Demam pilihanraya dah bermula sejak PM bubar parlimen Rabu lepas. Maka akan banyak la kempen kat FB yg tah mana satu Fakta dan Mana satu Auta. Langkah untuk tidak menyerabutkan kepala. Mari kita Dislike smua Page - page Politik yang kita LIKE sebelum ni. hehe.
Untuk VOTE aku. aku serahkan pada AirAsia tuk kali nie. Kalau ade ! Ceit.
Berbalik kepada tajuk kita. Meh aku cerita Tip - tip yang mungkin berguna kalau korang berhajat nak pergi tempat - tempat yang aku pergi nie.untuk trip kali nie aku dapat harga tiket RM211 Return KL - Bangkok (31 Mac - 3 April 2013)
Kali nie aku pegi dgn kawan aku berdua je (BOB) sebab aku rasa aku dah invite ramai orang tp kali ni racun tak berapa nak kuat. tak ramai yang termakan umpan.
31 MAC 2013
KL - Bangkok
Perjalanan seawal 8.25 pagi dari LCCT dan dijangka sampai 10.30 pagi waktu Malaysia @ 9.30 pagi waktu Thailand. Flight akan berlabuh di Don Muang Airport iaitu Airport kedua Bangkok. Flight AirAsia memang akan turun disini. bukan lagi di Suvarnabhumi Airport seperti dahulu kala. sila rancang perjalanan anda. hehe
Bangkok - Pattaya
Plan asal hanya mahu ke Bangkok. tapi biase la kan kite hanya mampu merancang ! hahaha. Disebabkan pengaruh RunningMan yang begitu kuat dlm diri aku nie. maka aku pun teringin la nak tengok FloatingMarket yang diorg pergi tuk maen Game diorg kat sana tu. Rujuk episode 51 di kshownow.net . Masa aku tengok dulu ingatkan lokasinya Floating Market Bangkok. Rupanya di Pattaya. Maka kajian demi kajian aku lakukan tuk mencari cara paling murah dan selamat untuk kesana.
Dari Don Muang airport kami dikehendaki untuk ke MOCHIT Bus Station (MBS) untuk mendapatkan Bus untuk ke Pattaya. Anda boleh ke MBS menaiki teksi @ Bus. Plan asal kami mahu menaiki Teksi tapi seorang Hamba Allah yang baek hati kat Airport tu ajar mcm mana nak ke MBS menaiki Bus.
Don Muang Airport - Naek Bus A1 (Keluar Gate 6) - Mochit Bus Station = 30 Bath
Pastikan korang turun di Mochit Bus Station dan bukan di Station train BTS Mo Chit. Kalau korang dari mana - mana Station train. Turun di stesen Mo chit dan naek Teksi @ Bus (A1). Mo chit BusStation terletak lebih kurang 5 minit dari BTS Mochit.
Pilihan laen untuk ke Pattaya turun di Ekkamai Bus Station tapi lagi jauh jika anda turun di Don Muang Airport.
Mo Chit Bus Station
Setibanya di sini. Confius gile nak beli tiket dekat kaunter mana. Banyak pulak lokasi bus kat sini. So untuk mengelakkan Malu bertanya sesat jalan, aku rujuk seorang pakcik dekat situ dan dia suruh pergi ke kaunter 48 yang berada di dalam bangunan. tak payah cari di kaunter - kaunter di luar bangunan ini.Masa perjalanan mengambil masa 2 - 2.30 minit mengikut keadaan trafik.
Bangkok - Pattaya = 133 bath
Kaunter 48 ( Masa perjalanan yang ada antara pukul 4.20 pagi - 10.00 Malam)
Inilah bentuk bus yg kami naiki. Aircond ade. fuhh selamat. dan kawasan bus station.
