Followers

Saturday, October 26, 2013

Travel ll Pulau Mabul - Sabah Part 3


Sambungan dari sini (PART 2)

disebabkan 3 minggu direct bermula esok aku akan sibuk mengambil gamba orang kawen. terpaksa la aku mengarang entry baru nie secepat mungkin. sbb nanti nak mengadap muka pengantin berminggu2 utk proses editing. sian pulak cerite tawau tak abis2. sadis. kene la rajin nak cari duitkan. kalau tak sape pulak nak taja percutian. haha

HARI KETIGA
Selamat Pagi. tido memang lena sampai rasa taknak bangun. tingkap bilik aku sampai terbukak la sebab angin kuat sangat. hujan masa aku tido tu. patut nyenyak sangat. 
Sambil menunggu sarapan pagi dihidangkan. lepak la kat beranda sambil menghirup udara yg segar ! sambil2 lepak tu lalu la budak2 bajau nie. enjoy je aku tengok diorang kayuh sampan kayu tu. mula2 aku plan nak bayar diorg bagi aku naek sampan tu sbb teringin. tp sbb takde life jaket takut pulak aku kalau tergolek sampan tu. halus je aku tengok. haha.

so aku dengan yakin membatalkan niat aku tu. budak2 nie kaki mintak duit. kalau die nampak pelancong mmg diorg akan mintak. ikut hati masing2 la nak bg ke tak. tp org situ tak galakkan nnt diorg terbiase kacau org. hmm. tp kalau nak bg pun tak salah. rezeki budak2 tu la kan.



Pagi tu breakfast Nasi goreng + Telor mata. sedap jugak. berasa orang kata. so makan la sepuas hati sebab hari ni nak snorkling. perlukan tenaga banyak katanya. 


Kami dijanjikan Snorkling jam 9 pagi. tapi tak muncul2. jenuh tunggu. masalah sebenar masa kitrog kat sini ialah scubajeff nie amik customer banyak sgt sbb tamak aku rasa tapi tak mampu nak urus. boat tak cukup untuk urs kesemua customernye. bertabahla. dalam pukul 10 baru sampai boatnya. 

Nmpk tak aku jenuh tunggu nie !


Sementara menunggu boat. orang kat sini kebanyakannya akan jual seafood segar dlm sampan. so kalau korang teringin nak makan boleh la beli dan suruh orang chalet tu masak. aku dan kawan lama + kawan baru decide utk beli lobster Selipar (style kan nama) dan ketam utk menu kami malam nie. masak ape tah nama die. aku pun lupe. kami upah makcik kantin scubajeff masak. lobster selipartu murah je. satu rm 10. so tong tong je lah.ketam lupe harga bape tapi murah je.


Lobster dan penunggu gua ! hahaha. inilah bentuk lobster selipar itu ! pelikkan. 


Dan inilah hasil tangkapan kami utk dimakan malam ini.




Nampak tak pari kat dalam sampan tu. Yum yum




Sementara menuggu lagi kami di hiburkan oleh penghibur jalanan haha. nie brother ni pun hasil buangan dari scubajeff jugak tercampak dengan group2nya kat sini. haha. diorg stay 2 hari satu malam ja. so diorang akan pulang hari ini.





setelah penat menunggu . akhirnya kami pun pergilah snorkling. lambaian terakhir kawan baru sebelum semuanya pulang ke kuala lumpur. goodbye.



Setelah tak sampai 5 minit naek boat maka kami pun sampai. inilah lokasi snorkling kami. takde orang pun. tp boring pulang bile takde orang lain . kami2 je.



Get Ready & You Jump I Jump.


Kami tak sangka ade rakyat Planet Pluto pun berminat untuk snorkling disini. hahaha. adoi tapi roti tertinggal pulak kat chalet. x dapat nak feeling2 bagi makan ikan.



Snorkling kat sini cantik jugak. tp aku rasa tak secantik perhentian. yang aku perasan ikan tak byk sangat dan tidak pelbagai. mana pergi ikan banyak2? merajuk kami tak bawa roti ke. haha.
Kami snorkeling tak sampai sejam pun pastu dihantar balik. sbb diorg nak hantar orang kat tempat laen pulak. hampeh. tu la ambik lagi customer ramai2. kan tak boleh nak handle.
Kalau nak cantik korg kene dive la. sini snorkeling biase2 je. nak cantik habis sile ke perhentian. memang puas .














