Followers

Wednesday, January 9, 2013

Tips & Travel ll KL - Hatyai Thailand Part 1

Sementara Cerita nie masih Berada dalam otak, Marilah kita sama - sama mencurahkan Idea memulakan Pengembaraan KL - HATYAI - KRABI - KL yang berlintas lansung dari 27 Disember 2012 - 1 Januari 2013

Pembelian Tiket Train [ KL - HATYAI ]


Terdapat dua cara (yang aku tau) untuk beli tiket ni. Samada secara online atau beli di kaunter. disebabkan aku kali pertama so aku prefer beli di kaunter sebab macam - macam aku nak tanya. so lepas berdiskusi bersama member - member yang nak pergi so kami memilih Katil berbanding kerusi untuk ke hatyai sebab mengambil masa 13 - 14 Jam untuk smpi ke Hatyai. 

Tiket dibeli sebulan lebih awal sebab Katil merupakan Tiket panas yang semua orang - rebut - rebut. so untuk mengelakkan sakit pinggang duduk di kerusi. maka belilah kami tiket awal. RM 60 untuk pergi dan RM 60 untuk balik. perjalanan dari KL Sentral pada pukul 9.20 Malam. terdapat satu pilihan masa sahaja.

Total Tiket RM120 

Khamis 27 Disember 2012

Disebabkan tiket pukul 9.20 malam. maka kami bekerjalah seperti biasa dengan cemerlang. mandi dan bersiap di opis . Dinner di KL sentral dan terus naik keretapi di sana.

Disebabkan terlampau excited. rupanya aku orang pertama yang masuk di gerabak bilik itu. super cool yooo. Selesa. sejuk. dan tidak berbau. jgn risau tiada lipas. kebesaran ruang tidor besar sikit dari keranda. hahaha...amacam perumpamaan aku ..haha..

Pemeriksaan passport Malaysia & Thailand akan di lakukan di Padang besar. proses die cepat. ku ingatkan leceh. selepas selesai bhgn Malaysia. isi form masuk ke Thailand dan pergi ke bahagian Imigresen Thailand. Cop - cop siap.
Selepas selesai cop kitorang breakfast kat stesen tu sbb train akan bawa kitrg ke Hatyai sejam kemudian. so sempat la nak sarapan dulu. kedai makan tiada pilihan. hanya ada satu je kat stesen tu. Redho.

Korang kene selesaikan cop passport dlu baru pergi makan . Jangan makan dulu baru cop passport sbb diorg tak lama pun kat situ. bila dah takda orang diorg akan beredar dan tutup kaunter. Kata penjaga kedai makan tu.

















Selepas menjalani hari yang panjang di dalam Train akhirnya kami sampai uga di Hatyai. Tak terasa penat sebab dapat tido yang selesa dan cukup. Cuma tak mandi je. tapi muka buat yakin ensem time jalan. Yakin.





Misi pertama bila kami sampai ke Hatyai ialah untuk membook Van yang akan membawa kami ke Krabi besok. Keluar dr Stesen tu dah banyak ejen tapi malas nak serabut kami berjalan ke hadapan bahagian kedai - kedai untuk membuat servey. selepas beberapa serveyy dilakukan kami book van di kedai berhampiran LEE GARDEN PLAZA. 500TBH (pergi dan balik ke krabi) & 700 TBH (pergi dan balik ke Aonang krabi). kami memilih Aonang sbb yg happeningnye di Aonang. Hotel yg kami book pun disana. 

Van = RM 70 seorang (Pergi dan Balik)

Disebabkan masih awal lagi untuk Check In Hotel maka kami berjalan - jalan dahulu sekitar Lee Garden Plaza dan Lunch di  Hamid Restoran Hatyai.sebelum tu singgah beli Pulut Mangga yang begitu femes di Hatyai ini. 

Pulut mangga = 50 TBH satu bungkus



HAMID RESTORAN HATYAI

Total makan : 360 TBH (Dua orang) / 2 = 180Tbh (RM18)





SAKURA HOTEL 

1 MALAM = 900 TBH (RM 90) 

Perjalanan lebih kurang 250 meter dari Lee Garden Plaza . kira boleh jalan kaki je kalau nak ke Hotel ni. so dekat untuk kami menghala ke Night Market di Area Lee Garden Plaza. Kalau naik tuk - tuk dalam 40 THB (RM4) sahaja.





Pandangan Dari Bilik Hotel.

Selesai urusan check in pada jam 2.30 ptg. Kami rehat dan bersiap untuk keluar pada jam 4.00 petang untuk ke Floating Market

FLOATING MARKET HATYAI

Misi utama aku ke Hatyai ialah untuk kesini. sebenarnya aku teringin nak ke Floating Market Di Pattaya Thailand. tp sampai sini dulu. nie rezeki namanya.

Untuk kesini mengambil masa lebih kurang 10 ke 15 minit dari hotel menaiki Tuk Tuk

Total Tuk Tuk = 600TBH (RM60)  untuk satu tuk tuk pergi dan balik.

