Followers

Wednesday, April 16, 2014

Royal Belum Outdoor Adventure With Travel Bloggers PART 1

Assalamualaikum,
 
 
Hallo . mesti ramai tak sabar nak baca entry Royal Belum ni kan.(aku Syak la !) sebab aku dapat banyak feedback positif Tanya pasal trip nie, so moh la aku cerita serba sedikit .
 
 
Untuk trip kali ini kami di bawah jagaan BOA (Belum Outdoor Adventure) . <--- font="" klik="" sini.="">
 
 
Tapi sebelum kite pergi lebih lanjut ! moh la kite flashback sikit sepanjang perjalanan ke belum.
 
JUMAAT
 
kami dijadualkan ke Belum pada hari sabtu. tapi untuk menjimatkan masa dan tenaga kami  tido di rumah Mak Chawanna pada jumaat malam  (Mak die masak sedappp ! sampai skang teringat2) .
 
hasil perbincangan awal aku dijadualkan naek kereta kak anash . ok lah aku kenal. tp lepas bincang dan bincang lagi tetibe aku di Afundi keluar dan naek kereta byya untuk ke Ipoh. Panic attact. ! aku dah le tak baek sangat dengan Byya . dan tetibe ada afif dan lily masuk senarai kereta itu. siapakah mereka itu? haha . tapi ok je lah dari kene tinggal. kang nak demand tukar2 orang menyampah pulak orang sebab tak kenal kan. aku jenis lambat panas skit dengan orang tak kenal.
 
Tapi bile tibe hari kejadian Byya pick up aku kat LRT jelatek . borak2 biasekan diri dan ok byya best ! I like byya . byya peramah hehe dan kami pun bergegas mengambil lily. ok lily lagi peramah ! siap bwk kuih popia basah lagi bg kat kitorang . sekali lafaz smua makan otw mengambil afif pula di ampang. afif pulak masuk kereta bawak nasi goreng yang dimasak begitu rumit dari hasil penceritaannya. kalau tulis blog mau satu entry. tp nasi goreng tu la hero dinner kami -  kami ini. tapi afif ade bawak satu lagi makanan yg limited edition yg belum sempat smpi rawang dah lesap. harus dirahsiakan demi keselamatan Negara haha.
 
selesai mengambil semua orang maka berkumpullah kami di RNR rawang menunggu semua ahli peserta yang laen. banyak lagi kisah menarik sepanjang jalan ke Ipoh dan di Ipoh. tp biarla part tu aku bloq dlm hati . (part ni idola aku byya dan Kakijalan) haha.
 
SABTU
 
ok tibalah masa untuk ke royal belum. selesai breakfast nasi lemak sedap dan kuih kaswi yang na tolong masak letak kelapa atas kuihi tu kami pun bergegas ke Grik. call time pkl 1 ptg. so pukul 930 pagi kami gerak. konvoi 5 buah kereta. just nice pkl 1230 tgh hari kami smpi. lunch kat jeti je ade kedai makan. tp confius gak jalan nak g jeti ni. rasa macam nak begadoh cari jalan =P aku siap letak tangan kat bibir suh afif senyap biar pilot and co pilot je bincang. nnt pening haha. tp berkat smua orang beriman smpi jugak kejalan yang benar. Alhamdulillah.
 
Jauh jugak tempat ni dari Ipoh ! sempat jugak la layan radio channel India dan Thailand otw ke sini sbb gagal mencari frikuensi radio yang lain ! hahah Fell Oversea habis masa pasang lagu thai tu.


 
 
 
 
 
 
Ini adalah kawasan jeti untuk ke houseboat kami.
 

 

Dan inilah houseboat kami. simple tapi sangat selesa. sebenarnya houseboat nie ada banyak jenis. tak silap aku ade lebih kurang 14 house boat kat royal belum nie.

 
Ni merupakan kawasan bawah houseboat. houseboat ni ada dua tingkat. korang boleh pilih nak lepak bawah atau atas. houseboat ni campur dengan orang laen . tp besar so tak kisah sgt. diorang pun tak kacau orang haha

 
Bahagian atas. tempat lepak kami.

 
 
 
selesai semua peserta menaiki boat. kami diberi penerangan tentang keselamatan2 sepanjang perjalan kami nanti dan sesi register dimulakan.

 
 
 
 
selepas briefing berakhir boat pun bergerak ke lokasi pertama. acara pertama kami adalah mencari rafflesia. tapi sebelum tu jom selfie ! banyak betul gamba selfir trip kali nie. bertabahla yer tgk nnt haha.
 
