10 Mei 2014 (Sabtu)
(entry panjang. sile sediakan pop corn dan Coke. diet coke)
Good morning. pagi ni semua bangun pagi sebab kene bersiap nak ronda lijiang. lijiang ni trip die aku atur sehari jer. hahaha. terbaek kan perancangan. hahaha. ini gila punya perancangan. jalan seharian lepas tu kami akan balik naek train pukul 10 malam ke Kunming. kedengaran macam penat. tp takde la penat sangat sebab dlm train tido atas katil jugak kan. so anggap je mcm tido dlm hotel. hehe.
sebenarnya plan asal lijiang ni memang tak termasuk dalam list trip kunming aku ni. sebab tu aku ambik 5 hari je nak ke kunming. faktor cuti jugak tak boleh nak lama2 sangat sebab kesayangan masing2 kat opis. so 5 hari just nice aku rasa.
tapi masa aku buat2 research pasal Kunming banyak betul entry yg mengaitkan kunming dengan Lijiang. kalau banyak masa korang boleh pergi skali ke Dali dan Shang ri la. kali ni aku pilih Lijiang je sebab aku teringin nak tengok tapak warisan Unesco tu.
Selain tu memang kawan- kawan aku teringin nak travel by train dr kl ke hatyai tp tak lepas2 nak perginye. So aku realisasikan impian diorang kat sini la. baikkan aku. diorg je tak nampak aku baik. yg nampak aku garang jer. hmmm. haha
kami keluar dari Lijiang railway station sekitar jam 645 pagi. yang mengejutkan cuaca sejuk gila dan dah cerah mcm pukul 7.30 pagi malaysia. aku tau cuaca akan sejuk tp tak sangka sesejuk itu. cakap keluar asap wei pagi tu haha. aku dah nasihat kwn aku bwk sweater tp degil ! rasakan. menusuk smpi ke tulang sejuknya.
Pemandangan luar stesen Lijiang dan Mini Van yang akan membawa kami berjalan2 nanti. time ni hujan renyai. nampak tak jalan tu basah2 sikit.
Lokasi pertama kami adalah :
BLACK DRAGON POOL
disebabkan kami hanya seharian disini maka aku susun aktiviti yang tidak lah terlalu jauh untuk sampai. keluar je dari railway terus kami cari teksi. naek bus pun boleh. tp aku bukan peminat bus yg tegar so aku cari teksi =P sbb aku sorg je buat itinery ni yang lain tak tau ape so aku malas nak serabut semua aku nak pikir. haha. lagi pun kami ber 4 so just nice nak naek teksi .kukuh tak alasan. lgipun budget buat mmg kira harga naek teksi . gunakan. haha
so awal2 tu blur jugak. mana nak mula langkah nie. ermmm. lepas tu hujan turun renyai2. aku terus down sikit sbb alamak. takkan trip kali ni dalam hujan. hmmm. tp ok la renyai sikit je tak hujan lebat. kami jalan sedikit keluar dan nampk mini van warna biru berderet. yeay !
pastu berderet la org datang ajak naek. tapi ! cakap cina pom pang pom pang. muka aku yg gelap ni nmpk mcm china ke bang? haha. aku x puas hati . aku balas cakap melayu. puas hati aku. haha.
nak senang cerita aku tunjuk gamba dan bukak kalkulator hphone. 70 yuen. terus aku deal. adeh ! lpe plak nak mintak discount haha. maklumla baru second day duit byk. Perjalanan mengambil masa 30 minit . so lets go .
untuk masuk ke sini kene bayar yer. 80 yuen/person. tp bagi aku yang suka tangkap gamba nie memang berbaloi masuk sini. pemandangan cantik ! setiap sudut menenangkan. tak henti2 petik kmaera sebab nak lawan gambar kat google yg sangat ohsem tu. tp time aku pergi mendung sikit! kalau tak memang 20K la gamba aku boleh jual. =P
dari apa yang aku study seeloknya pergi ke sini seawal pagi untuk mengelakkan orang ramai. sbb tu aku pergi sini dulu. mmg masa kami sampai takda org. amik gamba pemandangan line clear xde orang. masa kami nak keluar dari tempat nie baru penuh pelancong luar masuk tp semua warga china dr tempat2 lain.
mula2 nak sekejap je kat sini tapi terlama jugak sebab kawasan die besar jugak boleh tahan. cuaca sejuk so tak kisah nak jalan lama2 sebab tak berpeluh ! kalau panas dah2 jom gerak cr mall haha. dekat pukul 10 lebih kamikeluar dari sini dan hendak pergi cari teksi untuk next destinasi.
Tapi toilet kat area ni kotor. Ngeri toiletnye !
masuk je dalam dah cantik ! terus duduk posing. haha bile nak habis jalannye kan.
