Followers

Saturday, December 15, 2012

Trip Singapore ll Misi Garden by the bay

Aku baru lepas 3 hari Kursus di Gold Coast Australia   MORIB. Program Pemantapan Kecemerlangan Kepimpinan 2012. maka skang nie mood kecemerlangan aku ditahap Maksimum. maka dengan gigihnya aku akan menghabiskan entry ini dengan jayanya. 

IM THE BEST, YOU'RE THE BEST, WE ARE THE BEST

Trip ke singapore kali ini adalah kesinambungan penyambungan jalan cerita 1 tahun yang lepas. dimana kami gagal menghabiskan jelajah singapore dalam masa 2 hari. selepas setahun kemudian kami singgah lagi ke singapore untuk menjelajah tempat - tempat yang tidak dikunjungi dan dengan Misi baru menjejak Garden By The Bay.

Cerita setahun lalu :

Singapore ll Merlion + Bugis (Klik untuk baca)

Rasanya tak perlu aku cerita macam mana nak masuk singapore by Bus sbb korg boleh baca dekat entry lama tu. so jom kite start the journey : 

Selepas seharian di LEGOLAND Malaysia (KLIK untuk baca) maka kumpulan rombongan cuti2 Malaysia telah berpecah dua. 3 kereta pulang Ke Kuala Lumpur dan satu kereta menuju ke  Johor bharu untuk Check in hotel dan meneruskan Misi yg dirancang.

 Maklumat Hotel :

Golden Court Hotel (Pelangi)


RM79.00 (per room) by Booking.com - tidak termasuk tax 5% & service 10%

145-147 Jalan Sri Pelangi, Johor Bahru
Terletak di Jalan Sri Pelangi, Golden Court menawarkan bilik-bilik moden dengan Wi-Fi percuma. Hotel butik ini adalah 5-minit berjalan kaki dari pelbagai jenis restoran yang menyajikan hidangan tempatan dan Barat. 
Golden Court Hotel adalah 5-minit memandu dari pilihan membeli-belah di Leisure Mall, Plaza Pelangi dan KSL City Johor Bahru. Hotel ini adalah 15-minit memandu dari Stesen Bas Lakin dan 30-minit memandu dari Lapangan Terbang Senai. 
Dilengkapi dengan lantai berjubin, bilik-bilik yang berpenyaman udara mempunyai bilik mandi peribadi dan TV dengan saluran satelit. Cerek elektrik juga dibekalkan. Perkhidmatan bilik ada disediakan. 
Kaunter penerimaan tetamu 24-jam di hotel menawarkan perkhidmatan simpanan bagasi dan penukaran mata wang. Terdapat mesin layan-diri yang menjual minuman di lobi. Tetamu yang memandu akan diberikan tempat meletak kenderaan percuma.


Tempat ini dipilih secara random disebabkan Hotel Kozy yg kami duduk sebelum ini untuk percutian yang lepas sudah fully book. maka hentam je la mana - mana hotel yang dekat dengan station bus Larkin untuk memudahkan urusan masuk ke Singapore.last minit plan mcm ni lah. hotel byk penuh.

Selesai urusan Check in pada pukul 7 malam. kami menggagahkan diri untuk masuk ke Singapore mlm tu untuk melihat sendiri Merlion Park pada waktu malam. last2 amik ko pukul 10 lebih baru smpi Merlion Park ! hahaha. dan pukul 1 baru kami smpi di Hotel. bus buat hal plak lambat. Penat siot.

TIPS :

1. Untuk memudahkan perjalanan sila print Peta TRAIN (SMRT) untuk tujuan rujukan ----> PETA SMRT

2.Bus terakhir dari stesen Kranji adalah pada pukul 12 malam pada hari weekend dan 11 malam dari stesen Bugis (Tertakluk kepada perubahan)

Untuk ke Merlion Park turun di Raffles place (laluan Hijau) yang ke Arah Joo Koon


Harga Tiket lupe la berapa. dalam 2 ke 3 Sin Dolar kalau tak silap dari stesen Bugis. Murah je.


