Followers

Tuesday, April 22, 2014

Royal Belum Outdoor Adventure With Travel Bloggers PART 3 (FINAL)


Yeay last entry ! huhu. sambung dari SINI

(ada beberapa gamba dlm entry nie bukan milik aku tapi aku x sempat kdt to owner sbb lupe sape. haha! maen save jer. so tq in advance =) )

Good Morning . aku rasa aku paling last bangun kat tingkat bawah tu ! hahaha. nyenyaknye tido. bangun2 cuci muke jap pastu terus ajak Tansree lepak dekat jeti amik gamba ! konon nak ambik sunrise la. haha celah mana. so amik gamba sendiri sudah !


Lepas breakfast sambung lagi ambik gamba ! kali nie nak ambik gamba atas Rakit buluh. dan disinilah terjadinya kisah yang tak akan dilupekan sepanjang trip nie hehe.


Mula2 tenang je Royal Belum pada pagi itu ! feel abis lah ambik gamba atas rakit buluh . rasa macam hebat sangat la dapat berdiri atas rakit buluh tu sehingga....jeng jeng jeng..........MaszKakijalan join untuk bergambar bersama. hahaha.


Tak sampai 10 saat kami berdua berdiri atas rakit tu. tetibe rakit tu karam. hahaha. tetibe air dah smpi paras betis. OMG kitorg bakal tenggelam. dah la tak pki lifejacket. cuak jugak aku. kang lemas dah la dalam.
so aku amik keputusan untuk terjun ke arah pinggir tasik kerana lebih cetek ! hahaha. maka tergolek lah kami berdua yg mana mencetuskan gelak besar seantero Royal belum itu ! hahahaha. Bongok gila !

Kami tidak berputus asa demi mendapatkan gamba yg dikehendaki. percubaan kedua dengan life jacket.  tapi gagal jugak ! adoi . cube carik mana rakit? hahaha. saat itu baru kami tersedar bahawa kami nie berat dan perlu diet ! hahahah

Antara mereka2 yang menonton ! haha. padahal ramai lg yg nmpk dr houseboat tu ! layan. bile lg kan nak melawak !


OK Lepas kami dah basah lenjun ! ape lagi meracun la semua orang untuk turut serta mandi. mula2 diorg taknak sebab ingat air tasik tu sejuk. tp bile tau air tu suam walaupun pagi. semua tukar baju dan terjun.


Semua ambik port masing2 sebelum menggegarkan belum. aku cuak sebenarnya time nie sbb diorg request suh ambik gamba lompat ! kalau x jadi macam mana. mana nak setting kamera nie haha ! susah betui assigment kali nie. tp aku amik keputusan amik gamba dr belakang sbb aku takut jatuh klu duduk tepi diatas gegaran larian mereka itu !


Dan part yang paling best semua sporting untuk menjayakan sesi loncatan dari jeti. korang memang sempoi lah ! lama jugak kitrog mandi dekat 2 jam tak silap. kalau tak kerana nak ke air terjun. lagi lama mandi nie.


NI geng bomoh ! loncat keluar dari air. masuk perempuan keluar lelaki hahaha


Kamera aku di Hijack si Kakijalan !
OK . Masa untuk ke Air Terjun Ruok ! sepanjang perjalanan kesana kami  diberi satu lagi kelas photography ! macam2 ilmu dapat trip kali nie. kawan2 baru pun ramai dapat. memang rugi kalau aku tolak pelawaan diorang aritu.
Sesi pembelajaran bermula!
jangan la stress sgt na. gamba ko cantik ! hahah
Bedah orang pun tak sesusah ambik gamba kan doctor ! hahaha
Pae !agak2 la dalam kelas pun nak tido ! hahahah
MR Mama. gamba die smua ohsem! 
Janggel. antara orang pertama yang ajar aku banyak pasal tangkap gamba ni! tq der.
aku syak byya tengah blog dlm hati tengok gaya die macam tu !
OK Parking House boat ! nak ke Air terjun kene naek speedboat! laluan sempit. moh kite.

Aku dan Lily. eh ! 

Sepanjang trek untuk ke air terjun. pakai selipar pun boleh ! don't worry. ade pacat ker? rahsie ! haha 

Terpegun tengok batu2 berdiri yang diorg susun nie.