Kat dalam ni macam2 jenis temple ade. layan kan aja. tapi apa2 pun sarapan dulu sebab lapar tak breakfast lagi. roti tu aku yg sapu serunding smalam sbb aku je yg rajin ! (saja nak mention. manatau calon2 bakal mak mertua baca . rajin budak nie). yg lain tau makan jer =p
Nak suh amik gamba pun gelak ! parah
dalam asyik - asyik ambik gamba pemandangan tetibe macam ternampak sekumpulan makcik pakcik tengah buat taichi. tetibe pakcik tua baju cklat pun nak join haha ! elok la tu untuk kesihatan ko . ko kan tak slalu sakit perut haha
Ok ni nak masuk Wing lain. sini ada jambatan klasik.
Lepas tu jalan depan sikit aku nmpk satu lorong yang aku rasa macam korea walaupun kat china ! hahaha bongok sangat! tapi kat sini pun amik gamba lama jugak hahaha. sebanarnya aku beli baju hitam putih tu sbbnak g korea. last2 pakai kat sini ! sbb tu asyik feel negara lain je.
Lepas tu ade dua orang ahjumma. eh silap negara. lalu. mintak izin amik gamba skali ! hehe . lepas tu diorg nak tengok hasil gamba tu lepas tu gelak gembira. haha. makcik ! saya amik gamba cantikkan =p
Yang gambar atas serius tengah fokus nak pergi mana lepas nie. yg bawah ni poyo je bergaya ! tengok perbezaan raut wajah ijan pun tau haha. atas cuak bawah ada senyum !
LIJIANG ANCIENT CITY
Tempat ini juga dikenali sebagai Dayan ancient city dan juga Lijiang world heritage park.
masa aku baca kat google diorg tulis tempat nie 15 minit dari Black dragon pool. so aku noted 15 minit by Car la kan. tp dok tahan teksi dgn mini van semua dok suruh jalan terus - jalan terus. aku serius confius. eeee paneh hati aku ! haha. tapi bile diorg tunjuk arah aku ikut je la. bile confius je aku tunjuk gamba kat org kedai dan diorg terus bg direction. tak yah ckp ape2 pun . oh senangnye hidup. rupanya jalan kaki je boleh sampai. yahoo jimat duit. nak kata dekat xde la tapi sebab jalan tu lalu area kedai2 so cuci mata skali jalan la. jalan die umpama jalan dalam pekan kecil perasaannya.
Kalau korg tak jumpa landmark kat bawah nie otw pergi. sesat le tu !
selepas puas jalan akhirnya sampai jugak akhirnya. perasaan die macam jalan kat Melaka. maksudnya kawasan tinggalan sejarah. aku suka gile kawasan nie cantik . sejuk . bersih . rasa mcm pergi kawasan kunfu china lama. ramai org sini meriah. mgkn ramai tak suka sini sebab terlampau tumpuan pelancong. tp aku ok jer. pergi tempat meriah best sikit. kalau pergi tempat mcm ni tp xde org boring jer. lgpn pelancong diorg pun china mcm penduduk jer.
Ok jom aku kenalkan travel Buddys aku. yg dua orang perempuan ni Ijan & Elma membe opis lama aku masa dekat putrajaya. Dlu geng ni ramai. lepas dah ramai pecah2 buat haluan masing2 last kami je tinggal. jadi la.
Ni Roy membe photographer aku. motif utama aku ajak die supaya gamba aku untuk trip kali ni cantik2 haha. takde lah. saja nak meramaikan rakan travel. so meriah la sikit kan.
Ok korang kene jalan sikit sampai lah korang nampak kincir air. aku rasa tu titik tengah kawasan ni haha . tp sblm smpi sini die macam ada kene turun laluan bawah. pandai2 la korang tanya k.
Ok ni kincir airnye. tangkap gamba dulu ! pandang depanterus confius mana nak mula. kiri boleh kanan boleh terus pun boleh. tapi memang kene perti tiga - tiga arah pun. so jom jalan !
Cantik - cantik kan fastfood die punye kedai . buat terasa lapar. padahal memang dah lapar ! uii sedapnye spicy chicken Mc Deluxe haha
Sekitar pemandangan Kota lama Lijiang. memang cantik.
WANGU PAVILION /
Ok lokasi terakhir yang sepatutnya aku lawat adalah disini. tempat nie kene jalan kaki dari lijiang ancient city sejauh 15 minit. mendaki ok tp jalan die proper la ! tapi tempat ni sadis sikit. dah nak smpi kat penghujung pendakian dekat tangga yg sempit ada banyak gila anjing. anjing yang aktif pulak tu. bukan yang duduk diam tepi pokok. adoi macam mana nak teruskan perjalanan ni. ok fine. kami give up. jom turun balik . tapi serius hampa sikit sbb view kat google mmg cantik. tengok kat google je la.