Sepanjang perjalanan ke Pattaya kami melalui Highway. Antara pemandangan sepanjang jalan yang berjaya di Tangkap sebelum aku tido tanpa ragu lagi ! disebabkan lapar maka aku kene tido untuk hilangkan perasaan lapar itu. Amacam stylo x kalau lapar tido ! haha
Sesampainya kami di Pattaya bus station (Gambar atas) nmpk tak betapa serabutnya wayar di thailand. kami amik tuk tuk untuk ke Hotel.
Tuk - tuk = 30 Bath / seorang
SuperBed 'Otel
klik link untuk booking ----> Sini
Total price
MYR 126.20/day
THB 1,200/DayHotel ni aku main booking ja sebab aku tak jumpa banyak info mana nak tido dekat Pattaya ni. aku plan untuk stay sehari ja di Pattaya.Bilik cun habis. tp aku rasa macam kami ja duduk kat Hotel ni sebab hotel nie antara yang tercantik ada dekat kawasan nie.banyak lagi hotel budget kat luar tu. harga pun agak mahal kalau sapa - sapa nak bagpack kan. Banyak pelancong duduk sekitar Pantai sebab lebih banyak aktiviti mungkin. kawasan kami ni Pub je banyak. haha. kawasan pantai jauh.
Pattaya Floating Market
Plan asal bile sampai ke Pattaya kami akan ke Nong Nooch Tropical Garden & Selepas itu baru ke Floating Market sebab floating market bukak sampai Malam.
Selepas berbincang dengan penyambut tetamu beliau mencadangkan untuk pergi ke Nong Nooch esok sebab kalau skang nnt dah tak sempat nak tgk show - show yang diorang buat. rugi dan tak cukup masa. Maka kami proced untuk pergi pada esok hari.
Nak Ke Floating Market pun satu hal. Aku mcm blur - blur nak tahan teksi @ tuk tuk dan berapa kos yg selogiknya. Oleh itu aku suruh bdk kat kaunter tu carikan teksi. Maka budak itu telah deal dan menghubungi bilik kami. 550 Bath perperson untuk pergi dan balik. Mula - mula aku rasa macam mahal. RM 55 kot sorg. Pastu tetibe die sebut include Boat tiket ! Boat??? aku mcm confius kene naek boat ke g floating Market? aku pun tak paham sangat BI yg ditutrkan. lantas aku proceed je la. Malas Pikir ! hahaha
PKL 3.30 ptg kami bergerak ke Floating Market by Taxi (Sejuk ade aircond) sebab pattaya memang panas tahap ape pun aku tak tau la time tu. so mmg syukur aku naek teksi dari tuk tuk. perjalanan mengambil masa 25 minit dari Hotel.
Floating Market = 550 Bath
Sesampai kami disana. Driver taxi tu bawa kami ke kaunter untuk mendapatkan tiket masuk dan Boat kami. aku tak pasti tiket masuk berapa dan berapa harga naek boat tu sebab dah termasuk dlm 550 bath td. Kami diberi pelekat untuk ditampal dibaju dan terus dibawa ke jeti untuk naek sampan. Sampan seperti dibawah ! Halussss......Kawan aku takut air ok ! hahhahaha....ade orang cuak naek boat oi ! takut tergolek katenye. tapi mmg agak merisaukan jugak boat tu sebab halus ja. Kami naek bagaikan VVIP sbb naek 2 org ja. group2 laen naek smpi 6 - 7 org. gerun tgk.
Floating Market nie berlainan dengan Floating Market yang aku pergi dekat Hatyai (Klik untuk baca) aritu. sebab yang nie mmg dibuat khas untuk tarikan pelancong. Kawasan die agak besar dan banyak jual cenderamata dan makanan. tp aku tak nampak pulak apa - apa makanan yang Halal disitu. lapar ok. So kami makan Aiskrim ja untuk alas perut Turkish Icecream 50 bath sahaja. sedap Gile terbaek.
Untuk menambahkan kesegaran tekak. kami beli Jus mangga yang diyakini Halal dan cume berharga 40 bath. yang nie pun sedap nikmat ! Maklumla lapar smua sedap. tapi nie memang dari buah. so memang terbaek dari ladang.
