Followers

Thursday, July 18, 2013

Travel ll Dari Hongkong ke Shenzhen + Ghuangzhou (FINAL)

Yeah ! kite kembali kepada mood penceritaan marathon. untuk entry kali ini aku akan menceritakan semua sekali gus. haha. baru puas sikit bace ye dok takde continue - continue. haha (alasan)

Bersambung dari sini ( Part 3)

selepas seharian menghabiskan perjalanan di Macau dan penyudahnya di Avenue of Star Hong kong malam tadi. maka hari esoknya ialah hari untuk kami semua kembali ke Guangzhou kerana penerbangan pulangnya dari situ. Plan asal adalah untuk terus kembali ke GZ tanpa menyinggah di SZ kerana kwn2 ku sudah menerjah kesana pada hari pertama. tapi disebabkan ada satu lokasi tak sempat di lawati pada hari pertama. maka kami pun decide untuk singgah sebentar katenye ! bentar ke? bentar sangat...hahaha.

Maka dengan berat hati kami meninggalkan HK dan menaiki train ke Lo wu stesen. Uruskan smua kat kaunter imegresen Hk dan masuk semula ke Imegresen china. Penat asyik nak isi kad kemasukan tu. malaysia senang je tak payah isi2. sempoi ...

selesai di imegresen china baru teringat belum refund lagi kad octopus tu. adoi tak boleh masuk dah. sepatutnya sebelum masuk imigresen china tu kene refund dulu. rugi 50 HKD. sedekah je la.

Bebanan barang makin terasa. awat bertambah berat nie. maka seharusnyalah kami tidak mahu mengangkut semua barang - barang itu semasa berjalan2 di Shenzhen dan nasib agak menyebelahi. ada tempat simpan beg dekat area kawasan train tu. 



Aku tak ingat la lokasi penyimpanan beg nie dengan tepat sebab kawasan ni besar. sebab aritu pusing - pusing gak cari. murah je satu beg Rm 5 ke Rm 10 lupe plak. tapi rate die lebih kurang tu je la. Hilang segala beban dapat simpan beg yg amat berat itu. kat bwh nie gambar tempat letak barang tu. kalau korang nak try nnt print je gamba nie tunjuk kat orang situ mana tempat nie. hehe.


Selesai simpan beg kami pun beli la tiket MTR ke Window Of The World (WOW) Shijiezhichuang Station. tambang tak ingat berapa tp yg pasti murah. perjalan di dalam 20 - 30 minit jugak la. so standby kaki la klu kene berdiri. nasib baek dah biasa berdiri dalam Komuter Malaysia. Pengalaman berharga.





Dari lane hijau korang kene tukar le lane oren arah chiwan untuk kesini. (sila double confirm..aku pun lupe)





WINDOW OF THE WORLD (WOW)

Ok sampai dah. Jom beli tiket. Harga 160 RMB/Person lebih kurang RM80 duit Malaysia. Mahal jugak ek. tapi tempat nie mak datuk besar. penat kaki berjalan. plan asal kami untuk masuk disini 2 jam je pun dah terlajak2 masa. Tempat cantik tp nak jalan kaki azab ! kalau le ade sewe basikal.

Wow ni sebenarnya tempat untuk melihat kebanyakan bangunan - bangunan yang menjadi mercu tanda negara masing - masing yang ada di dunia ini. Duniawi semua nie haha tapi dalam bentuk replika. Ala yang macam kat Legoland tu. tp legoland pakai lego. kire macam mengembara satu dunia dalam satu hari. Brinnngggggggggggggggggggg....



Tempat nie terbahagi kepada macam - macam seksyen. tak ingat la. rujuk website diorang je bleh? jangan malas sgt. haha. tp tempat yang pertama pergi zaman dinasour. Tapi boring la tempat nie. masuk pastu kuar balik mencari tempat yg lebih mencabar minda sikit. 