Admission:RMB 60 Operation Hours:8:30am-5:30pm daily (yang aku kaji. kalau salah ampun sbb tak sempat naekkan).
disebabkan tak dapat naek so aku tak dapat sah kan yang MU RESIDENCE (Mu Fu) adalah ditempat yg sama ataupun tak. part nie mmg aku stress.
Mendaki die macam ni lah rupanya. tinggi lagi nie.ni baru halfway. ade orang dah penat tu. berasap kepala nak naek hahaha
Disebabkan aku tak dapat naek kat atas tu. dapat view macam ni je. adoi gile tak best !
Kalau dapat naek macam nie view die. jauh kan beze view die haha. mcm panggang ayam takda api yg atas nie.
Kredit : google |
Kredit google |
satu yang mengejutkan aku tempat2 nie semua berdekatan. aku ingatkan nak pergi satu tempat ke satu tempat yang laen kene la naik transport ke ape so memang memerlukan masa seharian la kan nak cover tempat2 nie. nie tak semua dekat2. pukul 2.30 petang kami dah cover seluruh tempat nie. haha. abis tu nak tunggu pkl 10 malam nak buat ape? melangok ? Blur kejap. eh..lama jugak blurnye.
Ok langkah drastik diambil. jom pergi kaunter agensi pelancongan yg ada . tanya tempat2 yg boleh cover dlm masa 5 jam.
so dia bagi 2 choice sama ada berkuda atau lake. adoi berkuda terus kwn2 aku reject sebab kesian kat kuda tu nk angkat diorg yg comel itu haha. aku teringin jugak sebenarnya tp ikut majoriti. so lake lagi? aku tak ingat nama tempat tu secara jujurnya haha main pergi jer.
Jom usha ape yang menarik dekat situ.
TEMPAT TAK TAU NAMA =P
Perjalanan pergi sejauh 30 minit jugak so pergi balik 1 jam. yes dah buang sejam kat situ. nmpk tak aku sedang cuba memanjangkan trip ini sepanjang mungkin. haha. aku penat so aku tido sepanjang perjalanan tau2 dah sampi.
sampai2 tengok. wow menarik jugak tempat ni sbb tetibe ade cruise kecik jalan tengah tasik tu. jalan sikit lagi ada nmpk car railway kat lereng bukit. wow ! ini sangat bagus. terus excited haha. idaman wei sbb teringin nak naek kat korea. dapat naek kat cini pun jadi lah.
kos kesini termasuk transport dan semua yang ada didalam tu berharga RMB150 sekepala.
Sile teke ape nama tempat nie? kat tiket pun tulis china jer. hmmm
Masuk - masuk kami dihidangkan dengan pertunjukan nie. warisan katanya. semua yang maen ni satu keluarga. suami isteri anak . adik suami isteri adik dan anak mereka. kagum kejap !
Best sangat ke sampai rakam tu ! haha
Ok habis show jom pergi Car Railway. Adoi panjat tangga lagi. ini memang mencabar lijiang ni semua tangga. best wei. dalam gambar tak tergambar bestnye. dalam video best. dlm 5 - 10 minit lebih jugak la bende nie. laju jugak. mula2 dari jauh aku ingatkan kene kayuh. rupanya elektrik. ok cara!
hahaha aku beli gamba nie. first time dalam hidup aku beli gamba2 yg kameramen luar jual sbb murah wei. RMB 10 je dlm RM5 . slalu paling murah RM30
Tapi naek bende tu die hantar kite smpi atas jer. lepas tu nak turun kene jalan kaki. masa jalan tu kene la lalu air terjun. titi gantung . tangga. tangga. dan tangga lagi dan last skali kene naek mini cruise tu untuk smpi ke tempat mula tadi.
selesai semua dlm pkl 6 ptg lebih dan kami dihantar pulang ke lijiang Ancient city. pkl 7 malam dah waktu tu tapi tak gelap2. pelik aku. rupanya pukul 8 malam baru nak gelap sikit. style wo.
Perut lapar gile dan masing2 punye bekalan makanan dah habis. tp serius lapar gile. pastu kitrg decide pergi MCD. yum2. haha. makan fries dan fish burger. ade satu kedai china muslim kat situ . tp aku tengok tak lalu je kedai tu. Yakin lagi aku makan MCD dari kedai tu. kene makan sebab ade orang dah nak gastrik. sapelah tu. haha
selesai mkn lebih kurang jam 8 lebih kami terus gerak ke Railway station dan menunggu train ke Kunming. serius tak sbr nak masuk train sebab masing2 dah penat dan nak tido.
sebenanrnya banyak lagi tempat menarik yg korang boleh pergi kat Lijiang nie. serius byk gile tempat cantik. tapi sebab masa x mengizinkan. pergi mana yang mampu je lah. next time maybe.
next entry masuk kunming........ape yg menarik? tangga lagi ker? bertabahla...
nak lebih real..layan video Lijiang aku buat nie. mesti boleh relate cerita diatas...to be continue...
