Followers

Sunday, October 14, 2012

Travel l Semarang + Pulau Karimunjawa PART 3

Sambung dari sini Part 1 & Part 2

30 September 2012 (Ahad)

Selepas penat seharian semalam ! kami akan dijemput pada pukul 8 pagi untuk dibawa untuk Snorkling buat pertama kali di Pulau. Weehuu. Pagi  itu breakfast telah siap disediakan untuk disantap pada jam 7.30 pagi. So isi perut dulu sebelum All Out arini. Nasi Goreng + Telur Mata Sapi ! Sodap Bai tu..


Selepas selesai sarapan, kami berkumpul lepak kat belakang chalet smbil menunggu driver menjemput kami untuk dibawa ke jeti. Posing ala2 penjaga pantai sementara menunggu..hahaha...view cantik tenang je mata memandang...


Disebabkan semalam tak dapat lepas gian nak main air. tunggu driver tak sampai lagi. kite maen air dulu...wehuuu...tak merasa aku mandi kat blakang nie sebab setiap kali balik mesti dah malam. kite bagi can erry rasmikan air kat belakang tu dulu.



Sekitar jam 8 kami dijemput dan dibawa ke jeti. Tak jauh pun. 5 minit je dah sampai. disebabkan kami amik package private. maka boat kami tak perlu share dengan orang laen. Kami ber 6 shj. boleh wat mcm boat apak sendiri. yg menariknya boat nie xde kerusi. duduk bersila. siap boleh tido dikala penat. JOm naek boat.




Disebabkan terlampau Eksited. Kami yg duduk bersila mule mengambil posisi untuk bergambar masa boat tengah berjalan ! best siot...ombak pun baek aritu. maka dapat la kami berdiri kat bucu boat tu untuk sesi penggambaran.





Untuk aktiviti pagi ini kami akan dibawa ke sebuah pulau yang perjalanannya mengambil masa sekitar 10 - 20 minit. tak silap aku nama pulau tu Pulau Manjangan Kecil (kalau tak silap). kat situ kami akan dibiarkan snorkling sampai penat. haha. sebenarnye takut nak snorkling kat perairan laut yang bukan dari Malaysia sebab tak pernah dengar kisah laut mereka. tapi bile semua yakin je turun. Maka Yakinlah keselamatannya. 

Walaupun aku x tau berenang tp aku yakin melompat dari atas boat tanpa lifejacket ! hahahaha..kalau lemas amik kaw!



KJ telah mengistiharkan dia amat merindui laut ! maka aku rakamkan aksi beliau mencium laut ! hahahaha..nmpk tak betapa rindunya beliau !


Dan ini peminat yang kagum dengan aksi beliau ! siap dapat GOOD ! kikiki


Inilah suasana yang dapat digambarkan ketika snorkling disana. SubhanAllah. sangat cantik. Tak dapat nak digambarkan dengan perkataan. Sama perasaan kagum waktu snorklig di Pulau Perhentian. gamba nie dirakamkan oleh kamera Travel agen kitrog. Termasuk dlm package utk gambar didalam air. Terbaek.






Seperti yang aku cakap awal td. boat nie boleh tido. haha. selepas penat berkuak lentang tido kejap sementara boat bergerak ke Pulau Geleang (kalau tak silap) untuk upacara bbq ikan ditepi pantai dan edisi makan tengah hari di tepi pantai. Kelas ! 

Gambar kat belakang terpaksa dicensored sbb terlampau seksi ! kang rmi plak yg simpan buat Wallpaper.


Perjalanan ke Pulau Geliang mengambil masa sekitar 10 - 20 minit. Lena jugak la tido. nak recover blk sbb semalam tido lambat ! bile sampai pulau nie fuhhh dah mcm Maldives. Pantai yang luas. air yang super jernih. cetek dan kalau nak amik gambar memang cun lah ! smua turun dah wow sana wow sini....... 





Untuk menunjukkan betapa happynye kitorg. mari lihat aksi2 mereka ini! hahahahhaa.



Siap Ber Gangnam Style atas udara ! power x? 


Yang nie dah macam industan nak tukar2 baju ! hihihihihihi....


Sementara menunggu Ikan yang Di BBQ itu masak. Maka inilah masanya. Click Click Click. perabih ShutterCount.






Pakcik yang bertopi itu penjaga Pulau Ini. Happy Go Lucky orangnya. tengokla budak2 nie melayan Pakcik tu menari ! haha. pecah perut gelak oi.


Ikan - ikan yang dimasak untuk Lunch nanti. bakar atas kayu tu. bermacam jenis ikan. ade ikan yg jenis nya aku nampak masa aku snorkling td. aku tak try sbb tulangnya Biru. aku mkm ikan yang biasa aku makan ja. hehe sbb aku bkn jenis foodtester sgt!




Setelah makanan siap dimasak kami dipanggil untuk makan ! Lapar siot. nasi goreng pagi td dah abis digunakan tenaganya snorkling td. maka dengan pantasnya kami berlari utk mendapatkan makan. tgk la KJ. macam setahun x makan larinya. matila aku kene marah ! byk gambar die dah disabotag!



Selepas selesai upacara makan tengan hari kami dibiarkan berehat2 diPulau tersebut. so masa untuk menyambung malayan perasaan ditepi pantai !



Aku jadi Paparazi kejap ! cer tengak Bard & Erry tu ! suit kan. mcm Brek pitt & Angelinah Jolih 




Selesai di Pulau Geliang kami dibawa snorkling sekali lagi di tempat yang lain dan selepas itu kami dibawa ke Pulau Tanjung Gelam untuk sesi minum petang , Air kelapa + Goreng Pisang Panas.nikmat gile dapat makan goreng pisang tengah2 pulau nie ! mana nak caikkkkk ! Pulau nie cantik mcm Wallpaper Dekstop. Penuh dengan Pokok kelapa. View die mmg laen la dari Pulau Geliang tadi. JOm Usha.







Selain dibawa kesini untuk minum petang. Tujuan lainnya adalah untuk melayan Sunset dan untuk pertama kalinya aku seronok melihat hasil sunset & Selulit  (mcm mana eje wei..lupe) . 







Selesai ber Sunset di Pulau Tanjung Gelam. kami dihantar pulang. mandi + plus buat apa yang patut dan terus Makan Malam. Lihat saja aksi orang baru mandi dan terus ke meja makan ! 


Disebabkan esok sudah mahu pulang semula kesemarang kami mencari buah tangan untuk dibawa ke Malaysia. terdapat beberapa kedai cenderamata yang ada dibuka disitu. tapi x banyak choice lagi sbb Fridge Magnet pun x de. Sapa yang kategori kaya (ain) memborong sakan ape yg ade. yg x berapa masyuk (amin) tgk je dr jauh...

Selesai Aktiviti arini. Padat aktivitinye. maka sambung tido dan hari yang ditunggu2 adalah esok ! Berenang bersama Ikan YU.... ikan yang makan orang tu ! haha

To Be Continue........................