Sebenarnya terdapat 3 misi utama sewaktu aku mem Plan percutian ini. Antaranya
1. Floating Market hatyai (Succed) Baca sini - Part 1
2. Aonang Krabi ( Succed) Baca sini - Part 2
dan misi yang terakhir ialah untuk menaiki Cable Car di Hatyai.
TAPI
Mungkin nak suruh datang lagi agaknya maka misi itu gagal disebabkan hari itu hujan turun. sekejap lebat. berhenti. renyai dan lebat kembali. 4 hari aku di Thailand aku dapat merasa 2 hari panas dan 2 hari hujan. tp ok la dari 4 hari hujan. lagi naya. maklumlah bercuti pada musim hujan kan. Memang dijangka.
Kami dijadualkan untuk pulang ke Kl pada jam 4 petang menaiki Train. maka kami telah deal dengan pihak hotel untuk keluar lewat iaitu pada pukul 3ptg . lewat 2 jam dr jadual asal dimana kami seharusnya check out pada pukul 1 ptg.
Semalam selepas bertolak dari Krabi kami terus check in di hotel yang mana kami telah book siap - siap dari Kuala Lumpur.
Hi - Season Hotel
Harga semalam : THB 980
Late Check Out : THB 300 (2 hour)
Bangun je dari tido hujan memang sedang turun dengan lebatnya. selepas lebih kurang sejam hujan makin reda dan kami decide untuk bersiap dan mencuba nasib di Cable Car.
Sebelum itu kami Breakfast dulu di kawasan sekitar Lee Garden Plaza di kedai bernama Salma Halal Restaurant yang terletak berdekatan Restoran Hamid. Nasi lemak die boleh tahan sedap.
Hotel yang kami duduk tu sebenarnya agak jauh dari bandar dan harus di access melalui tuk tuk. takde lah jauh sangat tapi kalau jalan kaki lebih kurang 2 KM berbanding hotel yang lepas lebih dekat.
Selesai bersarapan kami menahan sebuah tuk tuk untuk membawa kami ke cable car. selepas deal kami harus membayar 600 TBH untuk kesana. kawasannya agak jauh dari bandar sekitar 20 - 25 minit perjalanan. tp dia akan tunggu sehingga urusan kami selesai. sama konsepnya seperti di Floating market hatyai. Ok la. Deal. Malas pikir sbb average harga yang aku tanya pun sama ja.
Sesampai disana sekitar jam 9 pagi cable car masih belum buka kerana ia start ber Operasi pada jam 10 pagi. so kitorg ronda sekitar situ dulu melihat patung - patung yang dibuat. Sangat menarik !
Selepas seketika tetiba hujan kembali Renyai. Adoi. terus aku dapat rasakan yang cable car ni takkan berfungsi so kite tukar Plan B. masuk Hatyai Ice Dome
HATYAI ICE DOME
Tempat ini sebenarnya terletak di tempat yang sama jika mahu naik Cable Car. So masuk je lah dari tak buat apa -apa hari ni kan.
Fee : 300 Tbh untuk warga asing (RM30)
yang menariknya pasal tempat ini kita akan dibawa masuk untuk melihat ukiran - ukiran bangunan - bangunan daripada ais yang terdapat di kebanyakan negara yang ada didunia. KLCC pun ade. Bangga !
Tapi die punya sejuk mak datuk ! Memang sejuk gila sebab memang masuk dalam peti Ais yang bersaiz besar ! Walaupun kita dibekalkan baju Winter ala -ala bercuti di korea. tp sejuk jugak !
Tapi tempat die takde lah besar mana. tak sampai 30 minit pun kat dalam tu ! bergambar sekadar perlu dan keluar. Ok la untuk kali pertama masuk. nak masuk untuk kali kedua tu tak kot. gamba dalam nie pun x sempat nak snap semua sebab sejuk oi ! grrrr...
Terdapat dua bahagian di Ice dome ini. satu bangunan dan satu bahagian lagi hidupan didasar laut ! tp ade dinasour ditepi2 ! ape cite?? layan
Kawasan Luar Ice Dome. menarik gak la bile die buat macam nie. takde la kosong je kan. nice try. untuk ke cable car kita kene amik bus tak bertingkap seperti dibawah untuk dibawa naek ke puncak. sbb ice dome nie kat bawah ja. Kuasa van Tuk tuk tak mampu untuk mendaki ke puncak. hehe.
Selesai di Ice Dome kami suruh Driver tuk tuk tu untuk menghantar kami di Lee Garden Plaza. Kami ronda untuk kali terakhir sambil membuang2 masa yg ada sementara menunggu petang. Sampai je waktu makan tengah hari aku sebagai peminat Tegar KFC pun teringin nak mencuba KFC Thailand. Agak sedap jugak walaupun kawan aku ckp masin. Maklumla kalau dah minat semua sedap orang cakap. tp KFC Indonesia memang tak menarik. Sorry to say. KFC Malaysia lagi syok. KFC kat Singapore je tak sempat try aritu.
Kitorg tapau KFC tersebut dan bawak pulang ke Hotel ! makan sambil rehat2 kan badan ! Kotak KFC die stylo gile sbb pki kotak keras. aku siap bawak balik Malaysia ! haha...siap boleh tido lagi menunggu petang. lene abis. Penat wo berjalan 3 hari tanpa henti. skali dapat rehat terbaek !
jamhampir menunjukkan 3 petang, kami bersiap untuk check out sebab hujan dah mula turun dengan lebatnya. jalan pun dah banyak tutup sebab malam itu akan berlansungnya pesta nak sambut new year katenya. Untuk mengelakkan kami tertinggal train. lebih elok kami keluar awal. kang naya jadi penduduk tetap plak kat sini. sian mak aku rindu nnt.
Selesai kami masuk ke dalam train. maka misi pulang ke KL pun bermula. Another 13 Hour. New year dalam train jer. itupun pkl 12 tu aku dah tido. haha..no celebration for me. terhindar maksiat aku duk dalam train diam diam.
Pukul 8 pagi aku sampai di rumah ! dan sambung tido lagi..terbaek ! so Happy new Year.... The End
3 comments:
Bila baca entry ko ni, baru tau ada cable car kat hatyai.. Kalau naik kereta sendiri, boleh ke untuk ke cable car tu? or, kena naik bas yg mereka sediakan aja...? aku pon ada plan nak p masa new year ritu, tp rasa mcm masa x cukup, so terus divert pulang ke kg aja...;)
Farikica....Salah satu punca nak ke Hatyai nie sbb nak naek cable car tu le...skali tak dapat pulak ! sadis...susah jalan musim hujan nie..
sungguh bagus blognya. Salam kenal Gunadi Firdaus
Post a Comment