aritu terpisah dari group yang masih stay kat dalam sementara menunggu jam 3 pagi. Korang merayu macam mana pun memang diorang tak bagi masuk. Kalau dah jadi macam tu korang pergi la tunggu di ruang legar Departure tapi once korang dah masuk ruang legar Departure tu pun korang tak boleh keluar dah. Complicated betul airport ni. Nasib ada geng gak masa terkeluar dr Arrival tu haha.

  • .     Imigresen ke Srinagar agak ketat sikit. Setiap airlines pun dah memang sediakan 15KG beg untuk semua penumpang. Aku cadangkan korang checkin semua beg yang boleh cekin tu sbb imigresen dia cek laen macam punya detail. Dah bagi free tu guna je ok. Less Drama .

  • .     Toilet Airport antara yang terbersih ! maka nikmatilah sementara boleh hahaha.


WIFI & SIMCARD

Acces untuk data dan internet dekat india ni lain sikit. Portable wifi yg aku dapat free dari Roamingmanmy hanya berfungsi di Delhi sahaja dan tidak di Kashmir. Simcard yang diBeli Di Delhi juga tidak akan berfungsi di Kashmir. Diorang punya coverage lain – lain dan tak semudah ABC utk dapatkan simcard di Kashmir. Kebanyakannya postpaid dan agak mustahil untuk diaktifkan dlm masa sehari. Makan hari jugak nak aktifkan. (betulkan kalau saya salah)

Tips : korang kena deal awal2 dengan tour guide di Kashmir untuk sediakan Simcard disana. Macam kami. Kami diberi Pinjam 2 simcard oleh tour guide kami. Cume topup untuk dapatkan Data. 500 rupee untuk 2GB sehari selama sbln. So share2 la. Ok la dari takda. Pisang oi. Lain mmg harap wifi hotel je la. Ikut nasib kadang wifi hotel pun sendu. Kalau takda jugak korang minta share wifi dgn tour guide sana. Slalu diorg on hotspot phone diorang. Kalau urgent la hehe


1.       Masa aku nak pergi ni la tetiba Visa india naik harga. Adoi stress haha. 80 USD ok. Pasrah jela. Nak buat evisa ni pun ada cabaran dia. Tak boleh salah time isi online tu. Kalau permohonan di Reject dan tidak Granted maka permohonan baru perlu bayar lain ye. Maka isilah dengan berhemah. Aku 3 kali baca oi takut salah isi haha. Jangan tanya aku macam mana nak isi ye aku Fobia haha bkn sebab kena reject tp sebab Nervous lain macam nak tunggu emel Granted tu. Ciss ! macam tunggu result SPM.

2.       Di Airport urusan Evisa ni tak lah sesusah yang disangka atas cerita – cerita orang yg bercerita. Senang je. Di Imigresen kaunter eVisa hujung skali . so hadapi dengan senyuman bila dia suruh scan jari jemari korang tu .

Sajalah nak bercerita . Masa dalam flight dari KL ke New delhi ada sekumpulan perempuan melayu bukan dari group kami duduk kat depan aku berbisik . “ eh aku kenal mamat kat belakang ni” lol. Terasa macam retis plak ada orang kenal. Haha. Ok dah abis cerita poyo ni jom ke Srinagar.

21.07.2108 (SABTU)

S R I N A G A R – (KASHMIR)

Setiba di Srinagar Tour Guide kami dah tunggu dah dengan Mini Bus (Van)  stylo tu yang memang just nice untuk memuatkan kami 13 orang. Selesa . dan yang paling penting diorang pasang lagu Hindustan all the time kami kat sana. Haha. Sampai naik hafal wei lagu2 diorang. Sedap plak tu haha. Bayangkan kami boleh sing along ramai2 start hari ketiga sebab masing – masing dah hafal dalam kepala haha. Kenangan.


Sesampai kami check in dulu di Holiday Villa Hotel. Boleh early check in . So kami mandi – mandi dulu dan Breakfast dekat hotel dulu sebelum keluar menerokai Kashmir. Hotel ni biasa bisas je. Tapi masakan diorang memang boleh buat terbayang – bayang. Sumpah best. Aku yang takut – takut nak makan makanan India pun boleh tambah nasi wei ! kadang – kadang teringat gak takut Cirit birit. Tapi tengok lauk sedap – sedap kadang boleh buat hilang ingatan. Package dengan Projectvacation ni memang include Breakfast dan Dinner di Hotel. Makan lunch je diluar bayar sendiri. Yg lain semua masuk package.



