Assalamualaikum,
Entry ni sangat panjang sebab aku tak larat nak buat banyak2 part mengikut tempat untuk trip kali nie sebab aku takut hilang ingatan dan tak dapat habiskan ..haha
Trip ni antara yang paling complicated yang pernah aku buat. Plan asal percutian 5 hari 4 malam hanya untuk ke Guangzhou sebab masa tu AA tengah buat promosi. aku dapat return tiket 400++ ok la bagi aku. Plan hanya pergi berdua dengan kwn aku bob. setelah dibuat beberapa kajian rupenye GZ ngan Shenzhen adalah berdekatan. hanya perlu 1 jam 30 minit untuk smpi ke SZ menaiki train. Setelah di kaji lagi rupenye SZ bersebelahan sahaja dengan Hong kong. maka haruslah plan nie di lajakkan sampai ke sana.
Plan punya plan final result GZ-SZ-HK
disebabkan terasa teruja dengan plan ini. aku telah meroger 2 kwn travel ku untuk join sama. Bincang punya bincang dan sedikit curahan racun. Maka mereka bersetuju tp dengan penambahan lokasi iaitu Macau. Hoi sempat ke nak pergi semua tu dalam masa singkat nie. haha ! kerja gile.
Pembelian tiket flight terbahagi kepada dua. aku dan bob akan flight ke GZ pada pukul 4 petang (11 mei) dan ayu & shaz akan terus ke SZ pukul 6 pagi (11 mei) . makanya mereka mengistiharkan akan shopping di SZ dulu menunggu ketibaan aku by Train dr GZ. SIOT !
Dipendekkan cerita kwn aku bob tak dapat ikut pulak dah ! adoi drama betui la. abis tu gigih aku dari Malaysia sorg2 ke SZ. Boleh ke aku buat nie. dah la tempat orang.kene naek train pulak tu (hati terdetik#Drama). Tp takkan aku tak nak pergi sbb kwn aku tak dpt pergi ! nie bukan zaman skolah klu kwn x pegi kite pun taknak pergi...hahah (kataku pada diri meyakinkan diri)
Dan dengan nekadnya aku terbang meninggalkan Malaysia tanpa berpaling ke belakang lagi. #Dramaabis.
Info :
untuk ke china kamu - kamu semua perlu membuat visa ye. jangan main terjah je nanti tak boleh masuk. info rujuk kakiberangan punye blog boleh tak? malas nak karang (SINI).
Tips lagi. visa untuk single entry berharga RM58 (masuk china keluar china). tapi jika kamu berhajat untuk masuk ke china keluar ke HK dan ingin masuk semula ke china. VISA yang dipohon hendaklah dibuat Double entry RM78. dan jika berhajat masuk keluar masuk keluar masuk keluar. sila buat Multiple entry. tp tak tau harga berapa.
untuk ke HK & Macau tidak perlukan Visa.
Sempat lagi makan nasi goreng + Satay dalam flight ! nikmat abis.
GUANGZHOU - Shenzhen (Train)
Jejak je kaki ke Kaki di Guangzhou sekitar jam 8.30 malam bedesup aku lari untuk urusan imigresen (cerite benar). perjalanan dari kl ke gz mengambil masa 4 jam dan masa malaysia dan china adalah sama termasuk hk & macacu.di kaunter imigresen tu aku kene tahan lama sikit sebab passport baru Malaysia. Bagi sape yang tak tau passport Malaysia dah berubah rupa. so diorang macam confius2 sikit dengan passport tu sambil bertanya NEW PASSPORT? dan aku jawab...
Ambik beg dan terus ambik subway (Mcm LRT).
Cara ke subway ialah korang keluar je dari pintu ketibaan tu terus belok kanan. nampak escolator turun bawah dan belok ke kanan. Sampai la subway Stesen Airport. Dari Subway stesen Airport kita harus ke stesen Guangzhou East Railway station. tambang 7 Yuen sahaja. perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit - 40 minit
Sampai di stesen Guangzhau East Railway stesen keluar exit E. lepas tu follow je signboard Guangzhou - shenzen sampai korang nmpk kaunter untuk beli tiket train. Untuk orang luar tiket harus beli di kaunter dan tidak boleh beli di mesin kerana passport kite akan di scan terlebih dahulu. kalau tak sure sile jangan malu bertanya. kalau tak memang merata la korg cari. sbb besar jugaktempat tu. sorry aku tak sempat snap gamba sbb time nie mmg nak cepat tak fikir lansung.
