Sambung dari sini Part 2
7 Jam Je? sempat ke nak cover smua...ini kisahnya.
bersedia ke nak baca marathon lagi...hahha .. kali nie panjang jugak rasanya entry nie sebab aku akan tulis keseluruhan cerita macau dengan sekali lafaz ! SAH
di sebabkan aku & shaz kurang study sikit pasal macau nie. maka kami kekurangan info untuk melancarkan segala perjalanan di tempat ini. starting point pun dah salah ! oh demmm.
Selesai breakfast dan menapau nasi & roti ke dalam beg untuk dibawa ke sana kami ke kaunter hostel kami untuk bertanyakan arah mana untuk ke macau dengan mudah. maka terdapat dua cara sama ada pergi dari Kowloon & Hong kong. maka kami memilih kowloon sebab lebih dekat dengan tempat tinggal kami. jalan kaki pun boleh sampai ke jeti tu. kami rujuk map yg telah diberikan oleh owner hostel tu. susah plak nak explain kat sini.
Owner Hostel tu pun menanyalah kepada kami samada dah ada tiket ke belum. maka dengan laju kami menjawab belum. maka die cakap die ade jual tiket yg boleh di tukarkan di kaunter. cuma bagitau je nak pukul berapa mahu pergi. tertera di tiket itu company bernama The Cotai. maka kami pun beli di sebabkan pengetahuan yang kurang itu. haha
Sesampai je kami di jeti sekitar jam 8.30 kami pun ke kaunter nak amik ferri jam 9 pagi. malang nasib kami penuh dah. terpaksa tunggu next ferry 11 pagi. disebabkan dah beli di company itu maka kami tiada peluang untuk bertanya ferry laen kalau ade boat dlm masa terdekat.
Tips :
Tapikan yang sebetulnya korang kene naek ferry dari company TurboJET kerana ferry nie akan turun terus di Macau peninsula. kalau naek The cotai nie korang kene turun di Taipa iaitu lebih kurang 10 ke 15 minit nak ke macau peninsula. ikut keadaan trafic. tp takde la jauh sangat. kalau takde TurboJet baru naek The Cotai ok. haha. tu la x study lagi ! bebel si ayu. hahah. kesian kami kene bebel kan shaz =P (ni pahaman aku tau. kalau ade maklumat laen yg aku sebenarnya tak tau sorry k).Macau terbahagi kepada 4 bahagian macau peninsula,taipa,cota,coloane)
Selepas ber bosan - bosanan menanti jam 11 di situ. sempat juga men study maps macau ! sbb memang nak redah je bile jejak nie. YAKIN! tapi ade la jugak dapat maklumat dari ayu & kakiberangan yg membantu serba sedikit. Thanks ya.
Info ferry :
Kowloon - Macau by turbojet (klik sini)
TurboJETThe route offers roundtrip sailings to and from Macau and Kowloon, arriving at the China Ferry Terminal in Tsim Sha Tsui. The journey takes about 60-75 minutes. For details, please call Hong Kong (852) 2859 3333 or Macau (853) 8790 7039. You can also visit the website:http://www.turbojet.com.hk
The Cotai Strip CotaiJet™The company runs ferry service between the China Ferry Terminal in Tsim Sha Tsui Kowloon and Taipa Temporary Ferry Terminal in Macau. Travel time is approximately 1 hour. Enquiries for schedule and booking please call HK (852) 2359 9990, Macau (853) 2885 0595, or visit the website:http://www.cotaijet.com.mo
Ferry yang kitorang ambik adala disini. Di China Ferry Terminal.
Keadaan di dalam ferry amat - amat memuaskan. dan arus agak elok haritu tak pening sangat kepala. perjalanan mengambil masa selama satu jam dan kami ambik peluang itu untuk tido selepas menyental roti berinti tuna yg kami bwk td. Letih semalam tak hilang lagi. Cover tido smalam bile berkesempatan.
