Followers

Sunday, April 7, 2013

TIPS & TRIP to Bangkok - Pattaya Part 2

Day 2 ( 1 April 2013)

Sambungan dari Sini Part 1

Selepas penat seharian berjalan semalam, misi pagi ini akan dijalankan seawal 8.30 pagi.UNtuk aktiviti pertama kali ini kita akan ke Nong Nooch Tropical Garden

Nong Nooch Tropical Garden  - Pattaya

Untuk lebih info rujuk WEBSITE ---> Sini

Untuk kesini kami telah menyuruh akak di kaunter hotel untuk menguruskannya. 700Bath seorang. Termasuk Van+ Bus + tiket masuk. Untuk yg berhajat pergi sendiri tiket masuk berharga 500 Bath seorang.

Sebelum berjalan. kite Camwhore dulu ! hahahaah. Happy maa.


Seawal 8.30 pagi kami dijemput oleh Van seperti dibawah. Van itu tugasnya untuk menjemput mereka2 di beberapa Hotel dan kami akan dikumpulkan di satu kawasan untuk menaiki bus yang telah disediakan. perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit saja dari hotel untuk ke nong nooch.




Di dalam bus kami diberi peta dan Sticker untuk ditampalkan dibaju dan tiket untuk melihat dua show yg ada didalam tempat ini. kawasan ini super besar ok. 


Dibawah ini masa - masa Show akan ditayangkan. sila Take note. nanti terlepas masa show pula.


Destinasi pertama adalah di Orchid Garden. kami diturunkan disini untuk memulakan perjalanan. Kami diberi masa sehingga 12.30  tgh hari sahaja utk berada disini sebelum dihantar pulang. so kita ada masa 3 jam lebih untuk explore tempat ini. Lets start ! tempat ini dibuka seawal jam 8 pagi.










Selesai di Orchad Garden kami dibawa melalui kawasan penternakan ikan gergasi Arapaima. Lalu ja tak singgah pun sebab panas ! hahaha. gambar orchad pun aku tak ambik sebabb excited sgt tgk tempat2 dalam nie. tetibe mcm excited nak g semua tempat dengan cepat!

Kat dalam area nie sebenarnya ada byk section tp aku terhilangkan Maps tu so susah nak jelaskan. korang tengok jela gambar yer.













Dan disinilah kemuncak tempat Cantik ini. seperti didalam cerita Alice in the wonderland. ada tempat yang boleh masuk ada yang tak boleh. tapi aku tak masuk pun sebab tempat nie terlalu besar. penat woo nak jalan. korang boleh naek trem yg disediakan untuk pusing sekeliling tempat nie. tp tak tgk pulak bayaran berapa. nak naek Gajah pun boleh !







Tak lama pun dekat area nie sebab panas. tekak dah dahaga. nak pergi cari air ! aku ada rakam video untuk melihat dengan lebih jelas tempat nie. nanti ada masa aku share di entry yang lain k.

Tengah panas tengok buah2 nie memang mengiurkan. so kami beli air buah campur dibawah ! 60 bath secawan.





Selesai minum kami masuk ke dalam kawasan Panggung untuk melihat Thai Show yang pertama. Kawasan yang agak besar dan dilengkapi kipas. dapat la menyejukkan badan. Pentas persembahan yang sungguh canggih seperti istana budaya. Prop boleh tukar2 tu. careee...








Persembahan mengambil masa lebih kurang 30 minit menerangkan tentang budaya negara Thai. selepas itu kami keluar dan ke kawasan show kedua iaitu Elephant Show. Kitorg siap dapat seat VIP sebab ikut trave ejen tu. cayalah. tak payah berebut2 seat dengan org laen.


Disini korang juga boleh bergambar bersama gajah seperti aksi dibawah dengan bayaran tertentu dan bagi gajah makan pisang seikat dengan bayaran 40 bath seikat. 



Dibawah nie seat untuk orang biasa. FullHOuse. bermacam - macam show gajah nie buat termasuk maen bola sepak, bola jaring, melukis, dan yang paling best gajah menari Gangnam style. Hebat.





Selepas show abis explore tempat laen pulak. banyak tempat tak cover sebab tak larat jalan. kat sini ade taman rama - rama. korang pun boleh pergi bagi kambing makan. dan kat dalam nie jugak ada taman burung dan mini zoo. 




Selesai di sini kami dihantar pulang ke Hotel. Check out sepatutnya pukul 12 tapi kami kami check out pukul 1.30 sebab balik lambat. disebabkan kami baek dengan akak kaunter tu. maka tak perlu bayar pun extra 1 jam setengah yg lambat itu. Great.