15 comments:
salam kenalan..wah macam best ja naik car railway tue..
Cable car dan titi gantung tu best....
layan nature lah trip ni...
haha suka nau dgn korea ... now bole disimpulkan lelaki yang well dressed memang peminat kdrama dan korea kot !
perghhh...puas hati betul dengan n3 ni... seronok baca + tgk gambar
Cantiknya buildings & park kat Iijiang ni. Betul la mcm korea (saja sedapkan hati ko)
Cantik...menarik...gambar yang diambilpun cantik-cantik.
Toilet adalah cerita ngeri di sana.
Cantik jgk tempat ko pegi ni, tapi bila ko ckp toilet ngeri, aku pun terus ngeri hahaha..
Takde awek china ke ngorat ko? maklum la katanya hot mcm pelakon movie bangla! ;p
huit
panjang nyer entry nih
mongkok-nama kedai tu?
nasib bukan mangkuk
jab nak sambung baca...
korea? bila nak pi?
(eh bukan dah pi ker?)
rasanya tak sedih kot pi China manakala kami pi Malaysia je...
(menabung secara berjemaah selepas ini)
cantik pulak tempat nie..tetiba terus rasa teringin nak pegi
Cik Nun : best jugak la. kalau gayat lagi best naek confirm tutup mata haha
MKL : hahhaha. terbaek
Nana : aah mmg nature . aku well dressed ek. adoi baru perasan. igt selama ni selekeh haha
Cheq sue : tq =)
Jea : hahha siot ! kuajaq
Naramas aman : memang ngeri ! siap berlapis. pergh ! terbaek
Chawanna : ade org ngorat aku tp aku rejek sbb uk uk tak basuh haha
Kak anash : dengar cerita akak nak amik cuti dua minggu g london. sile tgg saya (drama)
Mrs smile : mmg cantik mata memandang ! berat lagi bahu memikul beg haha
Assalaamu'alaikum
Saya amat berminat nak melawat tempat2 umat Islam di China. Setakat ini saya cuma pernah pergi beijing sahaja. Bandar2 besar ni, adalah umat Islam disana sini tapi tak seperti tempat yg anda lawati ini. saya harap anda dpt berikan maklumat lbh detail serta lampirkan no contact teman di kunming/xi'an. Kalau ada kesempatan.
Kemungkinan saya dan rakan2 semuanya dari jabatan bhs arab uia akan berkunjung ke Kunming/xi'an pd bln oct nanti, insha ALLAH. Saya pernah bertemu dgn orang islam kunming/xi'an dan xinjiang sewaktu di beijing dahulu dan mereka fasih berbahasa arab. Kami nak tinjau pembelajaran bahasa arab disana.
Kami juga ingin backpacking dari kunming ke vietnam. Htp bg tipsnya.
Minggu lps kami backpacking ke chiangmai dgn airasia. Dari situ ke Tachilek, myanmar dan ke sempadan lais dgn bas.
جزاك الله خيرا
Assalaamu'alaikum
Saya amat berminat nak melawat tempat2 umat Islam di China. Setakat ini saya cuma pernah pergi beijing sahaja. Bandar2 besar ni, adalah umat Islam disana sini tapi tak seperti tempat yg anda lawati ini. saya harap anda dpt berikan maklumat lbh detail serta lampirkan no contact teman di kunming/xi'an. Kalau ada kesempatan.
Kemungkinan saya dan rakan2 semuanya dari jabatan bhs arab uia akan berkunjung ke Kunming/xi'an pd bln oct nanti, insha ALLAH. Saya pernah bertemu dgn orang islam kunming/xi'an dan xinjiang sewaktu di beijing dahulu dan mereka fasih berbahasa arab. Kami nak tinjau pembelajaran bahasa arab disana.
Kami juga ingin backpacking dari kunming ke vietnam. Htp bg tipsnya.
Minggu lps kami backpacking ke chiangmai dgn airasia. Dari situ ke Tachilek, myanmar dan ke sempadan lais dgn bas.
جزاك الله خيرا
Hi.. I bace je all the way sampai bawah semua writing you tu... klakar dan dapat ilmu jugak..
So.. dont give up!.. keep on blogging yer..
Enjoy reading ur entry.. Sy baca dgn teliti ok.. Sbb ada plan nk ke sana.. Kagum gak la sbb korang leh cover Lijiang dlm 1 hari..(walau x menyeluruh..tu pon dh cukup baik) terima kasi atas perkongsian
Post a Comment