Followers

Monday, April 22, 2013

HD VIDEO ll Bangkok + Pattaya ll Thailand

Assalamualaikum,

Seperti dijanjikan aku akan share Video sepanjang perjalanan aku di Bangkok + Pattaya tempoh hari. Sebelum ini aku rasa nak merakam video adalah leceh berbanding mengambil gambar. Tapi  bila aku dah merajinkan diri untuk merakam dan melihat hasilnya. Impactnya lebih live + besar apabila melihat di kemudian hari. Lebih Memoriable katenye. tetibe terasa menyesal tak amik video kat tempat2 sebelum ni. adus. Jom Layan:






Dibawah ini aku share kan beberapa Video yang aku buat untuk travel - travel yang lepas untuk dikongsi bersama : 











Harap ade lagi peluang untuk merakam keindahan alam ciptaan Allah. InsyaAllah Amin. Till Then. Wassalam.

Thursday, April 18, 2013

TIPS & TRIP to Bangkok - Pattaya Part 3 FINAL

Assalamualaikum,

Yeah Akhirnya episod Final ! berjaya untuk tidak menunggakkan perjalanan travel ini. 
Part 1 & Part 2 ( Click untuk membaca)

Untuk hari terakhir perjalanan sebelum pulang seawal pagi esok. Plan asal sebelum kesini hari terakhir aku ingin ke Cha - am selepas baca blog shahrul ! Tapi plan asal untuk duduk di pattaya selama sehari telah bertukar menjadi sehari setengah maka ada beberapa tempat yg harus dikorbankan.

Maka Plan Asal untuk Grand Palace pada hari isnin - maka ditunda ke hari ini (Selasa).

GRAND PALACE BANGKOK
Tempat ini memang amat menerujakan. Antara sebab utama ialah untuk kesini perlu menaiki Boat. Aku memang suka aktiviti yang melibatkan air nie termasuklah menaiki boat. keluar dari rutin harian yang sebok dijalan raya.

Untuk kesini naek BTS dan turun di stesen SIAM, Tukar train naek MRT dan turun di Saphan Taksin. Turun dari Train dan turun kebawah dan terus menuju kearah sungai. Ke arah Sathon Pier.





Sesampai di Jeti itu, korang akan dapat melihat Promosi Day Pass untuk menaiki boat. Package naek sampai lebam. sebab sepanjang sunagi itu terdapat beberapa tempat menarik yang boleh korang berhenti untuk melihat - lihat. termasuklah Temple Wat Arun. 

Day pass : 150 Bath / Day

Tapi memandangkan aku cuma berhajat untuk ke Grand Palace. Maka aku amik boat ke arah Ta Chang ( Maharaj Pier) kalau dekat maps tu turun dekat Maharaj Pier. tp yang sebenarnya turun kat Ta chang . so jangan konfius yer. Boat2 ni dibezakan dengan warna bendera. ade tiga warna. untuk ke Grand palace sila ambik yang berwarna Oren.




Mula - mula aku confius gak nak beli kat mana tiket nak naek ni. rupanya naek dulu baru bayar. macam sistem bus tambang diorg gunakan. untuk ke Grand Place dalam 15 - 30 bath kot. tak igt la. tapi murah je. jangan risau. Boat nie kalau tak dapat duduk berdiri la yer. ni bukan feri ade no seat ! hehe


Pemandangan yang dapat dilihat sekitar perjalanan ke Grand Palace :

Boat yang kami naiki bukan seperti dibawah ini.



Yang ni pun bukan sebab yang nie feri.




Bukan juga yang ini. 


Dan Confirm bukan yang ini. haha. stylo meh beldozar dlm air ! Tranformers.


Haaaa... Naek seperti yang itu ! nampak tak . tak cun tapi selamat ok ! dont worry.


Ni Wat Arun temple.


Sesampai kami di Ta chang. Turun je boat amik belah kiri dan korang akan nmpk satu kedai jual Murtabak. Halal. so kami breakfast kat situ ! alang - alang nmpk makanan halal bedal la. kang lapar plak. Rasa die lebih kurang Malaysia je. cuma banyak sayur sikit. Murtabak sayur kot. Cuma dia takde cicah kuah kari la. harga 30 bath satu keping !






Selesai bersarapan kami berjalanan kaki kearah Grand Palace. dekat je lebih kurang 5 minit perjalaan dari jeti. korang ikut je arah pelancong - pelancong pergi. confirm tak sesat. 



Sampai sahaja di pintu utama mak ai. penuh orang walaupun hari weekday. tak tau la macam mana gaya kalau weekend. Harga entry tempat ini 500 bath ok ! lebih kurang RM50 duit Malaysia. haritu aku baru je baca blog kawan aku ckp harga dah naek jadi 400 bath. tapi aku pergi dah 500 ! fuhh dahsyat! tp aku rasa berbaloi masuk tempat ni. cantik gile walaupun macam biase la. PANAS.






Kawan aku yang besar tu pun nmpak kecik. So nampak tak betapa besarnya temple itu !hahah sorry jib. kat dalam nie terdapat mcm jenis bangunan lama dan beberapa seksyen yang boleh di jengah ! kat sini aku byk amik video je. gamba kurang pulak. nanati kalau berkesempatan aku share video tu ok.