Check out kami tahan teksi dan pergi ke bus station Pattaya untuk meneruskan misi di bangkok.

Pattaya - Bangkok

Untuk ke Bangkok perjalanan bermula seawal 4.30 pagi sehingga 11 Malam. Kekerapan bus setiap 30 mint.
kami smpi di bus station pukul 1.4 petang. beli tiket dapat bus pukul 3.10 ptg. so kami menunggu dengan setia di bus station itu.

JIka untuk ke Pattaya kami naik bus dari mochit Bus station, tapi untuk ke Bangkok semula kami pilih untuk turun di Ekkamai Bus station sebab lebih dengan dengan hotel yang telah kami booking.

Tiket 124 Bath perperson





Selepas 2 jam setengah perjalanan kami sampai di bus station ekkamai, bus station ini terletak berdekatan dengan Train BTS Stesen Ekkamai. kami naek di Stesen  Ekkamai dan turun di stesen BTS Nana. 25 Bath sahaja tambangnya.


Star Inn Hotel 

(Harga untuk 2 hari)
Total price
MYR 177.55
THB 1,700

Untuk booking click sini ------ > Sini


Bilik ok dan yang paling penting berdekatan dengan Train. Access untuk mendapatkan tuk tuk dan teksi pun banyak. aku tak cerewet sangat tempat tido ni asalkan boleh tido.




Selesai check in rehat sebentar dan bercadang akan keluar semula untuk mencari baju Hard Rock Cafe yang dikirim oleh helmi !iya. bersungguh2 cari ok ! sila hargai. haha.

masa aku buat kajian aritu aku ade terbaca orang tulis Hard Rock terletak di Stesen Silom. untuk ke silom dari stesen BTS Nana - BTS Asok tukar ke MRT Asok dan pergi ke MRT Silom (35 Bath) BTS dan MRT adalah train yg berlainan tp berdekatan . Asok merupakan stesen pertukaran antara BTS dan MRT. sila study Maps train mereka yer.




Pasaraya Gah ini terletak di stesen asok. 



Banyak gila direction. Pitam baca.






Sesampainya kami di Silom maka bermulalah pencarian hard Rock Cafe. di Silom ini terdapat Nite Market yang besar di tengah 2 deretan pub - pub bangkok ini yang terkenal dengan tutttt ! cari punya cari tanya punya tanya maka hampir pasti kami tersalah tempat. So malam tu kami cuma berjalan. kawasan ni agak menakutkan macam petaling street ! so aku tak dela amik gamba sgt pun.


Selepas penat di Silom kami kembali Ke Nana. kat bawah nie sekitar tempat jualan di sekitar Nana. kat bangkok ni mmg kaya dengan jualan - jualan macam nie. di setiap stesen ada kat nite market mcm nie. meriah. tp berhati hati ye kalau tak berniat nak beli jangan tawar menawar atau bersedialah untuk dimaki. haha. kawan aku siap dpt GO DIE lagi sbb tak beli. Nasib badan tempat orang kan.





Tapi dari segi pemerhatian aku barang - barang kat nite market nie takde lah murah mana. FM die jual 1keping  100 bath. mintak kurang dapat 4keping 300 bath ! bapak mahal. dia tau kite pelancong. nak makan duit kite la tu ! ampeh. 

Selesai misi arini nie. esok tinggal satu lagi Misi besar di bangkok ini. Benda yang aku teringin nak pergi.............. To be Continue

4 comments:

just.HY said...

lawaa dowh taman yg ko pegi ni. mcm teratur dan dijaga rapi je. yg penting tetap panas aku tgk! hahaha.

bapak mahal FM dia. normally dalam 30baht je 1 keping tp kat chatuchak lak. hahah

Hang Dhamin said...

Henry Fox : panas2 pattaya ni aku tak nmpk plak org jalan pakai payung ! kalau tak mau join sekali. aku ingat Malaysia dah abis panas dah. Chatuchak aku tak sempat pergi. sbb die weekend je kan.

Jari Manis said...

salam dhamin,
Dh lama polow dan baca blog ni tp x berani nk komen, motip hahaha

yg pasti suka tgk view kt tempat nk try la ke sini jgk :-)

Hang Dhamin said...

Salam Jarimanis,

Biase la tu. saya pun silent reader jugak. hehehe.

Pergi la tempat nie. memang menarik ! berbaloi