Followers

Monday, January 21, 2013

Tips & Travel ll Hatyai - Krabi Thailand Part 2

Selesai hari pertama di hatyai. Baca sini Part 1 

Misi ke dua kami untuk ke Krabi. Semasa kami sampai pada hari pertama kami sudah deal dengan orang yang akan membawa kami ke Krabi untuk menjemput kami di Hotel pada jam 9 pagi. 

Maka sebelum bertolak kami breakfast dulu di hotel. (termasuk dlm harga bilik). so tak perlu untuk berjalan jauh untuk mencari sarapan. Sepinggan nasi goreng dan segelas susu. Rasanya biasa2 aja. boleh la alas perut.


Selesai bersarapan. kami tunggu di hadapan lobby untuk di Jemput. Lambat 10 minit. setibanya Van. tudia penuh orang sampai aku dan kwn aku kene duduk sebelah driver. Kejung kami  duduk tempat sempit ! ceittt...sik baek mood baek layankan aje.

Gambar kat bawah nie separuh penumpang telah ditunkan di bandar Krabi. boleh la kami pindah ke belakang. lega. satu van 12 orang.


Perjalanan di khabarkan mengambil masa 4 jam dari bandar Hatyai ke Krabi. tp disebabkan mengankut org di merata tempat pun dah ambik masa dekat sejam. so dekat 6 jam baru sampai Aonang. Sabo jelah. sepatutnya sampai lebih kurang pukul 1. nie pukul 3 lebih baru sampai.

Ditengah perjalanan kalau korang ambik mana2 van yg membawa penumpang ke Krabi akan berhenti di TRANG untuk ke Toilet dan mengalas perut. berhenti lebih kurang 15 minit untuk meluruskan kaki.

Kat sini ade kafe muslim kalau korg terasa lapar. Kitorang makan karipap ja. Untuk sampai kesini lebih kurang masa 2 jam.



Selesai di TRANG kami meneruskan perjalanan ke Aonang. Van akan berhenti untuk menurunkan penumpang di Bandar Krabi dan akan meneruskan perjalanan ke Aonang yg mengambil masa sekitar 30 minit.

Bandar krabi kelihatan macam pekan lama je. so sape - sape berhajat untuk kepulau jalan tersalah tempat pula yer. Harus stay di Aonang.

Di Aonang kami menyewa di Scandinavian Residence (rm 85 semalam/kipas). sebenarnye tempat ini agak jauh dari pantai. tapi disebabkan tiada pilihan sebab booking lmbt. ok la dari xde. tp xde la jauh sangat. dalam 2 KM dr pantai. cume kalau nak jalan kaki tu jenuhla.


Sekitar pemandangan bilik HOtel. Selesa abis. siap ade swimming pool. tp x sempat plak nak mandi. malas nak basahkan baju ! hahaha. ruang membaca pun ade. tapi aku tgk je. blm bersedia bergelar ulat buku lagi.




Untuk memudahkan Acces ke hulu dan ke hilir kami telah menyewa sebiji motor dari Hotel. sangat Murah . RM 25 sehari. puas guna. tp bukan motor bawah nie =p. tu hanya tujuan penggayaan ..hehe



Macam biasa la. kalau sewa motor minyak mesti isi minyak sendiri. so kami isi full sebab tak tau nak isi berapa.  skali full RM 11. haha. lupa plak minyak mereka mahal walaupun RON91. so bersyukurlah minyak Malaysia lagi murah dan berkualiti.

Lokasi stesen minyak berdekatan Hotel. lagi terbaek !


Perancangan asal sebelum smpi di Krabi ini kami memang hanya mahu Ke Aonang dan tidak berhajat masuk ke Pulau. tp bile dah sampai lain plak ceritenye. tetibe nak masuk Pulau. haha. mana boleh tahan pulau cantik kot. maka kami telah menyuruh pihak Van untuk menjemut kami pada hari esok Jam 4 petang. sepatutnya kami akan dijemput pada pukul 12 tgh hari.

Hotel pun kami telah meng Late Check out kan iaitu pada pukul 4 petang. so kami harus bayar penambahan 10 ringgit untuk setiap jam. Layan.

Selesai isi minyak kami terus ke area pantai untuk meng Usha package - package yang disediakan. selidik punya selidik semua package speedboat full meh...ciskek ! punye la ramai orang. Nak new year kan. amekaw.yang tinggal Longtail boat ja. tp masalahnya smua longtail akan sampai ke aonang semua pada jam 4 ptg. mana sempat sebab pukul 4 nak balik dah. so terus set kat otak. Baeklah nnt dtg lagi =P baek punye alasan.