Selepas penat amik gambar dengan bangunan ! Pak guard pulak jadi mangsa. Pak guard nie begitu femes aritu sebab semua orang nak amik gamba dengan die. kalau kat Malaysia kire femes setaraf dengan Aaron aziz la.






Selesai di Grand palace. Kami kembali ke Jeti nak mengambil boat untuk ke stesen boat Sathon pier. Sama seperti boat yang datang tadi. Berbendera Oren. kalau confius tanya la orang - orang kat situ ! kan ! 

MBK  @ Mahboonkrong

Kami dari stesen Saphan takhsin menuju ke Stesen National Stadium untuk kesini. gedung terbesar menjual barang - barang Gadget - Kamera - Phone - Jam - Baju dan macam 2 lagi. Meroyan seketika. Sempat la aku merembat Power bank dan Chasing phone baru ! huhu. LIKE.



Sekitar area Gadget Enpon !


Bertingkat2 sampai terangkat !


PLATINUM FASHION MALL @ PRATUNAM

Selesai di MBK tahan teksi untuk kesini. Nasib baek dapat teksi yang mahu pakai meter. so kami byr ikut harga meter je. Murah. kalau tak mau 200 bath satu perjalanan. Kat sini pulak syurga Pakaian dan kasut. especially wanita. ade 5 building utama . sile la shopping sampai lebam. tapi sadisnya aku tak beli ape pun. tak tau nak beli ape. hahahaha ! sebab entah. Mood tak sampai.




Khaosan Road

Selesai di MBK aku teringit nak pergi sini sebab Runningman maen game kat sini. Dalam cerita tu menarik tapi bile aku pergi biase je. dah la jauh. tapi ok la. kang tak pergi teringat2 pulak orang cakap. haha. kat sini seperti Uptown sahaja keadaannya.




Sedang kami berjalan2 kami disapa oleh seorang solo traveller dari KOREA. borak - borak asal mana, dah berapa hari sampai, dan macam2 lagi sebelum masing2 buat haluan masing2. sempoi gile. lupe plak nak mintak FB. senang nak roger bile aku ke sana nanti. kesaneeee? ntah bile ! pffftt






Ni la kedai yg Runningman maen game tu. dulu buruk je. skang dah cun !


Selesai di Khaosan kami menaiki tuk tuk untuk ke stesen Nasional Studium. Misi seterusnya mencari kedai makan.

Restoran Mak Yah,

Sebut betul2 yer. mula2 aku pun terbelit lidah nak sebut. maknyah? mak yah? haha. maklumla Bangkok kan terkenal dengan maknyahnya. Konfius sekejap. 

Untuk kesini kami dari stesen MRT nasional Stadium perlu pergi ke Stesen BTS Ratchathewi (Tukar di siam) . aku blaja gi sini dari blog Fatt, di tulis macam nie


"Untuk ke sana guna skytrain korang kene menapak la skit ye. Dalam 5 minit jalan kaki dari BTS station. Turun je dari train, korang amek tangga sebelah kiri. Turun menuju ke Thanon Phetchaburi. Turun je dari situ...korang jalan straight menuju ke simpang 4 jalan besar tu. Cross cabang 4 tu straight. Lepas dah lintas tue, amek kiri terus ....korang kene jalan dalam 3 minit camtu akan nampak signboard Mak Yah Restaurant." 



Penuh gile orang ok ! sama je macam Malaysia bile ballik kerja ! cuma diorg reti beratur ! Sangat Kagum ! tapi berimpit tu same je macam malaysia.


Bukan yang nie tau. yang nie lalu ja.


sila pastikan korg jumpa signboard ini yer. kalau tak confirm anda dah sesat !


Sebelum sampai restoran mak Yah korang akan jumpa restoren ini dulu ! Halal jugak.


Taraaaa... Dah sampai ! dan kami sangat sangat sangat lapar ! dan yg terbaeknye kedai ini ber Aircorn. nikmat ! masuk2 penuh orang malaysia. rindu terubat sebab akhirnya ade gak dengar orang cakap melayu kat Thailand ni. haha. Makanan kat sini best jugak ! memang aku tak cerewet bab makan. harga pun not bad. takde la cekik darah.







Selepas makan kami singgah di Siam Paragon ! Exclusive tempat nie. kalau kat Malaysia macam area Paviliion la. cuci2 mata sebelum kami pulang ke hotel. untuk kesini turun di stesen Siam.




Sekitar jam 4.30 pagi kami checkout dari hotel dan menuju ke Airport Don Muang untuk pulang ke Malaysia penerbangan jam 7 pagi. Awalkan balik. haha. salah beli tiket balik pulak ! pui. terkelik awal. rasakan ! membazir satu hari. takpe la. dah takdirkan.




Airport dioorang siap ade tempat untuk tido ok. sik baek dah penuh ! kalau tak dengan aku2 skali landing kat situ ! ngantok soit !




Selepas itu..........................jeng ! cerita abis. haha. kami pun sampai rumah dengan gembira. Dan sambung tido ! Maka tamatlah entry Pattaya bangkok ini. Untuk Next Entry aku akan share HD VIDEO yang aku buat untuk trip kali ini! Stay Tune and Goodbye.

Aku dalam mood frust tak dapat tiket murah BUSAN tu ! hmmmmm...ok Assalamualaikum.