Dari KL Berharap supaya tidak hujan arini sbb byk blog yg aku review yg pergi ke Hatyai pd bulan 12 bermain dengan hujan. sebab kalau Hujan lebat pasar ini tidak akan dibuka.

Tapi pasar terapung ini tidak buka hari - hari hanya pada hari Jumaat sehingga Ahad sahaja bermuka jam 3.00 ptg sehingga Malam. sila rancang perjalanan anda.

Selepas perjanjian dibuat dengan driver tuk tuk maka kami diberi masa 2 jam untuk meneroka tempat ini. aku rasa cukup untuk cover area ini. Jam 6.30 kami berangkat ke Lee Garden Plaza Semula.



























Antara makanan Fear Factor yang etrdapapt disini..Berani?






Kuil - kuil yang terdapat di sekitar Floating Market








NITE MARKET / LEE GARDEN PLAZA

Kawasan ini merupakan tarikan utama pada waktu malam. banyak jualan di buat sepanjang jalan di area ini.so boleh la cuci - cuci mata. tapi tak ada apa pun yang menarik perhatian untuk dibeli kali ini. flus pun tak banyak. so kite tgk2 je la.

Untuk Dinner kami memilih untuk makan nasi lemak di tepi jalan berdekatan Lee Garden. Nasi lemak siap ade rendang ayam. sedap jugak. rasa macam kat Malaysia. so xde la homesick ! haha #tetibe

Dinner = 140 TBH (RM14)/2 = RM7














Bersambung ............... Hatyai - Krabi . see Ya. PART 2 

Tuesday, January 1, 2013

HD VIDEO ll Hatyai + Krabi Thailand


SELAMAT TAHUN BARU 2013

Sempena bermulanya tahun baru ini aku rasmikan pembukaan Tahun ini dengan Simple Video yang berjaya aku rakamkan semasa berada di Hatyai + Krabi dr 28 Dec 2012 - 1 Januari 2013. aku baru je sampai Rumah pukul 6.30 Pagi td. penat masih terasa.

Sebelum aku ceritakan cerita penuh Pengembaraan Train aku ini. Jom kite layan Video dulu.

Selamat tahun baru semua. Harap tahun ni murah rezeki lagi untuk kite sama - sama meronda melihat keindahan ciptaan Allah ini. In Sha Allah.





Best View in HD


Monday, December 31, 2012

Sayonara 2012 ll Dalam Kenangan

2012

Pejam celik maka sampailah kita ke penghujung tahun bagi tahun 2012. Terlalu banyak kenangan yang berjaya dilakukan tahun ni, Terjah Tempat baru, Make New Friend, Lost Old Friend :((, Wish her come back ;), mencuba bende - bende baru. dan aku rasa tahun nie paling banyak aku laburkan duit untuk bersuka ria...hahahhaa...

Dikesempatan ini dengan rendah diri hamba ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka - mereka yg sudi singgah memeriahkan perjalanan 2012 ini. Korang memang terbaiklah !

FLASHBACK : 

Januari 2012

SINGAPORE

Dari awal tahun lagi lembaran dibuka dengan jayanya dengan menerjah Singapura. Dah 26 Tahun berada di Malaysia baru berkesempatan kesana. kalau dari dulu kutahu semudah memetik jari untuk kesana. Dari awal lagi aku dah ke sana. haha.

Terima kasih kepada Najib ll Epol ll Ijan ll Mimie ll Nadia ll Pak Muda& isteri untuk trip kali ni. Best Friend Forever.

Entry penuh Singapore  : PART 1  & PART 2 







Februari 2012

KL HOP ON HOP OFF

Untuk edisi terjah kalini aku ditemani blogger tersohor KakiJalan dan aku menjadi saksi pertemuan KakiJalan bersama blogger tersohor kedua MasturaZuber. Tetibe dah jadi reunion . Ape cerite? hehe. best gak lepak dengan korang seharian dalam Bus.

Entry penuh : KLIK SINI







MAC 2012

SABAH NEGERI DIBAWAH BAYU 

Membuka lembaran penerbangan untuk tahun ni. Kami telah memilih untuk ke Sabah. Semua dah sangap nak terbang. so kami telah membeli tiket dengan kadar yang agak mahal dr biase. hehe. janji terbang. Ni namanya percutian memakan duit. hehe.

Untuk trip kali nie aku bersama BestBuddies Lan + Elma + Ijan. mesti elma menangis tengok entry nie. sabar eh. Life Must Go On. Kamikan ade =))

Entry Penuh : KLIK SINI








APRIL 2012 

AIR TERJUN CHILLING

Setelah beberapa kali aku terjah Fraser Hill mesti akan melalui signboard Air terjun ni. dan alhamdulillah berkesempatan kesana bersama Geng - geng baru. Pengalaman baru terpaksa harung beberapa buah sungai untuk sampai ke sini. sini best wei. rasa macam nak repeat lagi skali. ade sudi teman? 

