Assalamualaikum,
Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung 2015 . Cepat je masa berlalu. Kalau kita ada tiket kapal terbang yang ditunggu lagi la cepat masa berlalu. haha betul x? bayangkan baru bulan 1 dah dok menghitung hari nak travel bulan 5. tup tup dah setengah tahun.
Aku rasa tahun 2015 aku paling cemerlang menguruskan cuti aku. haha . cukup2 je sampai disember abis. tak sempat nak carry forward ke tahun depan. kalau la boleh beli cuti kawan2 memang aku buat.
Rezeki murah tahun ini. so aku rasa macam sangat rancak aku berjalan tahun nie. berjaya melarikan ke luar negara sebanyak 5 kali dan beberapa tempat menarik dalam negara .
Tahun nie jugak aku macam dah ada Hobi baru iaitu masuk acara larian. saja ja aku ajak kwn2 aku join. so bile travel tu laju skit jalannye hahaha. macam dah addict plak nak lari2 nie. hope 2016 ada yang sudi ajak =p.
so jom kite recap skit sepanjang 2015 nie =)
CHONGQING CHINA (Disember 2015)
Ni merupakan last trip kepada last - last trip yang aku sebutkan haha. tah bile nak last tah kwn aku ckp setiap kali tanya. since ni dah 31 dec. confirm last tuk tahun nie. yang ni aku akan cuba blog kan . sebab macam excited nak share byk info yg for sure korg ble pakai for next travel . hahahhaa. doakan aku rajin.
BALI , INDONESIA ( Nov 2015)
Trip ni merupakan kali kedua aku ke Bali. kali pertama 2011 tak silap. so trip kali ni aku pergi ke tempat yang aku tak pergi sebelum ni. tapi sayang tak sempat blog entry nie . haha. padahal malas =p. kalau nak tengok gambar2 laen kat IG ble hastag #Kakiselipar.
KOH LIPE, THAILAND (Oktober 2015)
Trip ni paling sempoi hahah ! return langkawi RM 58 je. trip ni aku sempat blogkan. so sile baca sana for more detail. jangan malas =) --> (Koh LIPE Entry)
YANGON, MYANMAR ( Ogos 2015)
Myanmar ! sejujurnya tak pernah terlintas dipikiran nak ke negara ni haha, tapi since aku follow trip orang so Bring it on. tp not bad jugak. banyak bende2 laen yang aku tak pernah tengok ade dekat sini. Bende aku paling suka temple2 die. nice2 gila. tp time aku pergi tu xde belon panas. kalau tak mmg lagi mabeles gamba. ni sempat buat teaser je haha ->> (Myanmar teaser)
Trip yang ku sangkakan panas rupanya sejuk sepanjang trip hahaha. satu haram jadah jacket pun tak bwk ! rasakan merasa shopping baju baru kat sana ! yeay.
Dan kini aku flashback sikit antara aktiviti2 menarik yang aku buat di dalam negara. Every each program ada memori tersendiri. kadang tengok gamba2 ni boleh buat aku gelak sorang2 haha.
Ni pulak part acara larian yang aku cakap tu. Kdt harus diberikan sepenuhnya to Hafidz sebab die la yang beria ajak aku join larian ni. sejak larian pertama tu la aku macam gigih jugak untuk join next2 event nie. haha .
And Finally the Celebration . tahun ni jugak aku rasa paling banyak celebrate birthday orang. dah jadi mcm hobi haha !
Sekian saja review untuk 2015 ini. Semoga 2016 semeriah 2015 atau lebih indah lagi. Selamat tahun baru dan Selamat ber Travel. Yeay bubye.
5 comments:
entry for Chongqing please.. nak follow itinerary. pls pls pls
yes, larian - sekali cuba rase nyesal tak sudah apehal berlari kat tengah jalan ni?
lepas tue, addicted wei!
tahniah!
Banyak gila travel! Tahniah sebab dapat guna cuti dgn sepenuhnya, haha!
ceit gambar printscreen jee semua~ mudah kejeee.. heh
Thank you so much for sharing this great blog.Very inspiring and helpful too.Hope you continue to share more of your ideas.I will definitely love to read. Use Twitter search to find Tweets from yourself, friends, local businesses, and everyone from well-known entertainers to global political leaders.
Post a Comment