Aku tak larat la nak explain semua tempat yang ada kat dalam tempat nie. so korang tengok la gamba mana yang aku sempat snap yer. Layan.




Dalam sibuk2 jalan tu singgah nak beli air sebab haus. sekali terjumpa bende nie. kagum sebentar. Malaysia ade ke? sik baek x nmpk org makan sebelah aku. mcm mana gaya la makan jajn kaki ayam nie.


Ok jom sambung jalan. Bile jalan2 nie mule la.........kalau la dapat pergi yg betul. I WISH 

















Ok part paling menarik adalah disini. berangan Paris Im In Love le. ape lagi ! aku dapat rasakan aku akan dapat kesini suatu hari nnt insyaAllah.




















Negara nie cita2 2014 tapi tak tau la berjaya ke tidak sebab banyak rintangan. hahahah drama abis. Hei tony. Bring back delhi flight to AA. Salam Taj Mahal






Ok sini aku dah sampai ! Yeay. teringat plak kat Thailand. jom repeat. (KLIK sini entry thailand)



Selesai di WOW kami terus kembali ke tempat penyimpanan Beg dan Harus membeli tiket ke GZ secepat mungkin sebab waktu tu dah pukul 4 lebih. tempat beli tiket kat dlm building tu jugak. korang tengok la signboard Guangzhou tu. kat area2 tu la jual tiket nye. follow je signboard. bagi pemegang passport jangan beli kat mesin. kene beli kat kaunter untuk pengesahan tiket. kitorg aritu siap beratur kat mesin nak beli. tp mesin ckp tiket dah sold out untuk hari tu. gile cemas masing - masing. pastu pak guard suh beli kat kaunter untuk warga asing. Cemas wei. Flight aku esok pagi kot. mampuih kalau stuck kat shenzen. jenuh nak plan B nnt.

OTW nak beli tiket nmpk iklan bawah nie. Gluppp ! telan air liur. aku dan KFC berpisah tiada. sik baek tak halal ! kalau tak mau singgah.


Akhirnya kami dapat juga tiket ke Guangzhou. untuk ke GZ ade dua tempat turun. Guangzhou east dan Guangzhou. kami amik guangzhou sbb dekat sikit MTR GZ yg bakal kami naek untuk ke hotel di GZ. kalau hari pertama aritu aku naek dari Guanzhou east untuk ke shenzen sbb lebih dekat dengan airport GZ. boleh rujuk (Part 1) untuk tengok bentuk tiket dan cara bacaannya.






Keluar je dari stesen Guangzhou blur sekejap sebab ramai gile orang. ramai dan kotor plak tu. adoi berbeza denga HK. haish korg nie. aku rasa better turun kat Guangzhou east sebab tak payah nak redah orang2 nie. keluar je dah boleh amik MTR. lebih selesa. yg nie kalau nak amik MTR korang keluar redah orang ramai sampai ke penghujung nak ke jalan raya belok kanan nampak mcm pondok2 jual tiket korang pergi belakang die. pastu turun naek tangga dan amiklah MTR disitu.  kat sini ramai org sebab stesen terakhir kalau kat GZ east td mungkin kurg sikit la org. Beware of pick pocketyer.


Dah dapat naek MTR lege. skang misi mencari hotel yang dah ditempah pula. hotel terletak di Haizu Square. Payah jugak nak cr hotel nie. jenuh tanya orang. mcm2 direction diorg bagi ! pening kepala beta. dah la beg berat. Choi. dengan laparnye. haha Perfect ! tap berbekalkan kesabaran jumpe jugak. kene jalan lebih kurang 5 ke 10 minit mengikut kelajuan kaki. tp ok la. sbb tak tau je tu rasa jauh!  