Tips : kalau korang macam takut keracunan makanan kalau boleh elakkan minum air kosong yang disediakan. Pilihla minum air Mineral. Tp so far aku makan dekat hotel dan restoran yang dibawa Nampak meyakinkan. Aku just kurangkan minum air yg diorg sediakan. Tp kalau perut korang sado bedal la haha . bukan apa takut spoil mood awal2 perut dah meragamkan. Tp Kashmir much more better dr Delhi diorang cakap. So enjoy while you in Kashmir.

Lokasi 1 :

L U N C H at Boulevard Road – Kashmir Restaurant
Masa firsttime makan kat sini la aku terus jatuh cinta dengan makanan Kashmir. Sedap wei hahaha. Briani chicken dia sedap. Butter chicken dia sedap even Chicken Fried rice die lagi sedap dari Malaysia. Korang memang kena datang sini makan. Ni restoran baru. Interial dalam mewah gila. Masa masuk cuak takut mahal. Skali harga reasonable. Dalam rm 12 sorang makan.

Tips : portion besar boleh makan dua orang. So bincang dulu share – share sebelum order. Tak habis makan oi sorang portion dia.



Lokasi 2 :

P A R I  M A H A L, SRINAGAR

Lokasi pertama kami dibawa ke Pari Mahal Srinagar (fee 24 rupee) . Perjalanan mengambil masa sekitar 30 – 40 minit dari hotel mengikut keadaan traffic. Traffic di India sangat mengerikan. Nasib driver kami cekap mencilok tapi korang akan dengar bunyi hon nonstop dari setiap penjuru jalan haha. Hari pertama tu macam kaget jugak la. Dah lama – lama tu alah bisa tegal biasa. Rasa macam pelik pulak kalau tak dengar hon selang 10 saat. Kat sini yang menariknya korang akan dibentangkan dengan view dari pandangan tanah tinggi. Memang cantik. Masing – masing pun baru nak kenal each other so semua tengah warm up dulu skill photography masing – masing lol. Kalau korang terel memang boleh dapat shot menarik dekat bangun ni berlatarkan view tasik yang tesergam indah.
Tips : korang boleh sewa baju dekat area ni kalau nak posing2. Siap boleh beli hard copy gambar dr photographer sana. Kos 150 rupee satu gambar. 250 rupee 2 keping gambar.







Lokasi 3 :

B H A T M O H A L L A, DAL LAKE

Kami dibawa ke Kawasan perkampungan yang dikelilingi oleh air tasik Dal lake. Setiap rumah tu di hubungkan dengan jambatan kayu yang menyusuri pinggiran tasik yang dipenuhi dengan lumut – lumut hijau. Nice wei. Aku macam terkagum kejap tengok Kawasan perkampungan tu. Tour guide kami memang duduk situ maka kami dibawa kerumahnya dan dapatla minum petang Chai panas- panas bersama biskut Kashmir. Tempat di difemeskan oleh wawa zainal dan Ariel zafril sebab diorang pernah shooting video clip kat sini sampai orang kat sana pun kenal wawa zainal tu siapa. Dahsyatkan penangan orang Malaysia. Malaysia boleh.








Lokasi 4 :

Balik hotel, Dinner & Rest #Rabak
Tips : kalau korang nak cari hotel aku memang recommend sangat korang tido di Area Dal lake. Malam korang boleh naik shikara ride tu pusing – pusing dal lake. Dekat area hotel aku ni mati. Malam je bosan tak ada aktiviti.

22.07.2017 (AHAD)

P A H A L G A M

Hari yang ditunggu telah tiba.masa untuk explore Kashmir dengan lebih detail. Di Pahalgam tarikan utama dia adalah Pony Ride. Tp bkn pony sangat pun kuda betul kot haha. Dari hotel ke pahalgam mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit . kene gerak awal skit dlm pkl 730 utk elak traffic yg teruk.  Perjalanan turun dan naik kuda tu mengambil masa 1 jam 45 minit lebih kurang. Bukan biasa – biasa ok. Dan bukan macam naik kuda di zoo melaka haha. Satu guide akan jaga 2 -3 kuda serentak. So memang memerlukan skil korang sikit untuk control kuda tu utk ke kiri dan kanan kalau tetiba die buat hal nak tukar arah haha. Tapi jangan cuak sangat. Kuda tum mg dah hafal jalan Cuma kadang2 ja dia nak tukar angin ikut jalan lain, yang tu seram so cepat – cepat la ko Tarik dia kembali kejalan yang benar.









