Followers

Monday, June 9, 2014

Travel - KUNMING PART5/5 FINALE (The Dragon Gate)

Sambung dari SINI 

Yeay ! dah masuk Part akhir pengembaraan di Kunming ini. Bila di fikirkan balik sekejap je masa berlalu. nak pergi sini lama jugak tunggu. pejam celik siap dah masuk part akhir dalam blog lagi. 


Selasa lepas aku baru balik Dari jakarta kejar Runningman haha. nanti aku cerita k pengalaman gila kat sana ! hari ni fokus kat entry akhir nie dulu.


13 Mei 2014 ( Selasa )
harini bangun Pagi sangat pagi. pukul 630 dah keluar dari hotel cari teksi. sebab harini flight balik pukul 5 petang so kami nak menyelesaikan satu lagi misi penting di Kunming nie. Orang cakap tak sah pergi Kunming kalau tak kesini. So Jom Footprint di The Dragon Gate .


Perjalanan jauh tak jauh sangat la. dekat sejam jugak dari Hotel. kami di bawa ke Cable car kalau tak silap di Hu bin Ropeway sebab nak naek ke dragon nie kawasan die tinggi. macam naik Genting Highland. 


hari ni excited sebab kita akan menaiki 2 jenis cable car. yang tertutup dan terbuka. 


disebabkan kami bertolak awal. kami sampai di area cable car sekitar jam 730 pagi. cable car pun tak beroperasi lagi. 830 pagi baru bukak. so on the way gi cable car tu kami nampak area muara. tak tau la tu laut ke ape. tp aku syak tu Muara sebab lebih tenang. tetibe sunrise muncul area nie. Excited sekejap. Jom layan !






Ni bukan tiang elektric. ni cable car punye jalan. syokkkan. 







ok dah pukul 830 pagi tp kaunter tak bukak2. nak keje ke tak nie. dah la kami kejar masa. grrr. pkl 845 baru muncul orang jaganya siap bawak meggi. haha. baru sarapan ker? kesian. 


harga tiket ropeway seperti dibawah. 


so the journey is begin. kami orang pertama naek cable cAr tu selain pekerja2 mereka ini.







Nampak? baru turun cable car dah kene panjat tangga ! time ni happy la kan hahha. tunggu.



sampai atas beli tiket entry. kami beli yang paling mahal kononnya nak cover semua tempat hahaha RMB 100 seorang. dekat tiket tu tertera 8 lokasi yang korang akan cover kalau beli tiket tu. 



so lokasi pertama ialah The Dragon Gate . untuk ke sana kene naik cable Car lagi. tapi kalini yang tak berbumbung. semalam pun dah naik tapi yang tu dalam 5 minit perjalanan  je tp harini perjalanan nak dekat 30 minit dan view die lagi ohsem dari semalam. dan lebih tinggi ! haha. gugur la jantung bagi yang gayat tu.






hai Kickers ! balik malaysia tapak tercabut ! nmpk tak mcm mana banyaknya jalan kat kunming nie. 





ok dah smpi pintu masuk dragon gate . tengok peta laluan nak ke dragon gate ! nangis !! banyaknye tangga. aku igt dah potong pakai cable car terus smpi je lah kan ! haha. tapi kerana kegigihan aku elma ijan turun jugak smpi The Dragon gate tu. Roy tak turun. halfway je. dan disebabkan die tak turun kami yg dah smpi bawah terpaksa naek cari die balik ! kuajaq haha. penat kot.  so setel kami pun terus ke cable car semula. tp kami tak dibenarkan naek. Why? Why? stress. rupenye kalau dah smpi dragon gate tu tak perlu naik atas balik. teruskan je perjalanan ke hadapan sebab pintu masuk dan pintu keluar adalah berlainan. tp disebabkan kami dah TER naik balik gile ape nak turun lagi. nak mampus penat ! haha. sebenarnye takdelah penat sangat tap disebabkan semalam kami dah seharian menaiki tangga dan hari ni tangga lagi . kejang jugak la kaki masing2. so Kami beli lain tiket Cable car untuk turun. dapat naek lagi skali yeay !