Kali nie pergi bersama geng opis  Bard ll caol ll erry & ain. tp caol dah pindah Kuantan pulak. Susah la nak travel sama lagi lepas nie.  Goodbye Caol

ENTRY PENUH : KLIK SINI










MEI 2012

PERTH & WESTERN AUSTRALIA

sejak dua tahun lepas aku dah berazam dengan diri sendiri. setiap kali MEI aku mesti membawa diri keluar dari Malaysia. Sebabnya 12 MEI 2012 adalah besdey hamba. hehe. so untuk menghadiahkan kepada diri sendiri maka jomlah kite bercuti ditempat yang jauh.

untuk besday kali ini lokasi yang dipilih adalah Perth Australia. Yeay. terima kasih kepada My sister, Shahrin, Shaz, Ayu, Aini sbb sudi meraikannya disana. korg memang best.

Tahun depan kat mana? Tunggu. Tiket dah beli....weehuu.. menghitung hai lagi jawabnye.

ENTRY PENUH : KLIK SINI 










JUN 2012

AIR TERJUN LEPOH 

Selepas kejayaan menerjah air terjun chilling mac lalu. keinginan mencari air - air tejun yg mencabar bagaikan menjadi hobi baru. So si suami & si isteri Epol & Mimmie telah meroger aku & ijan  untuk sampai kesini. Terima kasih no ingat aku setiap kali nak buat program. Korang mmg best.

ENTRY PENUH : KLIK SINI







JULAI 2012

Bulan nie tiada aktiviti berjalan jauh - jauh sebab dah  masuk bulan puasa. sekadar percutian tajaan berkursus sambil bercuti di Marriot hotel Putrajaya dan majlis iftar besar - besaran bersama geng - geng opis.

MARRIOT HOTEL PUTRAJAYA

Entry Penuh : KLIK SINI








IFTAR @ FLAMING STEAMBOAT SETAPAK

Entry Penuh : KLIK SINI 








OGOS 2012 

Bulan ogos dah masuk mood raya. tapi awal bulan tu masih sempat lagi buat reunion geng- geng laluan kiri. Tapi tak tau la. geng nie macam dah tak de harapan nak lepak sesama lagi. Hanya kalau keajaiban berlaku je boleh ! tringggggggg ! dan bulan ini dikenali sebagai bulan Makan Best.

IFTAR @ MUHIBBAH SEAFOOD

Entry Penuh : KLIK SINI







SELAMAT HARI RAYA 

Entry Penuh : KLIK SINI 



SEPTEMBER 2012 

SEMARANG & PULAU KARIMUNJAWA

Selepas 2 bulan tanpa aktiviti yang memberangsangkan poket. Maka september muncul dengan program yg penuh penantian. selain perth. tempat ni antara tempat paling excited aku nak pergi. sebab excited nak berenang dengan shark.

Trip nie kesinambungan kejayaan berjalan bersama geng baru (air terjun Chilling). maka kami lajakkan geng yang sedia ada untuk kesini dengan penambahan KakiJalan sebagai ketua pasukan. erkk tetibe aku lantik jd ketua. haha.

Entry Penuh : KLIK SINI








OKTOBER 2012

MEDAN INDONESIA

Selepas 2 minggu pulang dari semarang terus ke MEDAN pulak. memang aku slalu impikan terbang 2 kali pada bulan yang sama. hahah. ambik ko merasa ! tiket ke Medan nie dapat murah. 100 lebih je pergi dan balik. so kite kasi layan je la.  lagipun nie pergi dengan geng budak opis yang laen plak. best gak tukar2 travel partner nie. byk cerite baru boleh dengar. dengar cerita diorang serik nak berjalan dengan aku sbb aku garang dan jalan cepat. betul ke? kui kui kui. Betbaha je la yer. Thank Rina & Family. Mia & Family. Najwa & Amalina yang meninggalkan Family. jujur dari hati. Korang best ! jom jalan lagi. Gambang?

Entry Penuh : KLIK SINI 









NOVEMBER 2012

kopakkkk ! dOK UMAH DIAM2. 

DISEMBER 2012

LEGOLAND MALAYSIA

Tempat ini best ! super best....aku suke tempat nie walaupun panas. jom repeat lagi gi sini. terima kasih Pn. Noriah & Family sbb ajak join. siap bayarkan tiket lagi. Best best.







SINGAPORE ll GARDEN BY THE BAY

Disebabkan sudah sampai ke johor tak sah rasanya kalau tak ke singapore. so terjadilah misi ini. Thank kepada Ijan yang sudi pergi lagi walaupun baru balik dr family day kat sana. bawak ema teringin nak kesana katanya. Layan.







KATA - KATA PENGGULUNGAN :

Maka berakhirlah cerita 2012. Entry ini merupakan Auto Update. Sekiranya Tuan / Puan membaca entry ini pada tarikh 31.12.2012 maka pada waktu itu saya berada didalam train dari hatyai menghala pulang ke Kuala lumpur. menghabiskan sisa2 2012 disana.

Selamat Tinggal 2012. Welcome 2013. semoga tahun depan semeriah tahun ini perjalanannya. In Sha Allah. Amin.