Sesampai di Taipa kami Lost sekejap. mana nak mulakan perjalanan. sebab kajian dibuat bermula dari jeti satu lagi yg dibawa oleh turbojet. dipendekkan cerita supaya korang tak pening nnt klu nak pegi. lokasi pertama kami adalah Fisherman Wharf
Kalau korang naek turbojet. dari jeti itu korang jalan kaki ja untuk kesini. dalam 5 minit ke 10 minit perjalanan. tapi kalau korang turun Taipa korang keluar je dari terminal ferry tu korang ambik shuttle bus ke hotel SANDS. Free je. Bus Shuttle hotel semua korang boleh naek. semua free. jangan takut. kitorg pun aritu confident tak confident je. pas dah naek tu baru yakin.
Sebelum naek bus tu kami terlebih dahulu mengconfirmkan tiket balik di kaunter. Plan asal nak balik pukul 6 ptg kalau kami dapat naek ferri pukul 9 pagi. sebab nak tgk light show di Avenue of star di hong kong pada jam 8 malam. tp disebabkan sampai pukul 12 tgh hari maka kami ambik masa balik jam 7 malam ! hahaha. tp lepas dah beredar dari kaunter tu terpikir balik masa sempat nak tengok show tu pun sebab kami sampai pukul 8 dan kami turun di Hongkong dan tidak di Kowloon. perjalanan dari HK pun dah amik masa bape lama. agaknya sampai pun show dah abis. maka sepatutnya kami ambik je la tiket balik lambat sikit sebab alang2 dah x dapat kejar show tu. tp x pela ! belasah jer. Maka tercetuslah 7 jam mengembara di macau.
Taipa adalah kawasan airport macau yer kalau korang turun dari Flight kesini.
Ni lah bus shuttle the sands tu. kalau korang turun taipa korang naek bus nie k.sampai ke hotel die.
Antara pemandangan sepanjang perjalanan ke Hotel the Sands
Ni la satu lagi terminat ferry yang terletak di Macau. dan yang merah tu lah Turbojet.
dan inilah hotelnya. Korang turun dari bus dan terus seberang jalan. maka sampailah Fisherman Wharf
FISHERMAN WHARF
Macam mane ek nak terangkan pasal tempat nie. nak kata area tempat shopping bukan. mungkin kawasan bangunan cantik kot. kat sini byk gile design bangunan berlainan jenis. rasa mcm setiap ceruk nak ambik gamba. memang cantik la sini. lagipun area nie rasanya mcm baru bukak. so ramai macam tak tau kot. lgpun area nie jauh sikit dr kawasan utama orang slalu lepak2 tu. tak pun aku rasa sebab weekdays.
#Runningman Brought me here . selama hampir sejam kami disini. becinta jugak nak keluar dr sini sbb asyik berenti ambik gamba je. tp disebabkan banyak lagi tempat nak cover. jom blah.
Selesai di sini kami ke Terminal ferry macau untuk mendapatkan free shuttle bus untuk ke Senado square. tak ingat lah ape nama bus tu tp korang kene ambik yang turun di Hotel Lisboa. tu antara hotel terdekat untuk ke sini.
SENADO SQUARE
Dari fisherman wharf ke sini dalam 10 ke 15 minit lebih kurang. kat sini pun building di cantik cantik. tetibe aku macam kagum pulak dengan macau nie. kenapa la sekejap sangat aku kat sini. sob sob. kat sini
kat area ni terletaknya hotel tercantik di Macau ! yang bawah nie. nice kan...honeymoon kat sini mmg cara.
Macau memang terkenal dengan tempat perjudiannya. nampak tak casino lisboa tu. cantik wo waktu malam. kire sini macam las vegas la versi asia.
Dari tempat turun bus td korang kene jalan kaki sikit dalm 5 minit untuk sampai ke senado square nie. kami pun tanya2 orang jugak sebab tak confirm. disebabkan masa tak mencukupi kami lalu ja di senado square untuk beli air. style x? beli air amik gamba sikit2 n blah. kat sini banyak jual sebinier kalau korang nak beli untuk kwn2.
Kat bawah nie area senado square.
Kalau dari senado square tu memang dah dekat dengan Ruins of St. Paul. Jalan kaki ja.
Ruins of St. Paul
Dari senado square tu kami berjalan ke arah sini. jalan die senang ja. terus je sampai jumpe (eh senangnye direction ! hahah ) . dari senado ke sini sepanjang perjalanan jual sebinier. fuhhh rasa nak beli macam2. tp mcm biase la. takpe kite beli kat depan. sini tengok ja. haha. sik baek kat depan ade kalau tak menyesal x beli. mcm kat HK. nantilah nantilah. pastu takde. dah terkenang2. adeh.
