Followers

Monday, October 14, 2013

Projek Gegar Cameron Highland Pahang


#Entry nie banyak gamba orang dari pemandangn ! haha

Skip dulu penceritaan Pulau Mabul sebab ade 4 Entry ! so kite cerita pasal cameron highland yang aku sempat pegi minggu lepas. satu entry ja ! kasi setel sebelum hilang ingatan.


untuk trip kali ini aku namakan sebagai travel with #Gengmasjid atau secara umumnya #gengssm sebab ade jugak yang tak pergi masjid hari jumaat ! #eh.. jgn salah sangka. tu Guna kawan baru kami berbangsa India. hehe.

Trip kali nie CEO die HELMI,APIS,WAN..nampak tak permainan die. smua gila pangkat rmi betul ceo. so aku decide jadi follower yg baek sahaja. total peserta 14 dewasa 2 kanak - kanak. 4 Kereta 

Biaselah bile dah ramai2 nie. masa nak  pilih tarikh pun bape kali pinda. aku paling payah skali nak commit sbb banyak berlaga dengan job orang kawen. so bertabah la yer kawan2 . so akhirnya decide 5-6 oktober 2013. 2 hari satu malam. tak perlu cuti sbb kebanyakan kerja satu SSM dan satu bahagian. boleh tutup SSM kalau smua cuti serentak ! #katenye

so Konsep percutian kali nie #family so kami pilih Homestay & BBQ pada malam hari. terbaek !

Setelah beberapa kali bermeeting melayu ! meeting kesudah tak habis2 isu. maka semua pembahagian tugas setel mengikut ketua masing2. Dan terima kasih diucapkan semua bekerja keras dan tak ambik kesempatan sesama sendiri walaupun malam terakhir sblm ke Cameron tayar kereta aku kene curi ! #bertabahla.

Terima kasih buat kawan2 yg membantu menyelesaikan masalah tersebut !#terharu. disebabkan atas kesetia kawanan korang maka aku gagahkan diri untuk pergi walaupun dalam kepala dah serabut nak pikir. packing barang pun dah tak lalu malam tu.  tapi nasib baek aku pergi ! kalau tak serius menyesal. trip kali nie mmg Ohsem abis.

maka hari sabtu bermulalah journey kami dari KL SENTRAL ke Cameron Highland . TQ bagi tumpang kete ijat =p merasa aku amik gamba sepanjang perjalanan. kalau tak confirm aku drebar ! choi.

Jom tengok gambar sambil bercerita.

perjalanan bermula seawal 9 pagi  (eh awalke?) walaupun dah janji 8.30 gerak. lupe aku berjalan dengan orang melayu . janji melayu mesti ade. hehe. pas dah jalan sikit terdengar perkhabaran ade satu  kereta sesat ke genting highland ! hahaha ini lawak ok. der. bawak kete nak kemana arah tu. kite nak pergi cameron ok. sik baek dapat kembali kejalan yang benar. kalau tak. naya !



Aktiviti menunggu ...tunggu dan menunggu...menunggu kereta mangsa untuk menyumbat barang yang berlebihan !





kambing yang juicy ! slurrrpppp


Maka kereta terakhir pun sampai ! jom sumbat ...hahhaha (idea wan ...) nmpk sape yg gigih masukkan barang? 



belum panas bontot berjalanan singgah breakfast  dulu kat RNR rawang sebab masing- masing kebulur tak sempat breakfast . so jom makan.

eh scandal baru ! hahaha





selesai breakfast perjalanan direct ke cameron. Misi hari ini untuk ke BRINCHANG sbb homestay yang kami sewa tu kat sana. Brinchang kedudukannya atas sikit dari tanah rata . dalam 10 KM.

Awan nano mengiringi perjalanan kami. kete sape la kat depan yang merosakan pemandangan nie =p 





Exit tol tapah. dan tunggu kereta porche merah smpi ! kete lambat sikit maklumla lebih muatan.




Selepas 5 minit menuggu sampai jugak ! dan jom kencing beramai2 di tol tapah sblm porche merah lead ke atas pula. takut tertinggal lagi. 



Sekitar gambar sepanjang perjalanan ke cameron Highland ! teringat dulu pernah mandi dekat lata iskandar! sejuk nak mampus. macam mandi dalam ais. tp pas cuba mesti teringin lagi. try le kalau berani. tapi susah parking area sini. tu yg orang ramai dah malas nak berenti.