Dalam pada nak balik tu merasa la pegang tapak sulaiman. kami dijanjikan akan snorkeling kali kedua pada jam 3 petang. ok noted.





Dan seperti biase. janji tinggal janji. snorkeling jam 3 dibatalkan. bukan kami je kene. satu group lagi pun kene dibatalkan. sesuka hati diorg je. saat itu terus aku decide utk boikot Scubajeff ni.
Maka disebabkan tiada aktiviti petang tu maka kami putuskan untuk berjalan di sisi laen pulau mabul ini. so kami bertanya pada pekerja kat situ kat mana lagi nak ronda. so keluarlah cerita resort mewah yg boleh di lawat tapi otw nak ke sana kene lalu kubur. seram jugak dengarnye. tp jom je lah sebab siang lagi kan. kalau malam mau berlari ke sana 






Inilah kawasan perkuburan yang aku maksudkan itu. nmpk tak kat bawah pokok kelapa tu banyak kubur. yang menariknya kat kawasan perkuburan itu kalau kubur budak kecik diorg akan letak botol susu sebagai simbolik agaknya. tapi aku tak tangkap lah gamba sebagai menghormati si mati. kang ada yang mengikut ! ok aku takut.
Setelah 5 - 10 minit perjalanan maka sampailah kami kesini. Sipadan Mabul Resort (SMART) . memang smart kawasan nie. penuh dengan pokok kelapa. redup je rasa. kalau nak merasa resort mewah tapi atas darat sinilah kawasannya. ramai aku tengok couple baru kawen kat sini. honeymoon agaknya.





Diorang kat sini siap ade private beach lagi dan kawasan terbaek untuk melihat sunset.





















Selesai melayan sunset. kami pun pulang. nak stay lama2 pun takut jugak sbb balik kene lalu kubur. hehe. so balik kami terus ke scubajeff sebab dinner specel ketam dan lobster selipar kat situ. kawan baru kami pun dah menunggu disana.
untuk ke scubajeff pun kene melalui jeti halus. guide yg bwk kami smalam pernah ckp rmi pernah jatuh kat situ dan pernah runtuh jugak yer. so sile hati2 dan jarakkan kenderaan anda antara satu sama laen. haha. pernah pelancong cina seramai 6 orang jatuh serentak. habis semua gadget mereka. kesian. so jangan nak gembira terloncat2 sangat atas jeti tu.


Sunset OTW ke scubajeff







Dan malam pun menjelang.maka hidangan yg kami idamkan pn keluar. serius aku suka. sedap wei. korang memang kene cuba kalau datang sini terutama lobster selipar tu. upah masak Rm 20 sahaja.

masing2 makan sambil jilat jari.dan kami dipahamkan selepas makan kami akan pergi melihat orang bajau laut kawen ! yeay. aku mmg suka tengok orang kawen ! haha. sbb tu aku jd photographer orang kawen. kukuh tak alasan aku?

tapi sebelum pergi kenduri kawen. aku hantar ema & ijan utk setelkan hal snorkeling kedua yg dibatalkan tu. kami mintak refund balik duit kami. aku hantar diorg je setel. sape berani nak melawan dengan diorg. mau kene hentak !  diorang kawan aku yg paling gagah aku pernah ade. haha. diorg lah kawan dan bodyguard aku. hehe. so KES kami menang. dapat balik RM 50 untuk satu sesi snorkeling. 




selesai makan kami ke sini. ramai tau orang kat sini. meriah gile. semua pelancong datang untuk melihat perkahwinan ini. suka gila pelancong tengok siap gi depan amik gambar.

tapi bagus lah bende2 mcm nie.tarikan pelancongkan. Perkahwinan bajau laut nie sama sahaja dengan orang melayu sebab diorg orang islam jugak kan. cuma ade beberapa adat yang mereka praktiskan disini. iaitu mengalai. sape yang menari akan dapat duit. 



Dari yang besar sampai kecik menari. aku sampai naek hafal lagu yg diorg pasang untuk sesi mengalai nie.

Amacam suit tak pasangan pengantin nie. siap ade sesi tukar baju untuk sesi potong kek ! kelas.


