Followers

Sunday, January 4, 2015

The Best of 2014 ll Hang Dhamin Go Travel


Assalamualaikum smua...halooooooooooo !! ade orang rindu ke tidak? haha

Bersawang abis blog nie. Mana pergi aku yang gigih dulu =( Last Update Trip kunming bulan 5 yang lepas. Lepas tu aku buat keputusan untuk blog dalam hati aja walaupun sebenarnya banyak jugak trip menyusul selepas Kunming dulu. 

haha. So Belum terlambat lagi rasanya aku nak ucap Happy New Year dekat semua kenalan disini dan juga sapa2 jelah yang terbaca blog ini. 

Disebabkan dah masuk 2015 so aku ambik kesempatan untuk memblogkan sekaligus coretan2 yang terjadi sepanjang 2014. Muahahah. senang kerja =))

So dikesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi memeriahkan suka duka tahun 2014. Jom Flashback. Banyak Video yang aku buat yang aku belum kongsikan dengan Korang. ENJOY !



JANUARI 2014

KPJ TAWAKAL KUALA LUMPUR

Masuk je 2014 nasib dah tak berapa elok . Muahhahaha. Aku kene denggi. Kalau kene denggi je takpe. tapi disebabkan Denggi ni lah aku terpaksa Cancel trip Ke korea aku . Patutnya ini merupakan Salji pertama yang aku patut rasa. tapi apakan daya. Tak da rezeki.

Tapi bile aku kene denggi ni lah baru aku tahu mana kawan yang betul2 ambik berat pasal kita. yang sudi meluangkan masa melawat. bertanya khabar. yang kita rasa kawan pun ada yang tak ambik port. Lepas tu gi mati la korang memang aku tak cari dah hahaha. time senang je ko ade kan. Choi.

terima kasih sapa2 yang sudi bawak sup ketam dan segala macam lagi tu. second  time aku masuk hospital  lepas aku dilahirkan kat Hospital. seminggu jugak dlm ni. memang kenangan. tapi x de la ngeri sebab dapat duduk hospital mewah dan bilik sorang. TQ SSM.




FEBRUARY 2014

LOST WORLD OF TAMBUN

Selepas sembuh dari demam. Perasaan Frust tak dapat pergi korea tak hilang lagi...Huwaaaa. Tapi back on track kita support Visit Malaysia 2014 so aku pergi Lost World Of Tambun buat kali ke 3 tak silap. Kali ni dengan Saudara Mara. Family Day katanya. Layan.



LANGKAWI ISLAND

Tak Cukup dengan Tambun di Awal bulan. Di pengakhir bulan Februari aku bersama dua orang kawan baek aku Ijan & Ema ke Langkawi. Disebabkan lebihan duit Korea banyak. Kitorang pergi naek Flight. hahaha. rindu wei nak terbang. so langkawi pun jadilah.

Banyak kenangan masa kat Langkawi nie especially kes serangan monyet dekat Rumah api . Lawak siot. aku rasa ni short trip paling best. kalau travel dengan dua orang ni memang tak kering gusi lah jawabnye. Hei geng. looking for more travel with you.




Video Langkawi



MARCH 2014

KRABI 

Bulan 3 dah masuk trip Oversea. Krabi merupakan trip Oversea pertama untuk 2014. ni merupakan pengalaman kedua aku ke sini dan yang bestnye trip ni aku di sponsor penuh oleh Merpati dua sejoli Ezarul & Erni sempena nak buat Save The Date Wedding diorang kat sana. MAMPUUUUU nak buat kat oversea bagai. style habis. Anyway trip ni best sebab dapat jumpa ramai kawan baru.




Video Krabi 


WHITE WATER RAFTING / HOTSPRING - TROLAK


Selesai di Krabi aku terus ke Trolak untuk menjadi fasi budak2 baru masuk SSM. tahun ni dah masuk tahun ketiga aku join. so maksudnya dah tiga tahun berturut2 aku maen rafting tajaan SSM. terbaek haha. tahun nie tambah satu lagi Aktiviti mandi dekat Hotspring pulak. Thorbaek. 


KALUMPANG - HULU SELANGOR

Bulan ni banyak betul Aktiviti air. last March aku ke Kalumpang bersama Geng Aimia. tempat aku pergi ni Private so korang tak boleh pergi kalau tiada Ownernye. tp memang best sbb privacy.  