Kalau korang lalu area nie berenti la. amik gamba memang cun. dulu aku pernah amik gamba area nie. tp kali nie tak berenti. sbb diorg nie bkn gile gamba sangat pun. redho!





Nie la gamba dulu ! eh kurusnye. choi.



Jom sambung jalan !












Wow ade KFC ! good !



antara sebab kenapa kami sewa homestay nie sbb dia ade 5 bilik 3 bilik air. 1 bilik air rare punya. kene tunduk kepala kalau nak masuk ! ini memang sangat style.

sampai homestay sekitar 1.30 ptg. ngam2 sebab check in pukul 2. sampai jer owner dah tunggu sekeluarga. ramah orang nya. rumah cantik ! anak die pun cantik ! eh...sblm tu takda penyewa so boleh terus masuk sahaja. Jom memunggah ! beras keluar. beg keluar.ayam keluar. periuk nasi keluar. dan macam2 lagi. memang macam percutian keluarga. smua ada. nasib baek aku bawak beg roda ! so x de la nak backpack sgt ! haha


Adoi ! gambar lagi !



Rumah nie dari luar nampak mcm satu tiingkat ! rupanya dua tingkat. sebab die ade loteng. ini sangat style ok. aku tido kat tepi tingkap atas tu. nampak?


kat bahagian loteng ada dua bilik ada tilam queen dan satu ruang lapang tempat lepak dan tempat tido! pintu kecik kat atsa tu pintu bilik air.



yg atas bilik kedua kat loteng. bahagian tengah disediakan tilam jugak ! so dont worry tak payah mengangkut toto dari rumah ok. cukup untuk semua. nmpk mcm panaskan? tp sejuk nauzubillah. bukak tingkap la kalau berani!


ni la bilik air yang rare tu ! rendah je. bilik air emergency namanya. tp jangan risau kat bawah ada dua bilik air yg proper untuk semua walaupun ade satu je bilik air ade heater. yg laen bilik ais air sejuk beku ! 


kat bawah nie gambaran ruang bawah !








Tempat BBQ pun disediakan ! tinggal barang arang n ayam jer. jaring dia pun elok lagi. yg bestnye owner sewakan homestay nie kat muslim je. so jaring insyaAllah tak tercemar.





atas nasi apis masak ! bawah aku masak ! kesudahanya ! nasi berlambak ! hahaha..nafsu2...


selesai UNPACK di bilik masing2 . so 2 kereta pergi cari lunch ! 2 kereta lagi duduk rumah iaitu  1 kete buat keje didapur. satu kete lepak atas baring2 erk ! hahaha.

setel lunch smua amik bahagian masing2. mana yang masak nasi goreng kat dapur. mana yang buat air pergi buat air. mana yg bahagian BBQ pergi hidupkan bara api. dan yang bestnye. semasa nak hidupkan bara api tu hujan lebat ! tau la kan cameron highland memang sejuk. hujan pulak tu . serius sejuk. macam duduk dlm aircond pastu pasang kipas no 5. sejuk dan berangin. mulut siap keluar asap tu ! siyes tak tipu . semua batak hembus nafas kuat2. aku igt kat oversea je boleh buat mcm tu ! bangga.

BBQ kali nie proses masak die agak style ! ade satu tempat pemanggang ! ade 5 tukang golek = 5 penyepit dan satu bomba ! tukang jirus air kalau api marak. style kan. 5 tukang golek tu yang tak tahan. belum sampai seminit org pertama golek ayam ! org kedua dah golek ! belum masuk campur penggolek ketiga hingga kelima. smpi hitam ayam batch pertama! selepas mendapat keserasian. baru cantik sikit hasil masakannye.

kali nie yg masak semua org lelaki . yg mak - mak dan mak buyung rilek tengok tv je kat dalam.  bestkan jalan dengan kami. rilek je. hehe. jangan serik ok.

selesai semua. MAKAN time. keep calm and eat.


Berlakon busyyyyy ! pui

ko jangan nak berlakon busy la mi kata nash dalam hati !

bapak aku nie poyo la  kata firaz ! 

ok dua2 kat belakang buat2 busy !

Sayang ku ecah ! mata abg masuk asap....sadis muka ko nash !
sila detect sapa yang tak buat keje ! haha
mata masuk asap lagi! hahahhaa









tak abis2 honeymooon lagi ka? 




Abang yg ambik gamba nie hensem la....malu !

tinggi nya doa. confirm makbul.