Masa nak beli tiket nie tahap kekonfiusan amatlah tinggi. Dari tak tau nak exit mana. kaunter yg mengelirukan sebab semua tulisan china dan orang kaunter yg tak reti cakap English ! PERFECT. aku macam nak hempok kepala diorg kat dinding. haha. Astagfirullahalazim, berkat kesabaran dan kehenseman aku dapat jugak tiket untuk ke Shenzen jam 9.43 MLM.
Perjalanan dr GZ ke SZ mengambil masa sekitar 1 jam 20 minit dan sepanjang perjalanan train akan berhenti di beberapa stesen sebelum stesen terakhir sz. aku tiba di SZ jam 11.10 malam. keadaan train amat selesa. harga 79.50 Yuen
Dan aku jumpa gamba tiket ini di Google yg sangat2 membantu memahami dimana coach dan kedudukan kerusi kita. kalau tak mana nak paham ye dok ! tiket die macam nie la rupenye harga je laen. nie first class nie. Guangzhoudong = Guangzhoueast
Info :
Kastam HOngkong tutup pada jam 12 malam yer. aku ingat di bukak 24 jam. Adoi.
Keluar je dr Train konfius lagi mcm mana nak ke imigresen HK. dan rupenye dr train nak ke imigresen jauh jugak ek. sekitar 10 minit jalan kaki. ku igtkan dekat. disebabkan dah lambat lari lagi la jawabnye. asyik lari je dr awal smpi akhir. ade org teman lari sama aku. so ade geng la. tp berat wei bawak backpack 10 kg tu. rasa nak tercabut lutut.
konsep nak masuk HK ni sama macam konsep nak masuk Singapore. kene keluar Imigresen China dan jalan sikit untuk ke Imigresen HK pula. dan sekali lagi passport aku di belek di imigresen china oleh beberapa orang untuk pengesahan ! demmm..aku dah lambat kot. kawan aku ayu & shaz dah tunggu di sebelah imigresen HK.
kawasan untuk imigresen adalah berbeza bagi rakyat China dan pelancong. Warganegara di tingkat 2 warga asing tingkat 1. tak sure pasal tingkat tu tapi dia memang berbeza floor la. sik baek lane tuk pelancong tak ramai orang. laju sikit urusan.
selesai di imigresen china. untuk masuk ke HK kene isi Arrival Card dulu yer. jangan menggagau je beratur kat imigresen tu. haha. kang kene patah balik dan isi. ramai yang kene macam tu termasukla aku. hahah. sik baek tak ramai orang.
Dan finally aku dah selamat masuk Hong Kong dan kwn aku dah tunggu dengan muke keletihan ! diorang penat shopping ! siot siap dah beli beg di hari pertama perjalanan.
OCTOPUS CARD
korang aku istiharkan wajib ade card nie untuk memudahkan perjalanan untuk penggunnaan MTR (Train) , bus dan juga boleh digunakan di stesen 7 eleven untuk pembelian.
harga card tu 50 HKD dan korang kene topup sekurang - kurangnya 50 HKD. card tu boleh refund untuk dapatkan 50 HKD tu balik. TP aku nasihatkan korang topup 100 HKD sbb mmg akan habis guna. Percayalah. boleh beli di kaunter kat stesen tu.
Cosmic Guest House
Selesai reunion geng. maka kami terus ke MTR untuk ke Hotel yang terletak di Tsim Sha Tsui. info seperti dibawah untuk bilik aku. di booking melalui hostel.com. aku kene bayar untuk dua orang ok. Suke sangat !
untuk kesini keluar dari MTR tu exit D1. pastu belok kiri sampai nampak building Mirrador Mansion (tingkat 12). kawasan die macam rumah flat. bilik kecik je. tapi for me. selesa. tiada rungutan. Kalau tido sampai terlajak - lajak tu confirm selesa la kan. haha.
aku nasihatkan korang save mtr map nie dlm phone atau print color. mmg sangat membantu dalam membuat perancangan perjalanan.
Bilik kecik je. disebabkan aku sorang maka aku telah merapatkan katil itu ! yeay. Double selesa. kat area nie je murah nak stay lame2. klu tak kopak wei.
Sampai hotel pukul 1 pagi dan perjanjian mulut mengatakan besok kene bangun pukul 6 pagi disebabkan jadual yg super pack esok ! mampukah? Continue......... Eh pendek pulak entry nie ! hahaah
11 comments:
gitewww....complicated katanya! weyyy ko tak pusing la GZ rupanya? terus masuk HK ker... aisehhh...
tula, sape suh buat trip pendek2. tarikla sampai jadik panjang skit!