Kelihatan sotong itu begitu menyelerakan tapi intipatinya diragui ! maka mampu lihat shaja.
Cube teke nie ape? ............................ROTI.
Sape yang berhajat kesini sila pergi Toilet siap - siap dihotel. Toilet kat sini Pakai Tisu je. dan tisu pun diorg jual ok. 1 gulung 10 Bath.
kat sini pun ade show. kalau dtg tepat pada masanya. boleh la tengok show - show yang dibuat.
Aku frust gile sebab tak beli Gitar nie. aku ingat dekat Bangkok akan ade yg lebih Murah sebab dekat sini jual satu 390 Bath = RM 39 (lebih kurang). rupenye kat bangkok xde pun bende alah nie. adus.
Nie la budak yang buat jus Mangga untuk aku tu . Sedap.
Selesai di Floating market sekitar jam 6. kami dihantar Pulang ke Hotel kembali.Kami dah deal dengan pakcik teksi tu untuk ambil pukul berapa. so takdelah die tertunggu - tunggu.
So plan untuk malam mula - mula nak round area hotel. tp disebabkan byk sgt Bar disitu. Malas la. aku kan budak2 baek. so duduk kat hotel je lepak. dalam bilik ade WIFI. so aku layan Runningman online. hahaha kat thailand pun layan runningman.
Malam tu makan Meggi ja. Maka genapla sehari kami tak dpt nasi. Rupa - rupanya kat area2 depan sikit dari hotel tu byk kedai india muslim. tp malas cari. sebab penat gila. so layan.... ZZZZZZzzz
1 April 2013
Nong Nooch --------------------- To be Continue
7 comments:
langit biru sgt cantekkk! aku rasa time ni msti panas giler kan kan kan? hahaha...
episod RM kat sini mmg aku ade tengok. haha time awal2 dlu kot. now dh tak tgk dah, ko ni mmg giler RM! hahaha bawak2 la insap skit.
Henry Fox :bende yg aku suka mmg susah nak tinggalkan ! Haha ok la minat RM ! Hobi yg x pakai duit... Jimat ... Time nie panas mcm dekat pulau !
Dulu saya ke Pattaya dari Suvarnabhumi naik Bell Travel Service punya van.. comfy jugak.. la ni dah mendarat kat airport lain eh? jaoh ke airport tu dari main airport? Saya ke sini pon secara x disangka, menang peraduan menulis cerita jalan2..he..he..
Overall, Saya suka pattaya, kurang sebok dari Bangkok.. Cuba jugak carik nasi grg pattaya kat sini, tp x da sapa yg kenal nasik tu...
Farikica : saya pun ade baca pasal Bell travel tu. tp rasanya die ade dekat suvarnabhumi airport je. Don muang klu ikut google map lebih kurang 35 minit.
Pasal nasi Pattay tu betul jugak yer. lupe pulak nak cari. haha..rasa mcm kat Malaysia je yg ade. seperti mee bandung yg tiada di bandung.
kenape la bontot ak malas sangat nak ke pattaya.. haha padehal memang dah taktau nak buat ape mase tu kat bangkok, ingat nak ke pattaya..last2 cancel sebab malas nak peningkan kepala buat research, tempat die unik jugak la..
ape aktivitis malam kat sane? ahaaa
Shah_rule : hahaha aku pun tak sempat nak buat research sgt ! aku sempat kaji dua tempat yg aku g tu je. Aktiviti malam aku tak buat ape pun. rehat dlm bilik. Tp Area Pantai Pattaya Happening org kate. tak tau le mcm mane happeningnye
Wow! Never heard of Pattaya Floating Market! Interesting. I was in Bangkok on early March this year as well. But managed to squeeze ourself to Damnoen Saduak Floating Market in Ratchaburi, gara2 nak sangat gi Mae Klong Railway Market. Tercapai jugak.
Post a Comment