Followers

Tuesday, December 18, 2012

Travel l Medan l Danau Toba l Brastagi l Indonesia Part 2

Sambungan Dari Sini : Medan Part 1

Seperti didalam perancangan kami akan dibawa ke Pulau Samosir menaiki Boat. Makanya selepas sarapan pagi kami berjalan kaki turun dari Hotel dan terus ke Jeti. dekat je dalam 5 minit perjalanan.


Pool ni tak sempat aku rasmikan sebab jadual yg padat smpi takde mase nak terjun. 


Kami check out siap - siap pada pagi itu dan meletakkan beg di reception. sementara kami di Pulau Samosir. Pak Drebar akan mengambil beg kami nnt.

HORAS merupakan perkataan yang femes sepanjang kami berada disini. sampai nak tawar menawar pun ber HORAS2..lawak betul.



PULAU SAMOSIR

Ni la boat yang akan membawa kami ke Pulau samosir. Stylo kan. yg mabuk laut tak payah takut. tak kan muntahnya sbb dia bawak slow. lagipun x de ombak. so xde la melawan arus.






Sementara tunggu boat penuh. dapatla kami saksikan sesi pemunggahan gula dari atas lori ke atas boat. Amacam? ade bran? kalau terjungkit lori tu. dapat la aku masuk paper melaporkan kejadian yang berlaku. haha


Masa pagi tu hujan renyai - renyai. tp setel je hujan. maka kami semua berpindah ke belakang boat utk sesi gambar passport   berkumpulan.best wo ini tempat. nice view kate org putih.

Perjalanan mengambil masa sekitar 30 ke 45 minit. kire puas la duduk atas boat tu. 




Kite kasi can la kat depa nak berTITANIC. zaman bujang tak boleh katenye.




Eh ade anak....igtkan tak ingat  td ! hehehehe



Nampak tak perkataan HORAS SAMOSIR kat bukit bukau tu. kalau tak nampak sile ambil kanta.






TOMOK (Kampung Batak)

kami dibawa ke kawasan yang dipanggil tomok. bkn kampung tomok newboyz yer. ni kawasan orang batak. majoriti orang disini beragama bukan Islam.so tak perlu la kot nak beli - beli makanan kat sini. hehe.

Selain ade makam disini. kawasan ini terkenal sebagai tempat pembelian sevenior paling best. kalau korang nak beli , beli kat sini. tawar smpi paling murah. memang berbaloi.

TIPS :

Lebih elok kalau korang menjadi costumer pertama apabila kedai itu bukak. kerana kepercayaan diorang orang pertama bleh membawa rezeki. so harga yg akan ditawarkan akan lebih murah. korang mintak je harga berape. mesti diorg bagi tp yg munasabah la. diorang panggil harga PECAH TELUR


Nie lah makam yang femes itu. Sempat la kitrg di breafing pasal makam nie. tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri sbb masing - masing tak sabar nak perabih duit ! haha



Antara 3 yang mane lagi Machos? sila jujur.


Dan selepas selesai di makam, Maka misi perabih rupiah pun bermula, dan keluarlah list nama - nama yang harus dibeli. time tu baru rasa tak cukup duit sebab ramai sangat ! ambik ko. mane yg berezeki je lah ye yg dapat.









Disebabkan masa yang diberi hanya sejam untuk shopping. Mana cukup. maka kami telah dengan sengajanya melambatkan masa dan boat yang kami sepatutnya naek telah pergi meninggalkan kami. maka dengan rasminya kami harus menunggu next boat 30 minit kemudian. so mari kite sambung perabih duit. Briliant Idea





RESTORAN ISTANA MINANG

Selesai jelajah Pulau Samosir kami dibawa makan tengah hari disini. Seperti biase. menyelerakan. Makanan minang memang terbaek.


AIR TERJUN SIPISO - PISO

selepas selesai makan. kami akan dibawa ke Air terjun sipiso - piso. antara tempat wajib yg akan dibawa jika kita kesini. perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam lebih.

Setibanya disini. cuaca amat sejuk. lagi sejuk dari cameron & Genting. menggigil jugak la. sebab tu diorg banyak jual selendang dekat sini.

Kitorg tak turun bawah pun. sekadar melihat dari atas pun jadilah. belum terpikir nak bersenam naek turun tangga yg byk itu.






DANAU TOBA INTERNATIONAL COTTAGE BRASTAGI 

Kalau hari sebelumnya kami tido di Danau Toba Cottage PARAPAT. harini kami tido di Danau Toba Cottage di Brastagi. Perjalanan mengambil masa sekitar lebih kurang 2 jam. kami sampai disini sekitar jam 6 petang. kawasan sini sejuk especially waktu malam. untung sapa dah kawen =P




Keadaan bilik yang super besar . Seram gak aku tido sorang. kalau share ramai - ramai ni untung nie. tp nak buat lagu mana. pergi jalan dengan semua kwn - kwn yang dah kawen. terpaksa la tido sorang - sorang. sapelah sudi jadi peneman nie.
Aktiviti malam tidak berakhir hanya untuk makan malam, disebabkan untuk mengelakkan bosan berada dikawasan ini. maka dalam VAN tadi kami telah decide untuk mencuba Mandi di Air Panas Belerang. Dinner malam nie disediakan di Hotel sahaja.


AIR PANAS BELERANG 

Untuk Aktiviti kali ini. ianya tidak termasuk didalam program. maka kami terpaksa membayar untuk mandi disini. perjalanan agak berliku untuk kesini. sakit pungkok wo. tp bile smpi sini eksklusif gak tempatnya. aku ingat haprak je.

Fee : 

Tambang  + Tiket Masuk RP 100,000 (RM32) seorang (atas perbincangan dgn driver) rasa ble dpt murah lagi nie.




Nampak tak perbezaan tangan aku tu. haha. hasil berjemur di Pulau karimunjawa. memang hitam bila aku balik dari sana. tapi tahap kepuasan. Maksima.aku dengan harapan pas mandi air panas nie boleh putih. tp haram jadah. tetap same kaler. hehe


Selesai berendam, sekitar jam 11 kami berangkat pulang ke hotel. Masuk je Van semua lene. Penat tahap maksima. maka berakhirlah hari kedua kami ....

NEXT PART 3.................kite akan bercerita tentang tempat paling best shopping di MEDAN.....In sha Allah klu Rajin yer...Chalos....

7 comments:

Henry Fox said...

lawanyaa swimming pool gmbr first tuh!!!

nampaknya ko kene la cari calon cepat2. seru dh smpai kot~ kekekek

Hang Dhamin said...

Henry Fox....nama xnak mengalah ! tahun depan kene travel solo lg...tahun berikutnya baru isteri hunting ! hahahaa

Mie said...

Itu hari miss sipisopiso sebab jalan tersekat lori terbalik. Takde rejeki...

Haah Dhamin jgn tungu lama2 nanti lemau... hehe

Hang Dhamin said...

Mie : Mesti azab sbb nak pilih jalan laen nak mengelak jln tutup tu. dah la jalan mcm ular kene palu. huhu.

tu la. bdn2 smua dah lemau nie xde org picit. hehe

Chawanna Na said...

Nama air terjun tu susah benor nk sebut sipisipos? sipisosipi? eh belasah je la..tp lawa.. jauh ke nk ke tangg bawah tu?

Hang Dhamin said...

Chawana ... turun rasa dekat...bile nak baek confirm buat2 sakit panggil helikopter dtg jemput..hehe..

bleh je klu nak tutun...mcm pegi broga kot... tp masa x cukup...

ray shukri said...

Salam....boleh x nk contact info supir di sana...tq