Followers

Monday, May 27, 2013

Travel & Tips ll Explore Hong Kong - Cable Car - Madame Tussauds- Disneyland - The Peak - Ladies Market

Sambungan dari sini ( Part 1)


Setelah penat seharian semalam. maka tido pun tak perlu mengira kambing . letak kepala dan terus tido. Jam di kunci jam 6 pagi walaupn nak dekat pukul 2 baru masuk tido. Walau bagaimanapun jam yg dikunci tidak mampu mengejut diri sendiri ! haha. mungkin terlampau penat . jiran bilik sebeblah pun terlajak jugak tido nye.Tapi tak la terlajak sangat. pukul 6.30 pagi terjaga dr tido. time terjaga tu memang terkejut gile sebab dah cerah. ingatkan dah pukul 10 pagi rupanya baru 6.30. fuhhh cepat betul cerah sini.

And today is 12 May 2013 . Happy Birthday Hang Dhamin. genap usiaku 24 tahun. Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kesempatan melihat keindahan alam ini.

Selesai mandi. Misi pertama ialah menyediakan breakfast sendiri. bende baru yg aku belajar dr trip ini ialah kite boleh makan nasi tanpa perlu bersusah payah kalau ade pak brahim ! haha.TQ shaz & ayu bersusah payah bawak dr Malaysia.Selain nasi pak brahim kami juga telah membawa roti, tuna, meggie dan biscuit untuk memudahkan urusan makan disini. bukan takde makanan halal kat sini. tp nak menjimatkan masa.


Nasi goreng kampung Jenama pak brahim. panaskan 2 minit ! siap dimakan. mula2 aku ingat tak sedap. rupanya sedap jugak dan banyak ! confirm kenyang. JImat sejam nak cr kedai makan dan makan.



Misi pertama di Hong Kong di inspirasikan dr Runningman. Tengok episode tu teringin nak pegi tempat nie. lagi pun tempat ni memang tempat wajib lawat pun kalau ke sini. so let go !

NGONG PING 360 (CABLE CAR) 

From MTR Tsim sha Tsui -ke Laiking (line merah) tukar train ke (line Oren) ke Tung Chung untuk ke cable car Exit B. akan ade banyak signboard ke cable car. ikut je confirm tak sesat.

TIPS : 

aku ade satu tips berguna yang aku nak share dengan korang hasil dari kajian ayu. Sebenarnya adalah lebih murah kalau korang beli tiket dari travel ejen berbanding kalau ko korang beli direct di kaunter. mungkin jimat beberapa dollar je tp still jimat la kan. hehe.

so sebelum kami ke sini. kami telah beli tiket2 yg dikehendaki sepanjang trip ini dari travel agent ini dan di pos kepada kami:

Star Moon Vacatiaon (SINI)

Antara tiket yg dibeli in advance :

1.Cable Car Ngong Ping 360
2. Victoria Peak & Madame Tussauds
3.Macau Tower

Maknanya kami sudah ada tiket untuk pergi ke tempat - tempat ini.


Jom layan gambar. nanti aku explain mana yang patut.








Punyela excited dalam MTR pun sebok ambik gambo. keluar dr Tren follow je arrow - arrow dibawah ini.









Terdapat dua jenis sebenarnya cable car untuk dinaiki Crystal Cabin atau standart cabin . Crystal cabin lantai  nya transparent. nampak bawah ! and luckily ayu beli yg crystal sbb mmg itu yang diidamkan. kalau tak makan hati naik yg biasa ja. dan part yg paling best nya crystal ni tak rmi pun yg naik kitorang tak payah beratur panjang pun mcm standart cabin. harga mahal sikit tp xde la melampau. lagipun tiket dah dibayar awal di Malaysia so x rasa sgt kuar byk duit utk beli tiket on the spot.













Keluar je dari cable car masa untuk meng explore. excited. cuaca pun elok je tak panas sangat.











Sesampai di area ini kami perlu memanjat tangga yg agak tinggi untuk ke area patung budha itu. Layan ! alang - alang sampai. pengalamn sama macam naik batu caves. tak de la penat sangat.











Selain tarikan patung Budha yang besar itu. terdapat satu lagi tarikan yang berada di atas ini iaitu wisdom path. kene jalan sejauh 15 minit. jauh jugak tp jalan ramai2 tak terasa pun jauhnya. tempat ni sangat menarik. misi kami mencari naga. tp apakan daya naga yg dlm runningman tu diorg buat untuk show tu je. tapak je yg ade. ceh ! haha







Ni la kawasan naga itu....................jenuh aku cari mana naga tu ! hahaha



Terpaksa Camwhore sbb segan nak mintak tlg orang amikkan gamba !



Selesai di sini. kami balik semula menaiki cable car dan pergi ke Citygate Outlets.

CITYGATE OUTLETS 

Tempat ini korang akan nampak masa otw ke Cable car dari MTR Tung Chung. so jangan lupe singgah kerana dikhabarkan sini barang murah. setelah dikaji memang murah berbanding di Malaysia. padan la penuh gila orang. tapi kami window shopping ja maklumla baru hari pertama jalan. tak berani nak over shopping !




Penuh gila orang kat giordano ! kalau kat Malaysia nak padat mcm ni mmg tak la.




DISNEYLAND HONG KONG

Selesai window shopping kami ke Disneyland. Tapi tidak la berhajat nak masuk sebab memang tak cukup masa. kalau nak masuk tempat - tempat macam nie kene seharian. kalau tak tak berbaloi.

tp bile sampai je kat sini. perasaan nak masuk tu mcm membuak2 pula. hehe. dah pukul 4 ptg masa tu. tetibe terberangan ok next time datang kite masuk. siap ade next time tu x ble bla. aku rasa kalau gi sini pagi memang ade yg g cari tiket masuk .

stesen  TUNG CHUNG - stesen SUNNY BAY (tukar train) - stesen Disneyland Resort





Train MTR untuk ke Disneyland pun cantik woooo... nmpk tak tingkap pun pakai mickey mouse ! style.