Part sebelum tido paling best ! yang maen XBOX tinggal la kat bawah ! yang maen Kad kentot semua duduk atas. permainan ape tu biar kami je lah yang tau. siyes tak boleh lupe ke akhir hayat. sampai tidor bukak tingkap walaupun sejuk nak mampos ! tido berselimutkan toto. memang mcm oversea time winter.

zzzzzzz.

AHAD 6 oktober 2013

Good morning. siyes malas gile nak bangun. tugas helmi memastikan Azmi bangun. sebab azmi  ketua breakfast. pas azmi dah bangun helmi bangun untuk memastikan Azmi buat keje pulak ! hahaha. dengar ceriita bergadoh kat dapor ! hahahah. .aku zul wan syok lagi tido . untuk mengurangkan orang tido dan lebih ramai yg buat kerja. aku dan zul pastikan wan bangun dan turun ke bawah. haha. pastu kami sambung tido. yahoooo...lepas dah rasa bersalah tido lama sangat ! aku turun bawah. english breakfast OTW ! slurpp.... tp lupe plak nak ambik gambar...sbb lapar adeh !


asyik sejuk je dua orang nie ! hahahaha


Hai uncle hensem....kata firaz

sebelum checkout jom group photo !


Bagi yang ada kereta jom posing MLM. hahaha





Tijani meragam ! terpaksa bapaknye ambik gamba dengan anak angkat 2 org yg diambil dari bosnia.


dan bagi yg takde kereta. sadis ! jom amik gamba dengan kereta pinjam ! hahaha. sila cari downline byk2 nak kasi cepat kaya =p





Dan biaselah bile dah ramai2 gambar lompat jatuh hukum wajib. nak suka sangat lompat ! sile hayati....hahhaa





dah penat lompat jom ronda cameron ! tp otw kitorg nak jalan hujan pulak. huhu. sinnggah tempat berbumbung je la jawabnye !



Lokasi pertama kat tempat nak petik2 strawbery tu. tp tak petik pun sebab hujan. lgpun x feel la nak petik semua lelaki je. haha












JOM borong teh !





selesai d i tempat strawbery kami ke Pasar. macam pekan sari . jual starbery fresh dan macam2 lagi ! kat sini la kami borng strawbery. murah sikit katanya. teh pun murah seringgit kat sini. kami dapat satu tray strawbery 35. borong sorg satu.

masa kat pasar masih hujan so kami lepak dekat kedai strawbery cicah coklat ! budget CT n dato K. tp ade najib n zul je kat situ. spoil ! tp berbekas2 jugak kami makan. sedap pulak layan time hujan. tq ajib belanje aku.




dah sampai Cameron kene lah try teh nye. so kami pilih untuk lepak dekat Bharat tea plantation. 




















mesej sape tu wan ! ehem....








Selesai di Bharat tea terus berangkat ke KL sentral pula untuk sesi pemulangan & pemunggahan barang ! dengar ade org muntah time turun dari cameron  sapelah tu yer. hahaha. biarlah rasie. 

dan untuk penutup gambar terakhir sebelum Wrap. ! korang ohsem. harap ade lagi trip lepas nie. terima kasih smua. 





Sapa nak tau pasal homestay tu boleh comment kat bawah k. sbb aku malas pulak nak cr no tepon die masa karang entry nie. haha. Ok nak karang entry mabul...Chalos.

8 comments:

Jari Manis said...

stobely..nyum..nyumm..

Best aaa dpt barbeku ramai2...ehh..semua org bergambar ngan 'pasangan'..mana 'pasangan' HD..dia tak ikut ke ehehe

Gambar lompat ramai2 tu kelakar heheeh

Muhammad Khairuddin Lim said...

amboi...ohsemnya jejaka belaka....best-best.

Yusep Sugianto said...

strawberry-nya yummy.....

Hang Dhamin said...

Jari manis : hahahah...pasang HD masih kat sekolah menengah lagi. tak besar2.


Khai : nak join skali ka. jom

Yusep : terbaek dari ladang

Hang Dhamin said...

Jari manis : hahahah...pasang HD masih kat sekolah menengah lagi. tak besar2.


Khai : nak join skali ka. jom

Yusep : terbaek dari ladang

Yana Amira said...

salam..homestay ni area mne ye..n rate smlm brape??bole bg contact no owner hmestay ni..tq :)

Muhammad Firdaus said...

Ada no contact owner homestay tak? Tq

Skin Care Terlaris Dari Pantai Timur said...

Blh dptkan contct owner homestay tu..tq