Dan sebelum sesi memotong kek ! ade menari lagi. yg ni paling hot. terbeliak biji mate pengantin hehe (kidding)

Eh silap ! yang nie paling HOT hahaha. ok no komen !

Dan yang paling Class. setup kek depan orang ramai. siap block pengantin.hehe. nak kek sikit boleh? 

Selepas selesai melihat acara ini. maka kami pun pulanglah ke bilik masing2 dan ZZZZZzzz....esok nak balik tawau dah ! SELAMAT PENGANTIN BARU KAMU....
Part 4 : Boat nak terbalik OTW ke semporna ???? dan ape yg best di tawau? nantikan...Continue

15 comments:

cik sophia kirai said...

aaa besnyer dapat tengok bajau kawen...hishh aku tiap kali nak g tanye dulu ade pape kenduri tak..satg dorg cakap party buih ade laa hahaha sabo jela..emm pasal snorkelling tu..memang weyhhh camtu..ak kene gak tp sbb esok ade mase die tuka esoknye je hmm nak2 dah ramai orang..seb baek dpt refund..

Unknown said...

Kawan aku bagitau, kalau snorkeling kat Sabah...paling lawa view kat Pulau Sapi. Aku xdapat nak sahihkan sebab fobia nak masuk laut. Hahaha.

i'm shin... i'm inesen said...

air dia jerenih.. tp kaler dia x biru kehijauan mcm kat Pulau Redang.. hurmm naper ek

Hang Dhamin said...

Phia : la ko pun kene jugak ke. igt aku jer. die pun nak tukar snorkling aku ke hari esoknya. tp aku nak blk pkl 9 pagi. takkan nak snorkling pkl 7 pagi haha x nak aku.

Bibie : aku pernah pegi pulau sapi tu. tu kat kota kinabalu. tp nak snorkling kat sapi tu kene dari pantai. jauh oi. penat nak berenang. die x berenti dekat tengah.

Im Shin : air die jernih macam air sungai. mgkn sebab kawasan situ air die cetek kan. kalau biru biase kawasan dalam. kat tenagh2 biru je air die.

riezal said...

Salam Tuan Tanah...
aku pon pernah stay kat scubajeff gak on 2011.. betoi laaa.. aku rasa mcm indah khabar dari rupa sket.. promosi gah bagai tp servis mcm suam2 gitu laa hehehe.. tapi dia punya titi kat blkg nak ke darat tuh sumpah ngeri... terketar2berjalan atas tuuu.. dah repair ker blom taktau lerrrrr...

Hang Dhamin said...

riezal : rupenye rmi yg senasib. haha. servis kat perhentian tip top. so aku harap bende yg sama tp hampa.

titi tu ok dah kut sikit. tp ade yg tampal2 pki kayu ja. smua kene amik lajak bile nak jalan. takut jalan berkumpulan haha

Time Traveller said...

Speechless kot.. hahahaa.. camera masuk air?? GoPro ker? terbaik nie..

cik sophia kirai said...

to riezal : aku pon pergi 2011 and titi tu memang ngeri..and 2013 pegi lagi duk scubajeff lagi and titi tu semakin kukuh hehehe

yela..memang agak murah tapi tu la..servis biase2 jer..hehe

Hang Dhamin said...

TT : kemera sony pinjam ! hahah. kwn punye yg kalis air tu. gopro x mampu der....semua itu duit duit duit hahaha

Phia : ko x jatuh kire slamat la titi tu...heheheh peace !

Jari Manis said...

itu kawin olok2 atau betul...lepas tgk org naik pelamin..tiba2 teringin pulak hahahah

Hang Dhamin said...

JM : kawen betui2 la.....hahhahaha...untungla nak kawen dah

Unknown said...

Kesian ikan pari tu semua ditangkap tau!! ko jgn nk nyam2!! kbaik

Hang Dhamin said...

Chawanna : mana boleh kesian kat makanan nnt haram nak makan. haha. tp aku takde la penggemar pari tegar pun. harap spesis ni x pupus

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. ahhaah tergelak sheila baca entri awak. hehe bestnya snorkelling! heeee nasib baik dapat refund balik duit. hehehehhe ~~~

Unknown said...

Tak puas nk tgok picture.. Pakai view mata ikan ke apa? Huhu. Mcm best.
Selain scubajeff pakej apa yg service terbaik??