Aku lupe pulak tangkap gamba tangga2 yg banyak itu. penat sangat kot. tak pun sbb dah banyak sgt ambik gamba dari hari pertama so mood nak click2 dah kurang skit. mcm bwh ni lah tangganya. siap kene masuk terowong lagi. tengok video aku ade tunjuk.


Ok The Dragon gate Check In. takda ape pun sebenarnya kat sini melainkan pintu gerbang kecik itu. tp ni simbolik kunming katanya. umpama pergi melaka kene melawat afamosa la . tp x lama pun sini sebab ramai orang. nak gamba pun susah ! bosan.





Boleh layan View dr puncak The Dragon gate nie. View turun dari cable car lg cantik sbb nmpk bandar.






lepas tu kami dah malas dah nak melawat tempat2 yang ada kat situ. sambil lewa je jalan. penat lah !sebab masuk hari ni dah 5 hari tak makan nasi. tak sabar nak balik Malaysia. tempat ni besar jugak. lama jugak ambik masa nak cover smua. so kami pergi mana yang mampu je lah sebab nak kejar balik ke hotel lagi nak check out. nasib baik boleh check out pukul 2. sempat tido sekejap hilangkan penat. 






I Miss you all. jom travel lagi =(



kat area datang tadi susah nak cari teksi nak balik. kene cari bus. malas nye nak cari bus. so kami amik cable car lagi turun ke downhill . kalau ke dragon gate tu ke arah uphill. kat downhill ade jugak teksi. so jom pulang ! atas ni area downhill.

selesai check out kami ke airport. lepak kat airport dengan harapan nak mkn kat MCD. skali airport punye MCD takde jual Fries da. ape ke jadah ! masing2 dah lapar tahap teruk. serius tak sabar nak makan dlm flight. 









maka tamatlah pengembaraan kami di bumi Kunming ini. trip kali ni paling best ambik gamba sebab kawasan tak panas haha. so nak berhenti2 lama2 pun ok . 

So enjoylah Video edisi Kunming ini. Its Wrap.will be missing  you kunming.












13 comments:

Time Traveller said...

Perghhh gayat jugak nak ke Dragon Gate tu.. huhuhuu.. kene tabah je la huhuhuu.. :D

Zilla said...

tu dia matahari, bulat sungguh!!

mrs said...

homai..tetiba takleh nak fokus baca entry nie sebab tak sabar nak tunggu enrty pasal RM kat Jakarta :P

lepas experience tak best kat Beijing dulu terus rasa taknak datang dah negara Chinna...tapi tengok HD datang sini rasa mcm terjentik jentik hati pulak soh datang..sebab cantik sangat tempatnya

Anash said...

buat sementara waktu ini
tangga adalah fobia untuk akak
so...jgn la kena kat akak utk daki tangga...
arghhh...

Runningman pulak dah pas nih?

Naramas Aman said...

Bertuahnya Hang Dhamin dapat sampai ke sini. Saya dah cuba nak travel ke Kunming naik keretapi dari Beijing, tapi malangnya tak ada tiket...jadi sampai sekarang kempunan.

Gambar I love Kunming tu cunlah!

Dunia Farel said...

Salam kenal. Best baca catatan kunming ni. semua part saya habiskan. gambar pun cantik. nice trip's buddies!

olympiagold said...

This is a great post it was very informative. I look forward to reading more of your work. So I made sure to bookmark your site so I can come back later. I enjoyed every minute of this reading.


wholesale Jewelry

Unknown said...

next yr ke mana pulak? hehe..nice weather at kunming. me n friends pegi guilin mei haritu, hujan lebat...

Unknown said...

Bestnya Kunming. Nampak gayat jugak la tapi mmg berbaloi kan.

Btw, kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) blog kami www.thetravelling3o.com kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

Terima kasih!!

cy foo said...

Hi. your blog is very informative. We will going kun ming next year. did you apply china visa to kun ming? any document required? Thank you!

Unknown said...

Yes, i agreed with the ideas that can provide in the post.
Bosnia-Herzegovina

Unknown said...

Very nice post and pictures taken in Kunming. Awesome blog!

Susan said...

I was examining some of your content on this website and I believe this web site is real informative! Keep posting. Wondering where to go in 2019? Things to do has ranked as the best include a remote, idyllic island, the design capital ...