Perasaan sampai sini sama macam perasaan tengok Afamosa kat melaka first time. teruja abis. mcm tak sangka sampai kat sini pun ade. OVER! tp aku mmg x sangka aku ble sampai sini. dulu aku berangan je tengok gamba orang. DREAM BIG
eh nie bukan menara condong !! hahaha
Haus gile time nie. tapi tak rasa nak makan walaupun dalam beg tu ade nasi. biase la. kalau penat memang tak selera nak makan. so kami makan ais krim rm 10 satu. tp sedap nikmat. Halal k. aiskrim nie femes tp adeh lupe nama die. Ais krim turki? arab? eh ape tah...
Macau Tower
Selesai di Ruins of St. Paul. tempat terakhir di Macau Tower. sebenarnya ade satu lagi tempat aku nak pergi iaitu venetian. aku siap cakap kat diorang apa kata kite cancel pergi Macau Tower ganti ke venetian. ye la cantik gile kot tempat tu. Macau tower tu memang lah menarik bagi aku tp aku lagi teringin nak ke venetian lebih lagi. hahah
Tapi diorang terus tak setuju dengan alasan tiket naek dah beli. betul jugak nanti rugi pulak. so lets go Macau tower. tp tetibe...erkkkk..macam mana nak pergi? haha
Tanya punya tanya kat orang2 dekat situ mcm2 versi nak kesini. adeh pening pulak. tetibe ade satu mamat tu cakap boleh jalan kaki je nak ke sini. Jalan kaki??? sekitar 15 ke 20 minit perjalanan.
Maka tanpa berfikir panjang jom jalan. sebenarnya boleh naek bus tp entah la. semangat nak berjalan tu memang tinggi so maaf la kat semua aku tak membantu dalam membagi info mcm mana nak naek pengankutan awam disini. Jalan la wei baek untuk kesihatan.
Kami pun tuju ke arah jalan yg diberitahu. mule2 mcm confident tak confident sgt ! tp sebab menara tu kan tinggi. so bile nampak puncak die dr jauh terus jalan lurus je ke arah menara.
tp syok jugak sebenarnya jalan kaki sebab kami dapat berenti kat tepi jalan sambil menikmati keindahan macau ! gamba seperti dibawah
Jalan punya jalan akhirnya sampai juga kami ke Macau Tower. maka masuklah kami kedalam itu. yang menariknya disini korang boleh membuat macam2 aktiviti termasuklah Bungee jumping & Skywalk. sile refer runningman episode Macau for more detail boleh macau tu?
Naek2 atas nie pelik sebab diorang ke arah cafe. yang menariknya cafe nie sama mcm KL Tower. iaitu restoren berputar. aku cakap la diorang yg kite nie salah tempat sebab masa aku tgk runningman die ade satu tempat untuk tengok view2 nie tp tak pyh masuk cafe.
Tapi ade logiknya jugak masuk cafe sebab aku rasa yg boleh naek area bungee jumping and skywalk tu orang yg bayar untuk maen je. sbb kene beli tiket kat bawah. so aku pun duduklah kat meje yg dikhaskan. kagum gak la bile restoran tu berputar. kat Malaysia pun tak merasa nak pergi KL Tower.
lepas tu makanan di hidangkan. aku ckp ni untuk ape. bukan boleh makan pun. sbb tak tau status halal haram kan. haha. tp diorg ckp mmg package beli tiket tu dpt skali. so aku iakan aje. Tetibe kek sampai...hahahhahahahahaha..aku gelak besar ! hahaa terkene aku... padan la tak nak cancel pergi macau tower. rupenye ade agenda. patut la aku ajak celeb kat HK buat tak layan semalam. cissss....malu wei semua org pandang sbb shaz pasang lagu besdey dr tabnya....TERHARU beta. Terima kasih sahabat2 sekalian. dekat macau tower tu. aku budget celeb makan nasi goreng kat hotel ja. haha. tak tercapai akal kat atas nie.
so kami bergambar ja sambil makan buah dan minum lemon tea panas ! uikk terbaek hilang penat ! rasa mcm nak tapau air tu sebab sedap. mungkin sbb haus kot. tp siyes air tu sedap.