View sepanjang perjalanan naik kuda itu sendiri dah ohsem. Lalu lereng2 bukit dan gaung berviewkan Kashmir Valley dank orang akan berhenti di beberapa checkpoint dan checkpoint terakhir di Mini Switzerland diorang panggil. Kat situ akan berhenti lama untuk korang feeling – feeling Hindustan nak golek – golek atas rumput. SILAKANN.

Tips & Trick :

  • .       Nak naik kuda ni kena bayar sendiri. Kena tawar menawar masa nak sewa kuda tu. Bakat anda amat diperlukan masa ini. Kitrg dapat seorang 2300 Rupee. Masa ni aku tak pikir sangat sebab orang lain yang deal. Aku just nahhh take my money dan terus naek kuda ! haha.

  • .       Sepanjang perjalanan tu korang akan difollow oleh annoying photographer yang akan paksa korang beli gambar – gambar yang diorang ambil. So sila pesan dekat kawan – kawan kalau diorang suruh posing – posing tu jangan la layan kalau mmg tak da niat nak beli sbb end up di akan push korang beli jugak kalau tak hardcopy soft copy. diorang akan push jugak sampai korang beli. Just inform kat photographer tu korang memang taknak dan terpulang kalau diorang nak follow tapi korang memang takkan bayar. Diorang akan follow sepanjang naik sehingga turun termasuklah dekat mini Switzerland tu. Deng ! siap masuk dlm van kami sepanjang 2-3 km sehingga kami beli jugak softcopy . end up 1300 rupee utk smua all softcopy share 13 org haha. Rasakan ! harga paling murah kami nak bayar. YES or No je. Malas layan.

  • .    Kencing siap – siap sebelum naik kuda tu. Kalau tak rasa nak terkencing sebab cuak naek kuda haha. Kat bwh tu tandas proper sikit berbanding atas. Tak usha plak tandas mini swiss mcm mana. Better berhajat sblm naik kuda.

  • .    Bawak la roti ke. Jajan2 . air sepanjang ke sini sebab lunch lambat sikit lepas turun kuda tu baru cari lunch di pekan lama pahalgam tu. Makan bfst banyak sikit kalau takut kelaparan haha.

 K A S H M I R  V A L L E Y

Turun dari pahalgam singgah sekejap di Kashmir Valley. Tapi masa ni nak start hujan dah singgah sekejap ja. lagipun masing - masing dah penat berkuda. takda nafsu sangat dah nak posing - posing kat sini.








23.07.2018 9 (ISNIN)
S O N A M A R G

Road attraction dekat Kashmir ni jauh2 yer. Untuk ke Sonamarg ni pun memakan masa hampir 3 jam. Dekat sini pun korang boleh naik kuda jugak kalau nak tengok view. Atau korang ada pilihan lain iaitu ke Zero Point. Tapi korang kene sewa kereta lain untuk ke sini. Van kitorang tidak dibenarkan naik untuk support business transportation kat sonamarg pula. Ok Paham.
Mula mula macam terpikir jugak berbaloi ke nak ke zero point tu sebab kene bayar lain kan. Tapi disebabkan masing2 malas nak sighseeing berkuda lagi maka semua sepakat ke zero point.

Fee : 1100 rupee (termasuk kasut pua chu kang) mmg kene ambil sebab Kawasan zero point tu lembab dan tak sesuai untuk kasut2 bertaraf LV korang tu. Mula2 rasa macam kelakar pakai. Lama2 macam stylo pulak. Haha.






Z E R O  P O I N T, SONAMARG

Perjalanan dari sonamarg ke zero point mengambil masa hampir 1 jam. Tapi sumpah cantic view sepanjang perjalanan tu dan sangat adventure. Memang tak menyesal la ke Zero Point ni Dan sebenarnya aku nak jatuhkan hukum WAJIB pergi kalau dah sampai ke sonamarg ni. Korang boleh suruh driver berhenti dimana2 korang rasa nak ambik gambar.
Sesampai di Zero Point sejuk gila beb haha. Masing – masing salah OOTD ade yang pakai tshirt nipis je. Summer kot tak sangka sesejuk tu siap ade salji oi hasil dari air terjun yang beku dekat situ. Masing masing excited lain macam termasuk la aku.
Kat sini la masing2 memborong pashmina bukan disebabkan murah tapi sebab sejuk dan nak feeling buat video klip Hindustan kain terbang2 haha. Harga 500 rupee. Tak murah tp reasonable.
Tips :
1.       kencing dulu di tandas yang diorang berhenti sebelum ke Zero Point sbb tandas di zero pint hanya berdindingkan kain haha. Scary oi ! ade yang kencing jauhhhh dibalik tiang letrik! Anak sape lah tu haha. What happen in sonamarg stay in sonamarg.
2.       Bawak Sweater or Jacket sebab cuaca boleh turun serendah 0 dc walaupun dimusim panas. Apatah lagi dimusim lain kan.
3.       Masa turun tu diorang akan berhenti di fishing point. Ada orang jual jagung kat tepi2 tu. Tolong la jangan beli . tak sedap haha. Tp kalau niat nak membantu peniaga kat situ dipersilakan.














