Followers

Thursday, December 31, 2015

Hang Dhamin GoTravel ll Best OF 2015


Assalamualaikum,

Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung 2015 . Cepat je masa berlalu. Kalau kita ada tiket kapal terbang yang ditunggu lagi la cepat masa berlalu. haha betul x? bayangkan baru bulan 1 dah dok menghitung hari nak travel bulan 5. tup tup dah setengah tahun.

Aku rasa tahun 2015 aku paling cemerlang menguruskan cuti aku. haha . cukup2 je sampai disember abis. tak sempat nak carry forward ke tahun depan. kalau la boleh beli cuti kawan2 memang aku buat.

Rezeki murah tahun ini. so aku rasa macam sangat rancak aku berjalan tahun nie. berjaya melarikan ke luar negara sebanyak 5 kali dan beberapa tempat menarik dalam negara . 

Tahun nie jugak aku macam dah ada Hobi baru iaitu masuk acara larian. saja ja aku ajak kwn2 aku join. so bile travel tu laju skit jalannye hahaha. macam dah addict plak nak lari2 nie. hope 2016 ada yang sudi ajak =p.

so jom kite recap skit sepanjang 2015 nie =)  



CHONGQING CHINA (Disember 2015)

Ni merupakan last trip kepada last - last trip yang aku sebutkan haha. tah bile nak last tah kwn aku ckp setiap kali tanya. since ni dah 31 dec. confirm last tuk tahun nie. yang ni aku akan cuba blog kan . sebab macam excited nak share byk info yg for sure korg ble pakai for next travel . hahahhaa. doakan aku rajin.






BALI , INDONESIA ( Nov 2015) 

Trip ni merupakan kali kedua aku ke Bali. kali pertama 2011 tak silap. so trip kali ni aku pergi ke tempat yang aku tak pergi sebelum ni. tapi sayang tak sempat blog entry nie . haha. padahal malas =p. kalau nak tengok gambar2 laen kat IG ble hastag #Kakiselipar.




KOH LIPE, THAILAND (Oktober 2015) 

Trip ni paling sempoi hahah ! return langkawi RM 58 je. trip ni aku sempat blogkan. so sile baca sana for more detail. jangan malas =)  --> (Koh LIPE Entry




YANGON, MYANMAR ( Ogos 2015) 

Myanmar ! sejujurnya tak pernah terlintas dipikiran nak ke negara ni haha, tapi since aku follow trip orang so Bring it on. tp not bad jugak. banyak bende2 laen yang aku tak pernah tengok ade dekat sini. Bende aku paling suka temple2 die. nice2 gila. tp time aku pergi tu xde belon panas. kalau tak mmg lagi mabeles gamba. ni sempat buat teaser je haha ->> (Myanmar teaser




SEOUL , KOREA ( MEI 2015)

Trip paling disukai. hahaha sebab kali ni besdey aku disini haha =))))) and dapat pergi jeju jugak. trip ni jugak aku dapat gabungkan semua kawan2 aku pergi trip serentak. what a lovely experience. korang best !




MACAU ( MAC 2015)

Trip yang ku sangkakan panas rupanya sejuk sepanjang trip hahaha. satu haram jadah jacket pun tak bwk ! rasakan merasa shopping baju baru kat sana ! yeay.



Dan kini aku flashback sikit antara aktiviti2 menarik yang aku buat di dalam negara. Every each program ada memori tersendiri. kadang tengok gamba2 ni boleh buat aku gelak sorang2 haha. 

















Ni pulak part acara larian yang aku cakap tu. Kdt harus diberikan sepenuhnya to Hafidz sebab die la yang beria ajak aku join larian ni. sejak larian pertama tu la aku macam gigih jugak untuk join next2 event nie. haha . 






And Finally the Celebration . tahun ni jugak aku rasa paling banyak celebrate birthday orang. dah jadi mcm hobi haha ! 











Sekian saja review untuk 2015 ini. Semoga 2016 semeriah 2015 atau lebih indah lagi. Selamat tahun baru dan Selamat ber Travel. Yeay bubye. 

