Followers

Wednesday, May 28, 2014

Travel - KUNMING PART 3/5 (Kunming City)

Sambung Dari Sini 


11 Mei 2014 (Ahad)


Selesa betul tido dalam train mlm tu. satu  badan smua letih hilang. pagi tu smua bangun pukul 5 pagi sebab dijangka smpi kunming pukul 6 lebih. so get ready nak amazing race di kunming pulak. tp mimpi ngeri railway station kunming tak hilang lagi. keluar je dari station tu terus pergi ambik beg yg ditinggalkan di tempat penyimpanan luggage .





strategi untuk mengelakkan diri tak kene tahan polis lagi . kami sendiri pergi kat polis dan tanya direction hotel kami di kunming. haha. boleh jalan kaki ja dari situ. mula2 nak naek teksi tp disebabkan serabut sgt ramai org kitorang terus jalan kaki dengan beg2 yg berat itu. kat area ni mcm fobia dgn tempat crowded. ape bahasa saintifik tu ek aku lupe. 



Jalan punya jalan dan lepas tanya beberapa orang maka smpilah kami di hotel sekitar jam 730 pagi. pepagi buta dah terpacak kat lobi. masing2 lesu dah. nak mandi yg proper dan buang air  dengan super selesa haha. 



Aku tido sini. adoi siyes aku lupe nak snap hotel nie haha. tengok kat booking.com je la. 

tempat tido selesa tp xde wifi dlm bilik kat lobby je ade . so tak suggest haha. wifi tu keperluan kot skang. tp ade hikmah wifi xde kat bilik. laju je masing2 siap tunggu dekat lobby. kalau tak bercinta nak mandi pun payah sbb mengadap phone.


The best part is, kitorg boleh check in awal. pukul 8 pagi dah boleh masuk bilik. lege gile rasa bile dah dpt kunci. kalau tak jenuh tunggu. tak kene extra charge pulak tu ! rezeki orang2 beriman dtg Kunming ni la kot. =P



plan asal sblm check in, masuk bersiap dan terus keluar. tp melihat keadaan masing2 yg penat. ok kite rehat dan start keluar pkl 12  tgh hari. masing2 masuk bilik, mandi dan tido. serius nyenyak . maklumla wifi xde kan. tido lagi nikmat.



Info hotel :


Enjoying International Hotel    



Klik (sini)



pukul 12 tgh hari gerakan bermula. lokasi pertama di Kunming adalah :



GREEN LAKE PARK



Tapi kan dah pukul 12 tghari. ape kejadah nak pg park tengah hari buta. sbbplan nak pergi tempat ni pagi td sblm check in. tapi sebab dah masuk itinery ralat pulak kalu tak pergi. jom usha ape yang menarik. 



Kunming kan terkenal dengan panggilan Bandar Spring sepanjang tahun. so kene la tengok kesahihannya. walaupun kunming tak sesejuk Lijiang tapi tak sepanas Malaysia. Tengahhari rasa macam pukul 8 pagi Malaysia je. 



Kalau tengok dekat google image kite akan dpt tengok view burung banyak gile berterbangan dekat dasar lake tu. tp time aku pergi takde pulak ! dem. bukan musim kah? atau petang baru ada? takde rezeki aku kalini.



so dekat taman ni sempat la kami try "Slowboat" yang kat taman tasik taiping pun ade tapi yg nie ade enjin x payah penat2 nak kayuh. excited pulak aku haha.  RMB 45 untuk setengah jam. jadi la nak try. kalau sejam RMB90. mula2 rasa mcm lama kalau naek sejam. tp bile naek 30 minit tak cukup pulak masa . syok pulak naek boat tu.



banyak bunga kat taman nie. tapi aku bukan penggemar ambik gamba bunga so x banyak la hasilnya . masuk sini free.















Pergh macho gile driver boat nie. nak ngorat? haha








Sun Wo kong sesat !