APRIL 2014


ROYAL BELUM - PERAK 

Nie merupakan aktiviti paling laen pernah aku buat. pengalaman tido dalam boat house dengan kawan2 blogger yang ohsem ni memang tak akan dilupakan. boleh tak kalau kite repeat lagi? Plz. rindu pulak nak pergi. Thanks to Idola Chawanna & Janggel sebab Invite join event nie. kalau tak takda la kite semua kawan baek macam sekarang. =))

First Entry (SINI)





Video Royal Belum





CANDAT SOTONG - TERENGGANU

Ni satu aktiviti yang tak pernah aku buat. Candat sotong. serius extreme aktiviti ni. memang menguji Fizikal dan Mental. kalau korang tengok video candat ni korang sebenarnya tertipu hahah sebebnarnya kisah disebalik video ni lagi worse dari yang ditunjukkan. muahahha. tapi macam nak try lagi next time. hope ade peluang lagi. kali ni pergi dengan #gengssm


Video Candat Sotong



LAKE TOWN RESORT BUKIT MERAH

Last aktiviti untuk bulan April. Maen air lagi. kali ni pergi sempena ain kahwin. kali ke berapa tah aku datang sini. lupa. slalu jugak aku datang sini sebab ade sedara kat Taiping. hehe. nie pun dengan #gengssm




MAY 2014


CHINA 


Dah masuk bulan 5. seperti kebiasaan Mega Trip aku setiap tahun akan dilakukan pada bulan 5. tak kira lah apa bentuk musim yang aku akan pergi di sesebuah negara itu tapi mesti bulan 5 sebab bulan 5 besdey aku. muahahhaha.

Dan tahun ni aku berjaya juga membawa diri ke China bersama Ijan . Ema dan Roy. Yeay. Terima kasih oi teman.  ni merupak trip terbest aku sepanjang 2014. So trip kali ni aku sempat cover area Lijiang & Kunming.

First Entry(SINI)

LIJIANG 


Video Lijiang





KUNMING


Video Kunming



JUNE 2014

JAKARTA, INDONESIA



Trip Oversea ketiga untuk tahun ini. pergh mmg back to back. menangis jugak nak manage duit. bertabahlah untk keriangan berganda. yang best pasal trip kali ini. Trip kali ni misi mencari Runningman di Indonesia. dan Misi berjaya walaupun trip ni paling lenjun ketiak aku rasa. Ni lah kuasa fanatik. kalau dah fanatik sampailah ke Indonesia kami. Enjoy video n feel the moment =) #gengssm




Video Runningman di Jakarta



PULAU PINANG

Nie first trip #gengpenang . trip kali ni lah terbentuknya geng penang yang skang ni mmg sakan lah asyik melepak dengan geng ini sahaja. hahaha. trip kali ni jugak aku berpeluang utk try Parasailing dan ade gopro pulak tu. weeehuuuuu. aku rasa tahun ni paling banyak aku melawat Penang. sakan abis. 


Video Parasailing @Penang





AUGUST 2014

KODIANG KEDAH / PULAU PINANG


Trip kali ni sempena Loqman kahwin.First time aku sampai kodiang. tp lepas kodiang ke penang semua. nmpk tak berapa banyak kali aku pergi penang haha.

Penang makan best oi =) . Tp sebetulnya sebab rumah keluarga roy kat penang sebab tu slalu g sana. dah ada tempat berlindung waktu susah dan senang haha. FOC kan. =p






LOMBOK, INDONESIA


Lepas raya aktiviti memang bersusun. Pulun. kesinambungan dari trip Royal belum. kasi sambung trip kesini pulak. tiket murah katanya. aku diajak oleh pae. sebab tu trip ni melibatkan airport Johor muahahha. nak tiket murah punya pasal. 

Tapi trip ni memang berbaloi la sebab lombok memang cantik especially Gili Island. sooo kesimpulannya bile lagi nak travel sama ni hahaha.

Video Lombok, Indonesia


PENANG with Krabicrew

Kesinambungan dari trip Krabi awal tahun haritu kami reunion di Penang untuk meneruskan silaturrahim. Walaupun penang lagiiiiiiiiii. aku redho demi persahabatan hahaha. tp enjoy jugak trip nie. mmg layan.