Tuesday, December 8, 2015

TRAVEL ll Koh Li Pe Thailand

Salam semua,

Arini mood baek haha. So nak cerita sikit pengalaman aku pergi Ke Koh Li Pe, Thailand tempohari. takde la tempohari sangat. bulan Okt aritu secara lebih tepatnye haha. Since last entry aku belanje entry Bisu pasal Myanmar. Arini izinkan aku berceloteh sikit. lama dah tak merapu. so Plz bace ok =P

So Jom KOH LI PE Kite :


Sebetulnya plan asal hanya nak ke Langkawi. tp since beli tiket yg berharga RM58 return itu selama 4 hari 3 malam. Takkan kami nak mereput ronda kat langkawi yg dah beberapa kali kami pergi tu. takkan nak stay dlm kedai Hj Ismail Group sehari semalam kan. Big NO la. So search2 la apa aktiviti yang kami boleh buat dari langkawi itu. Mula2 nak pergi Pulau Payar sebab tak pernah pergi. tapi bile google2 macam dah tak cantik orang kata. patah semangat disitu. 

Google2 lagi nmpk mcm ade chemistry antara Langkawi & Koh Li Pe ini. ade boat transfer dr langkawi kesana. So dari plan cuti2 Malaysia. ke oversea jugak jawabnye. haha. I Like =))
Trip kali ni with my Elma & Ijan. plan nak pergi ber 4. tp susah plak nak cr org teman aku ='( . so bertiga jelah. mahal skit la part aku sebab x boleh share duit kat bilik. takpe ble pau elma & ijan. diorang kaya haha.





Masa nak pergi ni kan musim jerebu. so 50 - 50 masing2 nak pergi. hari2 sebelum kitorg pergi tu kebanyakan Flight Cancel dan byk yg delay. tapi rezeki kami hari nak terbang tu cuaca elok je. esoknya baru jerebu teruk balik. Nampak sangat trip2 orang beriman diredhoi. =)) syukur.

nampak kat bawah tu still jerebu. 



Touch Down je kat Langkawi kami terus ambik teksi ke Jeti Kuah. nak beli tiket ke Koh Li Pe.

Trip kali ni adventure sikit sebab ferry direct dr Langkawi ke Koh Lipe tak bukak lagi. Means skang tengah Low season so operasi ditutup. Kalau nak pergi jugak kami harus mengambil Ferry ke Satun - Dari satun menaiki teksi ke Pak bara - dan menaiki boat dr pak bara ke koh lipe. haaaaa....amacam? sejenis kegigihan x? haha

Mula2 masa study nak gi sini dlu macam dah give up nak pergi. tanya kwn2 aku lagi lah. ikut ko lah ! aishh senang je jwb haha. Ade sampai satu tahap tu rasa mcm x yah la g Langkawi ni. batalkan je sbb tiket 58 . x kisah pun burn hehe.  tapi since dah lama tak travel sama. aku gigih ugak la studykan utk diorng. nampak tak aku kwn yg macam mana? gigihkan nak buat orang happy. So kalau kene marah time travel tu hadap je la yer. sapa suruh bg aku jadi ketua haha.



Info :

1. click sini nak cek jadual ferry. penat la nak taip hahaha. lokasi jeti pun berbeza2. so study skit yer. =) ---->  Ferry Schedule


Kalau pergi version kami. Jetinya di pekan kuah. ni jadual dan harganya. muka masing2 happy sebab semua yg dirancang berjalan lancar. tiket tak boleh nak beli on9 so cuak jugak kalau habis. tp nasib ada. so lets !





Since kami tak sempat untuk naek ferry pukul 9 pagi. kami naik ferry pukul 1 ptg. so kite lepak starbuck dulu isi form kemasukan ke Thailand and kill time . rest kejap. jetlag katanya. LOL.




Inilah bentuk Ferrynye. selesa dan berpenghawa dingin so no issue nak duduk dalam tu 2 jam lebih =))


Sesampai kami di satun. kami disapa oleh orang thai yang boleh berbahasa melayu. agen. so since kami takde book package ape2 so kami just dengar tawaran yang di boleh bagi untuk ke Pakbara. 

sebab die boleh berbahasa melayu so ble la tawar menawar dengan jayanya. q & A bermula. terpaksa gunakan kepakaran memujuk nak harga murah. tp takde la nak murah sangat. Just nice untuk win - win situation. diorg pun nak untung kan hehe.

Senarai harga asal.


Kedai abang tu yang warna oren nie. nama die Roslee.


so hasil tawar menawar ini hasilnya. 5000 thai bath untuk teksi Return ke pak bara - ticket ferry return ke Koh Lipe Pe x 3 packs. harga lebih kurang mcm aku study. so Proceed. 


so since kami tak sempat kejar last boat dr Pak Bara ke Koh li pe. so kami stay 1 malam di area berdekatan Pak Bara. dari Satun ke Pak Bara mengambil masa Sejam lebih.