Kondisi air terjun ni masa aku sampai amatlah tidak mengiurkan. nmpk mcm keruh jer. tapi bile dah masuk yaAllah nikmatnye. dah la sejuk. dalam pulak tu. satu tips aku nak bgtau korang. kalau pegi sini pinjam lifejacket diorg sbb kawasan sini dalam. memang puas hati mandi kalau ade life jacket.
gamba tak banyak sini sebab aku sebok mandi. ni antara gamba yang aku Berjaya ambik dari mereka2 itu haha.
Motif ko nak snorkeling kat sini ! hahaha. 
Gamba untuk assignment. tp tak sempat tunjuk sbb malu haha !
Ok dah selesai mandi. maka tamatlah semua aktiviti. jom bali housebot dan terus ke jeti.
kat bawah ni gamba chawan tengah cuba nak sanding satu lagi.

Tapi bile Na jeling ! senget terus boat ! ahhahaha (Joking)



dan maka itu berakhirlah trip kali ini. cerita sepanjang jeti dan OTW ke KL biarlah aku blog dalam hati walaupun banyak jugak kisah menarik yg terjadi seperti pengalaman memandu dalam cerita transformers. tp biar lah kami2 je yang tau ape bende tu. !

so untuk yang terakhir kali terima kasih selaki lagi semua. salah silap harap dimaafi ! sehingga kite berjumpa lagi . Bubye =))))
HD VIDEO ROYAL BELUM : ENJOY


kalau nak baca versi bloggers lain. klik sini :

hangdhamin (UPDATE)
Chawanna (Chawan & Na), (UPDATE)
TimeTraveller (Afif)

Janggeltrekkers Life (UPDATE)
Faezah (KPOP) (UPDATE)
Zaraab & FF
Coco Nutz (KakAnash), (UPDATE)

Traveller's Anatomy (Byya),
KakiJalan (MasMZ), (UPDATE)
This Is Our La La Land (Keluarga Bahagia) (UPDATE)
 My Story Is On Lifetime (Shahrule), (UPDATE)
Lily.Globetrotter (LilyRiani), (UPDATE)
Pengembara Tumpangan (Icam)

Monday, April 21, 2014

Royal Belum Outdoor Adventure With Travel Bloggers PART 2

Sambung dari SINI

Ok selesai melihat Refflesia. moh kite ramai2 masuk houseboat balik ! next destinasi adalah Kampung Aman Damai Orang Asli Jahai. tapi sebelum tu moh kite minum petang dulu sambil di sapa angin sepoi2 bahasa.
 
perjalanan terasa lama jugak lah. sejam mungkin dari tempat refflesia td. excited jugak untuk aktiviti yang ini sebab sebahagian dari warga boat ada membawa ole2 dan jajan untuk dikongsikan bersama warga2 penduduk disini. ada yang bawak baju. buku. makanan. sekali tengok dah macam YB melawat kawasan. 

Ok dah Nampak kawasan perkampungan orang asli. unik sebab ianya berbentuk pulau. dikelilingi air dan kawasannya kecik jer. diorg pun ade pulau sendiri . ko ade?
 
 
 
Pae membuat percubaan posing menggoda kot2 ada abg Asli Pop yang tergoda ! chayok pae.

 

 
kawasan persekitaran yang cukup bersih dan dijaga dengan baek !  sesuai kalau byya nak membina keluarga disini. hahaha byya jugak yg kene ! kakak chantek takut pacat !

 
 
OK YB Aqilah nak melawat kawasan.
 



 
Ok masa untuk tangkap gambar dengan orang asli Jahai ! hahahah. eh silap !
 

Ok ini baru betul ! senyuman manis seikhlas hati. I love you too bak kata diorg. tah siape lah yang ajar tu.

 

Nampak tak kawasan ni macam dalam pulau kan.
 
 

 
Ok ni antara calon2 YB yang korang boleh VOTE : sapa yang baca blog ni jom participate  
( tulis kat komen sapa yang nmpk mcm ada masa depan nak membangunkan kawasan nie haha)

YB Tansree COCO.
Aku Janji : kalau saya menang kawasan ini. saya akan bina Belumlion (Pavilion punye kembar)  di sebeleh kiri dan BelumCC (ganti KLCC) di sebelah kanan .
KDT JANGGEL
 
YB Doctor Shahrul.