M A S J I D  D A R G A H  S H A R I F, HAZRATBAL

Balik tu kami singgah di Masjid untuk solat. Kat depan masjid tu banyak gila burung kalau korang nak buat video slomo memang cantic . dekat Depan masjid tu banya dijual street food kalau korang nak try. Budak – budak ni try. Aku macam tak confident sikit dengan perut aku haha. Sakit perut risiko sendiri ok.

Masuk hari ketiga ni ada dah yang start problem perut. Kejutan makanan mungkin. Aku pun dah mula tak sedap perut. So aku makan ubat siap2 untuk elakkan lebih worst.




24.07.2018 (SELASA)
D O O D H P A T H R I

Perjalanan kesini mengambil masa 2 jam. Kami di bawa di Kawasan sungai yang cantik gila. Harini misi mencari kambing biri – biri haha. Maklumlam asyik berkuda je.  Kat sini pun korang akan di follow oleh budak2 yang nak guide korang untuk jalan2. Buat tak layan jela. Tapi nak ambik gamba dengan kambing ni memerlukan beberapa skill yang hebat sebab dia lalu je kat Kawasan tu. Bukan memang tetap kat situ. Masa kami haritu dua kali pengembala kambing bawak kambing kembali ke pangkal jalan. Tapi macam kelakar gile macam jakun tgk kambing. Haha







D A L  L A K E
Lepas ke doodhpatri kami terus check in di HouseBoat Dal Lake. 3 hari tido di Srinagar 1 hari di Houseboat . Semua telah diaturkan oleh Projectvacation. This place is one of my favorite. Seronok rupanya tido dalam houseboat tu. Hahaha.
Dan part paling best adalah Shikara ride tu. Diorang akan bawak korang tour around sejam jalan2 di area floating market dia tu. Disebabkan kami naik tu dah nak malam maka tak Nampak la orang berniaga atas boat pagi2 tu. Tp pagi2 pun korang still bolehnaek shikara ride tu.

Tips :
Shikara ride kami termasuk dlm package so its free. Tapi kalau korang nak naik lagi haritu ada yang offer 50 Rupee je sorang kalau korang ramai. Mungkin sebab terlampau ramai persaingan so korang boleh tawar skit untuk dapatkan harga yang murah.
Akan ada orang datang meniaga souvinier dr boat ke boat mcm biasa. Ayat dia watching is free. Tp skali korang melayan memang tak berganjak la haha. So kalau nak beli baru tanya k. kalau tak mmg tak selesa nak lepak kat depan houseboat tu. Ada satu kedai kraf kat Dal lake ni murah gila jual pashmina. Kalau nak memborong boleh la. Shikara ride mmg akan berenti kedai kraf tu biasanya.















25.07.2018 (RABU)
BALIK KL.

Flight dari Srinagar ke New Delhi jam 5 Petang maka kami checkout dari houseboat tu jam 1 petang. Anggaran teksi untuk bagi yang pergi sendiri 700 rupee ke airport dr Dal Lake. Perjalanan ke Airport hampir sejam juga sbb traffic. Sebab tu plan gerak awal untuk kelewatan. Kawalan keselamatan di Airport pun agak ketat. Ada 4 stage pemeriksaan beg sebelum dapat masuk ke depart area.
Bagi yang menaiki indigo pulak kene verified Credit Card korang yang beli tiket tu di Kaunter. Kalau kawan korang belikan kene ambik gamba CC tu dan tunjuk di Kaunter. Tak tau la tujuan apa tapi layankan aja.
Bagi yang menaiki Indigo flight akan touchdown di terminal 2. So kene jalan kaki dalam 5 minit untuk ke Terminal 3 bagi pelepasan Antarabangsa. Masa ni ya Allah rasa macam tak sabra gila nak balik Malaysia. Rabak dah badan haha. Mental nak koyak dah hahaha. So kami lepak airpor je untuk menanti flight pulang ke Malaysia jam 11 malam hari yang sama.

