Followers

Friday, May 30, 2014

Travel - KUNMING PART 4/5 (Jiuxiang Cave & The Stone Forest)

Sambung dari SINI

12 Mei 2014 ( SABTU )

Hari ni mood double happy. birthday aku kan hari ni haha. so hari ni ada dua tempat menarik kami akan terjah. disebabkan masing2 tido lambat smlm sebab ada parti buih   celeb besdey lepas 12 malam tu. maka pkl 1 jugaklah tido kami2 nie. bilik sebelah tak tau la pukul bape. aku dengar mengilai je lagi tengah2 malam buta tah apa yg di gelakkannya. test baju nak pakai esok la tu !

Kunming Jiuxiang Cave

Keluar je dari hotel kami. mula2 plan nak tahan teksi sebab tempat ni jauh jugak dari bandar kunming. dalam sejam perjalanan. ke lebih. adeh lupe plak aku sbb aku tido je sepanjang perjalanan. Ngantoklah. tibe aku di sapa mcm travel agency punya orang kot. so bincang2 kami dapat harga RMB700 untuk satu van yang akan membawa ke dua tempat iaitu jiuxiang & The stone forest .harga itu tidak termasuk tiket2 nak masuk kedua2 tempat nie yer. kedua2 tempat nie merupakan dalam satu perjalanan yang sama. 

Ni la auntie tu. suke dapat bergamba dengan kami. siap panggil kawan2 nak tunjuk hasil gamba haha


Nampak? makcik panggil kawan2. so jom la ambik gamba skali haha. auntie sorg ikut kami jd tour guide. tp cakap china ok paham sgt ! 


So kami di bawa ke Jiuxiang untuk lokasi yang pertama. 

tiket masuk sini RMB 60 . ke RMB 80 adoi lupe lah . itu termasuk harga menaiki boat dan cable car nnt. so jom ronda ape yang menarik. Sepanjang perjalanan Roy layan auntie cakap china.. adoi tak paham. roy pun tah ape yang diboraknya bukan reti cakap china pun. mcm haram aku dengar hahaha.




Ok dah sampai pintu masuk utama. auntie belikan tiket. tp kami bayar kat die la. senang kerja. Jenuh jugakla die nak explain dengan bahasa badan. kami paham jer. hebat kami tafsir.


Aktiviti pertama naik boat. tak lama pun dalam lebih kurang 5 ke 10 minit menyusuri sungai sambil di kepung oleh bukit bukau itu. style jugak tapi sayang sekejap sangat. tak sempat nak feeling lama2 tetibe dah patah balik.








Ok selesai Boat cabaran Tangga bermula. tempat ni dah masuk tak boleh keluar ok ! haha. maksudnya masuk pintu lain keluar pintu lain. penat tak penat korang kene jalan jugak sehingga pintu keluar. Chayok !

Jom Masuk Gua. Kagum aku dengan china tempat macam ni pun boleh jd stylo dan tempat tarikan pelancong. 







Lampu memang memainkan peranan yang penting kat sini. semua tempat jadi cantik sebab lampu je pun. kalau dia pakai satu lampu mesti suram jer. jom layan.






Dari pada awal tadi memang keje panjat turun naik tangga je. jauh ok. perjalanan yang tak nampak penghujungnya haha.

Tengok tangga bawah ni pun tak tau mana endingnye. Tapi dalam ni sejuk so penat tu terserap sikit la.
















Dekat ending die merupakan tangga paling mencanak aku rasa sebab tu diorang ada sediakan tandu bagi mereka2 yang nak merasa. tp kene bayar la tak ingat berapa. nampak tak muka perempuan tu. penat habis. tak menikmati pun tandu tu ! haha


Tapi kawan2 aku hebat ! berjaya habiskan walaupun ermmmm bape kali eh benti ambik nafas ! haha. Proud of you . siap peace padahal lutut dah bergetar! 


Nak kasi relek skit ke pintu keluar naek cable car. weeehuu ! Open Air lagi. kalau gayat tutup mata je lah sebab tu je pilihan yang ada. nak mampus patah balik jalan tadi ! haha. nasib baek kami semua ok. kalau tak macam cabaran fear factor pulak ada yang nangis2 tak nak buat.




Disebabkan tak da sapa nak amik gamba kami. ok ko selfie sana aku selfie sini.




dekat luar ni ada kedai muslim jugak. tp tak selera nak makan. sebab tetibe org kedai tu buang kahak depan kedai. kembang tekak. orang2 sini mmg kuat meludah . demm.  so jom ke lokasi seterusnya.



The Stone Forest

Tempat ini terletak di shi lin lebih kurang 30 minit perjalanan dari jiuxiang.


Ok dah smpi tempat wajib pergi bile di Kunming. Driver park kereta di parking dan kami naik buggy untuk ke tempat pembelian tiket. Tiket RMB 90 tak silap. oh ingatan makin lemah dan kene beli tiket buggy untuk ke pintu masuk utama. ok yg ni lupe harga. RMB 25 mcm tu sekepala. sebab dari tempat beli tiket ke pintu masuk utama jauh jugak. motif sangat tempat beli tiket jauh sbb nak suh bayar buggy tu haha.

Ok dah sampai ! ok Teruja. tak tau mana nak mula. besar ok tempat nie walaupun apa bezanya kiri kanan batu jugak haha.

Jom usha sekeliling nie. ni lah buggy yg dimaksudkan itu. driver stylo baju.





Ni tempat pembelian tiket. lepas beli tiket naik buggy lagi dalam 3 minit perjalanan. tapi kalau jalan kaki seumur hidup perjalana ! haha sebab penat naik tangga tadi.


Dari Pintu masuk nak ke tempat batu2 tu sekitar kurang  1 KM perjalanan.  pergi tak rasa jauh. balik rasa macam satu purnama nak sampai tempat keluar.