So kami decide untuk bermalam di sini . Farmsuk Residence And Resort. confius sebenarnya mana nak tdo dekat pak bara nie. so aku pilih tempat nie since die berdekatan. dlm kurang 20 minit ke jety. so xde la rushing sangat pagi tu. 


Inilah bilik aku haha. siap ade angsa bercium atas katil. tetibe rasa forever alone tdo sorang2 haha. detail bilik tengok website lah yer . booking.com je  pun. tempat die macam kedalam sikit dr pekan. tp still boleh jalan kaki ke pekan cuma gelap sikit la. 


Gambaran pekan berdekatan. tak ada apa pun. just pekan biasa je. kami cari makan je kat sini sementara menunggu esok.




Antara makanan2 unik yang kami try. suprisingly semuanya sedap. tak rugi kami cuba. 








Ok Check Out. hari yang ditunggu. jom kite ke KOH LI PE. Yeayy ! ni la bentuk resort tu. tak ada ape yang menarik tp tempat ni selesa .


Owner resort tolong hantar ke Jetty Pak bara and no charged added. Yeay ! thanks. tu muke smua happy semacam tu kan haha.


ni la agent yg kami dah book smlm. tunjuk resit je untuk dapatkan tiket. setel.kat sini pun ada yang boleh cakap melayu. baru nak test skill english aku. wakakaka ! berterabur la kan hahaha. Adang Sea Tour & Transport Service .


Korang pun boleh pergi ke destinasi laen kalau nak.!



Kawasan jetty Pak bara .





Dan inilah boatnya. huhu !




Aku tak sure la bape lam aboat tu. tapi sempat lelap jugak la. dan kite semua akan di transitkan disini. kat sini korang akan di jemput oleh long tail2 dan akan dibawa ke resort yg korang pilih. macam kat gamba bawah tu.



Kat sini semua orang kene bayar 50 bath untuk servise boat tu.



Untuk pengetahuan semua. Koh li pe ni terbahagi kepada tiga bahagian. Sunrise Beach . Sunset beach & Pattaya Beach. aku stay dekat area Sunrise beach. banyak resort sepanjang pantai nie. pilih jela mana yang berkenan di hati. Since kami decide nak percutian mewah dekat sini hahahah. kerek gile ayat so kami pilih Anda Resort. booking at booking.com


Dan disebabkan percutian mewah. orang laen bersesak2 naek longtail tu. kami speedboat yg jemput. Tersengih2 masing2. haha x yah rebut2. 3 orang je naek. Yahoo....




Meh aku share sikit view resort tu. Overall kami sangat seronok stay disini. nak dtg lagi x kawan2. hahahaha =P











tak sempat pun nak berendam dalam tu. tak cukup masa hahahaah




ok kite belanja gamba air laut die pulak. ok nangis ! jernihnye. kenape la PD x macam nie hahahaha. dekat sikit nak pergi.







kat area Pattaya Beach ada satu kedai halal. dekat bawah nie. actually ada beberapa kedai halal kat sini. so pandai2 cari yer =) aku x detail sangat ambik gamba trip ni sebab nak enjoy. mls nak fokus sgt .


So Petang kami decide untuk snorkling di area Pattaya beach. snorkling tepi pantai jer. huhuhuhu. x ambik package g jauh2 pun. sebab malas. area sunrise beach petang air surut. so kene mandi di area Pattaya Beach. tak pergi pun Sunset Beach . malas. Boleh? hahahaha


ni hasil gamba snorkling dari tepi pantai Pattaya Beach. Nemo bersepah. best gile . 











Dan ni hasil sunset tak seberapa dari aku. hahahaha. layan je la yer. 



Pantai cantik . check. Resort cantik Check. tapi.......koh li pe ni banyak anjing. haha. aku tak selesa. kawan2 aku lagi la. dah macam apa nak elak anjing sepanjang walking street tu haha. failed skit part anjing2 nie. nampak mesra tp still ade yang agrasif. area walking stress masa malam meriah. cuma aku x jumpe pulak mana gamba2 yang aku snap tu. kalau jumpe nnt aku share ok. 

nie antara sekumpulan anjing yang aktif . berani ke tidak hahaha 




 Ok keesokan harinya kami check out dan kembali ke Langkawi. stay semalam n shopping coklat hehe. part langkawi aku tak payah cerita la kan. semua dah penah pergi hahahaha. till then bubye. see ya next trip =))