Selesai di cafe kami turun satu tingkat .anda2 semua boleh mengunakan tangga di cafe itu untuk pergi ke deck sebenar untuk melihat pemandangan sekitar bandar macau ! sangat cantik. tak tipu. sambil tu dengar orang menjerit sebab tengok orang bungee jumping. nasib baek lah permainan tu mahal. kalau tak memang aku buat.
nampak bawah ! ade bran?
sekitar pukul 6 kami keluar dari macau tower. plan nak terus ke jeti dari situ. tp orang yg kami tanya semua tak membantu memberi arah yg tepat. tanya driver bus pun x paham. so kami putuskan ke grand lisboa semula menaiki bus dan bercadang mengambil shuttle bus untuk ke jetty taipa semua untuk pulan ke HK.
tapi tah la bus yg ditunggu2 tak muncul tiba. masa tu dah pukul 6.20. cuak pulak kalau tertinggal Feri. maka hulur tangan terus tahan teksi. nasib baek pakai meter so charge yg dikenakan takla ikut suke pak mak mereka. tp balik tu jalan jem. time tu la kemuncak explorace memuncak ! sempat ke tak nak naek ferry nie. arghh ! tp Nasib menyebelahi pukul 6.45 kami sampai di Jeti. masa tu memang dah tgg masa ja nak masuk. yeah ! jom balik HK.
Avenue of star
jejak je kaki di HK kami terus ke MTR menuju ke Tsim tsa tsui. last misi untuk malam nie iaitu Avenue of star tempat wajib pergi kalau ke HK. kalau tak pergi memang rasa macam tak pergi HK la. dr TST iaitu hotel kami boleh jalan kaki sekitar 10 minit perjalanan. jalan lagi?? hari jalan sedunia. kaki kami mcm dah tak jejak tanah dah time jalan. tp misi kene teruskan sebab esok dah nak balik ke Guangzhou. tak sempat dah nak tgk view malam HK.
keluar dr Stesen TST exit d1 pastu turn left pastu jalan terus ja smpi nmpk signboard Avenue of star. senang kan. memang bercakap itu mudah ! hahaha
Dan sampaialah kami kesini dengan jayanya. Masa untuk berehat ! jom cari kerusi.
10 comments:
untunglaaa sambut bday kat macau tower bagaiii!!! mana shahrinnnn? hahahah untungla lagi skali. kekeke
fishermen wharft tu aku terlupa nak singgahhh. ingatkan sempat, rupanya tidakkkkk!
henry. rezeki tahun nie. tahun depan x tau lg ye dakk..
peminat runningman pegi fisherman wharf.. peminat boys over flower pegi la venetian..kpop sgt !
running man ada buat pengambaran d macau tower tau
symphony of light tu x tgk pun x per xada apa yg menarik pun
@jarimanis....yg rm tu mmg dah tgk sblm dtg. sbb tu teringin nk g macau tower... x menarik eh..kire x ralat la x pegi
Fisherman wharf tu mcm x ada org ja.. gmbr u all cantik je x ada org2 lain menyibuk.. bila nak cerita ke ghuanzhou...? nak baca jugak, kalu senang caranya, boleh ikot.. dulu ke HK hanya ke shenzhen, x ke macau pon...coz rasa mcm malas nak mengangkut askar2 kecik naik feri..hi..hi...
@farikica FW tu mmg x ramai org pun...enjoy gile amik gambar x de org...
psl GZ tengah tunggu malas pergi baru sambung....
Untunglah cuaca terang benderang kat Macau. Saya gi baru ni selang seli panas, hujan & taufan skala 3. Sempat buat ala shooting memori daun pisang dalam hujan kat Senado Squate. Macau memang lawa...and Running Man brought me there as well. Hahaha.
Biebier hahah..untungla dpt feeling running man beribut bagai..hahaha
Runningman dah ke beijing n shanghai..kene cr tiket nie..
thank you so much, very useful tips. thank you soooooooooomuchhhhhhh
salam dari masa depan 2023., hehe
Post a Comment