Followers

Wednesday, February 5, 2020

🌴 10 TARIKAN DI SETIU WETLANDS TERENGGANU 🇲🇾


🌴 10 TARIKAN DI SETIU WETLANDS TERENGGANU

Minggu lepas berkesempatan melawat Kawasan Setiu Bersama rakan – rakan blogger untuk melihat sendiri tarikan – tarikan yang menarik di Setiu Terengganu. Disini aku list down tarikan yang sempat diterjah untuk trip 3 Hari 2 Malam ini.

🌴DESTINASI 1
TERRAPURI HERITAGE VILLAGE

Kami menginap disini. Penginapan yang menerapkan Konsep yang cukup unik iaitu konsep traditional lama. Setiap detail pembuatan ada cerita unik tersendiri. Mendengar sendiri Pemilik resort itu bercerita membuatkan kami kagum dengan niat murni untuk mengekalkan khazanah dan tradisi lama di zaman moden ini. One in a lifetime experience. Kena cuba.

Layari : www.terrapuri.com untuk Maklumat lanjut. 

🌴DESTINASI 2
PANTAI/KAMPUNG MANGKUK

Kampung ini lah terletaknya Terrapuri. Kawasan sini dan pantainya diliputi pokok Kelapa yang merimbun dan pantai yang sangat bersih. Instaworthy sangat 
🌴DESTINASI 3
RUMAH BOTOL

Sejak 2005 Pemilik rumah botol Tengku Mohd Ali telah mengumpul botol botol di persisiran pantai . Bermula dari rasa untuk menjaga kebersihan pantai sehingga menjadi Hobi untuk mengumpul botol – botol yang ada. Yang menariknya pelbagai jenis botol dari pelbagai negara yang hanyut ke pantai terdapat dalam lokasi beliau.

🌴DESTINASI 4
PANTAI PENARIK - RHU SEPULUH

Selain Pantai Mangkuk pantai penarik juga tak tergambar cantiknya. Dipersekiran pantai ini juga terdapat pelbagai jenis restoran celup tepung yang korang boleh cuba mengikut selera masing - masing

🌴DESTINASI 5
RIVER BOAT AT LAGUNA SETIU

Inginkan kelainan, korang boleh cuba menyusuri laguna setiu dan korang boleh pergi melihat Kawasan – Kawasan seperti dibawah ini.

🐜MELIHAT BUAH SARANG SEMUT
🐊MELIHAT BERUS MATA BUAYA
🐚CLAM DIGGING (KEPAH)
🐟SANGKAR IKAN (OYSTER,FISHING)

🌴DESTINASI 6
SETIU BOARDWALK
Korang boleh datang kesini dan menyusuri Boardwalk sepanjang 500 meter menuju ke sungai. Sepanjang lalu akan dihidangkan keindahan paya bakau yg terjaga kebersihannya. Di hujungnya ada Kawasan rehat yang dilengkapi meja. Boleh makan – makan disitu.
🌴DESTINASI 7
IKAN CELOP TEPONG (ICT) at MR CELUP TEPUNG STATION

Berkesempatan merasai sendiri ICT di sini yang terletak di Pantai Penarik. Disini boleh mencuba pelbagai masakan celup tepung termasuk ikan,sotong,ketam dan juga Udang Viral. Boleh juga mencuba sata dan nasi Air yang bapak sedap rasa dia. I like. Keropok lekor dan ABC Aiskrim pun ada. Bestnya ianya terletak di tepi pantai dan ada meja2 ditepi pantai. View cantik.
🌴DESTINASI 8
SETIU WETLANDS SAVANNAH -PENGKALAN GELAP SETIU

Teringin nak bergamba ala – ala di Afrika? Korang boleh kesini kerana landskap dan rumputnya seaakan – akan berada di Afrika. Ianya terletak ditepi jalan besar dari Penarik ke Kuala besut. Boleh singgah ke Bazaar hasil laut dan Kraf Pengkalan Gelap sekali. Hasil kraf bermula dari RM 5 – Rm 10 sahaja. Memang murah.
🌴DESTINASI 9
PEMBUATAN BOAT TRADITIONAL – PANTAI TELAGA PAPAN SETIU

Kalau korang berminat untuk melihat bagaimana boat2 besar di Setiu dibuat. Korang boleh melawat Kawasan ni.

🌴DESTINASI 10
KAMPUNG FIKRI

Suasa kampung Nelayan yang sangat ohsem. Rasa macam Remy Ishak dalam Filem Pulang haha

So apa tunggu lagi. Boleh dah start plan Road To Setiu. Setiu menanti anda. Aku pun tak sabar nak repeat lagi. 

Thanks semua yang terlibat #travelerensem