Followers

Tuesday, April 22, 2014

Royal Belum Outdoor Adventure With Travel Bloggers PART 3 (FINAL)


Yeay last entry ! huhu. sambung dari SINI

(ada beberapa gamba dlm entry nie bukan milik aku tapi aku x sempat kdt to owner sbb lupe sape. haha! maen save jer. so tq in advance =) )

Good Morning . aku rasa aku paling last bangun kat tingkat bawah tu ! hahaha. nyenyaknye tido. bangun2 cuci muke jap pastu terus ajak Tansree lepak dekat jeti amik gamba ! konon nak ambik sunrise la. haha celah mana. so amik gamba sendiri sudah !


Lepas breakfast sambung lagi ambik gamba ! kali nie nak ambik gamba atas Rakit buluh. dan disinilah terjadinya kisah yang tak akan dilupekan sepanjang trip nie hehe.


Mula2 tenang je Royal Belum pada pagi itu ! feel abis lah ambik gamba atas rakit buluh . rasa macam hebat sangat la dapat berdiri atas rakit buluh tu sehingga....jeng jeng jeng..........MaszKakijalan join untuk bergambar bersama. hahaha.


Tak sampai 10 saat kami berdua berdiri atas rakit tu. tetibe rakit tu karam. hahaha. tetibe air dah smpi paras betis. OMG kitorg bakal tenggelam. dah la tak pki lifejacket. cuak jugak aku. kang lemas dah la dalam.
so aku amik keputusan untuk terjun ke arah pinggir tasik kerana lebih cetek ! hahaha. maka tergolek lah kami berdua yg mana mencetuskan gelak besar seantero Royal belum itu ! hahahaha. Bongok gila !

Kami tidak berputus asa demi mendapatkan gamba yg dikehendaki. percubaan kedua dengan life jacket.  tapi gagal jugak ! adoi . cube carik mana rakit? hahaha. saat itu baru kami tersedar bahawa kami nie berat dan perlu diet ! hahahah

Antara mereka2 yang menonton ! haha. padahal ramai lg yg nmpk dr houseboat tu ! layan. bile lg kan nak melawak !


OK Lepas kami dah basah lenjun ! ape lagi meracun la semua orang untuk turut serta mandi. mula2 diorg taknak sebab ingat air tasik tu sejuk. tp bile tau air tu suam walaupun pagi. semua tukar baju dan terjun.


Semua ambik port masing2 sebelum menggegarkan belum. aku cuak sebenarnya time nie sbb diorg request suh ambik gamba lompat ! kalau x jadi macam mana. mana nak setting kamera nie haha ! susah betui assigment kali nie. tp aku amik keputusan amik gamba dr belakang sbb aku takut jatuh klu duduk tepi diatas gegaran larian mereka itu !


Dan part yang paling best semua sporting untuk menjayakan sesi loncatan dari jeti. korang memang sempoi lah ! lama jugak kitrog mandi dekat 2 jam tak silap. kalau tak kerana nak ke air terjun. lagi lama mandi nie.


NI geng bomoh ! loncat keluar dari air. masuk perempuan keluar lelaki hahaha


Kamera aku di Hijack si Kakijalan !
OK . Masa untuk ke Air Terjun Ruok ! sepanjang perjalanan kesana kami  diberi satu lagi kelas photography ! macam2 ilmu dapat trip kali nie. kawan2 baru pun ramai dapat. memang rugi kalau aku tolak pelawaan diorang aritu.
Sesi pembelajaran bermula!
jangan la stress sgt na. gamba ko cantik ! hahah
Bedah orang pun tak sesusah ambik gamba kan doctor ! hahaha
Pae !agak2 la dalam kelas pun nak tido ! hahahah
MR Mama. gamba die smua ohsem! 
Janggel. antara orang pertama yang ajar aku banyak pasal tangkap gamba ni! tq der.
aku syak byya tengah blog dlm hati tengok gaya die macam tu !
OK Parking House boat ! nak ke Air terjun kene naek speedboat! laluan sempit. moh kite.

Aku dan Lily. eh ! 

Sepanjang trek untuk ke air terjun. pakai selipar pun boleh ! don't worry. ade pacat ker? rahsie ! haha 

Terpegun tengok batu2 berdiri yang diorg susun nie.

Kondisi air terjun ni masa aku sampai amatlah tidak mengiurkan. nmpk mcm keruh jer. tapi bile dah masuk yaAllah nikmatnye. dah la sejuk. dalam pulak tu. satu tips aku nak bgtau korang. kalau pegi sini pinjam lifejacket diorg sbb kawasan sini dalam. memang puas hati mandi kalau ade life jacket.
gamba tak banyak sini sebab aku sebok mandi. ni antara gamba yang aku Berjaya ambik dari mereka2 itu haha.
Motif ko nak snorkeling kat sini ! hahaha. 
Gamba untuk assignment. tp tak sempat tunjuk sbb malu haha !
Ok dah selesai mandi. maka tamatlah semua aktiviti. jom bali housebot dan terus ke jeti.
kat bawah ni gamba chawan tengah cuba nak sanding satu lagi.

Tapi bile Na jeling ! senget terus boat ! ahhahaha (Joking)



dan maka itu berakhirlah trip kali ini. cerita sepanjang jeti dan OTW ke KL biarlah aku blog dalam hati walaupun banyak jugak kisah menarik yg terjadi seperti pengalaman memandu dalam cerita transformers. tp biar lah kami2 je yang tau ape bende tu. !

so untuk yang terakhir kali terima kasih selaki lagi semua. salah silap harap dimaafi ! sehingga kite berjumpa lagi . Bubye =))))
HD VIDEO ROYAL BELUM : ENJOY


kalau nak baca versi bloggers lain. klik sini :

hangdhamin (UPDATE)
Chawanna (Chawan & Na), (UPDATE)
TimeTraveller (Afif)

Janggeltrekkers Life (UPDATE)
Faezah (KPOP) (UPDATE)
Zaraab & FF
Coco Nutz (KakAnash), (UPDATE)

Traveller's Anatomy (Byya),
KakiJalan (MasMZ), (UPDATE)
This Is Our La La Land (Keluarga Bahagia) (UPDATE)
 My Story Is On Lifetime (Shahrule), (UPDATE)
Lily.Globetrotter (LilyRiani), (UPDATE)
Pengembara Tumpangan (Icam)