Ok selfie dulu bukti Check In !


Ok Lompat Pulak bukti excited ! hahaha





ok atas gamba sebelum tukar baju tradisi. bawah lepas tukar baju ! wow ! berbeza sungguh . china look betui jadinya. 


Kat bawah ada jual2. beli air dlutakut penat !


Panjat punya panjat skali ..................



salah jalan da...........patut kami sampai ke sana tu. tapi asal bumbung jauh sangat tu....demm ! kene terbang kah. turun balik dan cari jalan yang betul. 





Banyak gile phone kat atas ni kalau nak mintak bantuan. tempat ni serius besar ok. jangan main nyorok2 nnt hilang !

Lepas penat mencari sampai puncak tadi. jom tengok view dari puncak pulak !




Nampak tak tangga tu. sayup ja. banyak lagi tangga kat sini ! mampuih 








Selepas penat jom keluar. kami tak lama kat sini sebab uncle tu bagi masa 2 jam 30 minit. mula2 ingat cukup. last2 x cukup nak cover smua. rupanya jalan keluar masuk laluan yang sama. kami tah ikut jalan mana tah ingat ada jalan keluar lain dan kami sesat ! hahaha. tempat ni serius banyak simpang. patut la banyak pondok phone kalau sesat boleh call mintak bantuan. tapi kami takdelah sesat teruk. cuma terlajak jauh ja. so patah balik ikut direction yg ada dan selamat keluar. 

Perjalanan nak ke buggy jumping dari pintu masuk tu terasa maat jauh gile. ye la kedua2  tempat kami pergi semua naik tangga. tak terkira berapa banyak tangganya. balik tu tak berborak dah. semua diam kepenatan. hahaha. otw balik jom tido dalam van ! bukak kasut dan tido. kelegaan tahan dewa 19.

so sampai hotel rehat jap. mlm ni macam takda aktiviti dah sbb tempat yg nak pergi malam ni dah terpergi semalam. tp disebabkan malam ni malam terakhir di kunmig so kami decide untuk pergi lagi mid nite market di Zhing yi road semalam sebab area tu best. takkan nak duduk hotel je tak #GenY lah haha

tapi sebelum tu kami usha kedai2 dekat area hotel kami. meriah jugak cuma tutup awal. pkl 7 lebih diorg dah start tutup. so usha apa yang patut untuk budak2 opis masing2. tak banyak choice. mane yang ade je lah yer.




so pukul 8 malam kami keluar tahan teksi dan lets go. teksi kat kunming ni nasib la. klu yg nak pakai meter murah. klu yg letak harga mahal. tepuk dada tanya selera. so malam ni murah skit dari malam sebelumnya.


Sampai2 je lepak starbuck dulu. beli lagi tumbler sebab ada orang kirim. sambil tu minum2 jap layan wifi.


Lepas tu dapat message dari emak aku berbunyi seperti dibawah ! terharu baca. tak sabar nak balik jumpe mak. hahah. harap makbul doa mak aku. Amin.


so jom ronda ..... perabih duit yang ada. esok nak balik dah. 



Maharaja tak sempat naik tahta dah kene reject terus.



Ok aku tolong amooi cantik ni jual. dan pembelinya kawan2 aku jugak hahaha. abis diborongnya.




so malam ni kami lepak smpi pkl 10 lebih je sbb esok nak keluar hotel pkl 6 pagi sebab ade satu lagi tempat wajib pergi sebelum pulang ke KL pkl 5 petang. yg ni Tangga kuasa kelima! azab. To Be Continue ...


11 comments:

PaE said...

Cantiknyer batu tu... Mesti ko penat panjat tangga rase macam nak tanggalkan jer kaki kan.. hahahaha.. aku penah merasai keadaan tu... Terpaksa diteruskan gak...

Bibie Karim said...

Sejak naik umur, semua ko lupa kan. Next time kena catit dah info2 penting kalau ko travel.

Aku rasa tempat first tulah aku penah tengok kat mana ntah, tapi during winter. Lawa gila area waterfall tu. Bertabah gila ah korang memanjat, salute toing2.

Miss said...

happy belated birthday!! ^^ V

Ceq Nuen Kerepekzz said...

Wah siap ada penarik tandu kuat tol dia orang.serius cantik sangat pic atas puncak tu

Anash said...

ok...
akak jeles
sebab
best jugak pi sana rupanya


(makan ubat kuat lutut kaki laju2)

Time Traveller said...

Baca tengok gambar... baca sket lagi tgk gambar.. baca baca tgk gambar.. huhuhuu... nak aku komen apa.. awesome..!! itu jer la dari aku hahahaa :D

CheguZam said...

Syoknye gambar, sangat mengujakan membaca. Menarik

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

wah.. teruja dengan batu batan berwarna warni..

Hang Dhamin said...

Pae : hahahaha kan. kalau tak teruskan nnt menyesal haha

Bibie : tu la pasal kene bawak notepad pasni. nak tulis dlm phone jimat bateri haha

Miss : tq =)

Cik nun : penarik tandu pun kadang2 berenti sbb penat. sbb tu kitrg x try sbb kesian.

Kak anash : kate nak g lawat john same2. haha

TT : hahah poyolah ko awesome. hahaha

Chegu : tq

MKL : hai pembaca setia.

lukman said...

bro, very informative and funny at the same time. Coicidentally, i'm going to Kunming in 1 week's time, coz u mentioned that u prepared an itinerary (with pictures) can you help provide me yr itinerary? email at lukmansani. g m a i l. c o m..
thanks bro

Susan said...

This internet site is my breathing in, very great pattern and perfect content. The official Celebrity Celebrity birthdays Android app features all of today's popular celebrities including actors, singers, and social media stars.