Selesai disni kami terus bergerak ke lokasi seterusnya : 


YUANGTONG TEMPLE 



sebenarnye takde lah sangat nak pergi temple nie. tp otw nak ke Yunnan University akan lalu tempat nie. so singgah selalu. masuk kene bayar RMB 6 tak  silap. murah jer. nak ke sini boleh jalan kaki je dari Green lake park . katanya 10 minit jalan kaki tapi aku rasa macam lebih! tapi sepanjang perjalanan tu dapat la tengok2 bandar kunming nie sebab kawasan ni dalam bandar.



selesai kat temple nie terus nak pergi Yunnan University sbb aku baca kawasan university tu cantik . klasik katanya . baru berangan nak jd student kejap tp cari punya carik tak jumpa mana university nye. adoi ! stress pakcik. tanya orang pun tak tau. tunjuk gambar pun tak tau. So boring lah. terus pegi next place ! jom  ronda bandar.






Makan buah alas perut. lapar wei ! tp makan nenas . hahahahha lepas tu ade org sakit perut . nenas kan ber asid. rasakan !










MASJID KUNMING



Selesai di temple kami terus ronda2 area bandar dan tetibe ternmpk warga china bertudung. die tak reti cakap english. kitrg bersungguh tanya kat die area makan muslim. mula2 tak paham. lepas tu paham dah apa yg cuba kami tanyakan. 



selepas dengan beberapa bahasa isyarat yg mereka gunakan. maka diorg direct kitorg untuk ke area masjid ini. ada kedai jual roti dalam masjid nie. maka kitorang pun belilah. banyak jugak beli sebab ingat roti sesdap Malaysia. Skali bile makan alamak failnye. rasa tepung pekat betul. tak boleh telan. =(






Sekitar kawasan masjid, kecik je area nie. 







Kalau korang ikut jalan belakang masjid nie korang akan jumpa satu kedai Muslim, tapi masa kami sampai tu tak bukak lagi. Malam kot bukak nye.  tp environment die tak menyelerekanlah. hmmm. bkn cerewet aku takut cirit birit sbb lama lagi kat sini. nnt susah asyik nak g toilet jer. dah la toilet pun mcm haremmm walaupun dlm pasaraya. ! bayangkan. 


KUNDU NITE MARKET


Masa ni dah pukul 5 petang so kami decide untuk stay dibandar dan tunggu sampai malam untuk ronda nite market kat Kundu Nite Market.



INFO : Kundu is on the intersection of Guofang Road and Xinwen Road, Wuhua District (right beside the Yunnan University) tapi haram jadah aku tak tau mana satu university itu. haha.



Gambaran sekitar bandar kunming. best jugak macam jalan area bukit bintang haha











Antara misi aku datang Kunming. nak beli tumbler starbuck ! haha. nak buat collection katanya.so misi berjaya ! best part elma yg bayarkan tumbler tu. hadiah katnya. yeay !

















ZHENGYI ROAD 

Sini adalah tempat paling happening masa malam, kire memang tempat wajib pergi la kalau malam2. sini lagi meriah. plannya nak pergi sini esok. tp terpergi jugak sbb dekat dengan kawasan kat atas nie. dalam satu bandar. ronda2 jumpa jugak. 

kat sini macam2 ada jual. nak shopping pun kat sini jugak la. tp takde beli apa sangat pun. kunming nie shopping boring lah.

Dekat pukul 11 jugak kami balik. ingat nak stay sampai pukul 12 tp tak larat lah sebab esok aktiviti utama nak dibuat. kene rehat secukupnya.

So jom beli apa yg patut.



Bende paling banyak aku beli adalah stokin. 10 ok aku beli haha 










Dan kami juga beli bluetooth speaker nie. murah jugak berbanding Malaysia




Selesai di nite market kami pulang ke Hotel. masing 2 smua masuk bilik mandi smua ready nak tido. akupun dah tido dah. penat. tapi tetibe ade orang nyanyi lagu happy Birthday beramai2 pulak dah !adoi nak sambut jugak ker? diorg dah teman aku sampai ke kunming ni pn dah syukur nikmat sebab mereka sedia maklum trip ni pun dibuat sebab birthday aku. 

ape2 pun terima kasih atas smua usaha dan duit anda untuk smpi ke sini dan untuk semua pemberian itu. Muka mamai wei haha. 

so officially HAPPY BIRTHDAY HANG DHAMIN .12 May 198X. haaaa teke sendiri.  sorry baju seksi baju tido hahaha. pui. nasib aku tido pki baju tau. mcm2 lah korg nie. 





esok hari yg ditunggu. .....tangga .tanggaaaaaaaaaa dan tangga ! ape kisahnye? to be continuee....