Disneyland Hong KOng Check in walaupun tak masuk.....hihihi










 THE PEAK & MADAME TUSSAUDS

Selesai disneyland. maka teruskan plan untuk The peak untuk menaiki tram untuk melihat keindahan lampu katanyaaa ! 

MTR Central exit J2

Sapa - sapa yang nak acces wifi free boleh pergi di MTR Central. manala tau kalau nak info ke kan. tp kami. sampai sini terus bukak fb. haha laen macam wo kalau slalu maen fb tp x dapat.



Sebenarnya dalam perjalanan ke The Peak nie memang penuh pancaroba. tah kenape tetibe blur sampai sesat barat. haha walaupun dah study. sampai kan tetibe dapat idea mana tah nak g the peak kene naek mende bawah nie. merasa aku naek walaupun tak perlu sebenarnya.




Ini direction untuk memudahkan korang mencari The peak ini. memang boleh jalan kaki kalau hendak ke sini selepas keluar dari MTR central itu. cume kene cr arah yang betul. 


MTR Central exit J2 walk up to the ground level. Turn right via Chater Garden, cross the Queens Road Central & make your way up to Garden Road. Nampak Bank of China & Citibank sebelah kiri

Tara. sampai dah The Peak setelah sesat barat. hahaha. sampai sini tudia ramai orang. sik baek tiket dah beli siap - siap. Jom kita beratur....



Tapi kelihatan nasib kami agak baek. selit punya selit eh cepat pulak dapat naek tram tu. nampak tak betapa ramai orang nak tunggu. fiuuuuuuuuu. patah kaki tunggu.


Ada tips bile korang dah masuk Tram nie. kemungkinan untuk korang berdiri didalam tu agak tinggi jugak. maka sekiranya korang tidak dapat seat. jangan la dok gatal berdiri di tengah2 train itu. sebabnya tram tu bukan jalan mendatar dia mendaki. so sila berdiri di belakang untuk menahan badan dri jatuh ke belakang. lihat contoh dibawah ! haha






MADAME TUSSAUDS

Sesampai di puncak. maka masuk la kami disini. kawasan patung lilin sebenarnya. excited tk excited la masuk sini. sebab bukan orang real. tp amik gamba macam org tu real dibuatnya.  masuk sini untuk kill time nak tgg malam nak tgk view hongkong kat the peak. tp untuk kali pertama masuk kesini. best jugak. 














Habis je round MADAME TUSSAUDS maka masa untuk ke The Peak. dalam building yang sama je cume the peak adalah di bahagian atas bangunan. untuk kesini tiket lain yer. naek punye naek sampai la ke puncak ! yeay. tp nasib tak menyebelahi agaknya. kabus tebal abis. puncak bangunan seberang tu pun x nampak. apakan lagi nak nmpk lampu2 bagai ! sob sob. jangan pergi bulan 5 ok. haha.


Kat atas puncak tu nampak ni je. sadis. lepak setengah jam pastu bla. ade lagi satu destinasi yg hendak dikejarkan. 



Selepas frust tak dapat amik view dari atas bumbung. amik gamba lampu kat bawah je la.



sumber google. aku lupe plak nak amik gamba bende alah nie haha
sumber google. kalau tak kabus boleh tgk nie =(

Ladies Market :

MTR Mong Kok station (not Mong Kok East). ambik exit  D2/E2 (bank centre)

Tempat ini antara tarikan di malam hari. macam nite market la. orang kata Hong kong ni terkenal dengan perfume murahnya. maka misi mencari perfume murah pun bermula. korang pun kene cari ye. kat sini pun mcm2 dijual. tapi disebabkan kami terlampau penat. maka sekejap je pun lepak kat sini. rasa nak katil dari perfume. esok je la kite cari.




Hari padat. perut lapar pun dah tak lalu nak makan. rasa nak tido je. so sampai bilik Zzzzzzzzzz...... esok kami ke Macau ! Continue...

8 comments:

Jari Manis said...

epy belated besday..baru 24 tahun..woow jauh beza ngan umur JM hihih..terasa diri dah tuo.. :-)

Byk nye tempat cover dlm 1 hari..mmg express dan sesuai bwk bekalan makanan from msia coz mkanan kat sana mahal..

Hang Dhamin said...

Jari manis : terima kasih =)rajin betul on9 blog...

Anash said...

marathon gile entry nih
semput akak membacanyer
(oksigen..mana oksigen..eh, nih apa??? helium? )

sah..akak akan sesat kalau ke hk...
banyak beno nak menengoknyer...
(terus terasa rabak poket purse henbeg prada ..)

but best plak ...
(dok dendiam di mesia..)

Hang Dhamin said...

kak anash. akak komen baru saya terasa entry nie panjang hahaha...

akak pegi x sesat punye sebab ramai bodyguard disisi...

cik sophia kirai said...

eh asal ko 24 ek??memang eh??kompius hehe

Hang Dhamin said...

cik kirai...kite kan sebaya jgn buat2 lupe... sweet 24 !

just.HY said...

wehhh!!!! panjang nak mampos entry nih! ko rangkumkan semua sekali ke???

untungla baru 24. sila tunduk hormat kt aku. hiks!

untungla bergaya kpop kt HK.

Hang Dhamin said...

John travolta.. rangkum la sebab tak larat nak buat byk sgt part...skali baca terus abiskan. kan senang hahahah !

kpop la sgt. pui.