Followers

Wednesday, October 16, 2013

Travel ll Pulau Mabul - Sabah Part 1

Setelah hampir setahun menunggu akhirnya impian untuk ke Pulau Mabul tercapai. Antara pulau tercantik di Malaysia dan Dunia. takkan tak mau jengah kot. Orang cakap membazir utk travel2 nie.tapi tidakkah mereka tahu berjalan melihat keindahan ciptaan Allah pun dapat pahala? sungguh sempitkan pemikiran mereka - mereka ini. abaikan.


Tiket dibeli dengan harga RM133 return selama 5 hari. 26 sept 2013 - 1 okt 2013. murah tak murah sangat la. just nice.  tiket dibeli untuk 4 orang tapi apakan daya hari kejadian hanya 3 sahaja yang muncul satu hilang dalam ramai. semoga dia bahagia disana. haha. biasela kan. kalau xde yg buat masalah bukan travel namanya.

Antara isu2 yang harus difikirkan awal ialah ejen mana yang harus diambil apabila stay Di pulau Mabul nanti. akan kuceritakan nanti ejen mana yg ku ambil.

so untuk pembahagian masa 5 hari itu diputuskan bahawa hari pertama kami akan tidur di semporna 3 hari di Pulau mabul dan hari terakhir di Tawau. JOm masuk hari pertama....Bringgggggg !

26 Sept 2013 ( Khamis)

Penerbangan dijadualkan pada 10.05 minit pagi dan dijangka 12.55 tgh dan kami berjanji untuk jumpa di LCCT pada jam 8.30 pagi paling lewat. pkl 8 pagi diorang dah terpacak sbb takut kene marah katanya kalau lambat! adoi. aku x garang (sambil jeling).

Selesai check in bagasi kami bersarapan di Taste of Malaysia. ke tawau je kan so x risau kalau lapar. senang dpt makanan so x perlu la nak mkn dlm flight lagi. tapi bile lori bawak makanan lalu fuhh macam memanggil2 suruh beli. nasib baek mampu kawal nafsu lagi.

Selepas berjaya masuk kedalam pesawat flight still delay ! dlm 40 minit so kami sampai di Tawau sekitar jam 2 petang ! utk ke sini memang serius aku tak study banyak. sbb dalam Malaysia. haha. lagipun aku dah ade startegi jahat ! aku dah Print entry Blog Tawau Chawana untuk aku rujuk nanti terutama mcm mana dr Tawau nak ke semporna ! hahaha. serius keji. dlm flight baru aku baca. nebes aku nak naek bus xde tingkap.






tapi hajat nak naek bus tu tak kesampaian sbb kami sampai pkl 2 ptg dan bas berikutnya ke tawau adalah jam 3.30 ptg dan merupakan bus terakhir ke tawau yer. terpaksa guna plan B.

sedang sibuk kami bertanya pasal bus. tetiba ade satu brader tu offer naek van die RM 20  sekepala ke Semporna. kira murah macam harga bus. sebab kalau tak silap aku bus ke tawau RM 10 dan bus dari tawau ke Semporna RM 10. so yg ni direct. murah rezeki kami. sbb die nak penuhkan van die yg ade 2 je penumpang dari negara china. kire nak lepas duit minyak die la.

Kalau korang nak naek teksi dari airport ke semporna pun boleh. boleh dapat harga rm95 - rm 100 tak lebih dari itu. so kalau berempat jimat la sikitkan. takde direct bus ke sempurna dari airport yer.

Perjalanan kurang lebih dua jam. feel die sama macam dari medan nak ke lake toba cuma dekat sikit. dengan keadaan yg super selesa dalam van tu. maka tidorlah mereka2 itu dengan jayanya. aku snap pic sikit2 dan sadakallah. jom tido.





wow KFC..terliur.... hahah



nmpk tak betapa selesanya...weehuu !



kenapa kami tido di semporna?

sebabnya adalah jika hendak pulau mabul jetinya di semporna. maka seharusnya kami tido disana sebab boat dijadualkan pukul 10 pagi. kalau nak gerak pagi2 dari tawau pun boleh tp teringin nak tido kat satu tempat di semporna yg diceritakan ramai itu. dimana? jom...


Dragon Inn Floating Resort sabah 

Klik sini (website)

pasal penginapan ni thanks to wanie sebab cadangkan. memang sangat best. tahap keterujaan begitu tinggi tatkala melangkah masuk ke laluan masuk. rasa nak melompat sebab teruja. haha. over gile. 

Turun je dari van ramai penduduk tempatan yg volunteer nak angkat beg kami. so saharusnya katakan tidak sebab nanti kene bayar tips pulak. so ikut atas pilihan anda la. tp brader van tu tak galakkan sebab ade kes bawak lari beg orang juga. so sila ambil langkah jaga2.

untuk urusan booking. kami booking direct dengan resort nie. tidak melalui booking on9 atau ape sahaja jenis booking on9. dan yang seronoknya bilik berharga RM 80 sebilik tapi siap ade aircond. sangat selesa.















Pemandangan didalam bilik. Not bad ! tapi ade tips untuk mandi. kalau pagi sila mandi sebelum waktu puncak ! kalau tak air slow. hehe. maklumla....





rehat sebentar dua dan masing2 kebulur. so jom jalan2 kat pekan semporna. sejujurnya tidak ada apa sangat dekat sini. antara pasaraya yg paling hebat dekat sini adalah GIANT. yang laen2 kedai biase2 jer.

dalam pening2 nak cari kedai mana nak makan. kami pun makanlah di Restoran bIsmillah. kami bukan food hunter so makan je ape yg teringin dekat tekak. tapi aku pun try la nasi goreng bismillah special. tp rasanya biase jer. haha. sbb tak pedas kot. so x feel sgt.

selesai makan kami berjalan sekitar area pasar yg femes dikawasan itu. tapi tak masuk pun dalam pasar sebab tiada tujuan. lagipun lecah. malas ler. 

lepas tu masuk la giant nak beli kudapan dan terus pulang ke resort. tak banyak aktiviti sangat untuk hari pertama nie. Just Keep Calm & Relax dlm bilik. 






nie lah nasi yg special sgt tu !







View waktu malam. 










dan akhirnya...tengok tv dan tv tengok aku...ZZzzzzzzzzzzz...

Bersambung ! esok yang sungguh menerujakan.