Haaaaa kan idola kat atas ni dah marah! Gitew untungla ada idola hahahaha.
Wahh..betul2 ekspres entri ni sampai JM baca pun cam lari pecut 100 meter plak
Patutlah lama menyepi baru balik bercuti ropenya..
Hebak..3 negara dalam setengah hari jak..Cosmic guesthouse?..ahaha..JM ada citer xbest ngan guesthouse ni waktu ke sana last year
Panjang katanya..bila baca sampai ke bwh..uik ni jer..heheehhe
Alah lain kali buatlah satu entri terus HangDhamin. Senang Aini nak baca. Ini dah bersambung. ;(
Henry fox : GZ hari akhir....pergi jugak tp x explore sgt la... nak tarikh x boleh sbb cuti pun x de...hehhehe
Janggel : Super senior marah super junior...hahha
Jari manis : ape kisahnye dgn cosmic ? ade hantu kah? mule2 mmg nak tulis smpi aktivi esoknye...pastu rasa panjang sgt terus continue..heheh
Ainee : uik kalau satu entry mmg x tercapai akal la panjangnye...
Haruslah kena mengulang semula, sbb mesti kau tak cover GZ dan SZ tu..
BEST BEST BEST SUPER BEST!!!!! Sangat detail okey.. i like :)
Nk tunggu ang lambat tu yg soping dulu.sbb tau de adik yg gagah pkasa akn tlg angkatkn beg bagai.ahaksss
mie : pasni pegi nak shopping je..frust aritu x sempat borong
Yus : nak pegi ke tu.....
Shaz : perghhhh ! sik baek ringan je beg...hehhe
Tempahan Tiket Penerbangan Murah ke Guangzhou bagi Tahun 2016 kini dibuka.
Keistimewaan Tiket Ini:-
Harga RM650, lebih rendah berbanding harga Tiket Biasa.
Harga Tiket (Pergi & Balik) Termasuk Airport Tax + Baggage 20kg (Pergi & Balik)
Sesuai bagi Mereka yang ingin membeli barangan harga murah di China.
Untuk Keterangan lanjut Sila Sms/Whatsapp Mohammad :0177120867
kalau diizinin nitip numpang lapak yaaa terima kasih...
Agen Sbobet
Agen Bola
Agen Judi
Bandar Judi
Agen Bola Bonus
Bandar Asia77
Agen Poker
Agen Asia8
Agen 1sCasino
Agen Casino
Agen Bola IBCBET
Agen Bola Sbobet
Prediksi Bola
http://988bet.city/2015/09/21/prediksi-tottenham-hotspur-vs-manchester-city-26-september-2015/
http://agenjudi.city/2015/09/21/prediksi-skor-leicester-city-vs-arsenal-26-september-2015/
http://agen303.city/2015/09/21/prediksi-liverpool-vs-aston-villa-26-september-2015/
http://agenbola.city/2015/09/21/prediksi-skor-manchester-united-vs-sunderland-26-september-2015/
http://bandarbola.city/2015/09/21/prediksi-huddersfield-town-fc-vs-nottingham-forest-fc-25-september-2015/
http://bolajudi.city/2015/09/21/prediksi-cuba-vs-nicaragua-25-september-2015/
http://ibcbet.city/prediksi-real-betis-vs-deportivo-de-la-coruna-25-september-2015/
http://metrotv.city/2015/09/21/prediksi-empoli-vs-atalanta-25-september-2015/
http://prediksibolaagenjudi.blogspot.com/2015/09/prediksi-empoli-vs-atalanta-25.html
http://prediksi-agensbobet.blogspot.com/2015/09/prediksi-real-betis-vs-deportivo-de-la.html
http://prediksibola988bet.blogspot.com/2015/09/prediksi-cuba-vs-nicaragua-25-september.html
http://agenjudiprediksibola.blogspot.com/2015/09/prediksi-huddersfield-town-fc-vs.html
http://prediksijitu988bet.blogspot.com/2015/09/prediksi-tottenham-hotspur-vs.html
http://prediksibacklinkterkuat.blogspot.com/2015/09/prediksi-skor-leicester-city-vs-arsenal.html
http://agenjudionline988bet.blogspot.com/2015/09/prediksi-liverpool-vs-aston-villa-26.html
http://agenjudiprediksiterpercaya.blogspot.com/2015/09/prediksi-skor-manchester-united-vs.html
Post a Comment