Mula selfie sorg !
 
lepas tu bertambah !

 
Bertambah lagi !
 
 
Last2 dah jadi groupselfie  ! haha. syok sebenarnya travel dengan org suka begamba ni. smua gamba jadi cantik bile semua senyum bkn dipaksa.

 
Demi mencari kelainan ok jom ambik gamba baring ala2 tepi pantai pulak dah ! azab tau sbb nur terlebih ! tgk gaya janggel pun dah tau ! hhahah. panas ke der !

 
pemandangan sepanjang perjalanan memang menarik ! tak rasa nak tido langsung (kecuali shahrul) hahaha . angin sepoi2 je. adoi dem teringat2. tp mmg kagum je. rasa nak throwback semua gamba belum kat insta tp nnt muak pulak org tak pegi tengok haha. bertabah la yer. nak buat macam mana. belum mmg best.

sepanjang trip ni phone takde line yer. tp aku rasa tu adalah yg terbaek. kalau tak confirm semua main phone jer. bile takda line nie semua berborak beramai2. org kata focus la walaupun frust tak boleh live update.

 
Suka tengok keluarga bahagia nie. gigih bawak dua orang anak dan happy je sepanjang masa. ! nak tgk kegigihan si Ibu ? tunggu.

 
Ni budak comel tak suke aku . nama aku pun x tau. yg tau janggel . afif . hahahha. tau le aku x hensem. ok jom layan view dlu bersama muka blogger2 terkemuka kot2 ada yang kenal .

 
 
 
 
 
Ok ni blogger pae  Kpop dan tansree coco


ni blogger Pengembara Tumpangan (Icam)

 
Ok dah sampai dah jeti untuk tengok refflesia . cantik kawasan ni. aku suka.

 
Ni la byya. yg sudi tumpangkan aku tu. baek orangnya. nenek die pun suke video aku buat. tetibe nak jugak tulis kat sini ! haahaha (Kisah benar)

 
NI la gaya blogger baru menang award ! terpaksa belajar pose pose juara !

 
 
senyum je sbb dah smpi kawasan die. janggeltrekker kan. ok sile panjat !

 
Yeay ni blogger  Kakijalan. trip ni jd double best sbb die ikut jugak walaupun banyak naw naw masalah negarannya. lama tak lepak sama. last2 lepak kat sini !

 
Ok dah sampai pintu masuk trecking area. kene panas badan dulu ok ! 4.6 KM katenyeeee. Chawanna pakai selipar je panjat ! relaks jer. cisss.

Jom tengok treck sepanjang perjalanan mencari refflesia.

 
Ini Doktor  ! doktor hasrul kebolehan die ialah boleh tido dimana2 ketika mengantuk ! haha. sile kagum

 
Amacam? aqilah pun lepas naek takkan korang cuak. siap perli kat chawan (ayah die) tak larat ker?? haha ok ni lawak.

 

Kagum dengan kegagahan ely dukung anak 11 kg ! ely supermak ! 


Byya Dan Lily dengan aksi pose hutan mereka haha 


 

tapi nasib  tak menyebelahi ! refflesia tak de yang kembang mekar ! semunya layu di tasik madu ! nasib baek aku dah pernah tengok sebelum ni di tempat laen so takde la terkilan sangat. 



Ini Chawan ! husband Chawanna .

 
Masing2 frust la jugak. tp nak buat lagu mana ! dah memang bukan musim die hehe. tp xde la frust sgt ! happy je aku tgk muka masing2 !

 
Bergambar bersama pemilik blog Zaraab & FF


ok sekian sahaja untuk kali ini. next aku cerita ape lagi aktiviti menarik yang kami buat ok !sapa nak tengok aksi 2 lawak. tgg next entry ! ade banyak nak cerita .

till then see ya................. To be continue


hangdhamin
Chawanna (Chawan & Na),
TimeTraveller (Afif)
Janggeltrekkers Life (UPDATE)
Faezah (KPOP)
Zaraab & FF
Coco Nutz (KakAnash), (UPDATE)Traveller's Anatomy (Byya), KakiJalan (MasMZ), This Is Our La La Land (Keluarga Bahagia), My Story Is On Lifetime (Shahrule), Lily.Globetrotter (LilyRiani),Pengembara Tumpangan (Icam)

17 comments:

EijA:) said...

wow,nmpk besssstttt ni

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Wah... Hang nampak outstanding... Tahniah.

