Followers

Wednesday, November 6, 2013

Travel ll Pulau Mabul - Sabah Part 4 ( Final )

Yahoo . Part Akhir. Akhirnya.

Sambung dari sini ( Part 3)

Hari ini merupakan hari terahir kami di Pulau Mabul selepas 3 hari 2 malam kami disini. Yeay ! masa untuk pulang ke Tawau dan menghabiskan baki sehari lagi di tawau sebelum pulang.

kami di request untuk pulang pada jam 9 pagi. ada beberapa masa yang korang boleh pilih untuk balik. sekitar jam 7.30 pagi. pukul 9 pagi dan pkl 12 tghhari. mengikut kekosongan boat.

Saja nak balik awal sebab kwn baru kami flight ke KL ptg. so saja nak balik skali ke tawau. boleh share duit Van nak ke tawau nnt. Jimat amalan mulia.



Sementara menunggu boat menjemput kami. dapat la kami melihat lagi gelagat2 anak2 bajau laut nie. best pulak naek tilam terapung tu . jeles !






Lebih kurang jam 9 kami pun dihantar ke Jeti umum di semporna. Tapi kejadian ngeri hamper berlaku OTW ke Jeti Umum semporna. BOat yang di pandu laju tetiba enjin problem dan berhenti dengan mengejut sehingga boat bagaikan membuat UTURN. pergh time tu rasa mcm boat tu nak terbalik aku rasa. dah lah semua tak pakai life jacket ! seriau gile. kalau terbalik memang tak tau la nak kata apa.

lama jugak tersadai kat tengah laut tu sampai enjin Berjaya di baiki. nasib menyebelahi kami. smuanya kembali ok. aku rasa sapa first time naek boat memang tak naek dah pasni haha.




sesampai di Jeti Umum korang jaga2 lah beg korang tu yer. sebab nnt rmi orang nak tolong angkat tapi berupah. upah die tak beragak pulak tu. haish. aku turun je dari boat tu terus angkut semua beg aku dan kwn2. malas asyik nak pau je keje Nye. jarak x sampai 50 meter pun angkatnye.

Kami singgah ke dragon inn floting resort dlu nak beli souvinier yg tak cukup. dan selepas itu kami pun cari van yg menawarkan harga paling rendah untuk ke tawau. so dapat la sekepala RM 25. boleh la. so jom Tawau.

Sesampai di Tawau kami check in dulu. 

VS GUEST HOUSE

Click here : Booking here

RM 58 semalam. murah gile tapi serius selesa habis. memang tak menyesal pilih. lokasi pulak memang tengah Bandar. perfect !









Selepas check in kami terus mencari makan tengah hari. disebabkan lama dah duduk kat laut tetibe aku rindu KFC. haha. so lunch tengah hari kami di KFC. sedapnye yum yum.




PASAR TANJUNG TAWAU

Selepas makan kami terus menjelajah sekitar pekan tawau. geng baru nak cari lagi barang nak dibawa ke semenanjung. so lokasi pertama kami adalah tempat wajib pergi iaitu pasar tanjung tawau. kat sinilah tempeh jual segala jenis ikan masin. ikan bilis dan semua jenis makanan jemur ada disini. harga aku tak sure murah ke mahal berbanding semenanjung sebab tak buat kajian. haha

Tapi ramai je aku tengok orang memborong. murah le tu. kat sini juga lokasi jual Kuih cincin , amplang dan segala jenis kuih yang orang selalu beli bawak balik opis kalau bercuti kat tawau. haaaaa.. sini lah !

kesini dengan berjalan kaki sahaja. tak smpi 10 minit sampai la. dekat je. arah mana boleh Tanya orang2 sana. senang je nak cari.

so kami borong apa yang patut. duit pun semua dah tak berapa nak ada. bertabahla.












Sekitar kawasan bandar tawau.