Aku Janji : Kalau saya menang. korang semua boleh dapat discount buat pembedahan muka ala Korea hidung mancung dagu sharp kedepan ! Confirm Pae nak stay sini. Ringgaling galing. haha 
KDT JANGGEL
 
YB Hang Dhamin (aku bkn orang melaka ...lahabau)
 
Aku Janji : Kalau saya menang....errrrrr ! Jom saya belanja satay ! hahaha.

kagum tengok kehidupan diorang tanpa TV dan line internet. diorang dah biasa so tak ralat sangat semua tu tak ada. kalau kitrg baru 2 hari xde internet dah mcm apa je aku tgk dok tenung phone tu mengharap line 3G keluar. haaha
 
Selesai disini kami berangkat ke Chalet SG. Tiang dimana kawasan ini menempatkan chalet untuk penginapan kami.
 
tapi tempat disana adalah limited. kebiasaannya mereka akan lebih utamakan kepada yang berkeluarga dan perempuan. lelaki tido atas house boat jer. Tapi aku ok je sbb memang dah set minda tido atas house boat. siap beli sleepingbag kat Jusco DEMI untuk trip nie. 
 
 Tapi disebabkan terdapat masalah generator. maka semua penumpang tido atas houseboat je sbb bilik tak boleh beroperasi. kipas . lampu semua tak boleh pasang . so moh la berjemaah tido dlm houseboat. perempuan atas. lelaki bawah.
 
tp smua orang Ok je aku tengok takda yang merungut. sempoi lah semua. kalau tak pening aku nak dengar orang asyik complain jer. atas houseboat tu pun menyediakan dua bilik. so yg perlukan bilik bg je lah. bilik air pun ada kat dalam houseboat tu. dont worry.
 







antara aktiviti yang boleh dibuat di sg tiang ni ialah mandi tasik ! berani tak? aku selalu dok terbayang bukan2 (malas nak mention nnt terbayang) ada dalam tasik tu . dah set sebelum sampai situ memang tak nak mandi TETAPI  bile semua ambik lifejacket . ak pun ambik ! hahaha. so marilah kite beramai2 terjun kedalam tasik itu.

TQ Zaraa ambikkan gamba !
 


Cube ko bayangkan ada bende samar2 kat kaki aku tapi tak tau bende ape lepas tengok gamba ni. berani x nak mandi? muahahah




Dalam berani tak berani sampai ke maghrib jugak la mandi nya. Syok abis.


Aktiviti malam best ! ade BBQ . siap ada kambing. memang tambah tak beringat. diet tak diet.dua pinggan jugak la makannya. tp ada yang tambah lebih dua kali. sape tu? haha

Tapi mmg puji la makanan kat houseboat nie mmg best. kalau tak best aku suh mak na join kitrg skali mintak tolong masakkan. ok na? deal? sbb kalau harap Na aku tgk die tukang tambah je. eh terbocor rahsia.


KDT Afif
Aktiviti malam sebelum tido kami ada Photo Discussion bersama sifu photographer kita en Hilmi. gigil jugak la masing2 bile suruh tunjuk hasil gamab masing2 . sblm ni dok rasa gamba masing2 dah ohsem sgt kan haha. tp masing2 beranikan diri tunjuk gamba masing2 untuk sesi pembelajaran. guwa kagum . tapi gamba diorg mmg ohsem2 cuma bile nak mintak kritik tu cuak la masing2 hehe. termasuk la aku.

Ade jugak yang memancing ! ade juga hasilnya untuk lauk besok pagi.

Ok Time to sleep. jom jadi beluncas ! tak rugi aku beli sleeping bag kat jusco rm 50 je. selesa dan just nice untuk mimpi sampai pukul 8 pagi !

 


KDT Afif

Tinggal satu lagi entry ! kisah mandi air terjun dan sapa teringin nak tengok bloggers2 tersohor nie lompat tasik ! tunggu !


Till then..........Bubye.