Sementara tunggu train. Kite Bergamba dulu. Jauh datang nie. dari Kolumpo.



MERLION PARK  niTE Version






Tak lama pun kami dekat Merlion Park. dalam 30 minit je disebabkan kekangan masa. lagipun dah terlampau penat seharian di LEGOLAND. so kami decide utk pulang dan sambung pada hari esok.

Keesokannya.....JENG JENG JENG....(Pengaruh kursus)

Kami yg pada plan asalnya mahu masuk ke Singapore seawal 6 pagi terpaksa melambatkan perjalanan sebab tido semalam tak dapat recover kepenatan .so masing2 melajakkan tido tanpa rasa bersalah ! haha..so pukul 8 pagi baru bergerak masuk ke Singapore. nasib harini baek. Bus semua lancar.

Disebabkan lambat. Maka kami telah membatalkan satu lokasi iaitu Orchad road. dan dari stesen kranji kami terus ke stesen  Horbour Front untuk ke Pulau Sentosa.







PULAU SENTOSA 

Info rujuk sini ---> Website Pulau Sentosa

Untuk ke Pulau sentosa terdapat beberapa pilihan. sama ada Berjalan kaki @ menaiki Monorail @Cable Car @teksi dan mgkn ade lagi cara lain yang aku tak sempat kaji.

disebabkan kali nie percutian budget maka kami decide untuk berjalan kaki. kelihatan seperti jauh . tapi bile jalan tak rasa jauh pun sbb....sile tgk gambar - gambar dibawah !







Taraaaa.... Laluan pejalan kaki ada tangga rata bergerak (main blasah bg nama) ! hahahaha..tak penat la mau jalan ke sana. siap bumbung lagi. lege.


Sampai area sana. bende - bende dibawah ini akan menjemput kedatangan anda. USS pun sebenarnye terletak di AREA ini.






Bergambar kat mercu tanda je lah. tak cukup masa nak masuk dalam. lgpun dah pernah pegi. kita pergi tempat laen pulak.









Sebenarnya Pulau Sentosa nie sangat besar. kami cuma melihat - lihat persekitaran dan fee entry untuk sesuatu tempat adalah berlainan. tempat2 itu boleh di acces menggunakan MONORAIL. free. kene bayar kalau tak silap kalau dari horbour front sahaja. 









Setelah selesai Di Pulau Sentosa kami pulang ke Horbour Front menaiki MONORAIL. Panas wooo tak larat nak duduk lama - lama kat sana.




GARDEN BY THE BAY 

Dari stesen Horbour Front kami ke stesen  Bayfront untuk kesini. TAPI waktu itu sekitar jam 2 petang. Cuaca super duper panas. pergh mmg terbakooooo. Maka kami decide untuk mengalah dengan kuasa alam,  kami singgah untuk melihat keadaan yang digambarkan sangat cantik didalam website itu.






Pemandangan di sekitar Garden by the bay.




Nampak tak titi gantung tu. bende tu la yang aku nak try. tapi kalau dah panas yang amat. dari bawah aje la aku tengok. terpaksa repeat dtg sini lagi. nnt nak dtg petang skit kasi redup.



Selain tarikan titi gantung itu, kat sini ade taman didalam bangunan ini. kalau malam superb cantik. tempat ni buka sampai pukul 9 malam. 

Rujuk sini ----> Gardens by the bay Website






BUGIS

Selepas selesai di sini kami ke BUGIS untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia. untuk ke bugis ambil MRT dan turun di Stesen bugis (Laluan Hijau). Kami sampai di Larkin sekitar jam 7 dan bergerak ke KL. pukul 12 baru smpai rumah. fiu fiu fiu.kalini mmg patah kaki. penat tak ingat tap puas hati dapat pergi tempat yang dihajati.



Untuk pengalaman lebih real. Jom layan Video yang aku rakam nie. Enjoy.


Ade satu lagi trip Sebelum masuk tahun baru. ! harap dipermudahkan. In Sha Allah.