Tips :
1.       Bagi yang ada cuti banyak tu korang boleh la sambung sehari lagi di Kashmir dan pergi ke Gulmarg. Masa aku pergi ni Phase 1 cable car tutup untuk renovation. So x berkesempatan nak pergi. Boleh pergi tapi kene naik kuda untuk ambil cable car di Phase 2. View ohsem tapi takda rezeki kan.

2.       Korang jugak boleh lajak terus ke Agra dan melawat Taj Mahal. Aku haritu tak berkempatan atas sebab kekangan masa dan cuti. Maka pergi mana yang sempat aja.
Maka tamatlah pengembaraan #13Idiots ke Kashmir Bersama PROJECTVACATION. Sehingga bertemu lagi di lain cerita. Terima kasih sudi membaca. Sekali dah pergi kasmir teringat sampai Bila – bila. #Travelerensem #Projectvacaction



#13idiots

20 comments:

Farikica said...

Untungla dpt sponsored trip..p kashmir pulak tu..hahaha... tahniah2...
Gulmarg tu yg tmpat salji tu kan?

twinklegarg said...

if you are preparing to visit India for the first time, there is no better choice than the tour packages from delhi to kashmir - which is a best place to enjoy weekends.

Ellina Surabukti said...

Hi nak tanya, if let say kita nak pergi bulan feb 2019, boleh ke kita apply visa now on November?

nadiyaparao. said...


Good blog for me. Thanks for sharing content and such nice information for me. I hope you will share some more content about . Please keep sharing!

nadiyaparao Jim Corbett National Park

Unknown said...

thanks for sharing infomration


Maldives holiday Packages

Malaysia Family Packages
Mauritius Tour package

Singapore Trip Packages

Bali family packages
Mauritius holiday Trip

Hong Kong Family package
Hong Kong Tour Packages

Dharamshala Tourism said...
This comment has been removed by the author.
Acuyuhan said...

Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

AIN said...

thank u so much for writing d blog. banyak useful information about the experience to n fro srinagar. semoga urusan admin dipermudahkan juga.

i am planning a trip this March 2019 to srinagar. cuma flight srinagar delhi tak dapat yg murah. semua rm150 ke atas.

bhavani said...

Very impressive blog look at our interior designs you will definitely like us

Tours and Travels in Chennai

Best Tourist Places in South India


Family Holiday Pckages in India

Sakshi Tanwar said...


Good web site its interesting. thank you for sharing….


mobile repairing course in delhi
mobile repairing institute
mobile repairing course near me
mobile repairing course near me

George warner said...

Great post you shared with lots of important points Thank you for sharing .

laptop on rent in gurgaon
projector on rent in gurgaon
mobile repairing course in noida

Vishnu Kumar said...
This comment has been removed by the author.
Vishnu Kumar said...

your all pics are good. Kashmir is my favorite destination.

Also Check - https://www.go2ladakh.in/kashmir-tour-packages

Sakshi Kaushik said...

wow! beautiful post with pictures you have shared the real beauty of kashmir that i always want to look. keep it up.i can help you to make your trip in the other beautiful place uttarakhand which give us an opportunity to visit the peaceful places of uttarakhand have a look here
do dham yatra by helicopter

My Travel Experience said...

kashsmir is a favourite place for all tourist. you have shared the beautiful pictures that encourages everyone for visit atleast once in lifetime.you may also visit devan bhumi uttarakahnd take darshan of all dhams through
chardham yatra tour packages and make your yatra blissful

Unknown said...

Apa nama travel agent yang u deal with ni?

Swot Business said...

Hi buddy, good job you shared a very useful & informative travel blog if you are planned to visit India there is the foremost option for your travel plan
https://www.phoenixtour.in/shimla_manali_package.html

Laurens99 said...

Ikut Menyimak artikel anda min, klo sempet berkunjung balik ya min, Kilk artikel aku
daftar poker online

Blogger said...

As stated by Stanford Medical, It is indeed the one and ONLY reason women in this country live 10 years more and weigh an average of 42 pounds lighter than we do.

(Just so you know, it is not about genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING to do with "how" they are eating.)

P.S, What I said is "HOW", not "WHAT"...

Click this link to determine if this short quiz can help you unlock your true weight loss potential

travellers said...

This was a great blog post on Kashmir! The tips and tricks provided were very helpful for anyone planning a trip to this beautiful region.