My Daily Workout Progress said...

tak mandi ke di tasik tu? :p

shah_rule said...

memang rmai orang tak sabar tunggu ko update blog sebab lepas ni bole la kitorang uopdate blog dn letak caption

" untuk sesi perkenalan bole rujuk blog ini"

haha

aku memang boleh tdo memane je.. "sleep centre" kat otak dah rosak.. haha

Anash said...

huit...akak suka permulaan kisah ini...
hahaha...setiap bait ayat ingatkan perjalanan tersebut..

oooo..siap suruh afif diam masa kita sesat eh? kuikui

shahrul:sleep centre? vocab baru yg menarik nih...kikiki

*sah akan dipastelink kan*
-ha a laaa..aqilla tak ingat nama susah nau nak sebut kot?

Unknown said...

Hahaha lawak gile entry ko nih..memang detail abis..kuih mak aku pun ada masuk ahahahha.. Sebenarnya dulu pun aku takut nk kawan ngn byya, sebab dia nampak mcm urban, pastu blog dlm bahasa engrish kot la tak nak geng, ha sekali amik ko, tak sampai 5 minit sembang dah rasa cam kenal 15 tahun ahahahah..i luv u byya!

Luv semua org jgk dalam entry ni..

Hoi tu bukan DOCTOR HASRUL! DOCTOR SHAHRUL! baik ko betul kan ahahahah...

Trip local aku terbaik utk edisi 2014...wuhuuuuuu...

p/s: Ye aqilah memang tak kenal ko masa kat RB tu, tapi lepas dia tgk gambar masa aku transfer, dia cakap ni KAKAK Hang Dhamin kan? hahahahhahaha KAKAK ok!

Unknown said...

adoi..tergelak2 aku bace blog kau ni..best2..awesome..

Nanatron said...

means..houseboat ni bukan uols je ada bermalam kat situ..orang lain pun ada gak ye? ingatkan dia bagi sewa bot tu cukup 10 orang..yang bilangan sikit-sikit tak berapa layan.

Hang Dhamin said...

eija : mmg best

Khai : outstanding sangat.

dede : hahha tunggu next entry yer haha

shahrul : hahhaa. ko pun dah update ! tak sabar nak re link ! hahaha. adoi gigil nak tulis entry kedua

Kak anash : adoi terlupa cerita pasal monopod keluar kereta tu. sik baek shahrul dah cerita. tengok gamba je terus terbahak. hahah

Chawana : OMG. tetibe laki kakak cantik doktor ! hahahah. adoi. sorry doktor shahrul !

kim salam aqila kakak hang dhamin kim salam haha

zu : haha kat borong masing2 sombong jer. dah balik baru nak bertegur sapa.

nana : entah la wei. aku org uruskan. tp ade je group 5 orang join kitrog. ok je aku tgk.

Pae : motif dah komen pastu remove. aku dpt baca kat emel hahaha

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

baca balik...pasal menarik sangat..hihihi..tahniah.

Ren said...

Hui nasib baik ada muka aku, kalau tak harus aku banned untuk trip alam datang. AWAS! HaHaHa!!!

Na tu tolong letak kelapa je ke atas kuih kasuie tu? Dasar !!!

Ely Hasrul said...

kena afundi keluar ? hahahahha siannyerrrr.. lawak hokeh entry nih terpaksa baca line letak jari di bibir dua kali sbb tbyg ko ltak jari dibibir afif ahhaahahhhaahhahahah

yg pasti sami penah ckp kat byya 'i'll call you later k?'hahahahahahahah..

Hang Dhamin said...

khai : yeay dua kali tahniah aku dapat.

Ren : gile x letak muke ko. kene hambat nnt hahahah.

Ely : hoi....aku letak jari kat bibir aku la...gile nak letak kat bibir afif ! hahahaha meremamng terus baca....

Lily Riani said...

weiiiii...... gambar dalam kemera you semua nampak kurus dan lawa, thats it! next time i nak melekat kat you cam pacat royal belum, i tak peduli!!!! i nak semua gambar i yg kurus lawa giler ok! ahhahahha....

Bibie Karim said...

Memang entri ni sesuai jadi sesi perkenalan setiap ahli. Best nye tengok korang. Part Afundi keluar tu memang lawak. Tapi untungnya dapat makan popia basah Lily & nasi goreng Afif kan. Kot nanti dapat aura menang award juga. Update lagi please, janganlah dalam hati je.

mrs said...

bestnya baca entry nie..terserlah wajah-wajah keriangan yang berganda di wajah masing2!
thumbs up utk video...suka tengok

Time Traveller said...

Rahsia negara tu akan di umumkan pada awam untuk entry dari tuan dia sendiri.. :D

Oh ayat letak jari kat bibir tu.. sweet sangat kahkahakahhh :P