Video hasil tangan NANA


SEPTEMBER 2014


KUANTAN, PAHANG

Trip kali ni memang trip jalan2 cari makan. masing2 dah rindu nak meronda so kami pergi jelah mana2 yang mampu mengikut budget masing2. janji bleh berkumpul dan bergelak ketawa. #gengpenang

OCTOBER 2014

MEDAN, INDONESIA

Kedengaran macam boring kan sebab Medan jer. tapi kalau korang tengok video trip kali ni aku jamin yg korang akan terus cari tiket nak ke medan hahaha. kami menexplore Sisi laen medan. memang tak sangka medan ada tempat cantik macam nie.

Dan ini merupakan trip pertama #Travelerensem. ensem ke?? hahaha layan.





NOVEMBER 2014

HOLIDAY INN PULAU PINANG

Penang lagi haha. tapi kali ni aku dihantar bekursus untuk pekerja2 cemerlang. hahaha. rezeki hujung tahun dapat percutian tajaan. so kite layan aja. the best part is kitrg kene naek kereta api untuk ke penang. terubat rindu nak naek train lagi untuk long journey selepas di Lijiang haritu.


DISEMBER 2014

HOP ON HOP OFF PULANG PINANG

Ok untuk kali ke 5 aku ke Penang tahun nie. memang support Visit Malaysia 2014 sungguh. ini merupakan project adhoc sebab nak hantar barang balik penang. so sambil2 tu berjalan la kite. nasib kami baek masa kesana HOHO telah dilancarkan. so kami antara orang terawal merasmikan HOHO itu. #Gengpenang



HAPPY NEW YEAR & HAPPY BIRTHDAY SHIRA

31 DECEMBER 2014.

So untuk menutup tahun 2014 nie aku decide untuk menyambutnya di Malaysia sahaja. kalau tahun2 lepas aku akan gigih jugak untuk Oversea. kali ni biarlah di Malaysa Sahaja janji kawan2 disisi. cliche sgt ayat padahal sebab cuti dah x ada hahaha. tp memang happening kalini sebab all the deco dibuat oleh aku n roy mmg khas untuk birthday shira. my best friend from #gengpenang.


Maka berakhirlah 2014 dengan seribu satu kenangan. moga 2015 lebih meriah dan banyak lagi tempat masuk list untuk di explore. Mungkinkan Misi ke KOREA tahun ni bakal terlaksana. doakan...

Till then....adiossss... bubye 2014

12 comments:

Bibie Karim said...

Always enjoyed ur travelogue kat IG. Best. Happy new year! Memang 2014 tahun Penang untuk ko kot. Wish for more adventures for u this year.

Iza Hyun J @ paE said...

Perghhhh.. Dia la y paling banyak jalan.. Xde cuti kunon... Mencikk.. Nice beb.. Moge berjaya ke koya 2015 ni.. Klu x berjaya gak pi mandi bunga bawah jambatan.

Ghazali Aziz said...

Wooowww ... seronoknya ... penuh dengan aktiviti!!!

Muga tahun 2015 lagi hebat !!!

m.u.l.a.n said...

Awesome 2014..!!! Happy & healthy selamanya..!!

Farikica said...

Lama menyepi HD..he.he.. ehh..Penang ade HOHO? baru tau ni..blh try satu hari ni.. nk browse sat...
semoga 2015 membawa anda ke lebih bnyk destinasi impian, insyaallah!

DJ said...

nice wrap up beb...semoga misi ke korea tu termakbul!hehe

EijA:) said...

full activity..cayalah.
moga impian tahun 2015 tercapai...

Ren said...

Wow ada muka aku kat situ! Terharu!

Chawanna Na said...

awesome sb ade mention idolaaaaa huhuhuh...jom 2015!

nandos aku jgn lupe..(haish xde petir plak kt sini)

jacob said...

I was very encouraged to find this site. I wanted to thank you for this special read. I definitely savored every little bit of it and I have bookmarked you to check out new stuff you post.
Solar System at Bhubaneswar

Rajkot said...

NICE opening i think is the opportunity for talented guys its good step.
pediatric dentist in gujarat

William John said...

Tibet is without doubt one of the most remarkable places to visit in Asia. It offers fabulous monastery sights, breathtaking high-altitude treks, stunning views of the world’s highest mountains and one of the most likeable peoples you will ever meet.
magento development company in London