Followers

Tuesday, October 26, 2021

KEINDAHAN KEPULAUAN MERSING

Kepulauan Mersing
πŸ“Mersing Johor πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sebut pasal Mersing mesti orang tau pasal Pulau Rawa. Antara pulau terkenal mewakili Johor bagai Pulau Redang dan Pulau Perhentian Mewakili Terengganu, bagai Pulau Tioman Mewakili Pahang dan Bagaikan Pulau Mabul mewakili Sabah.




Untuk kes aku, ni first time aku menerjah pulau pulau di Mersing. Dulu bila nak pergi selalu dengar orang cakap mahal pulau Rawa  tu pasal pulau private. Setiap kali tu terbantut nak kesana. Rupanya banyak lagi pulau pulau di sekeliling pulau Rawa tu yg boleh di lewati tanpa perlu menginap pun. Wow aku baru tau hahhaa.

Selain Pulau Rawa. Terdapat juga pulau lain yang korang boleh menginap antaranya Pulau Besar dan Pulau Tengah. Kalau nak day trip pun boleh. Tu pun dah sangat puas hati.

Haritu aku sempat daytrip dengan pakej dari @nourahtravel berharga Rm180.00 sekepala. Include Breakfast dan lunch.

Perbelanjaan :
🏝 Island Hoping (Day trip) : Rm 180.00
🎫 Marine Park Fee : Rm 5.00
πŸ…Ώ Parking kereta di Jeti : Rm 15 (Sehari) 

Tentatif Program :
09:00 : berkumpul di jeti mersing untuk sesi taklimat.

Tips : Sila breakfast dlu sebelun bertolak walaupun bfst disediakan sebab bfst di beri selepas hiking Pulau Seri Buat. Agak lama nak tunggu kalau jenis tak tahan lapar macam aku πŸ˜‚πŸ€£. Tp dapat cekedis sebelum tu tuk alas perut. 








09:30 : bertolak untuk memulakan perjalanan ke *pulau seri buat* untuk sesi hiking dan snorkeling dan buat aktiviti cliff jump di belakang pulau seri buat.

Tips : Tak tinggi sangat dalam 15 minit - 20 Minit hiking. Sila pakai kasut dan sandal yang sesuai. Rujuk video untuk realiti Sebenar hiking











10:30 : singgah bergambar di *sandbank pulau raja*.

Tips : Haritu breakfast kat sini. Bawak alas kain utk feeling2 makan bersila ditengah pulau dikelilingi air

 



11:00 : Island-hopping ke *pulau harimau, mensirip, gual dan rawa*.







12:00 : bersantai di salah satu pantai di *pulau hujung* (terdapat air yang kehijauan aka kebiruan, pasir yang memutih dan pemandangan yang menarik di sini) dan sesi snorkeling.







14:30 : snorkeling di *pulau tengah*.

Tips : Sila allout Snorkeling kat sini sebab cantik 😍😘






16:00 : snorkeling di *pulau besar* dan bersantai di pantai pulau besar.



17:30 : bertolak pulang ke jeti mersing.

Dan paling aku tak sangka Snorkeling dekat Pulau Tengah tu sangat la cantik. Aku ingat akan dpt View View sendu Snorkeling di Pulau Pangkor je πŸ˜‚. Tak sangka setanding Snorkeling di Redang dan Perhentian.

Memang confirm aku akan repeat dan teringin nak stay dekat Pulau Besar nanti. 

Antara resort yg korang boleh stay dekat Kepulauan Mersing ni aku share sikit mana yang aku tau :

    1.Pulau Besar 
🏝️ Aseania Resort
🏝️ Bayu Lestari Island Resort
🏝️ D'Coconut Resort

    2.Pulau Tengah
🏝️ Batu Batu Resort

    3.Pulau Rawa
🏝️ Rawa Island Resort
🏝️ Alang's Rawa

  4. Bandar Mersing
⛱️Hotel Seri Malaysia (Paling mewah dekat bandar Mersing tp conditions biasa2 dan old Vibes. Tp boleh laaaaa #ytjt #iykyk) 
⛱️Hotel Rumah kedai. 
⛱️ Homestay

Lama tak share Info2 menarik kan. Hope kita tak kena kurung lagi. Banyak lagi tempat nak explore nie 😘 

#mersing #pulaubesar #pulautengah #pulaurawa #pulauraja #johor #malaysia



3 comments:

Computer on Hire said...

This article is very nice. I am interested in your article.

link text

Laptop on Rent in Delhi.

Career Counselling said...

Really this is very nice artical. thanks for shearing.

link text
Career Counselling for Students in Noida

Time Traveller said...

Dah macam kat Sabah dah pemandangan nya ..