Sunny Private Apartment Hotel of Grand Continental 

Info pasal hotel nie ---- > SINI 
Sunny Private Apartment Hotel of Grand Continental is located along the lively Bejing Road Pedestrian Street, a short 5-minute walk from line 1 Gongyuanqian subway station and line 2 Haizhu Square subway station. Just steps from Onelink Square and Haizhu Square, it features a well-equipped kitchen in all the spacious rooms.
Located at Juntian Plaza, Sunny Private Apartment is a 15-minute drive from Guangzhou Railway Station and a 20-minute drive from Pazhou Exhibition Centre. It takes 40 minutes by car to Guangzhou Baiyun Airport.
Hotel nie best sebab dekat gile dengan tempat shoping tp serius aku tak tau ape nama tempat tu. hahahaha. tp situ mmg banyak kedai mcm outlet2. 



Duduk sorang bilik macam nie. heaven gile ! tapi katil keras sikit ! haha





Banyak tempat yg dah di plan di GZ untuk aku terpaksa di cancelkan sebab sepatutnya sampai GZ pagi. tapi sebab dah lama sangat kat SZ maka tinggal satu je acara malam tu untuk aku sebelum aku terbang pulang seorang diri esok ! kawan aku balik hari berikutnya. sempat la nak ronda GZ lagi. Jeles.

Berehat sebentar didalam bilik dan turun semula untuk Shopping ! misi malam nie ialah untuk menghabiskan semua baki duit yg ada untuk shopping. 

Turun hotel belok kiri dah ade macam2 kedai beg terbuka untuk disinggah. murah wei. rasa mcm tak percaya harga die murah mcm tu. tp disebabkan aku mls nak tarik beg troli dan bersusah payah untuk ke airport esok menaiki train so aku x beli.

jalan depan sikit jumpa abg nie jual satay kambing ! nmpk pulak perkataan halal tu. senyum sampai telinga smua. Yummy. ! memang sedap die tak dpt gambar. nikmat abis makan dengan roti pita. 2 kali kami beli siap tapau untuk breakfast esok ! mampu? haha.



Kat tepi abg jual satay tu ade org jual kasut. pergh cantik2 kasut die. pastu color striking plak tu ! hasih susah betul nak buat pilihan! last2 aku beli satu. tp kasut tu Made in Vietnam ! hahahah lawak betul. kat China beli kasut buatan negara laen. kalau pergi negara laen semua made in china.




Selesai beli kasut jalan lagi ke depan sekiter 300 meter seberang jalan. Tempat shopping pun bermula. mcm2 ada. perempuan kaki shopping confirm terbeliak mata ! tp aku tah mcm malas nak amik gambar mlm tu sbb kamera berat! so mana yg sempat je la aku amik. sampai kedai tutup shopping ! hebat la.tp tempat nie mmg tarikan utama di gz aku rasa sbb ramai gile org.









setelah kedai semua tutup. maka pulanglah kami.aku kene pack semua barang sbb esok flight yg pertama. nie semua gara2 tersalah tekan. choi punye AA slalu error. hahaha. terpaksa redo byk kali nak beli tiket.

Maka esoknya dengan mata yg ngantok dan beg yg berat aku pergi ke MTR haizu dan amik train ke Airport. nak melalui imigresen sini adoi mak datok payah. smua nak di ceknye dlm beg tu. satu persatu. sik baek aku dah check in beg besar. kalau tak jenuh. tp mmg abis la die selongkar. sik baek smua org kene bende yg sama. kalau x memang aku tak puas hati ! haha. aku blk naek AA. gambar bawah perhiasan je k.




Akhirnya aku dpaat mkn masakan Malaysia yeay ! lapar. sekali lafaz abis. Alhamdulillah. 


Maka tamatlah expidisi kali ini. sebarang kesalah info harap dimaafkan. semua ada entry baru lagi nnt..........kemana lagi kite > jom kite pikirkan...till then...bubyeeeeeeeeee

Untuk lihat dalam bentuk video ekspidisi nie.. (klik sini)
 nak tgk kat bawah nie pun boleh ! enjoy...