Tapi hasil dari penyelidikan antara package yg aku berjaya ingat antaranya :

1. Phi Phi Island = RM 110 perperson (1100tbh)
2. 4 Island = RM 90 perperson (900tbh)

Phi phi island tu mahal sebab lebih jauh dari 4 island tu dan khabarnya lebih cun ! tp lebih ramai orang disana. Bile la nak repeat lg nie. hmmmmm.







Selepas membuat kata putus untuk tidak ke Pulau esok. maka kami menghabiskan masa melayan perasaan melihat matahari terbenam. dan disaat ini aku rindu Sunset di Pulau Karimunjawa. (Klik untuk Membaca). 

Kami menghabiskan masa sehingga senja dan pulang ke hotel untuk Mandi.










Pukul 8 Malam kami keluar semula untuk meneruskan aktiviti yang tidak dibuat pada petang tadi iaitu menghabiskan duit di sepanjang kedai yang terdapat di Pantai itu. Superb meriah. tegadai jugak le beribu - ribu thai bath membeli baju - baju yang terdapat disitu.

Kalau sape peminat suit aku rasa elok korg tempah kat sini. sebab aku tgk harga die jauh lebih murah dari KL. cuma agak pelik sbb byk kedai suit di tepi pantai. tp ade aku kesah. Layan.




Ini antara kedai yang aku berjaya cari yang mempunyai status Halal. Maka benarlah kata - kata mereka di Krabi ini senang untuk mencari makanan Halal. so jangan risau k, Confirm tak kebulur.




Di sepanjang pantai ini juga terdapat banyak Spa - spa bagi peminat aktiviti berkenaan. aku sekadar tengok dari jauh je la. 



Setelah sakan berjalan, kami pun singgah di satu kedai makan berdekatan dengan Masjid besar yang ada di Aonang. makan sini best dan murah. kedai die biase - biase je macam warung. tp nasi goreng die mabeles. kene dengan selera aku . 

Selesai makan balik tido. ZZZZZzz.



KEESOKANNYA :

Bangun2 hujan lebat. setelah dua hari berpanas. masuk hari ketiga hujan mencemburui kami. maka ada hikmah juga kami tidak dapat masuk ke pulau. kalau tak mesti laut bergelora.

Disebabkan kami akan dijemput pulang pada jam 4. hari ni merupakan hari bermalas malasan. sebab hujan sambung tido la ape lg. hehehehehe.

selepas hujan tinggal renyai2 masing - masing dah kebulur maka merempitlah kami mencari makan. kat sini pun ade goreng pisang meh. style la.


Disebabkan sudah abis meronda semalam disekitar pantai. maka arini aku decide untuk menjadi pelakon. maka terpksala kwn aku menjadi videograper tak bertauliah merakam aksi2 aku. korg boleh lihat sini. HD VIDEO HATYAI + KRABI








Abis kami ronda satu Aonang dengan motor. segala ceruk kami redah. memang enjoy abis sampai tak tahu nak buat ape dah. hahahah. 

selepas itu kami pulang ke hotel dan menunggu untuk di jemput oleh Van yang akan membawa kami ke Hatyai kembali untuk misi yang terakhir..................Bersambung ! Part Finale (klik untuk membaca)

5 comments:

Farikica said...

Eh eh...ronald McDonald pon susun jari 10..? ha..ha.. lagi satu, 1st time aku dngr phrase hujan mencemburui kami... Cantik aonang ni kan... terpesona nengok gmbar2 ko sume...

Hang Dhamin said...

Farikica..Aonang mmg damai ! kene repeat lg nie sbb misi ke pulau tertunggak....

TravellogAku said...

jom2 repeat bln 9..aku tgah cuba srvy2 nk cover phuket-phi phi-krabi-koh samui..tp partner sume taknak masuk thailand..adehh..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. sheila dah pergi Krabi tahun lepas. best sangat pergi dengan rakan blogger. 11 orang sebab semua bawa suami masing-masing. hiewhiew. bestnya krabi, rindu nak ke pulau2 yang cantik tu ~~~

sophy yusoff said...

assalam.. bpe ye kos van dri hatyai ke krabi.. klu ade contact van cun gak hehe