Selesai memborong kami kembali ke hotel untuk berehat. penat sungguh rasanya. kawan baru pun dah nak ke airport dah mau pulang. Goodbye. rehat dulu malam ni nak dinner tepi laut katanya. tp takde lah pantai mana sangat pun. haha

selepas maghrib kami keluar ke kawasan laut.jalan kaki jugak. tak smpi 10 minit. tapi dari pandangan aku kawasan pantai nie takda la menarik mana. aku dok bayangkan ia nya sehebat Telok cempedak. meriah pada waktu Malam. nie lampu pun tak da. gelap ja menakutkan. haha. sia2 je kene ragut kalau lepak situ.

kawasan makan dekat situ meriah jugak tp seberang jalan dari pantai.maksudnya pantai dan kedai makan dipisahkan oleh jalan besar.  so xde la dengar bunyi deruan air pun.

tapi aku rasa kawasan sini memang kawasan nak mencari makanan sedap. macam2 ada. malam tu kami try Ayam penyet. oi pedasnye ! meleleh hingus.










selepas selesai makan kami ronda2 sekitar tawau. tapi tiada apa. sekadar pekan mati. hmmm. so balik tido....zzzzzzzz

Keesokkan masa untuk pulang ke kuala lumpur. tapi flight petang so kami ada masa lagi untuk ronda tawau.

Maka pagi itu selepas bersarapan pagi kami pergi ke satu lagi tempat tarikan di tawau iaitu pasar gantung . tapi sebelum tu kami melawat kawasan laut yg aku tak nmpk malam tadi. menarik jugak kalau di comersial kan. tapi pagi tu hujan. mendung je cuaca.









PASAR GANTUNG

Pasar gantung nie pun pergi jalan kaki ja. tak smpi 5 minit sampai dari hotel kami. syokkan. smua tempat tak yang naek teksi. jimat duit. kawasan nie untuk cari tshirt I LOVE TAWAU. butang baju melayu yg pearl. keronsang. frame. dan sewaktu dengan nya iaitu barang perhiasan. beratus gak aku abis beli butang baju melayu untuk sponsor wedding akak aku nnt. aku pulak yg excited. cant wait !

selesai di pasar gantung kami ronda kawasan2 sekitar nak tengok kawasan2 yg kami tak dapat pergi malam td sebab kawasan gelap. takut pulak nak tunjuk2 hero jalan kawasan gelapkan. musuh jgn dicari kata orang.
















Feeling2 oversea ambik gambar dengan tong pos ! hehehe









Yang bangunan oren tu diorang kata Macam SOGO la kat tawau nie. tp memang pun. 





Kawasan bus stop tawau. kalau nak pergi mabul dari tawau disinilah ambik busnya kalau tak silap.





selesai ronda kami check out dan terus ke Airport untuk pulang ! lepak kat airport je la untuk makan tengah hari. malas pulak nak lambat2 pergi airport sebab aku ade fobia takut tertinggal flight sebab beberapa pengalaman lepas yg membuatkan aku seriau nak melambat2 ke airport.hahaha.

Goodbye TAWAU....



Gambar aku paling suka. balik ke KL masing2 dpt suami ! hahaha. kebetulan mamat yg tak dikenali kat belakang tu pakai baju sama warna. terbahak gelak bile tunjuk kat kwn aku.






Maka tamatlah percutian 5 hari 4 malam kami....... dan serius aku tak menyesal pergi ke tawau... Next entry nnt aku share HD Video sepanjang 5 hari 4 malam di mabul & tawau. tp nnt la x siap edit lagi =(( haha...


Till then...............Bubye.....

5 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

Boleh belajar berenang.. belum terlambat. Bertabahlah.......tak sabar menunggu video klip bro...best cerita, saya suka.

Jari Manis said...

Anak-anak bajau laut ni mesti dah biasa ngan air laut kan..dah macam padang permainan buat dorang..tgk tu siap tdo lagi atas tilam tu

RM58 per night..murah tu..tgk kondisi dalam bilik pun ok..

Sah-sah lah kan kat pasar tu byk jual hasil laut yg dh di keringkan..tak membeli ke ikan2 kering tu :-)

Hamboi..bukan main..jgn ngan anak dara ehehe..

Gambar kat N entry tu JM suka...ehehe panjang pulak komen nya...

Chawanna Na said...

tang berlayar atas tilam yg tak tahan tu..untungla diorg dah advanced! kekekeke

Hang Dhamin said...

Khai : tengah confius nak gune lagu ape. adeh ! sbb tu x siap2.

JM : 2 komen yg terakhir tu aku x paham maksudnya hahaha. sila bagi pencerahan.

Chawanna : advance gile plus kreatif. sblm tu aku nmpk naek polistrin kotak. arini naek tilam terapong. kalau la aku ringan.

syidah izan said...

Wonderful pictures! Sorry nak tanya, pakai Fisheye Lense model apa ye? Bole bagi details tak..And harga..Thanks!